KEHIDUPAN DI ZAMAN MODERN, PEMUDA PEMUDI DALAM KERUNTUHAN BUDI
>> Wednesday, April 18, 2018
KEHIDUPAN DI ZAMAN MODEN, PEMUDA PEMUDI DALAM KERUNTUHAN BUDI
KINI Zaman Modern. “Sputnik” atau zaman manusia mahu naik ke bulan. Apa tujuan mereka hendak naik ke bulan tidak kita tuliskan di sini, yang hendak kita katakan ialah zaman ini manusia berusaha hendak naik ke bulan.
Manusia bermula dari zaman batu, zaman besi dan kini zaman modern. Umur
dunia ini mengikut ilmu sains sudash 2 ribu milion tahun lebih. Oleh itu
manusia maskin sehari main maju, makin pandai.
Dalam zaman baru, manusia semuanya mahu baru. Dari sekecil kecilnya hingga sebesasr besarnya. Bermula dari makan,
minum, pakaian, penghiburan, adat resam dan segala galanya mahu diperbaharu,
yang modern dipermodernkan lagi. Kerana
terkejar kejarkan modern manusia jadi gila.
Perkataan “modern” bukannya perkataan Melayu jati. Terjemahan yang tepatnya ialah “baru” atau “baharu”.
Kalau dikatakan zaman modern tidak salah juga dikatakan “zaman baru”, tapi
kerana masyarakat Melayu menganggap perkataan “baru” tidak baru lagi lalu dipermodernkan dengan dipakai “modern”.
Masyarakat Melayu belum puas dengan perkataan “modern” lalu dipermodernkan
lagi. Zaman ini dipanggil pula “Zaman Septunik”. Sepuluh tahun lagi “Zaman
Septunik” akan berubah pula menjadi
zaman “Sepunik”. Ini kemungkinan kalau orang orang Eropah mahu naik ke bintang
dengan kenaikan yang dipanggil “Sepunik” dan orang kita akan memanggil “Zaman
Sepunik”.
Manusia modern berusaha pula mempermodernkan dunia.
Mengejar modern memang bagus tapi bukan di semua tempat. Umpamanya kita
tidak dapat mempermodernkan perkara perkara yang mengenai ibadat.
Penyakit Gila Modern
Dalam dunia hari ini ada bermacam macam penyakit. Ada penyakit kurap,
penyakit panau, penyakit kudis, penyakit gila dan lain lain lagi. Gila ada
macam macam pula, ada gila betina, ada gila babi, aga gila thalak, ada gila
meriam, ada gila baka, dan gila yang paling baru “Gila Modern”.
Dalam masyarakat kita yang banyak terkena penyakit jenis gila ini ialah
pemuda pemudi. Boleh dikatakan 90 peratus daripada pemuda pemudi kita yang
terkena penyakit ini.
Penyakit gila babi, gila meriam, gila baka ada dukun dan hospitalnya. Tapi
dalam dunia ini tidak ada hospital untuk orang “Gila Modern”.
Saya berharap tidak berapa lagi manusia akan mereka hospital untuk orang
orang yang “Gila Modern”.
Penyakit ini mudah berjangkit pada orang orang yang suka meniru niru, tak
hairanlah kita kalau pemuda pemudi kita mudah meniru, kerana dari ibu bapa
mereka lagi suka meniru.
Penyakit “Gila Modern” ini amat merbahaya sekali. Di dalam masyarakat kita
sekarang di mana mana kita dapat melihat kurban kurban penyakit ini.
Gadis gadis lari dari ibu bapa kerana menurut jejaka pilihan hatinya sudah
perkara biasa.
Acap kali berlaku wanita melahirkan anak
dengan tidak mempunyai bapa bapa yang syah. Kadang kadang anak itu
dilempar ke dalam longkang atau dimasukkan ke dalam tong dan dihanyutkan ke
sungai.
Untuk mengelakkan pembunuhan anak anak mengapa kerajaan tidak mengadakan
rumah rumah untuk wanita wanita meletak anak yang tidak mempunyai bapa yang
syah sebagaimana yang dibuat oleh negerinnegeri barat. Mungkin anak anak itu
menguntungkan kerajaan pula.
Pertunjukan tarian bogel, separuh bogel, telanjang bulat telah ditunjukkan
dan mendapat sambutan hangat. Dan kerajaan pula tidak mengadakan apa apa
bantahan. Selain dari itu tarian tarian roc & roll sangat sangat menjadi
jadi hingga banyak gadis gadis yang melupakan kewajipannya di rumah dan di
sekolah. Dan banyak lagi korban korban penyakit gila modern ini.
Datangnya Dari Barat
Penyakit gila yang merebak di sini datangnya dari Eropah. Kebanyakkannya
dari England, Amerika, Perancis, Amerika Selatan dan lain lain.
Kita hairan bagaimana benda benda yang datang dari barat itu sesuai dengan
timur. Pada di sini tidak ada “winter”, dan tidak ada “summer”. Tambahan pula
kita di sini beragama Islam, satu agama yang diakui Tuhan.
Keruntuhan Budi
Kerana terkejar kejar modern, pemuda pemudi kita rosak peribadinya. Tubuh
kasar mereka sahaja berada di Malaya sedangkan hati dan jiwa mereka berada di
barat.
Mereka telah ditipu oleh kemodernan kerana pengaruh penjajahan barat
melenakan dari kesempurnaan akal.
Kerana pengaruh baratlah masyarakat kita sekarang jauh merosot. Kerana
pengaruh baratlah masyarakat kita sekarang berfahaman kebendaan. Jika ada
tetamu yang datang bukan budi pekerti yang ditanya, tapi apa pangkatnya, berapa
gajinya. Begitu juga hendak mengkahwinkan anak anak perempuan yang dipentingkan
bukan perangai dan budi tapi hartabenda dan kekayaan peminang yang ditanya.
Saya khuwatir kalau gadis gadis kita terjadi seperti gadis gadis di barat
yang kebanyakan dari gadis gadisnya menjadi ibu sebelum menikah.
Yang Membiakkan Penyakit Ini
1.Kerana kurang didikan tentang budi dan agama.
Inilah merupakan pokok segala sebab mengapa pemuda pemudi kita rosak
peribadinya. Ibu bapa mereka tidak mengambil berat dalam soal agama dan budi pekerti.
2.Pengaruh masyarakat
Masyarakat juga mempengaruhi jiwa pemuda pemudi. Dalilnya kebanyakan pemuda
pemudi di bandar telah rosak peribadinya.
3.Suka meniru
Terlampau meniru dengan tidak menggunakan akal dan perasaan sendiri, atau
meniru bukan untuk kebaikan negeri dan masyarakat.
4.Buku buku lucah dan cabul
Kini banyak pengeluaran buku buku lucah dan cabul. Buku buku ini bertujuan
menaikkan nafsu semata mata. Kadang kadang buku buku itu disertakan dengan
gambar gambar yang menaikkan bulu roma.
5.Filem filem lucah dan cabul
Pengaruh buku buku tidaklah begitu mendalam seperti pengaruh filem filem
Pengaruh filem amatlah mendalam pada masyarakat.
6. Tempat tempat hiburan
Taman taman hiburan di mana ditempatkan pelacur pelacur menjadi
pelayan rumah rumah pelacuran menjadi
tumpuan pemuda pemuda.
7. Sosial
Pergaulan sosial yang terlampau bebas menyebabkan terjadinya perkara
perkara yang tak diingini. Batasan
antara pemuda dan pemudi tidak ada. Kita tahu mendekatkan hawa dan adam samalah
seperti mendekatkan minyak dengan api.
Demikianlah kehidupan pemuda pemudi di zaman modern dalam keruntuhan budi.
Sekianlah untuk menungan ibu bapa dan juga pemuda pemudi kita, moga moga
dengan tulisan ini dapatlah menjadi bandingan kepada masyarakat kita yang sedang
kucar kacir mengejar modern dengan tidak berhujung atau pangkal. Sekianlah.
Catatan:
Ketika mencari secara santai sebuah lagi cerpen lama saya dalam Majalah
Fesyen [masih belum nerjumpa, saya bertemu dengan sebuah rencana saya yang
berjodol seperti rencana ini yang disiarkan oleh Majalah Asmara:
5 Tahun Majalah Asmara
Bilangan 63 tahun 6
Oktover 1959,
GELIGA LIMITED’
16, Nassim Road,
Singapore 10.
Lorong Masjid al Qasimi,
Kg.Kubang Siput, Pasir Tumboh,
0 comments:
Post a Comment