>> Thursday, July 29, 2021

 


JANGAN HANYUT  SEPERTI  KAPARAN SAMPAH



 

 






Mereka yang pernah hidup di panggir sungai tentu sering melihat kaparan-kaparan sampah-sarap yang sering hanyut dibawa air yang mengalir.



Air mengalir dari hulu ke hilir, menghanyutkan semua benda yang terapung di atasnya.



Dari ulu, terutama di musim banjir sampah sarap akan berkumpul menjadi kaparan dihanyutkan air ke hili atau ke kuala, sampai ke laut kalau tidak yang menghalang.



Sampah sarap itu terdiri daripada berbagai--bagai benda, yang terbuang.



Ia akan hanyut dibawa arus, mungkin terdampar  di tanah-tanah tinggi dan kering, di dahan-dahan pokok dan ranting-ranting kayu, di pokok-pokok yang tumbang dan sebagainya.



Begitulah nasib kaparan sampah, tidak dapat menentukan hal tujunya sendiri.



Sungguh malanglah kalau ada hamba-hamba Allah yang menjadi seperti kaparan sampah yang kehilangan arah dan tuju. Terlalu hina dan keji.



Mereka menjadi seperti sampah sarap kerana asyik dengan menari mengikut gendangan syaitan yang terkutuk.



Dalam perjalanan hidup itu dia telah diperdayakan oleh syaitan, persis air sungai yang menghanyutkan dirinya yang menjadi seperti sampah sarap. Ke mana air mengalir ke arah itulah dia hanyut.



Seperti biasa syaitan akan memperdayakannya melakukan kerja-kerja terlaknat dalam memburu nikmat dunia. Sememangnya semua perbuatan melanggar perintah Allah akan dirasakan begitu manisnya.



Dalam perbuatan terkutuk ini syaitan akan membuat mereka merasa bahawa usianya masih muda, tenaganya masih kuat, masa matinya masih jauh, tidak perlu ditakuti.



Di samping itu syaitan juga menggambarkan bahawa masa untuk bertaubat kepada Allah itu sentiasa terbuka untuk semua manusia sepanjang masa. Bila-bila masa sahaja.



Sedangkan syaitan tidak pernah mengajak manusia untuk bertaubat, malah menjauhkan manusia dari bertaubat.



Dalam hidup ini orang-orang seperti ini tidak pernah merasa Tuhan itu sentiasa ada bersamanya, di mana sahaja dia berada. Justeru itu dia boleh berbuat apa sahaja sesuka hatinya, tanpa mengira baik atau buruk. Baik pun serupa, jahat pun serupa.



Orang ini akan membantah jika disebut Syurga dan Neraka, dan menuduhnya sikap itulah menyebabkan orang Islam  lemah di dunia ini, kerana selalu mengingat syurga dan neraka. Merugikan. Kata mereka persetankan semuanya.



Dan akhirnya mereka akan menanfikan adanya Allah Maha Pencpita seperti yang berlaku di kalangan masyarakat Barat walaupun ilmu pengetahuan dan tamadunnya tinggi melangit.



Dan akhirnya mereka terus hanyut dalam banjir kehidupan hingga lemas di hujung hayatnya dalam kesesatan.



Maka berjayatlah syaitan menyesatkan mereka dalam bnjir kehidupan  di dunia ini.



Justeru itu  jangan jadi kaparan sampah dalam hidup, hidup tanpa arah dan tujuan. Hanyut  ke hilir ke hulu, terdampar di sana sini tanpa hala dan tujuan.



Berhati-hatilah, berwaspada supaya tidak menjadi kaparan sampah yang tidak berhala dan bertujuan.



Demikian sekadar renungan jua.

 

 


Pondok Rahmat



Kota Bharu, Kelantan,



28 Julai 2021/



19 Zulhajjah 1442




Read more...

>> Thursday, July 22, 2021

 


RAHSIA BURUNG GOK GUK ATAU BUT BUT?


 


 


Pok Chu Leh Tok Bomoh




         Burung Ruak ruak  



ATAS DUNIA ini Allah jadikan ratusan jenis burung yang hidup bertebaran di seluruh jagat raya ini.



Dari sekecil-kecil burung, membawa kepada sebesar-besar burung.



Ada berbagai-bagai jenis rupa dan bentuk burung, dan berbagai-bagai jenis warna, dan dengan berbagai-bagai jenis suara dan ragam.



Di antara burung-burung itu ada yang biasa dengan kita, kerana berada di sekeliling-kelalang kita dan ada pula burung-burung yang tidak kita kenali kerana tidak pernah melihat rupanya.



Di antara burung-burung itu ada yang mempunyai rupa yang menarik, dengan bulu-bulu yang cantik, ada yang dagingnya sedap dimakan bila di masak, dan ada burung yang mempunyai suara yang sedap dan merdu didengar.





                Bukan Gok Guk



Di samping itu seperti haiwan-haiwan lain ciptaan Allah juga ada pula yang boleh dijadikan obat untuk menyembuhkan penyakit-penyakit tertentu.



Tidak ada suatu ciptaan Allah SWT pula yang sia-sia, tapi kita manusia yang cetek fikiran ini sahaja yang tidak mengetahuinya.



Burung-burung jenis ini juga menjadi rebutan orang kerana itu harganya meninggi seperti burung yang suara sedap berlagu.



Burung Gok Guk



Antara burung jenis ini yang terkenal sebagai bahan obat  ialah burung Gok Guk.



Di negeri Kelantan Darulnaim ia dipanggil burung Gok Guk, tapi di negeri lain namanya berlainan pula, seperti di negeri sebelah utara, khususnya di negeri Kedah burung Gok Guk  terkenal dengan nama burung But But.



Ia dipanggil but-but atau Gok Guk kerana bunyi suaranya. Bunyinya besar dan tidak menarik. Saya pernah mendengar suaranya ketika berada di kampung, tapi tidak pernah melihat rupanya.



Yang perlu untuk dibuat  obat ialah anak burung Gok Guk yang masih kecil, masih belum mampu terbang meninggalkan sarangnya.



Justeru pembuat minyak perlu berusaha mencari sarang Burung Gok Guk  untuk mencari anak burung tersebut. Makin banyak sarang burung  Gok Guk ditemui kian bagus kerana kian banyak anak burung yang ditemui.



Bila anak burung ditemui, anggota-anggota badan burung itu dicacatkan terlebih dulu seperti dipatahkan  kaki atau sayangpnya. Kemudian ibu atau bapak burung itu akan datang merawatnya hingga  sembuh kembli.



Kemudian orang tersebut akan datang lagi melakukan perkara yang sama, dan perkara yang sama akan berulang dimana anak burung itu akan disembuhkan oleh ibubapaknya.



Setelah dua atau tiga kali perkara yang sama dilakukan, biasanya  memakan masa dua atau tiga minggu, sebelum anak burung  itu boleh terbang, dia akan dirampas  oleh manusia yang melakukannya  untuk dijadikan obat.



Seperti biasa anak-anak burung akan disembelih, kemudian dimasak dengan minyak kelapa asli. Minyak inilah dijadikan obat.











Biasanya untuk jualan akan ditambah dengan bahan-bahan lain, antaranya untuk lebih memanaskan rasanya dan juga memberi warna yang lebih menarik.



Telah ada orang-orang yang berusaha menjualnya di pasaran dengan harga yang berbeza-beza.



Adalah dipercaya kegunaannya yang utama ialah untuk rawatan sakit tulang, seperti salah urat, atau patah tulang, atau tercabut tulang sendi dengan mengurutnya dengan minyak tersebut.



Tapi mengikut pendapat seorang Tok Bomoh Kelantan, gemulah Pok Chu Leh dari Kg. Salor, Kota Bharu yang lebih afdhal untuk dijadikan obat ialah daun-daun yang digunakan oleh burung itu untuk merawat anak-anaknya yang patah itu.



Beliau seorang bomoh patah sering mengguna minyak burung Gok Guk di samping menggunakan minyak patah buatannya sendiri. Minyak itu mungkin masih ada yang disimpan oleh anak-anak cucunya sampai sekarang, walaupun tidak dipergunakan.



Tapi daun-daun obat yang digunakan oleh burung itu sukar untuk diperolehi, kerana tidak dapat dikesan. Walau bagaimana pun daging burung itupun sudah terbukti berkesan. Insyaallah.






POK DIN





Walau bagaimanapun, anak gemulah, Shamsudin Saleh alias Pok Din yang menetap di Alor Lintang, Besut yakin pokok tersebut ialah pohon Molor yang tumbuh dalam semak. Alhamdulillah.



Walau bagaimana pun hendaklah sentiasa ingat, bahawa di belakang segala sesuatu itu ada Dia yang Maha berkuasa yang mempunyai kuasa mutlak yang menentukan segala-galanya. Allah yang menentukan segala-galanya, bukannya obat, kerana itu tidak obat yang kebal berguna untuk setiap penyakit.   

 




 

Teknikal: Nik Muhammad Syafiq Zaini







 Pondok Rahmat



Kota Bharu, Kelantan Darulnaim



22 Julai 2021/



Khamis/13 Zulhijjah 1442

 



Read more...

>> Tuesday, July 6, 2021

 


KENAPA  SUKA BERJAHAT 

SANGKA?

 



Berjahat Sangka?



Buruk Sangka?

 










Episod Pertama



Pada suatu hari Ali berjalan kaki hendak pergi ke pasar berhampiran rumahnya. Tiba-tiba dia terlihat ada dua orang jirannya sedang berbual-bual di kakilima sebelah jalan di hadapan pasar itu. Tiba-tiba dia melihat kedua jirannya itu berhenti berbicara sambil memuncungkan mulut ke arahnya.



Hati Ali berdebar kencang. Dia merasa tidak sedap dan merasa kedua-dua jiarannya itu sedang berbicara atau mengumpatnya. Kerana itu dia pun teru masuk kedai seolah-olah tidak menyedari keberadaan jirannya di seberang jalan itu.



Alikuat menyangka kedua-dua jiranya itu sedang mengumpat tentang dia dan keluarganya. Mencari-cari keburukannya.













Episod Dua



Ada tiga orang wanita baru sahaja selesai menghadiri mesyuarat jawatankuasa pertubuhan mereka. Sementara menunggu kedatangan kenderaan menjemput mereka, mereka berbual-bual.



Salah seorang daripadanya kedengaran berkata, “Muak aku mendengar Si Kiah tu bercakap tadi. Membuat cadangan kononya bagus, tapi saya agak mesti ada tujuannya yang tersembunyi yang dikehendakinya....”.



Wanita kedua menjawab, “Saya pun sangka begitu juga, mesti ada sesuautu.......”.



Belum sempat mereka  berbicara lebih lanjut kereta mereka datang menjemput  mereka.



Kedua-dua wanita tadi ketika mesyuarat hanya diam persis tunggul buruk. Sepatah tak berkata. Tapi membuat fitnah buruk sangka, di luar mesyuarat.

 


Bagaimana pula dengan si Ali Dia pun membuat jahat sangka atau buruk sangka. Bagaimana Ali boleh membuat tuduhan itu sedangkan dia tidakpun mendengar apa yang sedang dibicarakan oleh kedua jirannya itu? Mungkin pula sebaliknya mereka sedang membicarakan kebaikannya?



Sikap ini boleh menyebabkan Ali memandang serung kepada mereka yang mungkin tidak berdosa itu. Dan sikap ini mungkin berkembang ke dalam keluarganya yang mungkin secara diam-diam menanam rasa permusuhan dalam hatinya terhadap jiran mereka pula.



Sikap jahat sangka ini memang jahat, dia boleh berkembang menjadi lebih jahat jika dibiarkan bermaharalela.



Andainya jahat sangka ini ibarat sepohon pokok maka ia mempunyai daun, dahan dan ranting, tapi semuanya tidak boleh dimakan kerana rasanya pahit-lepam atau amat pahit. Jika ia berbuah, maka buahnya pahit untuk dimakan.



Di antara buahnya yang pahit itu ialah umpat, yang menjadi buahnya yang lebat. Sudah tentu untuk “membela” diri konon mereka akan mencerita dan mendedahkan berbagai-bagai keburukan orang lain.



Mencerita segala keburukan orang, atau sesuatu yang mereka tidak suka, maka  itulah dikatakan umpat yang dilarang keras oleh agama Islam walaupun perkara yang diumpat  itu memang benar.



Dan andainya perkara yang diceritakan itu pula merupakan perkara dusta atau tidak benar sama sekali maka dikatakan kita membuat fitnah. Dan inipun berdosa dan dilarang keras oleh agama Islam.



Jika orang yang berperangai buruk  itu melakukan perbuatan keji dan hina secara terang-terangan atau secara terbuka tanpa segan-silu sekalipun, walaunpun kita diperboleh bercakap mengenainya, namun tidak boleh berlebih-lebihan, nanti berdosa pula.



Allah berfirman, maksudnya:



“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakaan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa,  janganlah kamu mengitip  atau mencari kesalahan dan keaipan orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat  sesetengahnya yang lain”.



“Adakah seseorang dari kamu, suka memakan daging saudaramu yang telah mati? Jika demikian keadaan mengumpat, maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Oleh itu patuhlah larangan-larangan yang tersebut dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihini”. Al-Hujurat [49]: 12.

 


Rasulullah SAW juga memperingatkan orang-orang beriman, supaya menjauhi daripada memperbanyakkan prasangka, kerana kata, Baginda SAW sebahagian prasangka itu dosa.



Demikian buruknya berjahat sangka kepada orang dan larangan hendaklah  kita jauhi buat selama-lamanya.

 


Sekadar renungan.



 

Teknik: Syafiq Zaini





Pondok Rahmat



Kota Bharu, Kelantan.



6.Julai 2021/



25/Zulkaedah 1442




Read more...

>> Thursday, July 1, 2021

 

 

DATIN 



AZIZAH  YUSOFF 



TELAH  PERGI...........






                                                            foto:Zihni

 

 




DATIN AZIZAH YUSOFF isteri kepada gemulah Dato’ Yusoff  Zaky Yacob seorang penulis yang terkenal telah pergi buat selama-lamanya.



Beliau telah pergi buat selama-lamanya pada pukul 7.05 malam, 15 Jun 2021 di Hospital Besar Kota Bharu.



Sebelum itu anak lelakinya Irfan Zaky telah meninggal pada pukul 12.05 pagi 15 Jun 2021 di hospital yang sama.



Kedua anak beranak itu  meninggal kerana penaykit Covid 19 yang sedang menular di seluruh negara pada waktu itu dan sekarang.



Allahyarahmah mendirikan perkahwinan dengan Yuoff Zaky pada tahun 1955 ketika berusia  20 tahun sementara Yusoff Zaky berusia 30 tahun. Datin Azizah dilahirkan pada 11 Ogos 1935.



Beliau mempunyai tiga orang adik beradik lagi, semuanya lelaki, iaitu Halim, Hasan dan Syukri.



Sementara Datin Azizah mempunyai tiga orang anak lelaki, anak sulung Nasir Zihni, seorang usahawan di Kuala Lupur. Lulusan Lincoln Inn.



Nama Zihni ini sering dipakai oleh Yusoff Zaky sebagai salah sebuah nama samarannya ketika menulis dalam Majalah Dian.



Anak kedua, gemulah  Irfan Zaky, lulusan Universiti Putra Malaysia, seorang ushawan yang melanjutkan usaha ayahandanya  bertugas di Dian Darulnaim Sd. Bhd.



Anak ketiga, anak bongsu, lulusan Universiti Islam Antarabangsa, seorang usahawan.



Datin Azizah adalah seorang  ibu yang dihormati.



Beliau adalah seorang ibu yang pengasih dan penyayang, dan penyabar, tidak banyak cakap, dan selalu berbicara dengan suara yang lemah lembut dan kasih sayang tidak kira dengan siapa sekalipun.



Wajahnya selalu aman dan damai, menyenangkan setiap orang yang berbicara dengannya.



Sekian lamanya   saya berpayung di bawah teduhannya sebagai anak angkat.



Pada suatu hari ada seorang pegawai kerajaan memberitahu saya bahawa beliau telah pergi ke rumah Dato’ Ysuoff Zaky dan bertemu dengan Datin Azizah kerana mencari saya sebab urusan penting. Katanya Datin memberitahu beliau, antara lain maksudnya, anak-anak ini beliau sudah besar dan berumahtangga payah hendak dikawal lagi seperti masa kanak-kanak dulu.....



Saya memanggilnya Kak Wan dan anak-anak saya memanggil beliau Cik Jah [Tok Ayah].



Kali terakhir saya bertemu muka dengan Kak Wan ialah di majlis pernikahan anak sudaranya dengan seorang sahabat saya. Di majlis itu beliau pergi bersama anaknya Allahyarham Irfan. Saya bersama dengan anak saya Ahmad Syaibani Zaini'



Dalam pertemu singkat itu saya sempat bertanya khabar dan memberitahu bahawa saya akan berkunjug ke rumahnya dalam masa  terdekat.Tapi saya tidak sempat menunaikan janji itu, sehingga beliau meningal antaranya kerana serangan Covic 19 melanda ke seluruh negara.



Semoga Allah tempatkan rohnya di kalangan orang-orang yang beriman dan bertakwa.

 




Teknik:Syafiq Zaini



Pondok Rahmat



Kota Bharu, Kelantan.



1 Julai 2021/



20 Zulkaedah 1442.

 

 


Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP