>> Saturday, October 2, 2021

 

 

ADOHAI 




PUTERI 




MALAM

 

 


 

Bila mata hari terbenam maka  putera siang pun merebahkan kepala dan hatinyanya ke riba  puteri malam yang  menyambutnya dengan belaian dan penuh kasih sayang.



Maka keluarlah bintang-gumintang bertaburan persis permata berlian  yang ditaburkan di persada  puteri malam dengan kerlipan matanya yang ayu membelai sayang.



Tarasa bayu malam membelai-belai mesra di sekujur alam yang bermandikan kemesraan di bawah  alunan sinar kerlipan bintang-gumintang yang gemerlapan di dada langit  yang tinggi di sebalik awan.



Puteri malam berbisik sayang membelai kasih berpesta di pesisir pantai landai yang airnya dingin dan nyaman membelai -belai jiwa yang rawan.



Maka mereka pun bersujud di atas sejadah pesisir malam yang panjang memuja dan memuji Maha Pencpta Yang Esa mendamba keredhaan Nya sepanjang zaman.



Bersama mereka turutlah bersujud segala yang ada di persada alam, bulan bintang, angin dan awan, dan segala yang ada di petala langit dan petala bumi untuk mendapat belaian kasih sayang Allah Taala.



Alunan ombak di pantai, geseran dedaun dipupuk bayu malam, dan dendangan unggas-unggas malam semua memuja kebesaran Tuhan Semestsa  Alam.



Salawat dan Salam bergema di segenap penjuru alam memuja Putera Alam yang tidak ada duanya sepanjang zaman, memancarkan sinar gemerlapannya menerangi jalan buana untuk setiap penggelana yang mungkin kesesatan jalan pulangnya.

 


Mereka telah tersembam dalam selut  lumpur kotor sebagai  pelalai waktu  dan petualang malam yang curang sedangkan masa sentiasa bergerak siang dan malam menuju pengkalan keabadian.



Para pelalai masa dan para petualang  yang rambutnya telah bertukar warna dan bertaburan di sana sini   mencari kerelaan bumi untuk bersemadi namun engkau masih juga lagi leka   kelaparan menjilat manisnya maduis  di jari-jemari syaitan, maka bertambah gelap pekatlah hatimu mencari jalan pulang menuju Tuhan Semesta Alam. Malam-malamnu berlalu diuluti oleh  mimpi-mimpi indah sampai matahari terserlah  di kaki langit pagi yang gemilang.



Sedangkan para kekasih  mengekang mata, menegak kedua kakinya berdiri dan bersujud di sepanjang malam,   membenamkan mukanya ke lantai dengan sedu-sedan meratapi diri mencari jalan pulang yang sejahtera.



Demikinalah para petaubat menghbiskan titipan waktunya di dalam arus derma  kala di sepanjang malam yang membersangkan mengharap limpahan titkan keredhaan Allah Tuhan Semesta Alam dan akan terbina sebuah titian emas menuju jalan keabadian.



Sungguh malang para pelalai dan petualang  tetap terpesona dalam kelalaiannya yang sesat di persimpangan jalan memilih jalan menuju ke jambatan lautan api yang sentiasa membakar hangus sampai ke tulang-temalang, bukannya memilih jalan ke jambatan berlian  yang membawa ke istana seri  cemerlang yang gilang gemilang dengan kewangian semerbak sepanjang zaman.



Berhati-hatilah pelalai dan petualang malam, penggemabran tidak diketahui di mana dan bila diakhirkan, ia mungkin hari ini, besok, lusa, tulat dan tubin, maka sentiasalah bersiap sedia untuk menyambutnya dengan senyum manis atau isak dan tangis yang tidak boleh ditukar ganti.



Tiba-tiba perjalanan terhenti dalam gelap pekat yang menyeramkan. Tiba-tiba suara yang kasar bergema menakutkan, mengumunkan mereka telah sampai di perhentian, dan mereka perlu sedia turun dengan membawa bekalan yang mereka galas dalam perjalanan.



Golongan pelalai dan petualang malam  merasa amat longlai kesedihan kerana segala bekalan yang mereka kindung yang berat di atas belakang berupa anak-anak batu yang tidak berharga sesenpun dalam perjalanan. Batu-batu dosa menipu, memfitnah, dosa menghina, berzina dan seribu jenis dosa lagi kerana melupa dan menghina perintah Allah. Pintu penyesalan sudah tertutup kemas dan pintu taubat telah dikunci irat.



“Berambuslah!” kata suara itu lebih menakutkan lagi, “Pergilah ikut jalan yang telah engkau pilih. Masuklah. Selamat jalan”.



Maka berbondong-bondonglah mereka dihalau masuk ke pintu yang ternganga luas, maka jatuhlah mereka bercelabak de dalam kawah api yang bergeleggak kepanasan. Bergemalah jerit pekek kesakitan yang menggoyak tangkal hati dan perasaan kengiluan.



Suasana menjadi bertambah kelam gelap, dan kedengaran suara mengaum dan menjerit deras meremangkan segala bulu roma di badan berseru, jengkel “Jemputlah masuk, ruang neraka masih banyak” dan diikuti oleh hembusan wap nafas panas api yang membakar hangus seluruh kulit  badan  sampai ke tulang-temalang.



Demikianlah berakhirnya perjalanan segala petualang dan pelalai dalam kegelapan dan kegelitaan.























Pondok Rahmat



Kota Bharu Kelantan, Darulnaim.



2 Oktober 2021/



25 Safar 1443.










Read more...

>> Friday, September 24, 2021

 

 

HATI-HATI

 

 

 






HIDUP

 



MENJUNJUNG PIALA

 

 



BERISI

 

 



MADU DAN CUKA

 




HATI-HATI MELANGKAH

 

 



TUMPAH MADU





TUMPAH CUKA

 

 



MEMBASAHKAN  KEPALA

 

 



MENCEMAR PAKAIAN

 

 



HATI-HATI MENITI

 

 



PIALA JATUH

 

 



PECAH BERDERAI

 

 



DI TAPAK  KALA





MELUKAKAN KAKI

 

 



MENEMPANG JALAN

 

 

 


HATI-HATI

 

 



MADU TAK TUMPAH

 

 



CUKA TAK TUMPAH

 

 



PIALA TAK PECAH

 

 



BARU SENTOSA

 

 



PERJALANAN

 

 



MENUJU PENGKALAN SEBERANG

 

 



YANG MELERET-LERET PANJANG.

 

 




PONDOK RAHMAT


 

 


KOTA BHATU KELANTAN DARUNAIM 

 

 



24 SEPTEMBER 2021

 



17 SAFAR 1443

 

 

 

Read more...

>> Friday, September 17, 2021

 

 


ORANG-ORANG 



YANG  



SELALU 



LUPAKAN 



DIRI

 

 





Orang yang mempunyai banyak wang, mempunyai banyak harta, seperti tanah ladang, bangunan dan sebagainya dikatakan orang kaya atau hartawan.



Dengan memiliki kekayaan banyak perkara yang dapat dilakukan di dunia hari ini, terutama sekali untuk hidup cara mewah, baik dari segi pakaian, makan minum, urusan rumahtangga dan sebagainya.

 



Semua perkara yang dikehendaki diperolehi dengan mudah asalkan boleh dibeli dengan wang dan ringgit yang  mempunyai  kuasa yang besar dalam kehidupan hari ini.



Sebenarnya berbagai-bagai perkara kecil dan besar dapat dilakukan dengan kekayaan, perkara yang baik ataupun yang buruk.



Dengan kekayaan kita dapat menolong orang dengan memberi bantuan dan zakat fitrah, dapat membantu saudara mara dan keluarga dan sebagainya. Dengan kekayaan dapat membantu membangunkan masyarakat, membina sekolah, hospital, rumah anak-anak yatim, memberi biasiswa, membina masjid, membina perpustakaan,  dan berbagai-bagai perkara yang mulia lagi.



Namun begitu, kebanyakan manusia terlupa untuk melakukan kerja-kerja yang mulia ini. Mereka lebih berminat untuk melakukan kerja-kerja yang glamor dan mendapat hasil segera yang memberi keuntungan besar.  Sedangkan kerja-kerja kebajikan itu tidak memberj apa-apa keuntungan keduniaan, tapi lebih banyak menelan dan menghabiskan harta sendiri untuk kerja-kerja yang tidak memberi apa-apa pulangan keduniaan.



Malah mereka kedekut atau bakhil untuk memberi sedekah walaupun kepada orang-orang  yang ditimpa kesusahan dan amat memerlukan bantuannya.



Malah ada di antara mereka tidak segan-silu mengecil-kecilkan orang-orang miskin kerana tidak memiliki harta sepertinya yang tidak habis dimakan sepanjang hayat, walaupun kadang-kadang harta kekayaannya itu bukan berasal dari usaha titik perlunya sendiri, tapi berupa warisan daripada keluaraga mereka yang meninggalkan harta yang banyak kepada warisannya. Alangka bongkaknya bermegah-megah dengan harta pencarian titik peluh orang lain.



Orang-orang seperti ini juga tidak silu-malu menggunakan hartanya untuk membinasakan orang-orang lain yang dianggap menjadi pesaingnya atau seterunya dalam perniagaan, seperti dalam perebutan untuk mendapatkan sesuatu projek atau peluang pekerjaan.



Malah lebih jauh lagi mereka juga  mungkin mengambil bahagian penting. menaja, atau mendalangi sesuatu projek yang tidak wajar, seperti kelab-kelab perjudian, sindiket-sindiket pelacuran dan sebagainya untuk menambahkan peningkatan rezeki.



Keadaan mungkin menjadi lebih parah andainya si kaya itu merupakan orang yang berpengaruh dalam masyarakat, atau dari keluarga yang dihormati dan seumpamanya kerana dapat memudahkan segala urusan-urusan yang bersangkut-paut dengan kepentingan mereka.



Sesungguhnya orang-orang kaya atau orang-orang yang berada mempuyai peluang-peluang luas untuk melakukan berbagai-bagai perkara yang mereka sukai, termasuklah kejahatan dan maksiat.



Berhubung dengan hal ini ada sebuah Hadis SAW yang bermaksud:



“Aku nelihat ke dalamm Syurga, maka aku dapat melihat kebanyakan penghuninya  adalah terdiri daripada kalangan orang-orang  fakir miskin. Dan apabila aku melihat ke dalam neraka, maka aku dapat melihat kebanyakan penghuninya adalah terdiri daripada golongan perempuan”. Hadis Muttafaqun ’alaih.

 

 

Pondok Rahmat



Kota Bharu Kelatan Darulnaim.



17 September 2021/



10 Safar 1443,

 



Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP