ANDA BERMINAT DENGAN PINGGAN LAMA?
>> Thursday, June 2, 2016
ANDA
BERMINAT DENGAN PINGGAN LAMA?
Pinggan adalah sejenis alat yang digunakan untuk menyediakan makanan, seperti nasi atau kueh mueh. Biasanya pinggan diperbuat daripada tembikar dan lain-lain bahan, termasuk besi.
Adalah dipercayai
manusia telah lama menggunakan pinggan sebagai pengalas bahan-bahan makanan
untuk membolehkan mereka makan dengan lebih selesa dan bersopan.
Biasanya pinggan itu
berbentuk bulat dan leper. Tapi akhirnya pembuat-pembuat pinggan merekakan
berbagai-bagai jenis bentuk pinggan yang menarik, bukan sahaja untuk dijadikan
bekas makanan, tapi juga untuk disimpan sebagai barang-barang antik atau
berharga.
Harganya pula bermacam-macam, dari semurah-murah harga membawa kepada semahal-mahal harga yang mampu dimiliki oleh orang-orang kaya sahaja.
Di samping pinggan
yang kosong, ada juga pinggan yang bergambar atau berbunga-bunga untuk
menambahkan lagi kecantikannya.
Di samping pinggan
untuk mengisi makanan, ada juga pinggan yang dicipta semata-mata untuk
perhiasan, di mana kadang-kadang ditulis dengan ayat-ayat tertentu atau ayat-ayat
suci al-Quran.
Penggemar-penggemar
barang-barang antik pula suka mencari pinggan-pinggan lama. Kian lama pinggan
itu kian tinggi nilainya, justeru kian mahal harganya.
Foto pinggan yang disiar bersama dengan tulisan ini adalah salah satu pinggan yang agak lama terdapat dalam simpanan kami yang diwarisi dari dua generasi.
Sesiapa yang
berminat dengan pinggan ini bolehlah berhubung dengan kami, dan kalau ada
persetujuan bersama kami bersedia melepaskannya.
Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput, Parit,
0 comments:
Post a Comment