>> Friday, September 3, 2021
MENEBAH
BELALANG
UNTUK
GORENG
Kampung Salor terletak dipinggir sawah padi yang luas sejauh mata memandang. Jika anda melewati kampung ini dalam perjalanan ke Pasir Mas ikut jalan lama anda akan bertemu dengan Kg. Salor. Di sisi kiri ke Pasir Mas itu nicaya anda akan dapat melihat sawah padi sesaup mata memandang. Ia merangkumi beberapa buah kampung kecil yang terletak dalam Daerah Salor.
Kalau di musim
menanam padi anda akan melihat lautan pokok-pokok padi yang tumbuh menghijau di
sekeliling anda, tapi jika selepas musim mengetam atau menuai anda akan melihat
lautan sawah-sawah kosong yang luas terbentang seperti sebuah padang pasir kosong,
sejauh mata memandang.
Waktu itu buminya masih kering, dilitupi oleh jerami atau batang-batang padi kering yang menungu masa kereputannya atau untuk dibakar oleh para pesawah.
Seperti padang-padang
lain juga, padang yang luas ini mempunyai penghuninya yang tersendiri.
Kebanykan mereka terdiri dari burung dan belalang.
Di sesetengah
tempat penduuknya suka makan belalang yang dimasak, tapi penduduk Kampung
Kedai Salor tidak gemar makan belalang. Justeru itu tidak ada orang dewasa yang
mencari belalang di padang sawah mereka untuk dimasak dan dimakan.
Kanak-kanank pula menangkap belalang untuk diberi makan kepada burung-burung peliharan mereka atau dimasukkan ke dalam botol untuk bersuka-suka melihat belalang itu dalam botol. Ia merupakan sejenis permianan yang meralik atau melekakan kanak-kanak.
Untuk mendapat empat lima ekor belalang untuk buat permainan itu kanak-kanak hanya menangkap begitu sahaja dengan menggunakan tangan.
Tapi untuk menangkap dalam jumlah yang lebih banyak mereka yang tidak mempunyai penebah belalang yang khusus seperti penangkap rama-rama, mereka akan menggunakan ranting-rating hidup yang berdaun yang sesuai sebagai penebah untuk menangkap belalang. Belalang-belalang yang ditebah itu akan terperangap dengan daun-daun itu untuk diambil oleh penebahnya.
Namun begitu
kadang-kadang ada juga anak-anak muda yang menangkap belalang untuk tujuan
menjadikan makanan. Antara belalang yang dimakan itu ialah belalang beras dan
belalang kunyit yang banyak terdapat di sawah.
Namun begitu, terutama kanak-kanak tidak bernai untuk berada di padang pada musuim ini, kerana biasanya musim hujan yang berkilat dan berguruh atau berguntur yang menakutkan.
Masakan istimewa
untuk belalang ialah goreng garam kunyit. Sebelum dimasak belalang itu dibuang isi perutnya dengan jalan mencabut
kepala belalang itu dan menariknya keluar, Ikut keluar ialah isi perutnya yang
mungkin mengandungi bahan-bahan yang kotor seperti tahi. Sayapngnya juga dicabut
buang. Setelah dibersih belalang itupun digaul dengan garam kunyit, kemudian digoreng.
Sejak
kebelakangan ini ada orang-orang rajin di tempat lain menjadikan belalang goreng sebagai
barang dagangan untuk dijual tujuan pasaran. Cubaltah makan kalau nak merasa.
Di dalam kampung pula
ada sejenis belalang lagi yang berdendang pada waktu malam dipanggil Belalang Rusa,
dan belalang ini tidak dimakan walaupun jauh lebih besar daripada belalang
beras dan kunyit, entah apa sebabnya tidak dapat dipastikan, kemungkinannya
takut beracun.
Pada akhir
catatan ini dikembarkan sebuah potongan Ayat Suci Al Quran tentang belalang
yang ditrunkan Allah kepada manusia kaum Nabi Musa yang durhaka kepada Allah
sebagai peringatan kepada mereka, maksudnya:
“Allah berfirman
“Dan Kami pun menghantarkan kepada mereka taufan, dan belalang, dan kutu, dan
katak, dan darah sebagai tanda-tanda dan bukti yang jelas nyata, maka mereka
juga tetap berlaku sombong takbur dan menjadi kaum yang menderhaka”. Al-A’raf
[7]: 133.
Sekian, adanya.
Pondok Rahmat
Kota Bharu
Kelantan Darulnaim
3 September 2021/
25 Mahram 1443.
0 comments:
Post a Comment