KENAPA ENGKAU MENANGIS?

>> Saturday, June 18, 2016





KENAPA ENGKAU MENANGIS?




Seorang Dain baru balik dari kembara dakwah bulan Ramadan. Pagi esoknya beliau ditemui oleh seorang sahabatnya sedang menangis terisak-isak di hadapan rumahnya.


Lalu sang sahabat bertanya, “Kenapa engkau menangis wahai sahabatku?”.


Sang Dain tidak terus menjawab, membuat sahabatnya mengulangi bertanya lagi. “Beritahu padaku kenapa engkau menangis wahai sahabatku?’.


Maka menjawablah Sang Dain, “Rumahku telah dimasuki pencuri sewaktu aku tiada di rumah”.


“Banyakkah barang-barang berharga engkau yang telah dicuri”.


Sang Dain menggeleng-gelengkan kepalanya, tapi tidak juga berhenti menangis.


“Habis kenapa engkau menangis?”. Tanya sahabat dengan lebih ingin tahu.


“Tidak ada barang-barang berharga di rumahku ini. Mereka hanya mengambil beberapa perkara sahaja”.


“Habis kenapa engkau kelihatan begitu suggul sekali, dan menangis tersedu-sedu?”. Tanya sang sahabat.


“Beginilah sahabatku”, jawab Sang Dain. “Aku menangis bukan kerana barang-barangku dicuri”.


“Habis kenapa engkau menangis”. Desak lagi sang sahabat.


“Sebenarnya aku menangis, kerana bimbang pencuri itu akan dilemparkan ke dalam neraka kerana mencuri barang-barangku itu. Kasihanlah! Sedangkan aku pada masa itu tidak ada berbuat apa-apa lagi”.


“Oh begitu!”.


Sang Dain terus juga tersedu-sedu.



Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg. Kubang Siput, Parit,
Pasir Tumboh, Kota Bharu Kelantan.




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP