>> Friday, September 17, 2021
ORANG-ORANG
YANG
SELALU
LUPAKAN
DIRI
Orang yang
mempunyai banyak wang, mempunyai banyak harta, seperti tanah ladang, bangunan
dan sebagainya dikatakan orang kaya atau hartawan.
Dengan memiliki
kekayaan banyak perkara yang dapat dilakukan di dunia hari ini, terutama sekali
untuk hidup cara mewah, baik dari segi pakaian, makan minum, urusan
rumahtangga dan sebagainya.
Semua perkara yang dikehendaki diperolehi dengan mudah asalkan boleh dibeli dengan wang dan ringgit yang mempunyai kuasa yang besar dalam kehidupan hari ini.
Sebenarnya berbagai-bagai perkara kecil dan besar dapat dilakukan dengan kekayaan, perkara yang baik ataupun yang buruk.
Dengan kekayaan
kita dapat menolong orang dengan memberi bantuan dan zakat fitrah, dapat
membantu saudara mara dan keluarga dan sebagainya. Dengan kekayaan dapat
membantu membangunkan masyarakat, membina sekolah, hospital, rumah anak-anak
yatim, memberi biasiswa, membina masjid, membina perpustakaan, dan berbagai-bagai perkara yang mulia lagi.
Namun begitu, kebanyakan manusia terlupa untuk melakukan kerja-kerja yang mulia ini. Mereka lebih berminat untuk melakukan kerja-kerja yang glamor dan mendapat hasil segera yang memberi keuntungan besar. Sedangkan kerja-kerja kebajikan itu tidak memberj apa-apa keuntungan keduniaan, tapi lebih banyak menelan dan menghabiskan harta sendiri untuk kerja-kerja yang tidak memberi apa-apa pulangan keduniaan.
Malah mereka
kedekut atau bakhil untuk memberi sedekah walaupun kepada orang-orang yang ditimpa kesusahan dan amat memerlukan
bantuannya.
Malah ada di
antara mereka tidak segan-silu mengecil-kecilkan orang-orang miskin kerana
tidak memiliki harta sepertinya yang tidak habis dimakan sepanjang hayat,
walaupun kadang-kadang harta kekayaannya itu bukan berasal dari usaha titik
perlunya sendiri, tapi berupa warisan daripada keluaraga mereka yang
meninggalkan harta yang banyak kepada warisannya. Alangka bongkaknya
bermegah-megah dengan harta pencarian titik peluh orang lain.
Orang-orang
seperti ini juga tidak silu-malu menggunakan hartanya untuk membinasakan orang-orang
lain yang dianggap menjadi pesaingnya atau seterunya dalam perniagaan, seperti
dalam perebutan untuk mendapatkan sesuatu projek atau peluang pekerjaan.
Malah lebih jauh
lagi mereka juga mungkin mengambil
bahagian penting. menaja, atau mendalangi sesuatu projek yang tidak wajar,
seperti kelab-kelab perjudian, sindiket-sindiket pelacuran dan sebagainya untuk
menambahkan peningkatan rezeki.
Keadaan mungkin
menjadi lebih parah andainya si kaya itu merupakan orang yang berpengaruh dalam
masyarakat, atau dari keluarga yang dihormati dan seumpamanya kerana dapat
memudahkan segala urusan-urusan yang bersangkut-paut dengan kepentingan mereka.
Sesungguhnya
orang-orang kaya atau orang-orang yang berada mempuyai peluang-peluang luas
untuk melakukan berbagai-bagai perkara yang mereka sukai, termasuklah kejahatan
dan maksiat.
Berhubung dengan
hal ini ada sebuah Hadis SAW yang bermaksud:
“Aku nelihat ke
dalamm Syurga, maka aku dapat melihat kebanyakan penghuninya adalah terdiri daripada kalangan
orang-orang fakir miskin. Dan apabila
aku melihat ke dalam neraka, maka aku dapat melihat kebanyakan penghuninya
adalah terdiri daripada golongan perempuan”. Hadis Muttafaqun ’alaih.
Pondok Rahmat
Kota Bharu
Kelatan Darulnaim.
17 September
2021/
10 Safar 1443,
0 comments:
Post a Comment