KENAPA RAMBUT BERUBAN
>> Saturday, April 14, 2018
KENAPA RAMBUT BERUBAN
KADANG KADANG kita tertanya-tanya berapa banyakkah rambut yang Allah jadikan di atas kepala kita, sebagaimana kadang-kadang kita tertanya-tanya berapa banyakkah bintang-gemintang yang ada di dada langit.
Mengikut kajian sains di atas
setiap buah kepala manusia terdapat kira-kira 100,000 helai rambut.
Dari sejak seorang manusia
dilahirkan ke dunia rambut yang tumbuh di atas kepalanya itu tidaklah
berkekalan sepanjang masa sampai ke tua atau sampai ke hujung hayatnya, kerana
rambut di atas kepala itu sentiasa gugur
setiap hari.
Menurut kajian sains, setiap
hari sebanyak 80 helai rambut gugur dari kepala seseorang setiap hari itu.
Walaupun rambut di kepala tidak
berkekalan usianya sejajar dengan usia empunya kepala, tapi setiap minggu
rambut yang ada di kepala itu tumbuh kira-kira sepanjang 2 hingga 3 cm atau
0.08-0 inci.
Pernah pula kejadian walaupun
tempat rambut tumbuh itu di kepala, tapi kadang-kadang ada juga rambut yang
tumbuh memenuhi muka sebagaimana pernah berlaku pada masa yang lalu. Ilmu
kedoktorannya memanggil “werewolf
syndrome”.
Biasanya warna rambut itu hitam,
tapi dalam keadaan tertentu, walaupun usianya tidak berkekalan ia boleh berubah warnanya menjadi kelabu atau
putih.
Kenapa Rambut
Beruban
Rambut manusia di dunia ini,
seperti kulit manusia juga, ada mempunyai beberapa warna aslinya, antaranya
warna merah, blond, brown, putih dan hitam. Dalam setiap urat rambut manusia
itu terdapat bahan bahan tertentu, antaranya dipanggil melanin, iaitu sejenis
pigmen yang memberi warna kepada rambut. Melanin ini bukan sahaja menentukan
warna rambut, tapi juga menentuk warna kulit manusia, seperti hitam atau putih.
Justeru jika melanin itu banyak
terdapat dalam rambut, maka kian hitamlah rambut itu, tapi jika jumlah melanin
itu berkurangan, maka kurang hitamlah rambut itu. Rambut yang sangat hitam itu
disebut “hitam berkilat”.
Sukakan Botak
Jumlah melanin, banyak atau sedikit, tidaklah statitik, ia berubah dari dari masa ke masa, dan ini menyebabkan warna rambut juga berubah dari masa ke masa mengikut seukatan melanin yang terdapat padanya.
Biasanya warna rambut seseorang
berubah mengikut usianya, seperti rambut putih atau kelabu, yang berpunca dari
kemerosotan melanin dalam rambuat itu sendiri yang kian mengurang dalam usia
tua.
Justeru itu rambut beruban
adalah proses necral dalam usia tua.
Perubahan warna rambut ini biasanya
berlaku antaranya dalam usia 45 hingga 65 tahun. Mengikut kajian dalam
sepanjang usia tersebut terdapat seramai 74 peratus manusia yang beruban
rambuatnya.
Mengikut kajian juga satu
daripada sepuluh orang tidak beruban rambutnya selepas usia 60 tahun ke atas,
Tegasnya rambut berubah warna
menjadi beruban, putih atau kelabu kerana kemerosotan bahan malanin atau ianya
tidak berfugsi lagi, kerana meningkatnya usia seseorang. Walau bagaimanapun
rambut beruban warna kelabu boleh berlaku bila bila masa pada seseorang di
sepanjang hayatnya.
Tidak Sukakan Uban
Ada sesetengah manusia tidak
sukakan uban yang tumbuh di atas kepala mereka, terutama kaum wanita
menyebabkan mereka merasa rimas, malah mungkin juga, terganggu dan malu, kerana
rambut uban itu mencerminkan mereka telah berusia.
Rasulullah SAW pun beruban.
Justeru mereka sedaya upaya
berusaha untuk menghilangkan uban di atas kepala mereka dengan mengambil
tindakan tindakan tertentu, baik kepada kaum lelaki atau wanita beruban.
Di antara tindakan yang biasa
diambil ialah memakai warna hitam pada rambut, orang lelaki atau perempuan,
menggondol kepala kepada lelaki, dan juga mencabut rambut rambut uban itu kalau
tidak banyak memenuhi kepala.
Dilarang Mencabaut
Uban
Rasulullah SAW mencegah umatnya
mencabut uban di kepala. Sabda Baginda SAW:
“Janganlah mencabut
uban. Tidaklah seorang Muslim yang beruban dalam Islam walaupun sehelai,
melainkan uban itu menjadi cahaya baginya pada Hari Kiamat nanti”.
Dan-
“Uban adalah cahaya bagi seorang
Mukmin. Tidaklah seseorang beruban walaupun sehelai dalam Islam melainkan
setiap ubannya akan dihitung sebagai satu kebaikan dan meninggikan darjahnya”.
Di dalam Kitab Suci al Quran,
Allah berfirman:
“Dan apakah Kami
tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang
mau berfikir dan apakah tidak datang kepadamu “peringatan”.
Fathir: 37.
Mengikut sesetengah mufasir
perkataan “peringatan” dalam ayat tersebut bermaksud “Uban”.
Pada masa masa dahulu di kampung kampung, di waktu petang hari, para nenek dan ibu kelihatan duduk di atas tangga membiarkan anak atau cucunya mencabut uban di atas kepala mereka. Biasanya mereka menggunakan sejenis alat pencabut uban yang khas yang dipanggil “penggepit rambut”, untuk mencabutnya sehelai demi sehelai. Alasannya ialah rambut yang mulai tumbuh beruban itu menggatalkan kulit kepala.
Luar Biasa
Walau bagaimanapun kadang kadang
berlaku perkara yang menyempang dari biasa, iaitu terdapat seseorang yang
kepalanya mungkin mempunyai dua warna dalam satu masa, seperti hitam dan
kelabu.
Di samping itu ada juga
sesetengah orang rambutnya beruban sebelum waktunya yang wajar, iaitu ketika
masih muda belasan tahun kerarna kekurangan zat zat tertentu.
Dalam kejadian kejadian tertentu
pula ada manusia yang rambutnya tumbuh memenuhi seluruh bahagian mukanya.
Demikianlah Allah SWT menjadikan
apa sahaja yang Ia Kehendaki, kerana Ia Maha Pencipta yang Maha Berkuasa dan Maha
Bijaksanana.
Lorong Masjid
alQasimi,
Kg. Kubang Siput,
Pasir Tumboh,
0 comments:
Post a Comment