BERPUASA ATAU BERLAPAR

>> Tuesday, December 8, 2020


BERPUASA ATAU BERLAPAR?








 “Wahai orang-orang beriman diwajibkan di atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas seorang sebelum kamu agar kamu bertaqwa”. Al-Baqarah [2]:183.

 

 

Masyarakat dunia dari sejak daulu lagi telah berpuasa. Walaupun dalam bukan semua bangsa.



Orang Islam juga berpuasa, Puasa umat Islam berbeza dengan puasa orang bukan Islam.



Orang Islam setiap tahun diwajibkan berpuasa, iaitu pada bulan Ramadhan. Sesiapa yang cukup syarat jika tidak berpuasa dalam bulan Ramdhan adalah berdosa.



Justeru itu puasa dalam Islam adalah adalah ketentuan agama, atau puasa kerana Allah SWT. Satu kewaiban.



Puasa tanpa niat tidak sah dalam Isam.



Terdapat perbezaan antara puasa orang Islam drngan bukan orang agama Islam. Kerana mereka bukan kerana agama tapi kerana sebab-sebab lain, seperti kerana menjaga kesihatan badan.



Sebenarnya apa yang mereka katakan berpuasa itu berbeza dengan puasa agama Islam.



Apa yang mereka maksudkan puasa itu sebenarnya berpatang atau berlapar untuk tujuan-tujuan tertentu, terutama untuk menjaga kesihatan badan,



Masa mereka berpuasa pun tergantung kepada pilihan mereka sendiri, demikian juga berpa lama hendak berpuasa.



Ada di antara mereka mungkin berpuasa selama sehari, dua hari atau tiga hari atau lebih lama lagi.



Dalam masa berpuasa ini mereka hanya minum air kosong sahaja, dan menjauhi segala jenis makanan, atau makan juga dengan amat terbatas mengikut nasihat doktor.



Dikatakan ada yang berpuasa selama seminggu, dan berakhir dengan di katil hospital sakit tidak cukup makan



Puasa ini dipanggil “water fasting”, maksudnya “puasa air”, mereka tidak makan, tapi sekadar minum air.



Tapi bagi kita cara begitu  bukan puasa, tapi berpantang dengan air. Hanya air sahaja boleh minum sepanjang masa tersebut. Macam ibu lepas bersalin berpantang makan makanan-makanan yang sejuk.



Pakar-pakar kesihatan masih mengkaji kesan-kesan puasa itu kepada manusia, ada  pendapat yang pro dan kontra, ada kata baik, ada kata tak baik, merbahayakan.



Beberapa tahun yang lampau, telah  jua muncul cara berpantang yang pelik. Pada masa ada anak-anak muda yang ingin menjaga badan spaya kelihatan cantik dan menarik, tapi mereka tidak mampu berpantang malah melantak apa sahaja  yang melintang,



Cara mereka juga unik, tapi nampak macam fikirannya tersumbat. Anak-anak muda ini bila waktu, merka akan pergi ke restoran pilihan mereka, lalu memesan apa sahaja makanan yang mereka suka, dan melantaknya sampai kenyang.



Tapi apa yang mereka buat selepas itu? Mereka akan pergi ke bilik air, memuntahkan keluar apa yang telah makan tadi, atau menjolok mulut mereka supaya apa yang semuanya yang telah makan itu muntah keluar.



Bolehkah dikatakan perbuatan cerdik?



Puasa dalam Islam hanya di siang hari, selama beberapa jam, dari subuh hingga maghrib.



Pada siang hari itu mereka diharam makan minum, melakukan hubungan seks  untuk mengelakkan puasa mereka jadi batal.



Tapi pada sebelh malamnya mereka bebas melakukan aktitiviti-aktiviti tersebu seperti normal.




Sekian.

 

Pondok Rahmat

8 Disember 2020/

22 Rabiulakhir 1442.

 

 

 




Read more...

>> Sunday, December 6, 2020


BERHALA DULU DAN SEKARANG





 

PADA masa lampau orang-orang bukan Islam menyembah patung-patung berhala yang dijadikan tuhan mereka.




Ada berbagai-bagai jenis berhala yang mereka buat sendiri dan mereka  puja sebagi tuhan sembahan mereka yang dihormati dan ditakuti.




Patung-patung itu mereka sembah dan puja dengan berbagai-bagai cara, seperti menyembah dengan sujud kepala, menyediakan hidangan makanan istimewa menyanyi, menari dan sebagainya.




Selain daripada itu terdapat bebagai rupa bentuk, patung-patung yang berbeza-beza, demikian juga   ada berbagai-bagai ukurannya kecil dan besar.




Ada berhala yang kecil sebesar jari-jemari, dan sebaliknya ada pula sebesar  sebuah bukit yang dpahat menjadi sebahagian daripada berhala.




Di Madinah sebelum Islam dulu banyak dengan berhala-hala yang disembah oleh orang bukan Islam,




Tapi selepas Islam berhala-hala itu tidak ada lagi telah diruntuhkan akibat bercanggah dengan agama Islam yang Maha Suci.




Namun di setengah-setengah tempat di dunia ini masih ada lagi golongan  yang menyembah berhala-hala sebagai tempat memhon  rezeki dan sebagainya,




Namun begitu sebilangan dari mereka telah mengubah sembahannya, mereka tidak lagi menyembah patung-patung berhala, tapi menyembah benda-benda yang mempunyai kuasa ekonoimi khususnya wang dan kuasa 




Mereka tidak menyembah berhala seperti patung-patung tapi menyembah kua-kuasa di belakang benda-benda yang tidak berbentuk patung itu.




Itulah dia harta benda dan wang ringgit yang mempunyai nilai yang besar, dipuja seperti patung-patung berhala, bukan bendanya tapi hakikatnya.




Sembahan kepada benda-benda ini tidak kurang bahayanya seperti sembahan kepada berhala-hala atau patung-patung itu.




Malah menurut HAMKA, beliau menegaskan, “Tetapi pada zaman sekarang pun terdapat juga orang menyembah benda, menjunjung tinggi benda. Dia mengelak daripada kepercayaan, tetapi terpaksa  percaya kepada yang tak patut dipercayaai”.




“Oleh sebab itu kepercayaan penyembah berhala pada zaman perbakala, masih lebih baik daripada penyembah benda pada zaman moden. Sebab orang purbakala tuduk dalam kerbodohan. Orang zaman moden mengelak dari kepercayaan, dan kembali kepada kehidupan yang lebih jahiliah”.




Penyembah-penyembah harta benda ini biasanya terdiri dari orang yang cintakan dunia, kerana kepada mereka pengaruh harta benda dan pangkat itu amatlah besar kepada hidup mereka.




Mereka hidup mewah, senang lenang kerana pengaruh pangkat dan harta benda yang mereka miliki.




Mereka biasanya terdiri daripada ornag-orang hartawan, berpangkat tinggi dan mewah dalam kehidupan. Kerana kedudukan dan harta itu mereka dipuja dan disanjug oleh masyarakat, menyebabkan mereka bertambah sombong dan angkuh dengan diri  mreka.




Oleh itu kita hendaklah selalu berhati-hati tidak menjadi penyembah berhala kebendaan, tidak juga menjadi hubub atau pencita dunia yang melampau, kerana semuanya membawa kepada kemusnahan.




Sembahlah Allah, Maha Pencipta, Maha Kasih dan Maya penyayang, bukan menyembah barang-barang ciptaanNya yang akan membawa kepada kemusnahan.,




Allah berfirman, maksudnya:


“Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, oleh itu, beriabadatlah kamu kepadaKu.Inilah jalan yang betul-

lurus”.Al-Imraan [3]:51.

 



Pondok Rahmat


5 Disenber 2020/


12 Rabiulawal 1442

 


Read more...

BOLA KEHIDUPAN

>> Tuesday, December 1, 2020

 BOLA KEHIDUPAN


Bola tinggal sepi bila tak diperlu

 


Semua orang kenal bola. Temasuk kanak-kanak sekalipun. Sejenis permainan yang berbentuk bola,   biasanya di sepak atau di tendang dengan kaki.




Bola itu biasanya berbentuk bulat gentel. Ia mempunyai berbagai-bagai ukuran atau saiz selaras dengan caranya dipemainkan.




Justeru itu bola mempunyai beberapa jenis dan nama yang khusus, seperti bola jaring, bola sepak, bola keranjang, bola  tampar, bola pimpong, dan sebagainya.




Walau bagaimana pun bola itu sejenis permainan yang menjadi mangsa atau umpan keganasan manusia.




Ada bola yang menjadi sepakan atau tendangan kaki manusia, dipukul dengan tongkat atau kayu atau direjam, dibaling dan sebagainya.




Sesiapa yang ingin melepas dendam atau kemarahan bermainlah bola, mana-mana bola yang dia mampu.




Itu buah bola.




Begitulah bola, dan begitulah  dengan kehidupan manusia seperti bola yang mempunyai berbagai cara untuk dipermainkan.




Penduknya bola itu hidupnya penuh dengan rintangan getir sebagai cabaran dalam kehidupan manussia.




Sejak dilahirkan kedunia bola manusia ini sentiasa berenang dalam derita kehidupan.




Cuba perhatikan kehidupan sebuah bola di di hujung atau tapak kaki manusia, disepak, ditendang, diterajang mengikut arah yang disukai oleh pemain mereka,




Sekejap berada di atas, di bawah, di kanan, di kiri, di tengah dan di tepi dan sekejap di luar padang dan sekejap di dalam padang.




Bermula hidup sebagai seorang manusia, baik suami atau isteri, manusia telah menanggung kesusahan untuk menyediakan keperluan untuk mengungkaikan beban-beban kehidupan, dari segi lahir batin, makan minum, pakaian tempat berlindung dari hujan panas dan sebabaginya.




Kemudian bila isteri mengandung dan melahirkan anak dari hasil hubungan mereka sebagai suami isyeri, maka beban kedua ibu bapa mereka akan meningkat. Bila keluar dari perut ibu beban ibu bapa kian meningkat lagi.


Anak itu pula perlu dijaga, diasuh dan dididik menjadi seorang manusia yang sempurna.



Dan setelah dia besar, dan dewasa lalu membentuk kehidupan sendiri sebagainana dilakukan ayah dan bonda sebelumnya. Demikianlah manusia terus berkembang dari sejak Adam dan Hawa.



Kemudian mereka telah dewasa itu bekerja dan berusaha mengulangi sejarah ayah dan boneanya mencari pasangan hidup pula untuk menwarisi manusia yang akan datang.




Kemudian seterusnya sambung bersambung tradisi hidup manusia selagi dunia berkembang sebagai bumi kehidupan.




Bola kehidupan ini terus ditendang, diterajang ke mana arah yang dirasa perlu oleh pemainnya untuk menjamin kejayannya dalam kehidupan yang sementara ini.




Walau bagaimana pun seluruh bola, kecil dan besar, malah bola dunia inipun akan musnah, hancur dan lebur menjadi debu.




Apa yang akan mereka bawa hanyalah amal dan perbuatan mereka semasa hidup di dunia tamereka baik, maka berbahagialah mereka hidup di dunia baru, kalau tidak malanglah nasib mereka di akhirat nani.




Sementara itu tidak ada siapa dapat menjamin kehidupannya baik dan  sejahtera sebelum kakinya melangkah masuk ke pintu syurga.




Walau bagaimana pun jangan sama sekali semasa hidup ini memilih untuk menjadi buah bola yang nasibya amat malang sepanjang masa, menjadi mangsa tendanagan dan sepakan orang tanpa kasiahan belas. Kalau perlukan bola juga, jadilah pemain bola, iaitu pemin bola yang handal, yang termasyur di seluruh dunia.




Dunia ini luas pilih padang yang boleh memberi jaminan kebahagian dunia dan akhirat untuk anda, Selamat dan sejahtera.




Allah berfirman:



“Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu dilalaikan oleh urusan harta benda dan anak-anak kamu dari mengingati Allah”.Al-Munafiqun:9

 



Pondok Rahmat

1 Disember 2020/

15 Rabiulakhir 1442

Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP