>> Monday, January 24, 2022
WAHAI ALLAH!
ANPUNILAH
KAMI!
WAHAI ALLAH, angkatlah kelir hijab yang gelap pekat ini
daripada menutup pintu mata dan hati hamba Mu daripada melihat embun hakiki yang sentiasa bertaburan sepanjang masa.
Sesungguhnya dengan terangkatnya kelir hijab itu dapatlah hamba Mu melihat dan menadah embun makrifat yang merupakan penawar kepada hati hamba Mu untuk dibasahai dengan titisan kasih yang Maha Pengampun dan Penyayang.
Wahai Allah gugurkanlah embun-embun makrifat itu daripada kolam abadi yang menyegarkan hati dan jiwa raga hamba Mu dalam merenangi samudera hidup
yang tidak bertepian ini.
Wahai Allah taburkanlah kembang-kembang makrifat dari taman syurga yang aromannya semerebak mewangi membasahi dan menyegarkan hati dan jiwa untuk memungut nikmat keredhaan Mu wahai Allah.
Wahai Allah redhakanlah malam-malam Mu yang syahdu untuk kami bersama sujud dengan Orang yang Sujud di kaki Mu dengan deraian air mata keinsafan dan penyesalan yang diiringi oleh sedu-sedan yang tidak mampu diukir kata.
Wahai Allah, tutuplah segala pintu-pintu hati hamba Mu ini daripada tersilau pandang dan terpesona dengan kilauan nafsu-nafsi hamba Mu yang keji dan hina-dina yang telah terkuak itu.
Wahai Allah, kami sujud di kaki Mu dengan memikul segala dosa yang telah kami kotori bumi Mu yang suci ini dengan menjunjung harapan tinggi menggunung untuk mendapat limpahan rahmat keampunan Mu, dan kami berazam tidak akan mencemari diri kami lagi dengan mengulangi segala dosa-dosa dan maksiat-maksiat terkutuk yang telah membinasakan diri kami dengan nikmat yang keji dan tercela.
Wahai Allah, terimalah penyesalan kami; kami berdosa.
Wahai Allah terimalah penyesalan kami; kami menyesal segala apa yang telah kami lakukan.
Wahai Allah, terimalah taubat
kami, kami bertaubat; tidak akan melakukan dosa lagi.
Wahai Allah terimalah janji setia kami, kami akan menjadi hamba yang beriman dan bertakwa, yang sentiasa berusaha untuk meniti di jalan yang lurus dan benar menuju keabadian.
Ya Allah pimpinlah kami supaya
tidak lagi terpelecek dan tergelincir jatuh tersungkur dalam lumpur yang cemar
dan kotor.
Ya Allah! Ya
Allah! Ampunilah kami hamba Mu si pendosa ini!
Ya Allah, kami bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah yang Tunggal dan Tiada sekutu bagi Nya
Ya Allah, kami bersaksi, bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah, Salawat dan Sejahtera ke atasnynya.
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah......................
Pondok Rahmat
Kota Bharu
Kelantan Darulnaim
Isnin: 21
Januari 2022/
21 Jamadilakhir
1443.
0 comments:
Post a Comment