Masak 'Belda'
>> Thursday, April 1, 2010
MASAK BELDA
Oleh:Hj.Mohammed Zain Saleh
Tahukah anda apakah “belda” itu? Ianya bahasa Kelantan yang bererti agar-agar, atau “jelly” dalam bahasa Inggerisnya.
Tidak ada anak Kelantan yang tidak tahu erti belda. Kecuali mereka yang sejak lahir lagi berada di luar Kelantan, dan jarang balik ke kampung halamannya di Kelantan. Bukan sahaja belda mereka tak kenal, malah cakap Kelantan mereka pun sudah tak betul, dan dengar orang Kelantan bercakap pun mereka kurang faham.
Belda sejenis makanan mentah yang perlu dimasak baru boleh dimakan. Warna asalnya putih dan rasanya tawar. Justeru untuk kelihatan lebih cantik ia perlu diwarnakan, dan untuk mendapat rasa yang sedap, ia perlu dimansikan dengan susu, gula dan sebagainya.
Ada beberapa jenis masakan boleh dibuat berasaskan belda atau agar-agar. Demikian juga ia boleh dibuat dalam berbagai-bagai rupa atau bentuk mengikut acuan pilihan masing-masing. Ada bentuk bunga, bentuk ikan atau bentuk binatang-binatang lain, ada berbentuk buah dan sebagainya mengikut kesukaan masing-masing. Demikian juga dengan saiz atau ukurannya, Terserahlah pada pembuatnya, kecil atau besar.
Untuk memasaknya juga tidak payah. Masukkan agar-agar mentah ke dalam periuk yang berisi air dan jerang di atas dapur. Biarkan mendidih dan belda itu hancur, masaklah ia.
Cuma yang perlu diketahui ialah berapa banyak air yang diperlukan untuk memasak belda seberat 500 gm.umpamanya. Kalau air berlebihan ia menjadi terlalu lembek, dan sebaliknya bila air terlalu sedikit, ia mejadi terlalu keras. Kedua-duanya kurang enak dimakan.
Berhubung dengan memasak belda ini penulis ada sebuah cerita singkat untuk diangkatkan. Cerita ini diceritakan oleh ayah penulis, Allahyarham Saleh bin Hj. Muhammad yang sudah berpuuh-puluh tahun meninggal dunia di Makkah [Ya Allah cucurilah rahmatMu ke atasnya].
Mek Limah [bukan nama sebenar] baru sahaja berkahwin dengn suaminya. Mek Limah ini baru berusia belasan tahun, dan selepas diijabkabulkan sebagai suami isteri, dia tinggal bersama dengan mertuanya di sebuah kampung.
Pada satu hari ayah mertuanya membawa balik sedikit belda yang dibelinya di pasar. Dia suka makan belda manis yang dimasak dengan gula. Belda itu diserahkan kepada menantunya untuk dimasak, sambil berkata,”Mek pandai masak beldakah? Ini ayah beli belda. Tolong masakkan”.
Tanpa melihat apa bendanya itu, Mek Limah mengatakan dia dah biasa masak belda yang dibeli oleh emkanya.
“Malam nanti ayah nak makan, “pesan ayah mertuanya.
Mek Limah terus ke dapaur. Sebenarnya dia tidak pernah melihat belda mentah. Dia hanya biasa makan belda yang sudah dimasak. Dia menjadi kebingongan, bagaimana nak masak ni? Nak bertanya mak mertua malu, nanti apa pula katanya? Masak belda pun tak erti.
Walau bagaimanapun dia cuba juga memasaknya. Dimasukkan belda itu ke dalam periuk yang telah berisi air dan dijerang atas dapurr. Btullah tu!
Tapi yang mengherankannya setelah dimasak begitu lama belda itu tak juga masak-masak. Masih lembek dan berair. Ketika itu ibu mertuanya berada dalam bilik, tapi dia malu untuk bertanya.
Setelah dijerang begitu lama, tak juga masak dia pun membuat keputusan membuangnya sahaja. Setelah memadamkan api dapur, dia mengangkat periuk yang berisi belda panas itu, dan menyelinap keluar rumah mengikut pintu dapur yang terbuka.
Dia pergi ke sepohon pokok pisang di belakang rumah, dan mencurahkanya diperdu pokok pisang itu. Sambil kepalanya sedang mereka-reka jawapan bila ditanya oleh ayah mertuanya nanti tentang belda yang dimasaknya itu.
Petang itu sewaktu balik dari sawah ayah mertuanya pergi ke belakang rumah kerana ada sesuatu perkara, dan tiba-tiba melihat setompok belda yang telah keras berada di umbi pokok pisang.
Dia memerhatinya, kemudian menyentuh dengan jari tangannya untuk mempastikan ia benar-benar belda. Lantas dia tersenyum kemudian pecah ketawa terbahak-bahak sendirian.
Rupa-rupanya menantunya tak tahu masak belda, dia membuat kesimpulan sambil terus ketawa hingga batuk terbahak-bahak.
Untuk memelihara air muka menantunya, dia tidak menanya apa-apa tentang belda pada malamnya. Pagi besok aku akan beli belda lain dan meminta isteriku sendiri memasaknya. Bisikinya dalam hati sambil mengulum senyum.

xxxxxxxxx
0 comments:
Post a Comment