>> Tuesday, September 7, 2021
BILA
HATI
KERAS
MEMBATU
DIA seorangl
lelaki yang tampan, mwmpunyai pekerjaan yang baik, dan mempunyai isteri yang
juga bekerja.
Tapi dia suka
melakukan peerkara-perkara keji, seperti berjudi dan bermain perempuan, tegasnya
berzina.
Bila ada kawan-kawan
yang menegur perbuatannya itu berdosa
besar, dia akan ketawa dan berkata senda, “Dosa. Dosa. Dosa. Dosa apa? Bila aku
dah puas main betina aku akan berhenti dan bertaubat. Kau nak kata apa?”.
Kemudian dia
dengan bangga menceritakan perbuatan maksiatnya itu termasuk kepada mereka yang memberi
nasihat kepadanya itu.
Lelaki ini
adalah seorang yang telah rosak hatinya, menjadi keras seperti batu atau telah
berkarat-wat yang terlalu sukar untuk dibersihkan atau tidak mungkin
dibersihkan lagi.
Kenapa keeras seperti batu? Sebenarnya semua
benda yang keras-kekung diibaratkan seperti batu, kerana batu adalah salah
sejenis benda yang keras terdapat di dunia ini.
Ada batu yang
terlalu keras, hinggakan lumut tidak boleh menumpang hidup di atasnya. Ia tetap
gondol tanpa ada apa-apa yang tumbuh di atasnya.
Justeru itu
kalau hati manusia itu dikatakan keras seperti batu amatlah malangnya, kerana
ia tidak mungkin untuk diubahsuai lagi. Ia tidak mungkin diperbaikikan lagi,
dan akan tetap keras selama-lamanya seperti batu.
Hati manusia itu
asalnya bersih dan lembut, ertinya bersedia menerima taufik dan hidayah Allah,
tapi bila dikatakan hati itu menjadi keras seperti batu, maka ertinya ia telah
keras dan gelap tidak lagi dapat menerima sinaran taufik dan hidayah Allah.
Sebagai setongkol
batu yang keras, walaupun terletak dalam air, tapi tidak ada apa yang mampu
berada di tasnya, tidak juga rumput dan lumut.
Mengenai hati yang keras membatu ini Allah berfirman
dalam al Quran, maksudnya:
“Kemudian
sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras
lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai
daripadanya; dan ada pula antaranya yang
pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air
daripadanya, dan ada juga di
antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak
sekali-kali lalai daripada yang kamu kerjakan”. Al-Baqarah [2]:74.
Alangkah
dasyatnya hati manusia itu jika telah menjadi keras membatu.
Ada berbagai
faktor yang menjadikan hati manusia itu gelap dan keras memabatu yang berpunca
daripada kelalaian empunya hati itu sendiri.
Antara faktor yang menyebabkan hati menjadi keras
membatu, ialah kerana sukakan melakukan
perbuatan-perbuatan dosa yang dilarang oleh Allah dan merasa bangga dengan perbuatan-perbuatan
terkutuk itu.
Kepada orang
seperti ini dia memandang ringan segala perbuatan-perbuatan berdosa yang
dilakukannya itu walaupun dosa itu besar sekalipun, seperti berzina umpamanya.
Justeru itu dia dengan gembira hati terus menerus melakukannya.
Dia tidak merasa
bahawa Tuhan sentiasa ada bersamanya, justeru itu dia sudah seperti tidak
bertuhan lagi. Dengan itu, dia boleh berbuat apa yang dia suka. Tidak takut
berdosa. Baik dosa kecil atau dosa besar. Tidak takut menerima hukuman pembalasan di
Hari Akhirat nanti.
Hatinya tealh menjadi medan sasar tempat iblis dan syaitan berpesta. Tidak ada sinar cahaya Ilahi lagi.
Kepada manusia
seperti, ini tidak ada rasa penyesalan,
kerana itu dalam hatinya tidak ada perkataan taubat. Taubat itu baginya
bila-bila boleh dilakukan, kerana dia masih muda dan sihat, umurnya masih panjang,
justeru taubat tidak perlu difikirkan lagi.
Sedangkan taubat
itulah obat yang penting kepadanya untuk membawanya ke jalan yang benar dan
diredhai Allah, mendapat sinar taufik dan hidayah. Kalau tidak bertaubat, dia akan terus
menerus berada dalam kesesatan bermandikan dosa.
Oleh itu kita hendaklah sentiasa menjaga hati kita supaya sentiasa berada dalam baik, menerima pancaran sinaran taufik dan hidayah dari Allah Taala.
Sedangkan hati
mepunyai peranan yang besar terhadap diri seseorang manusia, ruhani dan
jasmaninya.
Rasulullah SAW
berabda maksudnya:
“Sesungguhnya
dalam diri manusia itu ada seketul daging, maka sekiranya daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota
badannya, tapi sekiranya daging itu rosak, maka rosklah seluruh anggotanya. Daging
yang dimaksudkan itu adalah hati”. HR Bukhari dan Nu’man.
Rasulullah SAW
juga meninggalkan doa untuk kerbaikan hati yang bermaksud:
“Wahai Allah
yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku agar sentiasa berada di atas
landasan agama Mu”.
Sekian
Pondok Rahmat
Kota Bharu
Kelantan Darulnaim
7 September
2021/
29 Mahram 1443
0 comments:
Post a Comment