LANGIT KENAPA BERWARNA BIRU
>> Wednesday, April 4, 2018
LANGIT KENAPA
BERWARNA BIRU
Sering-seringlah
mendongak ke langit untuk melihat, dan meresapkan di hati keagungan,
kebijaksanaan, kebesaran, kemuliaan Alllah.......terutama di lemon pagi, sore
dan malam............
Di dalam Kitab Suci ai Quran
Allah banyak menyebut kata-kata langit dan juga bumi dalam berbagai bagai
konteks.
Kita ungkap beberapa ayat
daripadanya sekadar untuk renungan:
“Dia yang menjadikan
bumi ini untuk kamu sebagai hamparaan, dan langit [serta segala isinya] sebagai
bangunan [yang dibina dengan kukuhnya”.
Al-Balqarah [2]: 22.
Peristiwa Isra’ dan Mikraj berlaku di langit, yang mengandungi peristiwa perjalanan Rasulullah saw dari Baitullah ke Baitul Maqdis dan dari Baitul Maqdis ke Sidratul Muntaha di atas langit ke tujuh.
Allah SWT menyebut di dalam al
Quran Dia menciptakan tujuh lapis langit.
Allah SWT juga menyebut tentang
para Malaikat yang sibuk turun naik dari langit ke bumi dan dari bumi ke langit
kerana melaksanakan tugas mereka masing masing. Satu hari kadarnya sama dengan
50,000 tahun.
Sebenarnya kita sering melihat langit di atas kepala kita dalam berbagai- bagai, waktu dan keadaan, siang atau malam.
Justeru itu, telah timbul
berbaga-bagai pertanyaan tentang langit dan juga perkara prkara yang berkaitan
dengan langit.
Dalam tulisan singkat ini saya
hanya bermaksud untuk menghuraikan sedikit sahaja mengenai kenapa langit biru,
dan mengenepikan perkara-pperkara lain.
KENAPA LANGIT BIRU
Kebanyakannya bila kita
mendongak ke langit, terutama di waktu siang yang cerah kita nampak langit biru,
hanya kadang-kadang atau di waktu-waktu tertentu sahaja kita melihat langit
tidak biru.
Justeru ramai dari kita percaya dan beranggapan bahawa warna langit adalah biru seperti yang kelihatan, Dalam hal ini ada beberapa lagu populer tentang langit biaru.
Apakah langit itu sebenarnya berwarna
biru
Jawapannya tidak. Pada dasarnya
lLangit tidak berwarna. Yang kelihatan biru itu bukannya warna langit. Tapi ia
sebenarnyta warna cahaya dari pancaran cahaya matahari.
Matahari mempunyai beberapa
warna yang penting,iaitu tujuh warna termasuklah warna biru. Namun pada mata
kita matahari itu kelihatan putih. Lain-lain warna matahari yang kelihatan berasingan
ialah merah, jinga, kuning, hijau ungu dan biru nila, iaitu warna-warna yang
kelihatan pada pelangi.
Mengikut kajian sains, warna biru itu lebih cepat dan lebih banyak berhamburan dari warna-warna yang lain, seperti warna merah misalnya, kerana ia bertebar dalam gelumbang-gelumbang yang pendek dan kecil-kecil yang menyebabkan langit kelihatan berwrna biru.
Ini berlaku kerana habuk-habuk
yang ada dalam atmosfere bumi yang memberi kepada cahaya matahari, juteru itu
bila cahaya matahari itu berada di luar di atmosfere bumi, warna biru tidak
kelihatan lagi di langit, dan yang kelihatan ialah warna hitam dan sebagainya
dari benda-benda yang ada di langit.
Di waktu-waktu tertentu pula,
seperti di waktu senja, kaki langit kelihatan berwarna merah dan kuning, kerana
pada waktu itu warna biru telah tersingkir jauh dari garis-garis pengelihatan.
Pada waktu hujan pula langit kelihatan hitam. Kadang-kadang pula langit itu
kelihatan gelap pekat.
Di samping itu banyak tempat-tempat di dunia ini kerana pencemaran udara menyebabkan berlakunya jerebu yang menyebabkan langit kelihatan biru muda dan putih susu.
Allah SWT berfirman:
“Sesungguhnya pada
kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda
[kekuasaan, kebijaksanaan, dan kekuasaan rahmat Allah bagi orang orang yang
berakal”. Ali Imran [3] :191.
Dan, “Sesungguhnya pada
langit dan bumi terdapat tanda tanda [yang membuktikan kekuasaan Allah] bagi
orang-orang yang beriman”.Al Jaatsiyah [45]- 3.
Malah pada peghujung hayat
dunia, iaitu pada hari Kiamat langit akan bertukar warna menjadi merah bunga
mawar sebagaimana firman Allah SWT:
“Selain itu [sungguh
negeri] ketika langit pecah belah lalu menjadilah merah mawar, berkilat seperti
minyak”. Ar. Rahman [55]:37
Demikianlah sedikit untuk
renungan para pembaca yang dihormati, semoga memberi manfaat.
Lorong Masjid
al-Qasimi,
Kg. Kubang Siput,,
Pasir Tumboh,
0 comments:
Post a Comment