TITIKSARAN UNTUK HIDUP BAHAGIA
>> Monday, April 9, 2018
PENGALAMAN mengajar kita bahawa kehidupan di dunia ini tidaklah sentiasa merupakan karpet yang bertabur dengan bunga-bungi, malah perjalanannya sentiasa dihiasi dengan onak dan duri, yang akan mengiggit kaki sesiapa sahaja yang melaluinya tanpa beringat-ingat dan berhati-hati.
Malah hidup ini penuh dengan kesukaran, halangan, tekanan dan kepayahan
yang mendatang tanpa diharap dan dipinta. Tekanan-tekanan berat yang memerlukan
kita bertindak dan berfikir dengan teliti untuk menghadapinya dengan berjaya
dan menyenangkan hati.
Kita seharusnya menyedari bahawa Allah mengurniakan kita manusia ini dengan
segala kebolehan dan kemampuan untuk menghadapi segala rintangan-rintgan yang
mendatang itu untuk membolehkan kita hidup gembira sepanjang hari. Allah
mengurniakan kita kemampuan untuk mengatasi segala rintangan-rintangan yang
merupakan ujian hidup itu untuk membolehkan kita mengharungi hidup ini dengan
senyum dan riang gembira sebagai hamba Allah yang beriman dan bertakwa.
Justeru itu kita mampu menghadapi dunia ini dengan dada yang lapang, muka
yang berhias indah dan mulut yang berkembang senyum, bukannya menghadapi dunia
ini dengan wajah berkerut dan dada yang sempit kerana kita tidak pandai
mempergunakan segala kemudahan-kemudahan yang merupakan perisai yang Allah kurniakan kepada kita untuk
berhadapan dengan segala karenah-karenah hidup yang tidak menyenangkan itu.
Perisai-perisai yang kita miliki itu jika dipergunakan dengan sewajarnya
boleh membawa kebahagian dan kesenangan hidup kepada kita sebagai orang yang
beriman.
Di sini ada beberapa titiksaran yang simpel yang boleh dilaksanakan oleh
setiap orang untuk menghadapi segala karenah-karenah pahit kehidupan ini untuk
membolehklan kita hidup dengan riang dan gembira dalam kontak sebagai seorang
hamba Allah.
Sangkabaik
Salah satu sikap yang
penting yang perlu kita miliki sebagai seorang insan yang inginkan kebahagian
ialah mempunyai sikap sangkabaik. Kita mesti menerima sesuatu dengan sikap yang
positif, baik atau buruk yang sesuatu kita hadapi itu. Menerima sesuatu dengan
kebaikan, walaupun sesuatu yang tidak kita sukai.
Setiap orang dari kita sudah tentu tidak sukakan rintangan atau halangan
yang mendepani hidup kita, menyebabkan terhalang daripada melakukan sesuatu
yang kita kehendaki atau kita mahu. Ini mungkin berpunca daripada perbuatan
orang yang senghaja ataupun mungkin tidak disenghajakan untuk menghalang
rancangan-rancangan kita walaupun pada hakikatnya baik. Terimalah ia dengan
baik, dan terimalah sebagai suatu rahsia kehidupan yang berlaku sepanjang masa,
dan mungkin dihadapi oleh semua orang yang akan membuat kita lebih matang, kuat
dan hati-hati di masa-masa akan datang datang.
Bersangka baiklah terhadap setiap sesuatu, walaupun sesuatu itu tidak kita
perolehi sedangkan kita amat berhajatkannya, kerana Allah mungkin akan mengurniakan
seusatu yang lebih baik lagi daripada itu kepada kita di masa-masa akan datang.
Sangkaburuk
Hindarilah diri kita daripada memiliki sikap bersangka buruk terhadap orang
lain, kerana sikap ini akan menimpakan petaka kepada kita.
Biasanya berdarakan sangkaburuk inilah kita membuat tanggapan atau
keyakinan terhadap seseorang, walaupun masih belum dapat dibuktikan.
Kerana sangka buruk ini menyebabkan kita tidak suka atau bencikan, malah
memusuhi seseorang tanpa sebab yang
nyata.
Akibatnya kalau dia senyumkan kita pun, kita kata, dia senyum mengejek.
Kalau dia beri salam kepada kita, maka kita kata dia mengada-ada, tidak
ikhlas.
Kalau dia buat baik kepada kita pun, kita kata dia tidak ikhlas dan
mempunyai sesuatu niat yang tersembunyi.
Semuanya tidak kena, dan yang kena hanya prasangka kita, sangkaburu kita
terhadap orang dan ini menyebabkan fikiran menjadi kelam kabut, tidak tenang,
dan tidak aman, serta buntu. Ini menyebabkan kita hilangan ketenangan dean
kebahagian hidup yang amat berharga kepada bersangkaburuk terhdadap orang.
Lebih-lebih lagi jauhilah bersangka buruk terhadap Allah SWT yang Maha
Berkuasa, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Sebaliknya sentiasalah bersangka
baik terhadap Allah dan sentiasa berharap untuk mendapat limpahan rahmat Nya sepanjang
masa.
Kasih Sayang
Kasih sayang amatlah penting dalam kehidupan seseorang insan, kerana
manusia bukan sahaja hidup dengan akal dan fikiran, tapi juga dengan nafsu dan
perasaan yang berpengaruh dalam kehidupan seseorang.
Kasih sayang itu amat luasnya dan banyak cabang-cabangnya mungkin tidak
pernah terfikir oleh seseorang yang membatasi kasih sayang itu antara lelaki
dan perempuan yang mereka namakan cinta semata. Kasih sayang mencangkup bidang
yang luas.
Kasih sayang antara anak dan ibu bapa, yang amat penting nilainya dalam
kehidupan setiap insan, sehingga Islam memerintah umatnya supaya memuliakan
kedua ibu bapa mereka dengan sewjarnya.
Kasih sayang amat penting antara suami dan isteri. Perkahwinan tanpa kasih
sayang, bukanlah sebuah rumahtangga, tapi sebuah kawah neraka.
Kasih sayang antara saudara-mara, keluarga, jiran tetangga semuanya amat
penting dijaga. Demikian juga kasih antara sahabat-handai, rakan-rakan sekerja
semuanya penting, kerana ianya merupakan sebahagian daripada rangakain
kegembiraan kehidupan kita.
Malah berkasih sayanglah dengan seluruh umat manusia sebagai seorang yang
beriman dan brtakwa.
Tanpa kasih sayang hidup kita tidak lagi bererti sebagai manusia, kerana di
kalangan haiwan pun mereka hidup dengan berkasih saayang sesama mereka.
Tegas Dan Berani
Kita hendaklah menjadi seorang yang tegas dan berani dalam menegakkan
keyakinan diri kita dan juga dalam menegakkan kebenaran.
Dalam hal ini, kita tidak wajar menjadi seorang yang lemah semangat yang
suka mengalah semata-mata untuk menyukakan atau mengambil hati orang lain,
sedangkan kita tahu bahawa kita sebenarnya berada di pihak yang benar. Justeru
kita mestilah mempunyai msemangat yang waja dan berani untuk menyatakan apa
yang kita wajar lakukan demi kebaikan bersama.
Namun dalam keadaan-keadaan tertentu, seperti dalam soal-soal yang tidak
bermakna, tidaklah perlu kita bertegas, sekadar untuk mencari kemenangan diri
dan merasa puas hati dengannya. Biarakan mereka merasa menang dalam
kelemahannya sendiri.
Senyum
Sentiasalah murah dengan senyum, dan ketawalah dengan wajar dan sekadar
yang perlu. Jangan ketawa seperti orang mabuk, hingga termuntah-muntah.
Kita bukan sahaja perlu senyum dalam keadaan yang gembira dan menyenangkan, tapi kita hendaklah juga tersenyum dalam keadaan yang tidak menyenangkan. Tersenyum ketika senang dan susah akan membuat hati kita menjadi bertambah lapang, dengan itu muka kita tidak berkerut masam, tapi berseri-seri tanda kebahagian.
Senyumlah jika berjumpa atau bertermu dengan seseorang, pancarlah
kegembiraan wajah kita melalui senuyuman manis yang menyenangkan hati orang
pula.
Murahkan dengan senyum, kerana senyum pun dianggap sedekah jika kena pada
masa dan tempatnya.
Sebarkan Salam
Senangkan hati orang lain, niscaya hati kita akan senang. Ada
berbagai-abagai cara yang simpel untuk menyenangkan hati orang lain, iaitu
dengan menyebarkan salam kepada mereka. Menyebarkan salam tidak memerlukan
sebarang belanja, atau waktu untuk mengucapkannya.
Salam yang diucapkan ialah “Assalamualikum warahmatullahi wa barakatuh”.
Salam ini perlu kita ucapkan kepada sesiapa sahaja, baik kepada orang tua, orang muda yang kita temui, malah
kanak-kanak sekalipun perlu diberi salam.
Memberi salam bukan sahaja terbatas kepada orang yang kita kenali tapi juga
diucapkan kepada mereka yang tidak dikenali atau tidak pernah berjumpa
sekalipun.
Kepada keluarga sendiri pun kita diperintah memberi salam sewaktu kita
memasuki rumah, Allah berfirman: “Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah
rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada [sesiapa yang seperti] kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat dan baik”. Al- Nur 24:
61.
Salam memberi erti yang amat luasnya, antaranya bererti kita memberi
jaminan kepada orang yang kita berikan salam itu bahawa mereka selamat dengan
kita lahir dan batin, dia selamat baik daripada lidah, tangan dan juga hati
kita.
Tapi dalam masyarakat kita mutakhir ini kita hanya bertemu dengan mereka
yang memberi salam kepada orang yang merekamikenali sahaja, dan langsung tidak
mengambil hal terhadap mereka yang tidak dikenali.
Rasulullah SAW ketika ditanya “Apakah ajaran Islam yang baik”.
Beliau menjawab, “Memberi makan dan memberi salam kepada orang yang kamu
kenali, juga kepada orang yang tidak kamu kenali”.
Justeru rajin-rajinlah memberi salam yang memberi manfaat kepada kita juga
sebagai pemberi salam yang dilakukan dengan ikhlas dan jujur.
Ini memang wajar kerana membuat orang lain gembira dan senang hati, sudah
tentu kita pun turut merasa bahagia dengannya.
Demikianlah beberapa titiksaran yang mudah diamalkan untuk membina
kebahagian hidup kita setiap hari. InsyaAllah.
Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg. Kubang Siput, Pasir Tumboh,
0 comments:
Post a Comment