>> Wednesday, January 5, 2022
ALANGKAH
MUDAHNYA
UNTUK
BERJAHAT
SANGKA
SANGKA adalah buah fikiran berupa pendapat atau pandangan terhadap sesuatu benda.
Tapi buah fikiran itu tidak
disokong oleh sebarang fakta yang benar, baik salah ataupun betul atau tidaknya.
Ia mungkin benar dan mungkin juga
salah. Itulah prasangka. Agak-agak atau sangka-sangka tanpa memperhitongkan
benar atau tidaknya, baik atau buruknya.
Lebih-lebih lagi di zaman
muntakhir ini, di mana buruk sangka atau jahat sangka mudah tercetus dan amat mudah pula tersebar
dan disebarkan. Sehingga kalau hendak berbicara perkara-perkara sulit dan
berahsia, kita dinasihatkan hendaklah berhti-hati kerana dinding pun dikatakan
mempunyai telinga.
Manusia memang suka membuat prasangka, dan kebanyakannya prasangka itu berupa prasangka buruk atau buruk sangka terhdap sesuatu benda atau perkara dan sebagainya.
Sebaliknya ramai pula manusia
yang suka mendengar perkara-perkara sangka buruk dan gemar pula menyebarkannya,
dan biasanya dengan tokok tambah pula supaya lebih sedap didengar. Justeru itu
cerita asalnya hanya panjang sejengkal telah menjadi panjang sehasta atau sedepa.
Ja mungkin bermula dari sebcebis
lintasan pandangan atau sikap negatif atau buruk terhadap sesuatu perkara, baik
benda, manusia atau sesuatu peristiwa, maka dari situ ia berkembang dengan pentas menjadi sebuah sikap buruk sangka, selepas dikipas-kipas oleh
syaitan yang sentiasa bersedia untuk mencelakan manusia dengan buruk sangka.
Buruk sangka boleh mencetuskan perseteruan atau perbalahan antra dua pihak, iaitu antara pihak yang menerima sangka buruk dengan pihak yang menyangka buruk.
Ia boleh mencetuskan permusuhan di antara seorang dengan seorang, antara seorang tokoh atau pemimpin yang lain.
Antara satu kumpulan atau pihak
dengan satu pihak atau kumpulan yang lain.
Antara satu kaum atau bangasa
dengan satu kaum atau bangsa.
Antara sebuah negara dengan
sebuah negara.
Malah salah sangka sering berlaku
di kalangan saudara-mara dan di kalangan suami isteri dan berjaya merosakkan
hubungan silaturahim mereka.
Dan akhirnya boleh berakhir dengan
mala petaka yang tidak sepatutnya berlaku, semata-mata kerana salah sangka atau
buruk sangka semata.
Justeru itu kita umat Islam dilarang berburuk sangka, baik mendengar, mempercayaainya serta membuat sangka buruk dan menyebarnya.
Allah berfirman:
”Wahai orang-orang yang beriman. Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita maka selidikilah untuk menentukan kebenarannya supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu [mengenainya] sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan”. A-Hujurat [49]:6.
Dalam Ayat di atas Allah melarang
umat manusia berburuk sangka.
Dalam Surah al Hujurat ayat 12 pula Allah berfirmqn
dengan tegas melarang manusia berburuk sangka antara satu sama lain kerana
buruk sangka itu boleh menimpakan akibat yang jelik.
Ayat 12 itu bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah banyak sangkaan kerana sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa”. Al-Hujurat [49]:12.
Demikianlah perintah Allah SWT
yang wajib dipatuhui oleh setiap individu ketika mendengar sesuatu khabar atau
berita yang belum pasti benar atau tidaknya. Jangan mudah percaya dan
terpedaya.
Pondok Rahmat,
Kota Bharu Kelantan
Darulnaim
Rabu: 5 Januari
2022/
2 Jamadilakhirn
1443
0 comments:
Post a Comment