>> Monday, June 28, 2021

 

 


IKHLAS 



DI HATI,



BUKAN 



DI MULUT



 








IKHLAS adalah salah satu patah perkataan yang paling mudah untuk dituturkan oleh lidah.



Tapi merupakan salah satu patah perkataan yang paling sukar untuk dikotakan.



Ia tidak selesai dengan ucapan saya “ikhlas ni”, tapi memerlukan pembuktian.



Dan pembuktian itu mestilah datang dari hati yang suci dan jujur.



Justeru ikhlas itu amatlah mahal harganya, malah tidak ternilai untuk ditimbang. Khususnya dari kaca mata agama.



Ikhlas itulah yang menjadi mata timbangannya. Justeru itu hatilah yang menjadi neracanya yang dilihat oleh Allah.



Ertinya sesuatu yang dikerjakan itu hendaklah dengan hati yang bulat kerana Allah, tidak berbelah-bahagi dengan benda-benda yang lain.



Tanyalah diri sendiri apakah sebabnya kita selalu atau lebih utama melakukan sesutau?



Kita kemukakan beberapa perkara sebagai contoh yang sering berlaku di sekeliling-kelalang kita:



Sejak akhir-akhir ini ada mereka yang terlalu kerap pergi solat jemaah di masjid atau di surau, sedangkan sebelumnya tidak; ini adalah satu peruabahan yang amat bagus dan membanggakan dan patut dipuji.



Tapi ia menjadi cacat bila dilakukan dengan tujuan kerana ingin dipuji-sanjung, dan kerana tujuan supaya mendapat perhatian orang ramai supaya dipilih menjadi salah seorang ahli jawatankuasa masjid atau surau tersebut.



Demikian juga amalannya menjadi cacat jika ada orang suka mengaji atau membaca al-Quran di masjid atau di surau menyimpan tujuan tambahan, seperti dipuji kerana suka membaca al-Quran dan suaranya pun sedap; tapi bila tidak ada orang mereka merasa malas untuk mengaji malah terus menutup al-Quraan selagi belum ada orang yang  datang ke masjid.



Demikian juga orang seperti ini akan menambah jumlahnya sembahayang sunahnya jika ada jemaah yang nampak mereka bersolat banyak itu, dan merasa bangga dengannya. Kalau tidak ada orang  amat berat punggungnya untuk diangkat.



Puasa adalah salah satu kewajibaan dalam Islam, wajib hukumnya pada setiap bulan Ramdhan di samping puasa-puasa sunat yang lain. Ramai orang telah mengetahui faedah berpuasa, terutama dari segi kejamanian, termasuk orang-orang bukan Islam, maka mereka pun berpuasa.



Walau pun puasa orang-orang Islam dan puasa orang bukan Islam, sama-sama berlapar, tapi kedua-duanya berbeza; puasa orang Islam kerana Allah, mencari keredhaan Nya, tapi puasa orang bukan Islam kerana untuk kesihatan.



Memberi sedekah atau memberi hadiah kepada orang itu digalakkan oleh Islam dengan ganjaran pahala, dengan syarat disampai secara ikhlas. Kerana itu kadang-kadang digalakkan pembertian sedekah secara senyap-senyap tanpa diheboh-hebohkan.



Tapi bagaimana dengan pemberian sedekah dengan penghebohan menggunakan meddia-mediamasa supaya dunia mengetahuinya. Apakah boleh dikatakan ikhlas?



Demikian juga perubahan pakaian kita dari satu bentuk ke satu bentuk yang lain, supaya kelihatan lebih warak dan lebih alim dan dipadang lebih mulia di mata masyarakat, seperti pakaian yang mencermin seorang beragama dan sebagainya?



Di kalangan orang yang seperti ini akan muncul seorang yang amat suka dipuji dan disanjung, makin dipuji makin kuat kerjanya. 



Orang Kelantan panggil orang yang seperti ini orang "makan halak", ertinya orang yang suka digalakkan, kian digalak, kian kuat dia bekerja.



Demikianlah sebahagian dari contoh yang  kita kemukakan  berhubung dengan  keikhlasan dalam perbuatan kita sehari-hari.



Ingatlah ikhlas itu amat penting, kerana ialah menjadi inti pati nilai  sesuatu amal perbuatan kita di sisi Allah SWT. Dan ikhlas itu hanya ada dalam hati kita. Ia yang menentukan sejauh mana keikhlasan hati kita.



Abu Musa Abdullah bin Qais Al-Asy’aariy  ra berkata, “Rasulullah SAW pernah  ditanya, manakah yang termasuk berperang di jalan Allah? Apakah berperang kerana keberanian,kesukuan atau yang berperang kerana riya’?.

 


Rasulullah SAW menjawab, “Siapa sahaja yang berperang dengan maksud agar kalimat Allah terangkat, itulah perang di jalan Allah”.HR Bukhari dll.



Demikianlah besarnya erti ikhlas itu yang tersemat di hati seserang.



Sekian.

 



Pomdok Rahmat



Kota Bharu, Kelantan Darulnaim.



28 Jun 2021/



12 Zulkaedah 1442



 

 

Read more...

>> Thursday, June 24, 2021

 


KALAU NAK MARAH, 




MARAHLAH . 




TAPI KENAPA?



 






KALAU anda nak marah, marahlah tapi kenapa?



Sebenarnya perasaan marah itu adalah naluri semulajadi ciptaan Allah untuk makhlukn Nya yang bernama manausia.



Tidak ada manusia yang normal yang tidak mempunyai perasaan marah.



Ia meruapakan salah satu senjata semulajadi yang penting kepada manusia untuk hidup.



Haiwan pun tahu marah. Kucing pun mengerti marah dalam keadaan-keadaan tertentu.



Tapi marah haiwan  dengan marah manusia ada perbezaan yang jauh.



Manusia mempunyai akal dan fikiran untuk mengawal perasaan marahnya itu. Tapi haiwan tidak.



Justeru itu manusia yang akal fikirannya tidak mampu mengawal atau mendidik  perasaan marahnya jadilah dia seperti haiwan. Marah melulu, tidak tentu kalu atau hala.



Justeru itu marah mestilah bersebab, dan sebabnya mestilah masuk akal dan wajar.



Namun begitu ramai orang melupakan perkara ini, iaitu marah bersebab. Justeru mereka marah secara melulu, membabi buta.



Kadang-kadang menyodok ke sana sini, mengaum dan menyodol tidak tentu arah seperti babi tunggal  mengamuk.



Justeru itu kerana sebab-sebab yang tidak patut pun si pemarah ini meledak marah seperti seekor singa garang.



Tidak ada benda yang terkecuali daripada menjadi mangsa mkemarahannya yang tidak keruang itu, baik benda bergerak atau tidak bergerak, baik benda bernayawa atau tidak bernyawa semuanya akan menjadi mangsa kemarahannya.



Tanda-tanda kemarahan itu akan lahir daripada berbagai-bagai perbuatannya yang kasar dan rakus, malah mungkin boleh menyakiti fizial orang lain.



Dari mulutnya pula akan terpancar kata-kata yang tidak wajar sama sekali sebagai seorang Muslim, seperti mencaci, mencarut, mencela dan mengutuk  sesiapa sahaja yang tidak dipersetujui di hatinya.



Tidak kira siapa magsanya itu semuanya akan disapu, termasuk keluarga, anak dan isterinya sendiri jika ada peluang.



Dan ini lebih merbaya, kerana jika apa yang dituduh dan dicelanya itu tidak benar, maka bahaya celaannya itu mungkin akan menimpanya kerana kiranya  kebentulan masa kutukan yang dilepaskannya itu merupakan saat Allah SWT mengambulkan sesuatu doa. Bagaimana kalau anak dan isterinya sendiri menjadi mangsanya?



Jika dalam sesebuah masyarakat mempunyai ramai manusia parasit marah-marah seperti ini necaya masyarakat dan bangsa itu akan musnah-ranah berada di ambang kehcanuran.



Justeru bahayanya marah  itulah Rasulullah SAW menasihat umatnya supaya jangan marah.



Dalam sebuah Hadis Baginda SAW berulang-ulang menasihati umatnya supaya tidak marah.



Dalam Hadis  Riwayat  Bukhari itu mengisahkan seorang  lelaki berkata kepada Nabi SAW, “Berilah aku wasiat”.



Baginda bersabda, “Jangan kamu marah”.



Lelaki itu mengulangi kata-katanya, Baginda tetap bersabda, “Janganlah kamu marah”.



Demikian, sekadar renungan bersama.

 

 

Pondok Rahmat



Kota Bharu Kelantan Darunaim



24 Jun 2021/



17 Zulkaedah 1442

 

 


Read more...

>> Saturday, June 19, 2021

 

 


MENCARI IKAN 



DI SUNGAI 



SALOR, 



DALAM KENANGAN

 








Sungai Salor adalah sebahagian daripada rangkaian Sungai Kelantan yang bermula dari ulunya dan mengalir sampai ke Kuala Sungai menembusi Laut China Selatan.



Mengikut agakan saya, panjang pesisir Sungai Salor ini ialah kira-kira dua kilometer sahaja, ia bermula dari Pengkalan Kubur Langgar hingga ke Pengkalan Ujid. Pengkalan Kubur Langgar terletak arah ke hulu sungai sementara Pengkalan Ujid letaknya arah ke hilir Sungai Kelantan.



Pada masa dulu sepanjang gigi airnya  berpasir indah, dan tidak berselut, digunakan oleh penduduknya untuk mandi-manda, membasuh serta tempat kanak-kanak bermain air.



Pada masa dahulu, waktu saya masih kecil dan kanak-kanak di sepanjang sungai ini dipercayai banyak mengandungi ikan-ikan yang tertentu yang hidup bebas dalam air.



Memancing



Walau bagaimanapun memancing bukanlah kerja utama penduduknya, kerana kebanyakan mereka adalah petani padi. Tidak ada penangkap ikan profesional di Sungai Salor.



Ketika kanak-kanak dulu saya suka memancing atau mengail ikan, dan itu pun di waktu-waktu terntenu sahaja untuk suka-suka.



Pada waktu itu ialah waktu air pasang atau naik hampir mencecah tebing selama sehari dua. Ikan yang dapat kami kail hanya ikan belukur, yang terkenal sebagai yang bodoh. Paling besar ikan belukur ialah lebih besar sedikit dari ibu kaki orang dewasa, Biasanya ia dimasak asam pedas.



Pelampung



Satu cara lagi yang sering digunakan oleh kami ialah menggunakan sejenias alat yang kami pelampung. Ia diperbuat dengan mata kail yang diikat pada tali dan di gantung pada pelampung.



Pelampung ini diperbuat daripada sabut kelapa yang akan terapung di atas air bila dihanyutkan di sungai.



Mata kail itu akan dibalut dengan tahi yang baru kita berak. Justeru itu tahi itu mestinya tidak terlalu lembut atau terlalu keras supaya boleh di gunakan untuk membalut mata kail dan tidak hancur bila dimasukkan ke dalam air, Sekeping buluh digunakan sebagai alat  untuk melakukannya.

 



Justeru itu jika kita hendak jadikan tahi sebagai umpam  kita hendaklah selalu berhati-hati ketika memakan apa-apa makanan yang tahinya  hendak digunakan sebagai umpam itu untuk menangkap ikan itu.



Kemudian pelampung yang sudah dilengkap dengan tahi itu di bawah bahagian atas atau ulu sungai dan dihanyut. Kita sebagai taunpunya berjalan ikut jalan darat memerhati adakah pelampung itu di tangkap ikan atau tidak. Kalau bergerak-gerak ertinya ia telah ditangkap ikan dan kita hendak segera berenang untuk mengambilnya dan  mambawa pelampung itu ke tebing untuk menangkap ikannya.



Biasanya ikan yang memakannya ialah ikan juara yang suka bermain di bawah jamban menunggu tahi jatuh dalam air.



Selain itu jala juga digunakan. Namun begitu di Sungai Kedai Salor ini kalau tidak salah ingatan saya hanya dua orang sahaja yang mempunyai jala untuk menebar ikan. Seorang daripadanya gemulah Ayah Lim.



Nak La



Ini cara menangkap ikan secara berpesta beramai-ramai. Orang kampung akan beramai menghalau ikan ke satu kawasan yang telah tahan perangkap, seperti pukat, bubu dan sebagai. Ikan-ikan itu trpaksa menempuhnya kerana semua jalan telah ditutup. Dengan itu mana-mana ikan yang tidak sempat melarikan ajan terpernagkap dan tidak dapat melepaskan diri lagi.



Nak La ini bahasa apa saya tidak tahu. Dan acara menangkap seperti itu hanya sekali sahaja pernah diadakan di Sungai Kedai Salor.



Lain-lain cara menangkap seingat-ingat saya tidak pernah saya temui.



Tulisan ini hanya sekadar merupakan catatan sejarah sahaja. Terimakasih.

 




Pondok Rahmat



Pasir Tumboh,



Kota Bharu Kelantan Darulnaim.



19 Jun 2021/



8 Zulkaedah 1442.






Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP