BEKAS TEMBAKAU SONGEL
>> Wednesday, May 18, 2016
Masyarakat Melayu kita zaman dulu, baik lelaki atau perempuan suka makan sirih. Daun sirih yang dimakan itu pilih dari daun-daun yang elok dan dimakan dengan kapur, pinang yang diracit, dan gambir.Gambir rasanya panas, dan memerahkan merah air liur. Kapur pula rasasnya panas.
Justeru itu mereka
mempunyai alat yang khas untuk meletak sirih yang mereka makan itu dipanggil
cerana, bekas kapur, bekas gambir dan sebagai tambahan bekas tembakau.
Untuk meracit buah pinang yang keras itu pula mereka guna alat yang tajam yang dipanggil kalkati yang diperbuat dari besi. Buah pinang itu ada yang dimakan segar, dan ada juga yang dijeruk terlebih dulu untuk mencegahnya dari kering dan memanjang usianya dari musnah.
Bila ada tetamu yang
bertandang ke rumah cerana sirih inilah yang diangkat terlebih dulu sebelum
dihidangkan minuman.
Selain dari
alat-alat tersebut, mungkin ada lagi alat tambahan iaitu untuk diisi dengan
tembakau. Kerana biasanya pemakan-pemakan sirih itu menggunakan tembakau untuk
disongel atau disentil ketika memakan sirih.
Temabakau itu
digunakan untuk mencucui gigi, dan airnya yang merah itu mungkin ditelan atau
diperah buang kalau tidak ingin ditelan.
Bersama ini kita kembarkan
sebuah alat penyimpan tembakau, yang telah agak lama usianya.
Kepada sesiapa yang berminat dengan alat ini, terutama, peminat-peminat barang antik sila hubungan kami. Jika ada persetujuan bersama kami sedia melepaskannya.
Sila hubungan kami
di Pondok Rahmat, Blog, Face Book atau
Email.
Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg. Kubang Siput, Parit,
1 comments:
Suatu ketika dahulu ramai orang gemar menyentil tembakau dan sirih tanpa mengira jantina; kini amalan tersebut luput ditelan zaman. Bagus juga kerana amalan menyentil tembakau dan sirih ini menjurus kepada kerosakan gusi, kehilangan gigi serta barah mulut dan leher.
Post a Comment