SALOR
BINGKISAN HATI
Bahagian I3
UNTUK CHE LEH
& MOK
Bingkisan Hati I
Rumah Yang Indah
Semalam aku di
Kota Bharu
Meniti
batas-batas petak sawah yang kelabu
Celahan padi
hijau rimbun merindu
Lembayung ungu
Antara suara
kuang bersahutan
Bangau dan
ayam-ayaman
Belibis terbang
rendah hilang tujuan
Ayah Teh Che Dah
yang sepi berduaan
Saban meghrib berjemaah
di madarah seberang jalan
Isyak
bertemankan cengkerik dan kunang-kunang
Semenjak arwah
pergi
Meninggalkan
rumah ini jadi kenang-kenangan
Bayangan mimpi
menyelinap di segenap tiang
Rasa mesra adik
sepupu adik abang bergantungan di serambi usang
Masih terasa
sejuk mandi sungai dan air bah yang berlimpahan
Aku datang
semalam
Bagai bukan
seorang anak pulang dari rantauan
Aku hanya tetamu
asing sunyi kesepian
Semasa kugantung
kopiah di dinding kelam
Aku menangis tersedu
hati sayu menepu Syahdu
Ibu yang kurindu
Nobli Othman
12 Januari 2020
Bingkisan Hati
II
Rumah Kenangan
Rumah itu
termuat kenangan
Di sini tempat
mendapat pasangan
Dari sini pergi
untuk mendapat pelajaran
Mulai tahap
rendah sampai kayangan.
Rumah ini
termuat kenangan
Dua pahlalwan
sentiasa berkorban
Bertanggungjawab
kepada sembilan asuhan
Yang berjaya
diuruskan.
Rumah ini
termuat kenangan
Segalanya
tersimpan diingatan
Masih tinggal
empat asuhan
Panggilan Ilahi
menunggu giliran.
Maaruf Salleh,
Kg. Cherang 31
Mac 2021
Bisikan Hati III
Che Leh Dan Mok
Tiada kata
Tiada bahasa
Untuk ayahanda
dan bonda
Dalam Kenangan
Che dan Mok pergi tak kembali
Di sebalik
sempadan yang tidak bertepi
Bersama dengan
Pencipta Abadi.
Semoga engkau berdua
bahagia di sana
Dalam titisan
rahmat Allah yang sentiasa melimpah
Semoga
dosa-dosamu diampuni
Dan jasa amalan
mu di ditadahi kolam Rabbani.
Berbahagialah
Che dan Mok berdua di sana
Bersanding
berama Rasul dan para ambia
Menikmati kebahagian
abadi rahmat Tuhanmu
Yang melimpah-ruah
membanjiri sepanjang waktu.
Sebak dada dan
hatiku
Apa khidmatku
semasa Che dan Mok di sisi
Berjuang kerana
kepentingan kami
Melanda badai
bergelumbang;
Sedihnya hati
alang kepalang
Semoga diampuni
dosa kami dalam sedu-sedan
Melimpah air
mata penuh penyesalan.
Wahai
hamba-hamba yang masih beribu bapa
Bersaudara mara
Dekatilah mereka
sepanjang masa
Dengan hamparan hati
dan jiwa murni
Nanti tidak menyesal melanda hati
Malah merasa
bahagia semarak di dada.
Ya Allah
ampunilah kami
Ampunanlah kami
Dan masukkanlah semua
Ke dalam istana
rahmat Mu yang abadi.
Muhamed Zain Salleh
Lorong Masjid,
Pasir Tumboh KB
Bingkisan Hati
IV
Andai bisa ku
putar kan masa
Ingin ku kembali
ke pondok usang itu
Ingin ku gamit
memori terindah
Tatkala pondok
usang itu
Dihuni penghuni
syurga
Che Leh dan mok munoh kesayanganku
Masih terngiang-
ngiang suara
bebelan mok,
pesanan che leh
yang kujadikan
pedoman
dalam menyusuri
liku perjalanan
Dalam pencarian
keredhaan Ilahi….
Alfatihah untuk
kalian….
Shamsudin Saleh, Kg Raja
Besut
Bisikan Hati V
GURAH BUAT NENDA
Dulu, aku bebas berlari-lari di
halaman rumah kenangan
sambil mencari sinar mentari di
sebalik celahan daun dan ranting
sesekali aku melastik tinggi
supaya cahaya itu jatuh
kusambut dan tunjukkan kepada
nenda Mok Munah
harinya akan terang dan tersenyum
menyebarkan sayang.
Dulu, aku suka bermandi-manda di Pengkalan Sungai Salor
duduk berehat di tepi pondok rakit, memerhati permukaan
air
membayangkan wajah nenda Che Leh
begitu ingin aku memeluknya, membawa ku menyelusuri
alur kehidupan pelbagai canda dan ragam.
Semua gurah di dalam kocek, kuberikan kepada mereka
berdua
seumpama mutiara, berkilau terang ditapak tangan.
Kini, kuterus titipkan mutiara itu
dalam nafas doa kudusku hingga penghujung waktu.
Bani A. Zaini
Bingkisan Hati
VI
KEPADA PAPA
Papa
Dari kamar ini
Yang tidak
pernah bernombor,
Aku menungkah
malam.
Papa,
Tika aku masih
rindukan
Senyuman,
Belaian mesramu,
Tiba-tiba, kau
tiada.
Papa dari
kamarmu itu,
Yang telah aku
warisi,
Aku menahan
tangis
Papa
Ketahuilah kau,
Satu abdian yang
dirasakan
Akan terahsia.
Papa,
Jika kau masih
diadakan
Kau akan melihat
Melalui jemdela
di kamar ini,
Segala-gala yang
tidak pernah diminta.
Papa’
Setiap kali,
Udara kudus
melewati jendela,
Menyelongkari di
kamar ini,
Aku rasakan,
Sesuatu kerindan,
Rindu.
Papa, tak akan
ktemui lagi,
Manusia,
Yang bernama
papa
Dari mana-mana.
Dari:
Siti Mariam, Besut.
DARI CUCUANDA AZLAN ABDUL RAHMAN
UNTUK CHE LEH
DAN MOK YANG DICINTAI
“Nenekandaku Che Leh dan Mok Mnah adalah dua
insan yang baik dan penyayang . Anak cucu suku sakat mereka adalah dari
kelangan orang baik-baik, menunjukkan betapa mulia dan tulusnya hati mereka
berdua dalam membesarkan anak-anak mereka dengan kasih sayang.
“Che Leh tak
banyak bercakap orangnya [a man of few
word] dan jarang-jarang senyum. Namun
sesekali dia senyum akan membawa seribu kebajikan kepada anak cucu di sekelililngnya. Mok Munah pula petah
cakapnya, cantik wajahnya dan murah senyumnya. Sentiasa kemas pakaiannyaya dan
teratur orangnya. Mukanya sentiasa bersinar dengan kegembiraan hatinya bila
bersama anak dan cucunya.
Oleh kerana ku
dibesarkan di ruah datuk dan nenek maka banyaklah kenangan manis bersama
keduanya yang tidak akan aku lupakan.
Ketika aku masih
di awal persekolahan, aku menghidap penyakit asthma [lelah] dan sering diserang
sesak nafas, Che Leh yang pandai mengurut akan mengurut dada dan belakangku
sehingga aku akan merasa leg. Che Leh juga sering mengubati luka-luka dan
seliuh kaki yang aku sering dapat akibat aktif
bermain di sekitar kampung bersama kawan-kawan.
Che Leh pula
sering menyuruhku memijak belakangnya apabila dia perlukan seseorang untuk
mengurutnya. Dia akan baring terlungkup dan meminta aku naik atas belakangnya
dan berjalan sambil memijak-mijak dari bahagian bahu hingga ke kaki. Aku
gembira dapat berbakti kepada datukku dan dia pula bahagia dengan pertolongan
cucunya.
Che Leh banyak
memberi nasihat-nasihat untukku semasa
kecilku agar sentiasa menjaga diriku.
Mok Munah pandai
memasak dan membuat kueh terutama berbagai jenis pulut . Aku sangat
mengemari emakannya dan selalu juga
diberi pulut yang panas baru dimasaknya ketika membuat kueh. Dia juga
menyediakan bekal nasi dan lauk untuk kubawa
ke sekolah. Masih terbayang di kepalaku bagaimana aku menikmati bekal nasi dengan lauk ikan
masak lemak kuning yang menjadi kegemaranku.
Suasana yang
sering juga meninggalkan perasaan syahdu ialah ketika setiap kali aku sembuh
dari demam yang berlalu beberapa hari.
Mok Munah biasa memandikan aku dengan air suam
di dalam besen. Dia akan basahkan rambutku dengan air suam dan dan mengusap-ngusap kepalaku
sehingga aku kembali segar dan merasa
nikmat kasih sasyang dariku.
Layanan kasih
sayang dari keduanya tidak dapat kugambarkan dengan kata-kata. Kini mereka
telah lama meninggalkan dunia yang fana ini, dan setiap hari aku mendoakan
mereka agar Allah mengampuni dan merahmati mreka sepertimana mereka mengasihi
ku ketika aku kecil”.
Selamat Memabca
Dan selamat sejahtera dari:
Pondok Rahmat
Lorong Masjid,
Pasir Tumboh,
Kota Bharu
Kelantan Darulnaim.
Rabu: 5 Mei
2021/
23 Ramadhan 1442
Read more...