>> Saturday, May 1, 2021

 

SALOR

 



PETUA-PETUA 



PENTING 




POK CHU LEH




[Bahagian 7]




Che Leh atau Pok Chu Leh Tok Bomoh telah meninggalkan beberapa petua atau tegasnya berupa peringatan atau panduan penting  kepada anak-anak cucunya di kemudian hari. Beberapa petua penting itu yang sempat diingati ialah:




-Gigi Air




Jika kita mandi di sungai, di laut, di  tasik  dan sebagainya  jangan pijak kaki di atas gigi air supaya tidak terpijak makhluk-makhluk halus yang dipercayai mungkin berada di tempat-tempat seperti itu. Dengan itu dapat menjauhkan kemarahan mereka.




-Jika Panggil Tok Bomoh




Jika kita menjemputl tok bomoh atau dukun atau seumpamannya datang ke rumah cuba perhatikan adakah tok bomoh itu berkata apa-apa ketika menaiki atau masuk rumah kita?




Sebab ada tok bomoh bila memasuki rumah pesakit akan berkata lebih kurang, “Hai rasa serianya [berdiri bulu ruma] dah ini”. Atau kata-kata yang seumpama itu yang menunjukkan dia telah diganggu oleh makhluk halus




Menurut beliau tok bomoh seperti ini biasanya tidak jujur kerana cuba mencari rezeki dengan cara menakut-nakutkan pesakit dan keluarganya.




-Petua Berjalan Dalam Gelap




Menurut Che Leh kalau berjalan di malam yang gelap gelita tanpa membawa karak atau lampu picit [touh light] kita tidak boleh berjalan dengan kepala tunduk ke bumi mencari tempat untuk berpijak dalam keadaan yang gelap pekat itu.




Justeru itu kita hendaklah berjalan sambil banyak melenggak atau mendongak ke atas melihat langit, nescaya pandangan kita akan menjadi lebih  terang dan kita dapat berjalan dengan lebih baik.




Petua ini diberikannya kepada anakandanya Maryan binti  Salleh [Che Su] pada suatu malam yang gelap ketika Che Leh  berjalan bersama beliau.




Sukacita dinyatakan Che Leh kalau berjalan malam hari walau segelap mana sekalipun kerana langit nak hujan beliau tidak pernah membawa lampu picit, tapi terus berjalan dalam gelap pekat. Malah beliau tidak menyimpan sebarang lampu picit walaupun beliau suka berjalan malam.




-Menggali Telaga




Jika kita ingin menggali telaga tentulah kita ingin mencari tempat yang ada air di dalam buminya. Tapi bagaimana caranya untuk mencari tempat yang ada mata air itu?




Che Leh menunjukkan satu cara yang mudah untuk mempastikannya.




Kita hendaklah mengambil sebiji buah kelapa, lalu dibelah dua, dikukurkan isinya, meninggalkan tempurungnya sahaja.




Kemudian pada sebelah malamnya kita hendaklah merugkukkan tempung itu di atas tanah untuk mencari tempat yang berair. Pagi-pagi besok kita hendaklah memeriksa tempurung itu, jika sebelah dalamnya basah, menujukkan tempat itu ada mata air di dalam buminya, tapi jika sebaliknya kering menunjukkan tempat itu tidak berair, dan terpaksa mencari tempat lain dengan cara yang sama pada malam seterusnya.




-Belajar Ilmu Kebal




Pada masa dulu ilmu kebal atau tidak lut dimakan senjata tajam adalah ilmu pertahanan diri yang populer. Orang-orang muda suka benar mempelajarinya.




Pada suatu hari adik saya, Maaruf, panggilan Ayah Aruf atau Anjang memaklumkan kepada Che Leh bahawa dia ingin belajar ilmu kebal. Che Leh memberitahu beliau sebelum belajar ilmu itu, dia hendaklah menguji kekebalan guru itu terlebih dulu di luar gelanggang. Jika dibenarkan dan berjaya barulah balajar tapi kalau tidak, tidak  payahlah belajar.




-Minyak Burung Gok-Guk




Salah satu minyak urut untuk orang patah atau sakit urat ialah Minyak Burung Gok-Guk, iaitu sejenis burung yang dipercayai berkhasiat  untuk tujuan tersebut. Burung itu disembelih dan dimasak dengan minyak kelapa asli untuk dijadikan  minyak ubat.




Burung itu sebelum ditangkap dan disembelih, terlebih dulu diperhatikan cara ia mengubat anaknya yang patah tulang. Caranya ialah tok bomoh akan mengawasi burung itu setelah mamatahkan sayap atau apa-apa angguta burung it, kemudian ibu burung atau bapak burung akan datang merawatnya dengan mengambil daun-daun pokok tertentu dan menyapukan getahnya kepada burung yang sakit itu. Kemudian anak burung itu lumrahnya akan sembuh. Hndaklah dilakukan beberapa kali.




Daun yang digunakan oleh burung itulah mengikut Che Leh sepatutunya diambil untuk dijadikan ubat patah. Tapi oleh sebab cara itu sukar untuk dilakukan, maka tok bomoh terus mengambil jalan mudah menangkap burung itu dijadikan minyak ubat, walaupun tidak menepati cara yang sebenarnya. Walau bagaimanapun sejauh yang diketahui ia bekesan juga.




-Hati-Hati Untuk Menuntut Ilmu




Kebanyakan manusia suka mempelajari ilmu-ilmu yang luar biasa, seperti ilmu ghaib, ilmu boleh berjalan dengan pentas, berjalan atas air, ilmu menunduk makluk manusia atau binatang yang liar dan ganas dan sebagainya.




Berkenaan dengan binatang buas, seperti buaya, harimau atau ular mereka belajar untuk menundukkan haiwan-haiwan itu jika bertemu dan tidak menganggunya.




Walau bagaimanapun  menurut Che Leh sebaik-baik ilmu berhubung dengan binatang liar atau buas, seperti ular dan harimau ialah ilmu menjauh atau tidak bertemu dengannya. Jika tidak bertemu maka sudah  tentu lebih selamat daripada bertemu dan bertarung dengan mereka. Kerana jika kita bertemu dengan mereka binatang-bnatang itu akan menguji kekuatan atau kepintaran kita dalam menentang mereka. Ini sudah tentu akan menyusahkan.




Justeru itu Che Leh mengajar anak-anak cucunya supaya belajar menjauhikan diri daripada bahaya lebih baik daripada mempelajari ilmu yang akan diuji yang berisiko.




Beliau membuat kesimpulan dengan menegaskan, “Berperangai baiklah kemana kamu pergi, insya-Allah kamu akan selamat, itulah sebaik-baik ilmu di dunia”.




Demikian pesan Che Leh kepada anak cucunya menerusi Mohammed Zain [Ayah Alang] pada suatu hari.




JANGAN BERMAIN DENGAN BERUK

 



Pada suatu hari Alang kena cakar oleh seekor beruk penaik kelapa di rumah. Mula-mulanya kita buat tak tahu sahaja, ingat tidak ada masalah. Tapi makin lama makin menyakitkan bekas cakaran kukunya yang bias itu.




Tapi tiab-tiba Che Leh balik ke rumah dan mengetahui masalah tersebut, lalu memberitahu Alang, katanya, “Jin [Zain] bila-bila kalua kena cakar diberuk atau kera, segeralah sapu tempat luka tu dengan ragu [buat peram tapir]. Baiklah ia”. Kebbetulan di dapur masa itu ada ragi yang mok  beli, maka Alang pun terus mengambil dan menyapu di tempat yang terkena cakar itu. Alhamdulillah sekejap sahaja rasa sakit berdenyut hilang.




Che Leh seterusnya memberitahu, katanya ingatlah ada dua binatang yang tidak boleh “main-main”, iaitu binatang beruk dan ular. Kedua-dua binatang ini katanya tidak dengar kata orang, kalau ular kalau dia nak patuk, dia akan patuk, demikian juga dengan beruk, kalau dia nak cakar, dia akan cakar, walaupun dilaranng.




Demikian petua Che Leh.




Pondok Rahnat




Pasir Tumboh,




Kota Bharu, Kelantan Darulnaim.




1 Mei 2021/




19 Ramadhan 1442


 

 


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP