BERHUJAN
-HUJAN
DI KOTA
BHARU
Makna Hujan
Makna hujan ialah air yang turun
dari langit.
Ini berlaku bila awan-awan yang tebal
mengandungi air itu pecah bertaburan di langit dan lalu gugur ke bumi menjadi
hujan.
Dalam percakapan orang Kelantan
ada beberapa perkataan atau ayat khusus yang menggambarkan tentang keadaan
hujan itu.
Antara perkataan-perkataan itu
ialah sebagai berikut:
Hujan Berai
Hujan tidak lebat, hujan tidak deras
hanya berderai.
Hujan Berdebu
Hujan tidak lebat, bertaburan
seperti kabus atau debu sahaja.
Hujan Deras
Hujan lebat, hujan kuat.
Hujan Hambat
Orang Tua
Maksudnya hujan yang turun sekali
sekala. Hujan turun sekejap, kemudian berhenti, panas sekejap lepas itu turun hujan balik.
Maksud orang tua dalam kata-kata
terebut ialah orang dewasa yang hendak menjemur kain yang dibasuh, mengalami
kesukaran untuk menjemur kain, kerana sekejap hujan sekejap panas, sekejap
hujan sekejap panas.
Hujan Kohor
Hujan turun dengan perlahan.
Hujan Lebat
Hujan yang yang turun dengan
kuat.
Hujan Re-da
Hujan telah perlahan tidak
seperti sebelumnya.
Hujan
Rintik-rintik
Hujan tidak lebat turunnya, tapi
agak kasar butirannya.
Hujan Tak Celek
Mata
Hujan yang turun terus menerus
tidak henti-henti selama beberapa waktu atau hari.
Hujan Malam
Jumaat
Jika hujan mulai turun pada malam
Jumaat dipercayai hujan itu akan berlaku dengan lebat dan berpanjangan selama berhari-hari.
Hujan Hari
Perkahwinan
Jika pada hari berlangsungnya
perkahwinan seseorang lelaki dan didapat berlakunya hujan pada hari ini dipercayai sebagai pertanda bahawa lelaki itu kuat makan budu.
Makanan Khusus
Di musim hujan orang Kelantan
mempunyai beberpa jenis masakan tertentu.
Antara nakanan itu ialah ubi kayu
rebus atau lain-lain ubi yang dimakan dengan kelapa kukur atau parut, digaul
dengan gula dan sedikit garam.
Selain itu pulut yang ditanak [bukan
kukus] juga dimakan dengan kelapa kukur atau parut, digaul dengan gula dan
sedikit garam.
Masakan pula yang suka dimakan
sebagai lauk ialah ikan budu [ikan jeruk] masin yang digoreng setelah digaul
dengan telur ayam yang dihancurkan terlebih dahulu.
Permainan Musim
Hujan
Biasanya kanak-kanak lelaki dan
perempuan suka bermain hujan dengan permainan-permainan yang khusus.
Di antaranya mereka suka bermain
berkawan-kawan jika hujan turun, terutama hujan agak lebat. Mereka bermain-main
sambil mandi air hujan yang turun dari langit.
Anak-anak lelaki biasanya suka
bermain bola, seperti bola sepak, bola katak, dan suka main coh cuit. Bola itu
biasanya diperbuat sendiri dengan menggunakan getah sigret yang diambil dari
pokoknya selepas ditoreh batangnnya dan getahnya menitik ke dalam bekas tadahannnya.
Penyakit
Orang-orang yang tinggal di
kampong, terutama kanak-kanak yang suka bermain air, terutama air kotor dan
berselut biasanya terkena penyakit
“makan di air”, iaitu bengkak-bengkak dan gatal-gatal di celah-celah jari kaki.
Kaki makan di air ini biasanya
diobati dengan kapur barus atau kapur sirih dengan diadun dengan air dan
gambir.
Kalau Nak Hujan
Kalau nak hujan, hujanlah merata
Jangan ditimpa si pokok pauh;
Kalau nak tidur, tidurlah mata
Jangan dikenang si orang jauh.
Hujan turun di Semut Api
Budak-budak main berenang;
Tiada di mata dekat di hati
Tidur malam terkenang-kenang;
Awak nak pergi ke sana ke mari
Jangan lupa membakar jerami;
Kalau nak hujan, hujanlah hari
Janganlah binasakan diri kami.
Kalau nak hujan, hujanlah serata
Jangan ditimpa si pokok jati;
Kalau nak pejam, pejamlah mata
Jangan lupa Allah di hati.
Doa
Saya akhiri catatan ini dengan sebuah
doa yang dibaca bila hujan turun:
“Allahumma hawalaina wa la ‘alaina”.
Maksudnya:
“Ya Allah
turunkanlah hujan di sekitar kami, bukan
untuk merusakkan kami”.HR:Bukhari.
Pondok Rahmat
Kota Bharu
Kelantan Darulnaim
15 Januari 2022/
12 Jamadilakhir
1443,
Read more...