>> Friday, August 13, 2021

 

RAHSIA 




BAWANG 




MERAH

 








Bawang  merah adalah salah satu  daripada beberapa jenis bawang, antaranya bawang besar dan bawang putih.



Semuanya  daripada jenis sayur-sayuran yang digunakan untuk masakan di dapur.



Ia dipanggil bawang merah kerana berkulit nipis berwarna kemerahan.



Ada juga orang tua-tua yang memanggilnya bawang halus, kerana rupanya melucnung kecil.



Dalam perbahasan dapur ia disebut bawang sahaja, yang dirujukkan kepada bawang merah. Sebab kalau bukan bawang merah akan disebutnya nama bawang besar atau bawang putih.



Setiap dapur di kampung mesti mempunyai bawang merah kerana brbagai-bagai kegunaannya dalam masakan tradisional.



Selain dari untuk kegunaan masakan, ada beberapa  hidangan lagi mengguna bawang merah yang mentah secara simpel, sebagai ulam-ulaman.

 


Sambal Bawang Merah



Bahan-bahan yang diperlukan ialah beberapa ulas bawang merah mengikut keperluan, garam dan lada burung [kecil] mengikut keperluan.



Bawang merah hendaklah dibakar hingga masak, tapi tidak hangus. Kemudian dibersih dan dibuang kulitnya.



Tumbuk lada dan garam sampai lumat atau sebati, kemudian masukkan bawang merah bakar tadi dan tumbuk sampai semuanya sebati.



Kemudian bolehlah dihidang dengan daging panggang tawar, atau ikan tawar atau ikan goreng.



Rasanya tentu sedap.



Makan Dengan Budu



Budu atau kicap mengikut keperluan.



Bawang merah hendaklah dipotong halus-halus atau dimayang.



Lada burung dipotong-potong atau dipicit dalam budu atau kicap.



Masukan budu atau kicap dalam pinggang, atau mangkuk, kemudian taburkan bawang merah yang telah dipotong halus-halus tadi. Masukkan lada, gaul semuanya sampai rata.



Kemudian bolehlah dimakan dengan daging bakar tawar atau ikan tawar dan sebagainya.



Penyedap Sup



Bawang merah dimayang atau dipotong, kemudian goreng dengan minyak yang baik, dan jangan sampai hangus. Sejukkan.



Bila anda hendak makan sup, taburkan bawang goreng itu dalam  mangkuk yang berisi sup yang masih panas. Ia menambahkan rasa enaknya sup.



Sekian, terima kasih.

 


Pondok Rahmat,



Kota Bharu, Kelantan Darulnaim.



13 Ogos 2021/



4 Maharam 1443,

 



Read more...

>> Monday, August 9, 2021

 

 

JANGAN 




LAPAR 




KEDARAH










Sebagai manusia yang hidup manusia mesti makan dan minum. Itulah keperluan jasmaninya sebagai makhluk yang tidak boleh diabaikan.



Dalam dunia ini Allah sediakan begitu banyak makanan untuk menjadi pilihan manusia yang beraneka ragam.



Kebanyakannya berupa tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan.



Kalau tumbuhan seperti padi, gandum dan buah-buahan, dan pokok  seperti buah mangga, durian, rambutan dan sebagainya.







Buah-buahan itu ada yang perlu diproses terlebih dulu, seperti padi dan gandum, demikian jua dengan sesetengah buah-buahan.



Walau bagaimanapun kepada umat Islam, makanannya itu terbahagi dua, iaitu yang halal atau boleh dimakan, dan ada yang haram, dilarang keras memakannya.



Antara yang halal dimakan, seperti ayam, itik, burung-burung dan sebagainya.



Sebaliknya ada pula yang haram dimakan, berdosa, seperti babi, dan arak.



Benda-benda seperti itu diharam memakannya kerana zat benda itu sendiri.



Tapi sebaliknya ada pula yang diharam itu kerana hakikatnya, dan bukan kerana zat atau kejadian benda itu sendiri,



Wang itu asalnya sama nilainya.h digunakan jika duit tulen, tapi ia menjadi haram jika diperolehi dengan cara yang haram di sisi Islam.



Umpamanya wang yang diperolehi secara jualan barang-barang haram, seperti daging babi, dan arak.



Demikian juga jika pada hakikatnya ia diperoleh secara haram, seperti hasil menipu, merompak,hasil rasuah, peras ugut dan lain-lain cara yang dilarang oleh undang-undang dan agama yang suci.



Benda-benda yang haram pada hakikatnya juga banyak.



Kalau kita perhatikan maka banyak sebabnya umat Islam diharam memakan barang-barang haram baik haram lahir atau haram batin.



Makanan-makanan seperti arak yang memabukkan dan dadah-dadah yang merbahaya, boleh merosak binasakan jasmani manusia yang mengambilnya.



Selain itu semua makanan yang kita makan, bukan sahaja mempengaruhi jasamani manusia, tapi juga mempengarui ruhani manusia. Justeru itu makanan-makanan yang tidak baik akan mersoakkan jiwa raga manusia.



Ia berlaku secara spontan, secara sedar atau tidak sedar. Itulah sebabnya ada ibu bapa yang brsungut-sungut tentang perangai anak-anak mereka yang tidak baik, sedangkan mereka mendapat cukup makan dan pakai; mereka terlupa mereka memberi makan dari hasil yang tidak halal kepada anak-anak mereka yang telah mempengarhi jiwa raga mereka,



Rasulullah SAW bersabda, maksudnya, “Setiap daging yang tumbuh dari makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya”.



Justeru jangan jadi manusia “yang lapar kedarah”, yang pelahap makan, tanpa kira baik buruknya, atau halal haramnya. Asalkan ada di hadapan terus dilantaknya tanpa menoleh kanan kiri.



Sekali lagi jangan jadi manusia lapar kedarah.

 

 


Pondok Rahmat



Kota Bharu Kelantan, Darulnaim.



9 Ogos 2021



30 Zulhijah 1442



Read more...

>> Monday, August 2, 2021

 

 

ORANG YANG BANGGA BERBUAT DOSA

 





Episod Satu




Seorang lelaki dan suami. Masih muda, tampan bergaya, dan mempunyai pendapatan yang agak lumayan. Mempunyai seorang isteri dan seorang anak yang masih kecil. Isterinya suri rumah sepenuh masa.



Lelaki ini amat suka meluahkan kepada isterinya perbuatan-perbuatan maksiat yang telah dilakukannya semasa keluar bekerja, termauklah perbuatan-perbuatannya suka berzina.



Dari masa ke masa jika dia berjaya berzina dengan mana-mana perempuan, dia dengan bangga menceritakan kepada isterinya, terutama jika wanita yang berjaya ditidurinya  itu seorang anak gadis yang masih perawan.



Diceritakan dengan penuh kebanggaan  kepada isterinya yang tidak berani membuka mulut berkata apa-apa.



Episod Dua



Seorang lelaki suka mencuri-curi melakukan perkara-perkara maksiat daripada diketahui oleh keluarganya. Antaranya secara sembunyi-sembunyi dia tidak berpuasa di bulan Ramadzan dengan makan secara sembunyi-sembunyi, tapi menyamar sebagai berpuasa.



Jika perbuatannya itu diketahui  mereka terus menegurnya. Walaupun dia tidak mampu menafi perbuatannya itu tapi jawapannya tidak menyenanngkan.



Antara lain lebih kurang dia akan menjawab, “Mu apa peduli. Mu nak beritahu siapa, beritahulah, aku tak takut.........”.



Oran-orang seperti ini adalah sebehagian daripada mereka yang suka melakukan maksiat atau dosa, tidak merasa gentar dimurkai Allah.



Malah mereka dengan bangga memberitahu orang bahawa mereka telah berjaya melakukan dosa-sosa itu tanpa merasa kekok-kekok atau segan silu.



Dia tidak segan-segan memberitahu bahawa dia telah berjaya menipu orang.



-Telah berjaya membohongi orang.



-Telah berjaya mengkhianati orang.



-Telah berjaya memperdayakan isteri orang.



-Telah berjaya menggoda anak-anak dara orang.



-Telah berjaya mengecek harta orang.



-Telah berjaya memfitnah orang.



Dia telah berjaya melakukan aneka maksiat dan dosa dengan bangga dan senang hati.



Dalam hatinya tidak tercetus sebarang takut dan bimbang kerana berbuat dosa-dosa itu malah sebaliknya merasa senang hati dan bangga.



Malah dia boleh ketawa ria, meta dan bangga selepas melakukan maksiat atau dosa, kerana dia tidak pernah berperasaan bahawa Tuhan sentiasa ada bersama dengannya di mana sahaja dia berada.



Hatinya telah menjadi lapang sasar tempat syaitan sentiasa berpesta. Dan akhirnya dia pun  telah menjadi syaitan berupa manusia.



Dia telah hanyut di dalamnya dan lemas hingga sampai ke akhir hayatnya tanpa sempat kembali ke jalan yang benar- bertaubat.



Habislah riwayatnya dalam kehinaan dan kutukan Allah.



Sungguh malang nasibnya.




 

Pondok Rahmat,



Kota Bharu Kelantan.



2 Ogos 2202/



23 Zulhajjah 1442




Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP