LIMAU NIPIS DAN ANEKA GUNA
>> Tuesday, May 17, 2016
Saya percaya banyak
orang di Malaysia, khususnya orang-orang Melayu, termasuk anak-anak mudanya
mengenali buah limau nipis. Namun begitu saya tidak pasti adakah semua mereka
mengenali pohon yang membuahkan buah limau nipis itu?
Limau nipis
Buahnya yang masak berwarna kuning, tapi untuk tujuan pasaran, buahnya dipetik ketika masih berwarna hijau. Ia bergaris pusat antara 2.5 – 5 sentimeter. Ia dipercayai berasal dari India, Burma atau negara-negara di Asia Tenggara. Namanya botaninya itrus aurantifoho.
Buahnya berbentuk
kecil, bulat dan bujur, dengan kulit hijaunya berkilat, dan licin. Isinya bila
dipotong hjiau kekuningan. Baunya semerbak wangi.
Buah limau nipis
sejak kebekalangan ini bukan sahaja dijual di gerai-gerai atau di kedai-kedai
sayur, atau di pasar-pasar, tapi juga banyak terjual di pasar-pasar raya yang
berjenama.
Masyarakat Melayu,
khususnya masyarakat kampung terlalu akrab menggunakan buah limau nipis ini
dalam kehidupan seharian mereka. Ia digunakan sebagai bahan makanan, perubatan
dan juga seni dan budaya mereka.
Salah satu budaya orang Kelantan asli ialah gemar makan budu sebagai menambah selera ketika makan nasi. Ia pengganti sambal lada yang pedas.
Untuk melengkapkan
sepiring budu itu ia dimasukkan cili api, dan asam limau nipis yang dipecek atau
diperas ke dalamnya. Budu itu dijadikan pencicah ikan panggang tawar atau
daging panggang tawar.,Di sertakan dengan aneka ulaman, seperti jering, petai,
pucuk-pucuk mentah atau yang dicelur.
Biasa juga budu itu menggunakan tempoyak untuk mengganti asam limau nipis, atau juga buah durian masak yang disebatikan dengan budu itu. Alangkah menyeleranya. Biasanya kalau menggunakan durian, perahan air limau nipis digunakan juga untuk menerbitkan rasa masam.
Biasa juga limau itu tidak diperasairnya, tapi dipotong halus-halus, limau nipis yang hijau dan baru dipetik untuk dimakan bersama-sama dengan kulitnya.
Zaman saya
bersekolah dulu, setiap hari balik sekolah, selepas makan, kalau cuaca panas saya
buat air minuman limau nipis. Buah-nuah limau itu saya petik dari pokok yang
sentiasa ada di belakang rumah saya di kampungg, kemudian airnya saya peraskan ke
dalam sebuah bekas yang diisikan dengan gula untuk memaniskannya. Alangkah
enaknya.
Hari ini, di musim
panas, anak-anak dan cucu saya selepas balik dari sekolah, akan membuat air
limau nipis untuk diminum dengan ais. Cucu saya yang di darjah tiga pun pandai
membuat dan gemar meminumnya.
Di restoran-restoran
pun air limau nipis berair batu yang yang dipanggil singerbang memang dijual
dan amat laku di musim panas ini.
Atau air limau nipis itu diperahkan ke dalam teh panas untuk mewangi dan menyedapkanya diminum.
Di zaman muda-muda dahulu saya suka makan betik masak dan manis yang diperas dengan air limau nipis ke atasnya. Rasanya sedap: masam manis.
Selain itu ada berbagai-bagai resepi lagi untuk menyediakan minuman air limau nipis, yang semuanya boleh dibuat sendiri dengan mudah.
Airnya juga diperas
ke dalam mee rebus, mee goreng, mee bandung dan sebagainya untuk menambahkan
selera makan.
Kakak-kakak saya
dahulu, kadang-kadang menggunakan limau nipis untuk membersihkan ikan, terutama
ikan darat atau ikan padang dan ikan sungai, seperti ikan haruan, dan keli.
Tujuannya ialah untuk menghilangkan bau hanyir ikan-ikan tersebut.
Mereka juga sering
menggunakan limau nipis untuk menggilapkan kuku-kuku kaki mereka, dengan tujuan
untuk menghilangkan karatnya.
Dari Segi Kesihatan
Allahyarhamah Ibu dan
isteri saya menggunakan air asam limau nipis dan kapur sebagai pembalut perut mereka
atau jaram selepas mereka bersalin. Tapi
untuk selama beberapa hari sahaja.
Ia boleh
menghilangkan lemak dalam badan, justeru membantu menguruskan badan yang gemuk.
Air pembasuh tangan
boleh dicampurkan dengan air limau nipis untuk menghilang bau hanyir selepas
makan.
Barang-barang besi
atau tembaga yang berkarat boleh menggunakan limau nipis untuk menghilangkan
karatnya.
Demikian juga
plastik yang kotor boleh dicucikan
dengan limau nipis untuk menghilangkan kekotorannya.
Malah orang-orang
tua kita zaman dahulu menggunakan air limau nipis untuk mencuci segala senjata
mereka, seperti keris. Ianya dilakukan dengan cara yang khas.
Saya dimaklumkan, pencucian
hendaklah dilakukan malam Jumaat menggunakan asam limau nipis hingga bersih,
kemudian diasapkan dengan kemenyan dan dijampikan dengan mantera-mantera
yang khusus.
Kemudian keris
hendaklah dibungkus dengan kain kuning, disimpan ditempat khas dan tidak boleh
dilangkah.
Saya diberi ingat,
supaya berhati-hati kerana keris yang dilazimkan seperti ini biasanya bertuan dan mungkin akan menjadi saka
warisan.
Dalam perawatan
penyakit-penyakit misteri, saya dimaklumkan bahawa limau nipis juga digunakan
sebagai sebahagian daripada bahan mandian berlimau untuk para mangsa.
Demikan sedikit
celoteh tentang limau nipis dalam budaya hidup kita.
Lorong al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput, Parit,
0 comments:
Post a Comment