>> Saturday, February 20, 2021

 


ZUN NUN AHLI SUFI DAN KISAH-KISAH AJAIBNYA

 










Kebiasaannya ahli-ahli sufi itu lebih dikenali dengan nama timang-timangannya daripada nama batang tubuhnya yang sebenar.

 

 



Salah seorang dari mereka ialah Dzu’n-Nun Al-Misri, atau Zun-Misri seorang ahli sufi yang terkenal, sedangkan namanya yang sebenar ialah  Dzu’n’-Nun Abu Faidh Thuban Ibn Ibrahim al-Misri.

 

 



Beliau dilahirkan di Akhwin, suatu tempat di pendalaman negara Mesir pada tahun 180 Hijriah bersamaan dengan  796 Masehi.





Beliau adalah seorang ahli sufi yang banyak menggembara sepanjang hayatnya ke negara-negara Arab, terutama ke Lubnan dan Syria.

 

 



Dalam penggembaraan itu beliau banyak mengalami pengalaman-pengalaman yang ajaib yang sukar difahami oleh  manusia biasa.

 

 



Di antara pengalaman-pengalaman ajaib  yang beliau hadapi ialah bertemu dengan seorang wali yang sedang menggantungkan dirinya kaki ke atas dan kepala ke bawah kerana menghukum badannya sendiri yang dikatakan ingkar  menurut perintahnya untuk lebih taat mendekatkan kepada Allah.

 

 



Atas cadangan wali itu beliau bertemu dengan seorang wali yang berada di sebuah gua di atas bukit. Dzun-Nun melihat sebelah kaki orang itu  yang berada di pintu gua sedang dihurung oleh ulat. Kaki itu sebenarnya dikerat oleh wali itu sendiri sebagai hukuman kerana dituduh mendorongnya  untuk melakukan maksiat dengan seorang wanita.

 

 



Beliau juga bertemu dengan seorang wali yang sedang bertapa dalam sebuah gua. Pada waktu itu ramai penduduk sedang menunggu beliau di pintu gua itu untuk menerima rawatan, kerana beliau hanya keluar setahun sekali  dari gua itu. Berbagai-bagai penyakit yang mereka hadapi, tapi dengan sekali hembus atau tiup sahaja setiap sorang  pesakit  akan sembuh. Bila semuanya sudah selesai menerima rawatan wali itupun masuk semula ke dalam gua.

 




Zun-Nun mempunyai ramai musuh yang tidak sukakan beliau, dan ada antara mereka yang  menuduh beliau seorang yang bidaah, atau kafir.

 

 



Atas tuduhan tersebut Zun-Nun telah ditangkap dan dihantar ke kota Baghdad untuk dipenjarakan oleh pemerintah. Khalifah pada masa itu ialah Matawakil.

 

 



Setelah disumbat ke dalam penjara selama empat puluh hari, beliau  dibicarakan dan  didapati tidak bersalah lalu  dibebaskan  dan diperintah dihantar balik ke Khairah.

 

 



Beliau banyak meninggalkan kata-kata nasihat yang berguna sebagai panduan dan peringatan n kepada umat Islam untuk hidup bahagia di dunia dan akhrat.





Antaranya beliau menasihat manusia supaya  tidak memandang hina kepada orang -orang yang berbuat dosa, kerana katanya orang itu  mungkin telah bertaubat dan taubatnya telah diterima Allah.

 

 



Zun-Nun memberi nasihat supaya manusia  tidak meninggalkan usaha-usaha  yang diredai Allah h dengan tujuan untuk mendapat keredaan manusia

 

 



Zun-Nun meninggal dunia di Mesir dalam usia 65 tahun, pada tahun 246  Hijriah bersamaan dengan 861 Masihi.

 

 



Makamnya terdapat di sana dan masih terjaga dengan baik hingga sekarang.

 

 



Pondok Rahmat

 

 



20 Febuari 2021/

 

 



8 Rejab 1442.



Read more...

>> Tuesday, February 9, 2021


MISTERI WAKTU MALAM


 

 



“Ketahuilah bahawa  kemuliaan seorang mu’kmin itu terletak pada mengerjakan Qiamullail dan kehormatannya terletak pada keenganannya [dari meminta harta kepunyaan orang]”.

Sabda unjungan SAW.

 

 



ALLAH jadi sesuatu secara berpasangan; ada jantan ada betina, ada tinggi ada rendah, ada panjang dan ada pendek.










Ada manis ada masam, ada tawar ada masin, ada sejuk ada panas.




Ada gelap ada cerah, ada siang ada malam.

Dan ada malam ada siang yang berbeza-beza.




Siang itu pula cerah dan malam itu gelap.




Di antara perkara yang lumrah berbzanya dalam maya pada inilah gelap dan cerah, saing dan malam.




Tiada siapa yang tidak tahu malam, dan tidak pula ada siapa yang tidak tahu siang. Siang itu cerah dan malam itu gelap.




Malam atau siang itu adalah keadaan alam yang berlaku setiap hari dalam kehidupan manusia di dunia ini








Tapi bilakah dikatakan malam itu?



  • Malam itu bermula setiap hari bila matahari 

  • jatuh di kaki langit setiap petang dan

  •  berakhir bila matahari naik di kaki lagi pada 

  • pagi keesokannya.




Dengan itu alam keliling mulai diselubungi oleh kegelapan, dan mulai meningkat kegelapanya dalam perjalanan masa menuju ke siang hari keesokan harinya.




Masa yang diambilnya kira-kira dua belas jam, dan dua belas jam lagi ialah siang hari hari yang terang benderang.




Bila tiba berbagai-bagai perubahan boleh berlaku, kerana dipengaruhi oleh suasana yang kegelapan, kesunyian, kesepian membungkus perasan dan jiwa manusia.




Dan ini akan menjadi lebih parah pengaruhnya bila manusia berada di tempat yang jauh dan terpencil di hutan belantara, di atas gunung-ganang, bukit-bukal dan di gurun yang sepi.




Dalam keadaan seperti inilah berbagai-bagai perkara boleh berlaku di kalangan manusia baik yang tinggal di kampung-kampung terpencil atau juga di kota-kota raya yang masing-masing mempunyai karenah-karenah mereka yang tersendiri.




Pendeknya bila tiba waktu malam, manusia lahir dan batin boleh berubah mengikut perasan dan dorongan jiwa masing-masing.




Tempat dan masa tidak menjadi perhi, tungan penting, kerana ia tergantung di atas jiwa dan semangat masing-masing individu, tidak seperti masa lampau di mana manusia tidak mempunyai taufik dan hidayah yang mempengaruhi jiwa mereka.




Suasana dan tempat memang mempunyai pengaruh terhadap perlakuan manusia, tapi hari ini ia bukannya merupakan suatu yang mutlak, kerana keimanan merupakan tonggak yang penting mengawal  perlakuan manusia .




Di mana-mana pun manusia berada jiwa mereka tetap utuh selagi iman mereka kuat dan mampu menghadapi segenap cabaran yang mendatang.




Justeru itu orang-orang kukuh imannya dan cukup ilmu di dadanya dan utuh jiwanya tidak akan tergelincir dengan ketibaan malam yang membawa berbagai-bagi karena dan pesona yang tertebar di segenap ceruk.




Bagi mereka malam itu tetap membawa berkah bersamanya di mana Allah menebarkan rahmatnya untuk umat manusia serta memohon keampunan yang pintunya telah dibuka seluas-luasnya akan untuk mereka.



 

Kesepian dan kesunyian malam tidaklah mampu mempengaruhi mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang hina dan keji yang akan memalutkan mereka lahir dan batinya dalam kekejian dan kehinaan berpesta dengan para syaitan dan konco-konconya.




Sebaliknya mereka sedar kesepian dan kesunyian malam itu banyak menyimpan rahsia-rahsia kekuataan dan keunggulan kerohanian yang disediakan untuk mereka kecapi jika bersedia untuknya.




Mereka sedar bahawa datok nenek mereka zaman dulu banyak meraih kejayaan keruhanian, kecerlangan pemikiran dan keunggulan jiwa kerana mereka keampuhan mereka menghidupkan malam dengan berbagai-bagai aktiviti positif yang memberi manfaat kepada kehidupan ruhani dan jasmani mereka.




Tegasnya mereka merupakan manusia yang dikatakan menghidupkan malam. Menghidupkan malam bukan dengan berbalut kain selimut atau najis maksiat, tapi dengan aktiviti-aktiviti yang dinctai oleh Allah dan Rasulnya.




Sesungguhnya pada waktu itu terdapat waktu yang paling unggul  yang tidak terdapat di lain-lain waktu, iaitu di mana Allah turun ke langit dunia; dan pada waktu itulah  doa para hamba  dikabulkan oleh Allah SWT.




Rasulullah SAW bersabda,




“Sesungguhnya Allah turun ke langit dunia pada setiap malam lalu berkata, “Adakah wujud orang yang berdoa supaya Aku dapat kabulkannya? Adakah wujud orang yang memohon ampun supaya Aku dapat mengampunkannya”.




Pada waktulah Gemulah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menyarakan hamba-hamba Allah jika terbangun waktu malam dan tidak mampu  untuk beribadat seperti solat, beliau menasihatkan mereka supaya meyandarkan badan ke dinding sambil mengangkat menadah tangan ke langit dan memanjatkan apa-apa doa-doa yang mereka kehendaki kepada Allah SWT.




Dalam al Quran Allah ada menyebut tentang ibadat malam atau Qiyamullai,




“Wahai orang-orang yang berselimut [Muhammad],  Bangunlah untuk shalat pada malam hari, kecuali sebahagian kecil”. Al-Muzzamil [73]:1-2.




Dan’




“Sungguh bangun malam itu lebih kuat [mengisi jiwa, dan [bacaan di waktu itu] lebih berkesan. Sesungguhnya pada siang hari engkau sangat sibuk dengan urusan-urusan yang panjang. Dan sebutlah nama Tuhan mu, dan beribadatlah kepada Nya dengan sepenuh hati”. Al-Muzzammil [73] :6-8. 




Rasullah SAW juga mengingatkan umatnya supaya sentiasa beribadat malam, antara baginda bersabda.




“Jadikanlah Qiyamullail itu amalan bagimu, kerana yang demikian itu adalah amalan orang-orang yang salih sebelum kamu, dan ia boleh mendekatkan dirimu dengan Tuhanmu, dan membersihkan dosa-dosamu dan menghindarkan kamu darinya”.




Sekian, Wallahu ‘aklam”.

 




Pondok Rahmat




9 Febuari 2021/




27 Jamadilakhir 1442




[1]

 

 



DAKAPAN MALAM

 



Wahai malam




Sepi merata




Dakaplah daku




Peluklah daku




Rasakan ledakan jantungku




Kehangatanku




Sepanjang malam




Bersamamu




Meniti malam




Jangan relakan




Aku terlena




Ngantuk di kaki setan




Sepanjang malam berlalu




Dalam kerugian panjang




Tanpa tuhan




Jangan biarkan mulutku




Lidahku bisu




Mataku padam




Tanpa Tuhan




Dalam keheningan




Malam yang syahdu




Wahai Ilahi




Basahkanlah lidah dengan zikrilah




Dengan cintaku




Yang abadi bersama Ilahi




Malam terasa singkat




Bersama Ilahi




Menunggu fajar




Untuk sujud ke lantai




Ke hadratmu ya Allah




Allah! Allah!




Allah! Allah!




Allah! Allah!




Ya Allah!




!!!!!!!!!!

 



Pondok Rahmat




Feb 202/ Jamadilakhir 1442





Read more...

>> Thursday, February 4, 2021

 

 

 

 

 


WASPADA





DENGAN 





MASA

 



“Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih , dan mereka pula berpesan-pesan  dengan kebenaran serta berpesan-pean dengan sabar”. Al-‘Asr [103]:3.

 







SEMUA orang sedar kepentingan masa dalam kehidupan mereka, kerana masalah menetukan hidup mereka.

 



Namun begitu masih ramai manusia yang bersikap massa bodoh terhadap masa, persis mereka tidak memerlukannya.

 



Justeru itu ramai manusia membuang masa mereka yang berharga itu secara sia-sia dengan beraneka cara  kesukaan mereka masing-masing.

 



Hari ini kian banyak perkara-perkara yang berada di sekeliling kelalang kita yang dengan mudahnya menghabiskan masa kita dalam kegiatan-kegiatan tidak memberi sebarang faedah atau membazir.

 



Cubalah renung-renungkan sejenak apakah perkara-perkara yang suka kita lakukan tapi menelan banyak masa, iaitu satu-satunya harta kita yang bukan sedikit dengan sia-sia.

 



Sejak akhir-akhir ini berbagai-bagai majlis atau acara dianjurkan untuk orang ramai hadir menyertainya. Malah biasa juga majlis-majlis itu kita sendiri senghaja mengadakan untuk diri kita dan juga keluarga kita menghabiskannya secara negatif, bertempat di kediaman-kediaman kita dan sebagainya.

 



Malah tidak cukup dengan itu mereka berlonggok-longgok berkumpul semata-mata untuk mencaci, mencela dan memfitnah orang lain tanpa takut dan ragu.

 



Sejak kebelakangan ini yang sering menjadi sumber fitnah ialah soal-soal yang berkaitan dengan politik yang menjadi topik terlaris di pasaran bebas. Di bawah tajuk ini manusia bebas mengutuk dan mencela mana-mana orang yang berada di luar kelompok mereka dan sudah tentu tidak mereka sukai.

 



Pada masa dahulu sudah terdapat berbagai-bagai permainan yang direkakan di mana masyrakat suka menghabiskan masa mereka bermsra-mesra dengannya, seperti permainan haji, lompat tikam, kapit sodok, dan catur banyak lagi.

 



Malah sering juga permainan-permainan itu, seperti terup, cap jeki dan seumpamanya dijadikan perjudian, menggunakan wang pertaruhan.

 



Hari ini pula permainan-permainan menjadi lebih canggih, dengan jauh lebih mudah untuk diperolehi dan dikendalikan ,seperti bermain kad, play station dan lain-lain untuk menghabiskan masa.

 



Malah penggunaan handfon tadapat berbagai-bagai permainan lagi yang berupa sia-sia tanpa memberi apa-apa faedah dari segi rohani dan jasmaninya.

 



Dan yang sering disalahgunakan ialah kemudahan FB atau Face Book yang begitu populer. FB ini amat berfaedah jika digunakan dengan sewajarnya, tapi kebanyakan orang terutama anak-anak muda menggnakannya untuk menghabiskan masa mereka dengan percakapan dan perbualan yang tidak perlu, malah juga untuk menyebar berita palsu dan fitnah.

 



Berapa banyak masa yang digunakan setiap hari bercanda menerusi FB, berbual fasal  sarapan pagi, makan malam, baju baru dan seumpamanya.

 



Malah mereka berbicara mengenai sampah sarap yang tidak berguna langsung untuk menambah kebajikan mereka di dunia dan akhirat.

 



Malah di rumah ibadah pun masih ada orang yang suka menghabiskan masa dengan berbual-bual kosong yang tidak menyumbang apa-apa faedah kepada sesiapapun, malah kepada dirinya sendiri pun tidak, malah sebaliknya merugikan semata.

 



Keadaan ini menjadi lebih parah dengan sikap tidak pduli orang-orang tua terhadap anak-anak mereka, yang membiarkan mereka bermain apa sahaja yang mereka sukai tanpa kawalan.

 



Sudah menjadi lumrah orang-orang yang berkumpul dalam sesautu majlis akan bercakap antara satu sama lain, bercerita itu dan ini, biasanya tentang perkara-perkara yang tidak memberi faedah atau merugikan.

 



Sedangkan Allah tidak menyukai orang-orang yang lara dalam pembicarannya dan tidak memberi faedah.

 



Rasulullah SAW melarang umatnya bercakap perkara-perkara yang tidak berguna, terutama tanpa menyebut nama Allah SWT. Malah Rasulullah SAW melarang umatnya bercakap banyak.

 



Sabda Baginda, “Janganlah kamu terlalu banyak bercakap di luar dari mengingati Allah, kerana perbuatan yang demikian akan menutup hatimu dan menjauhkan diri dari kesucian hati”.

 



Baginda juga pernah bersabda memberi peringatan bahawa orang yang banyak bercakap itu akan mudah tergelincir, dan orang yang banyak tergelincir itu  pula bayaklah dosanya, maka tempat orang yang banyak dosa adalah neraka.

 



Justeru orang yang terlalu banyak bercakap itu hatinya menjadi keras seperti batu  dan tidak akan memperolehi kebijaksanaan dalam kehidupan. Bila hati telah menjadi keras seperti batu maka manusia itu tidak lagi menjadi makhluk Allah yang beriman dan bertakwa.

 



Kerana itu diam itu lebih baik daripada bercakap, terutama bercakap tentang perkara-perkara yang tidak memberi apa-apa faedah kepada sesiapapun, apa lagi jika percakapan itu boleh menambahkan lagi buruknya keadaan.




Di sinlah diujarkan diam itu emas.

 



Kita pun tahu masa yang hilang itu tidak dapat ditarik kembali, kerana ia tetap pergi tanpa kembali, samada baik atau tidak. Jangan menyesal di akhirat nanti.

 



Gunakanlah setiap masa itu yang kita miliki itu untuk mendapat hasil-hasil baik memberi manafaat bukan sahaja di di unia dan juga akhirat.




Jadilah manusia yang pandai mengurus masa, sebagaimana kita pandai mengurus harta benda kita.

 



Justeru itu berhati-hatilah dengan masa, jangan biarkan masa membuat kita bankrup di akhirat nanti kerana begitu joli menghabiskan masa sewatu di dunia dengan sia-sia lebih dari harta benda yang Allah kurniakan, sedang masa itulah segala-galanya- masa itulah nayawanya.

 



Jangan jadi orang yang rugi dengan sikap negatif yang merugikan tentang pengunaan masa. Allah memperingatinya dalam al Quran tentang orang-orang rugi kerana tidak menurut peraturan yang telah ditetapkan Nya.

 



Allah berfirman dalam Surah Al-‘Asr: [103] :3 yang mendiskaribkan sifat-sifat orang yang tergolong rugi kerana mengabaikan masa, firman Nya:

 



“Kecuali orang-orang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar”.

 

 




Pondok Rahmat



3 Febuari 2201/



21 Rabiulakhir 1442

Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP