THE SAYINGS OF ANITA SARAWAK

>> Thursday, April 28, 2016






THE SAYINGS OF ANITA SARAWAK

I have just read an article by Hazizah Osman in Health Digest about one of the famous celebrity, Anita Sarawak. The magazine was published in the year 2002. I am interested with some of her sayings that forward by the author from her interview with Anita that the author called “Sophisticated Lady”.

I would like to thank   Hazizah for the good article that still worst to read although 14 years was past. And I take the opportunity to forward some bit what Anita has said in the article for my affectionately readers to read.

Gratitude

Anita Sarawak said about Gratitude:
“When I wake up  every morning, I thank God  for giving me the health, energy and success that I have today. Before I go to bed, I thank God  for blessing me with another fruitful  day on this earth.”

What she said is very true. To be gratitude is very important. It is the essence of life to those who believed in God. We should thank God for giving us every things, big or small, important or not for us. 

But we should not forget. We should be able to gratitude to what we have, whether we failed or success, whether we gains or loss.

There are two different levels of gratitude. The first level is to be gratitude to blessings given to us, likes shelters, foods, work and so on that are familiar in our everyday life.

The second level is not very easy to do. That to be gratitude and appreciate if we are failed or get a great lost. We have to receive whatever God gave to us as blessings. We have to be positive and look positive. Kick far away the negative ones.

It is good to remember what Marchi Shimoff said, “People often ask me, “What’s the fast track to love?”. Then there is one answer, I think, “Gratitude”. When we’re grateful for what’s going on in our lives, that is when  our heart’s open. It’s a way  that we actually register  and savor the good that’s going on in our lives”.
“There is an old saying:”What you appreciate, appreciate”. When you  appreciate something, then more of that flows into your life”.

To Gain Respect

Anita Said:
“To gain respect, you must always respect other first”.

That is very correct. The law of nature is we take what we give. If we plant paddy, we harvest the rice, but if we plant weeds we harvest the weeds. That fair.

And so if we smile, the world will smile to us. So let smile. But if you show the sullen face, who want to see your face? Who want to smile to you with a sour face? Even flies don’t like to see your face.

So respect other, than other will respect you. That is the law of the nature.

Anita Sarawak stressed that we should look the good quality own by other people. Never think we are the best, other people may be better than us. Don’t think we are clever, and regarded we are clever, there are many other ma be genius than us.

So Anita advices, “You may be good but there is always someone better than you”

No Regrets

At the end of this short article like to collect the sayings of Anita Sarawak to concise her past life and her future dream that gave her happiness.

She said, according to Hazizah Osman: “I will not change a thing about my life. I’ve done a lot of good things and when I leave this world I will be happy. When I retire, my dream is to live by the sea and watch the sunrise and sunset with my soul mate”.

That Anita Sarawak. We pray for her happiness.


Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput, Parit,
Pasir Tumboh, Parit,
Kota Bharu, Kelantan.





Read more...

TIMUN BATANG,TIMUN CHINA, TIMUN BETIK, TIMUN TIKUS

>> Sunday, April 24, 2016





TIMUN BATANG, TIMUN CHINA, TIMUN BETIK DAN TIMUN TIKUS.......???


Timun ialah sejenis tumbuhan menjalar yang buahnya boleh dimakan.

                                         Timun Batang

Di negara kita ada beberapa jenis timun. Semua timun-timun ini buah-buahnya boleh dimakan. Ada yang boleh dimakan mentah, dan juga boleh dimasak bila hendak dimakan.


Timun yang paling popular ialah timun cina atau tembikai. Buahnya rasa manis dan sedap dimakan, terutama di musim panas.


Lebih istimewa lagi jika dibuat jus dengan jalan mengisarkan isi buahnya untuk diminum.


Di kampung-kampung kadang-kadang kulit timun cina ini dibuat sayur lemak, dicampurkan dengan sayur-sayuran yang lain, setelah kulit hijaunya dibuang. Biasanya menjadi sebahagian daripada sayur koklok.


Sejenis timun lagi ialah timu betik. Bentuknya semacam buah betik dan berjalur-jalur kuning memanjang.


Rasanya tawar, perlu dimakan dengan gula melaka. Lebih istimea kalau dimakan dengan santan mentah yang dimasukkan gula melaka, kemudian disejuk dalam peti ais.




                                         Ulam Timun

Timun tikus. Ianya tumbuh menjalar, dan biasanya tidak ditanam, tapi tumbuh meliar. Bunganya putih dan buahnya, kecil, bulat dan hijau. Ia tumbuh liar menjalar, biasanya di atas pagar. Timun ini dikatakan boleh dibuat sayur, bukan untuk dimakan mentah. Namun saya tidak pernah melihat ia terjual di mana-mana pasar.


Timun Batang

Timun yang satu lagi yang tidak kurang popularnya ialah timun batang [cucumber]. Tidak seperti timun cina, timun batang boleh didapati di sepanjang musim.


Timun batang yang dipasarkan ada berwarna hijau, kuning dan perang. Saya lebih suka timun berwarna kuning, kerana isinya lembut, rasa manis dan boleh dimakan bersama kulitnya. Kadang-kadang di kampung, kanak-kanak memakannya begitu sahaja sebaik-baik sahaja dipetik dari pokok, seperti mereka memakan buah yang biasa. Timun yang hijau itu kulitnya keras dan kadang-kadang terasa pahit, terutama di bahagian kepala dan hujungnya.


Timun batang berguna untuk dimasak atau dimakan mentah sebagai ulam dan dimakan ketika makan nasi. Biasa juga dihidangkan dengan satei yang berkuah bersama bawang besar yang dipotong.


Pada masa dahulu saya adalah seorang peminat timun batang. Saya makan mentah dengan mencicahnya pada sambal atau budu yang telah dipecet cili api.. Biasanya dimakan dengan ikan panggang tawar.

Saya juga suka makan timun yang dicelur. Rasanya manis. Mencelur timun tidak boleh dipotong atau dikerat, nanti kemasukan air, dan ini boleh merubah rasanya dan isi kandungannya. Rebus atau celur sahaja sebiji-sebiji begitu sahaja, tapi jangan biarkan ia terlalu masak.

Saya juga suka makan acar timun mentah yang begitu mudah untuk membuatnya, menggunakan bahan air sejuk dan  gula. Boleh dimasukkan lada yang dipotong-potong kecil. Garam dan cuka. Semuanya secukup rasa. Namanya acar mentah, pelalu makan.


Atau lebih komplikited sedikit bila dimasak dengan menggunakan cuka, air, garam, gula dan bawang merah. Semuanya secukup rasa. Kemudian jerang atas dapur hingga masak. Kita panggil acar timun masak.


Namun saya lebih suka makan timun batang masak sayur air. Dan saya suka memasaknya sendiri. Bahannya timun, ikan panggang tawar, bawang merah dan lada benar [lada hitam]. Semuanya ditumbuk, tapi jangan sampai hancur. Masakkan dengan air, dan masukkan garam secukup rasa. Lebih banyak ikan, lebih sedap rasanya.


Di negeri saya, Kelantan timun batang ini digunakan sebagai ulam nasi kerabu, laksa atau laksam bersama-sama dengan daun kesum, kacang panjang dan sebagainya.


DI masa mutakhir ini, timun yang dipotong halus-halus dimasukkan ke dalam daging burger bersama dengan daun salad.

Timun juga digunakan untuk dicampurkan dengan gulai lemak ikan, untuk nasi belauk.


Timun Batang Jadi Penawar

Sewaktu saya berada di Jawa Timur, sahabat saya di sana memberitahu mereka menggunakan timun batang untuk merawat gastrik. Caranya timun dicincang, lalu ditumbuk, diperah untuk diambil airnya dan diminum.


Demikian juga caranya untuk merawat penyakit batuk atau alahan dengan cuaca. Ambil sebiji timun, kupas kulitnya, kemudian diparut. Timun parut itu hendaklah diperas, kemudian airnya dicampur dengan segelas air kosong,lalu ditapis, dan diminum.


                                                  Acar Timun Mentah


Ketika saya mula-mula kahwin, kira-kira empat puluh tahun yang lampau  isteri saya sering menggunakan timun sebagai bahan untuk mencuci muka. Timun itu dikerat nipis-nipis berkeping-keping dan digosok-gosokkan pada muka untuk menghilangkan kekotoran yang menempel di situ. Selepas mencuci muka, sekeping timun akan diletak di atas kedua kelopak mata yang dipejamkan untuk seketika. Rasanya menyegarkan.


Timun juga dengan cara yang sama digunakan untuk merawat jerawat, kutil dan  eksema, dengan cara menggosokkan keratan timun itu di atas tempat yang bermasalah itu.


Timun batang dapat mencegah kedut-kedut awal pada muka seseorang dengan cara yang sama seperti di atas.


Tapi adakah kita semua mempunyai masa yang mencukupi untuk melakukan semuanya itu, sedangkan setiap hari kadang-kadang hendak makan pun hampir tidak berkesempatan kerana diburu oleh tugas dan kerja?

Timun Batang Dari Sudut Sejarah         

Menjejak sejarah, timun batang telah lama digunakan sebagai ubat untuk merawat penyakit. Berbagai-bagai bangsa di dunia menggunakan timun untuk kesihatan.


Antaranya mereka menggunakan timun untuk merawat anggota-anggota dalaman badan yang kepanasan, untuk mencuci anggota-anggota dalaman dan merawat radang.


Orang-orang Greek dan Rum purba didapati menggunakan timun sebagai bahan perubatan untuk merawat penyakit.


Orang-orang China telah lama menggunakan timun sebagai penawar. Mereka memakan timun untuk menyejukkan dalaman badan mereka yang terlajak panas.


Orang-orang India pula didapati sudah lama memakan timun sebagai penyejuk badan dan juga untuk mencegah daripada terkena  “bakaran cahaya matahari”, ketika mereka secara langsung ditimpa  panas terik mata hari.

Pakar-pakar kesihatan juga telah mengetahui berbagai-bagai kegunaan timun dari segi kesihatan.


Mengikut mereka, timun yang dimakan atau diminum jusnya dapat menyingkirkan bahan-bahan beracun yang terdapat dalam darah dan ianya merupakan  pencucui darah yang semula jadi.


Timun batang dapat menurunkan tekanan darah, melancar dan melawaskan kencing.


Timun batang juga jika dimakan boleh menghilangkan kesakitan kerana penyakit  gout dan arthiris, iaitu penyakit yang berpunca daripada urit asid  yang berlebihan dalam badan.


Kajian-kajian juga menunjukkan bahawa timun batang dapat merangsangkan pertumbuhan rambut dan kuku.


Dan ia juga dikatakan dapat mengurang risiko penyakit kanser perut.


Timun juga terkenal sebagai penyejuk badan semula jadi dan dapat menghilangkan dahaga jika dimakan, terutama di musim panas seperi sekarang.


Cubalah buat sejenis minuman dari timun batang yang enak dan menyegarkan. Sediakan segelas jus timun batang, masukkan  sirap manis, gula perang dan madu. Semuanya secukup rasa, kemudian kacau dan minum untuk kesegeran badan.



Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg. Kubang Siput, Parit,
Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan.




Read more...

BERAPA UMUR YANG ANDA ADA?

>> Monday, April 18, 2016






BERAPA UMUR YANG ANDA ADA?


Berapa usia anda sekarang?


Dua puluh tahun, dua puluh lima tahun, tiga puluh tahun, tiga puluh lima tahun, enam puluh atau tujuh puluh tahun?



                  Air yg. tenang, jangan disangka tidak akan berkocak

Dan seterusnya berapa banyak lagi masa berbaki yang anda miliki untuk meneruskan hidup ini?


Tidak ada siapa yang tahu? Tidak ada siapa yang dapat menjawabnya. Mungkin sehari, mungkin sepuluh hari, mungkin seminggu, mungkin setahun atau bertahun-tahun lagi.


Kerana hanya Allah sahaja yang mengetahui, kerana Dia-lah mencipta masa dan mengurniakan masa itu kepada kita.

Itulah sebabnya ada orang sakit, malah sakit kronis, masih boleh hidup bertahun-tahun. Tapi ada orang yang sihat, segar-bugar, tiba-tiba mati di gelanggang badminton atau di hadapan peti TV ketika menonton perlawanan bola sepak, atau ketika sedang berpidato di atas pentas.


Ada orang yang tua rangka. Masih boleh terus hidup bertahun-tahun lagi, tapi ada pula anak-anak muda remaja, tiba-tiba mati kerana terlibat dalam kemalangan jalanraya.


Ada orang yang sakit kronis telah diberikan tempoh  oleh doktor usianya sudah amat singkat, tapi tidak jarang, dia masih terus hidup bertahun-tahun kemudian mengingkari arahan doktor.

Malah ada janin atau bayi mati dalam kandungan ibunya, sebelum dapat menjenguk dunia. Sudah tidak ada masa lagi baginya.

Iitulah dikatakan orang: Buah putik gugur, buah tua [masak] pun gugur, malah bunga sebelum sempat berputik pun gugur bretaburan ke bumi.

Kerana masa yang trajis itu hanya berada di tangan Allah. Dia-lah yang Maha Bijaksana yang berhak dan mampu membuat penentuannya.

Justeru sebagai seorang yang beriman, kita hendaklah sentiasa berwaspada  pada setiap waktu  untuk menghadapai ketibaan masa yang tidak dapat diduga-duga kunjungannya itu.


Umur Barang-Barangan

Kalau kita pergi ke pasar, khususnya ke pasar raya membeli cili sos, tomato sos atau lain-lain sos, di botol, di tin atau di kotaknya  ada label bertulis yang menyatakan tarikh ia dilahirkan dan juga tanggal ia luput atau mati.


Jika kita membeli kicap, kaya, jem, ikan sardin dan lain-lain, semuanya ada tarikh lahir dan juga penghabisan hayatnya pada botol atau tin pengisinya.


Malah semua benda ciptaan manusia, dapat ditentukan tempohnya sekian-sekian lama, walaupun kadang-kadang tidak tepat. Umpamanya, bahan-bahan elektrik, dikatakan usianya empat tahun, tapi kadang-kadang dua tahun sudah jahanam.


Masa Dan Umur

Bagaimana dengan umur manusia?


Kepada makhluk-makhluk hidup yang bernyawa, khusunya manusia, masa itu adalah umurnya. Justeru empat puluh tahun masa berlalu, maka bererti sudah empat puluh tahunlah usia atau umurnya.

Masa atau umur adalah nikmat kurniaan Allah yang amat berharga kepada makhluknya, khususnya manusia. Tidak ada harta kekayaan di dunia ini dapat dinilaikan dengan masa atau umur. Iaitu umur yang sedang kita tempuhi atau harungi saat ini, waktu ini, atau masa sekarang.

Oleh sebab masa itu terlalu lumrah dengan kita, selalu bersama kita, menyebabkan kebanyakan dari kita tidak merasa ataupun tidak menyedari bahawa masa itu sentiasa berjalan, selalu bergerak detik demi detik. Kerana itu kita tidak menyedari umur kita sentiasa dimamah oleh masa yang sentiasa berjalan itu. Dan kehilangannya tidak mungkin dikembalikan lagi, walaupun dibayar dengan harga yang melambung tinggi, sebuah dunia dan isi-isinya sekalipun. Dan yang tinggal hanya amalan-amalan yang kita kerjakan sepanjang masa yang telah berlalu itu.

Bersyukurlah kepada Allah yang telah mengurniakan masa atau usia yang berlanjutan kepada kita. Ertinya kita masih hidup. Justeru jadikanlah diri kita sebagai manusia yang beriman dan bertaqwa, dengan mengerjakan segala perintah-Nya dan mencurahkan segala usaha bakti kepada Allah SWT, serta memberi khidmat bakti kepada masyarakat dengan niat semata-mata kerana Allah. Demikianlah kita seharusnya menghabiskan sisa-sisa umur kita yang masih berbaki lagi, sedikit atau banyak, kalau tidak kita akan menyesal nanti.


Ke Pintu Kubur

Walau bagaimanapun ada sesuatu yang pasti, iaitu detik yang berjalan itu sentiasa mengheret kita ke pintu kubur. Ke hujung jalan. Ke pintu maut. Di samping mengkedutkan kulit badan, terutama kulit muka, khususnya di dahi.


Masa yang berjalan itu biasanya menukar rambut kita yang hitam berkilat, menjadi putih beruban.


Justeru masa kita amat terbatas dan singkat untuk kita, maka hidup ini hanya merupakan mimpi-mimpi dan tipu daya kepada kita manusia.


Untuk keamanan, jadilahkanlah diri kita orang beriman yang sentiasa menghabiskan masanya dengan mentaati perintah Allah SWT supaya tidak timbul penyesalan yang tidak berkesudahan di hari muka. Rancanglah dengan cermat penggunaan masa kita setiap waktu. Bersikap bakhlilah dengan masa walaupun sedikit sahaja, supaya kita  tidak ditimpa kerugian, sebab masa itu jika telah hilang, ia tidak dapat dicari-cari lagi, tidak dapat dikembalikan lagi, sedangkan benda-benda lain yang hilang mungkin dapati temui kembali atau dicari ganti.

Ingatlah kepada pesanan Imam Al-Ghazali yang menyeru umat Islam supaya menghargai masa, dan setiasalah menilai akan kepentingan masa itu. Katanya orang Islam memandang masa itu seperti pedang, kalau anda tidak mengguna pedang itu untuk memotong, maka ianya akan memotong anda. Inilah yang benar-benar harus diingati oleh orang Islam tentang masa, tegasnya usianya sendiri.

Allah berfirman, maksudnya:

“Demi masa. Sungguh manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati  untuk kebenaran dan menasihati untuk kesabaran”.Al-‘Ashar [103]: 1-3.


Lorong Masjid Al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput,Parit,
Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan.




Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP