>> Thursday, October 21, 2021

 

BETI-BILIONG  



[PEPATONG] 



BUAT OBAT 



KENCING

 




BETI-BELIONG ialah sejenis serangga yang bersayap dua dan boleh terbang untuk bergerak dari setempat ke setempat.



Pada masa dulu beti-beliong ini mudah didapati hampir di semua tempat, asalkan ada tumbuh-tumbuhan seperti rumpat rampai. Tapi hari ini tidaklah semudah itu lagi untuk menemui beti-beliong.




Beti-beliong itu sebenarnya nama yang diberikan oleh orang Kelantan, tapi di lain tempat mempunyai nama yang lain pula seperti orang Pahang memanggilnya Sibu, pelajar-pelajar sekolah memanggilnya Pepatong dan dalam bahasa Inggerisnya dipanggil Dragonfly, secara bahasanya bererti Naga Terbang. Nama yang lagi haibat.



Beti-beliong mempunyai beberapa jenis dan mempunyai beberapa warna yang berbeza, seperti merah, biru, berbintik-bintik, berwarna coklat dan sebagainya.



Ia mempunyai dua sayap yang disifatkan sebagai kuat oleh ahli-ahli sains dan keadaannya lut sinar. 



Pernahkah anda melihat beti-biliong terbang? Ia boleh banyak arah, ia boleh terbang naik ke atas, turun ke bawah,dan boleh terbang arah ke kanan dan arah ke kiri mengikut keperluannya.



Matanya luas jika dibandingkan dengan tubuhnya, dan kelihatan menonjol keluar.



Setiap yang hidup memerlukan makanan, dan di antara makanan beti-beliong ialah binatang-binatang kecil, seperti lalat, semut dan labah-labah.



Saya sebenarnya masih belum pernah melihat bagaimana beti-beliong meneyerang dan menanngkap  mangsanya.



Sebaliknya pula beti-beliong adalah menjadi kegamaran ikan-ikan dan burung-burung yang selalu menghendap untuk menangkapnya.



Namun begitu ikan-ikan peliharan yang kecil yang berada dalam tabung atau botol kaca, seperti ikan sepilar didapati tidaklah berminat dengan beti-beliong sebagai makanan, malah mereka lebih berminat untuk makan gotgat atau telur nyamuk sebelum menetas untuk dimakan.



Demikian juga petani tidak menggunakan beti-beliong untuk disangkut pada mata kail atau pancaing mereka untuk menangkap ikan, tapi mereka lebih berminat mengguna cacing-cacing tanah sebagai umpan tangkapan ikan.



Kepada orang-orang kampung mereka menggunakan beti-beliong sebagai satu cara pengobatan untuk kanak-kanak yang terkencing pada tempat tidur. Caranya ialah membiarkan beti-beliong mengiggit pada pusat kanak-kanak itu.



Caranya seekor beti-beliong ditangkap, biasanya yang berwarna gelap coklat dan dibiarkan beti-beliong itu mengiggit pusat kanak-kanak itu, dengan meletakkan mulutnya pada bahagian pusat itu. Selepas mengiggit sekali beti-belong akan dilepas bebaskan. Gigitan itu tidaklah menyakitkan, hanya sekadar seperti digiggit seekor semut yang kecil sahaja.



Untuk menangkap beti-beliong tidaklah sukar. Ketika beti-beliong hinggap di atas daun, anda hendaklah berada arah belakangnya, dan dengan menggunakan dua jari anda boleh menangkapnya dengan memegang dua sayapnya yang terkatup ketika itu.



Atau satu teknik lagi, ada hendaklah memutar laju sebelah tangan anda n di atas beti-beliong yang sedang berihat, untuk memukaunya kemudian anda hendaklah menyambar beti-beliong itu dengan hati-hati supaya tidak tercedera akibat sambaran tangan anda yang kuat.



Sekian,

 




Pondok Rahmat



Kota Bharu Kelantan Darulnaim.



21 Oktober 1021/



14 Raibulawal 1443.

 

 


Read more...

>> Saturday, October 16, 2021


AIN SYAHIRAH DAN MUHAMMAD NOR FAHAMIE SELAMAT PENGANTIN BARU






Selamat pengantin baru:

Barakalahu laka wabaraka  ‘alaika wajama’a bainakuma fi khair.




“Semoga Allah mengurniakan keberkatan ke atasmu  serta mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan. Hadis:Muslim,Bukhari Tarmidzi.





 




Lebat dan rimbun daunnya jati 



Tempat bersarang semut dan lebah, 



Cinta mereka sepernuh hati 



Harap kasih tidak berubah.



 




Ucap selamat pengantin baru 



Anak Pok Din dan Che Yah 



Kerana Allah mereka bersatu 



Indahnya sungguh petunjuk Sirah.

 




Ain Syahirah bt Shamsuddin selamat diijabkabul dengan jejaka pilihannya, iaitu Muhammad Nor Fahamie bin Hussain.








Upacara berlangsung di rumah pengantin perempuan  , pada ri Khamis,14 Oktoberr 2021, bersamaan dengan 7 Rabiulawal 1443 di Rumah Murah  Alor Lintang, Besut Terengganu.





Semoga Allah melimpah rahmat kebahagiaan kepada kedua pengantin dan hidup bahagia hingga ke akhirat.












 



SELAMAT PENGANTIN BARU!!



Pondok Rahmat



Kota Bharu Kelantan Darul Naim.



Sabtu:



16 Oktober 2021/



9 Rabiulawal 1443.

 


Read more...

>> Friday, October 8, 2021

 

 

BERZIKIR 




BERAMAI-




RAMAI 




MENGHAMBAT 




PENYAKIT

 



Di negara kita pada masa-masa yang lampau ada beberapa jenis penyakit yang menjadi ancaman dan ditakuti oleh orang ramai.



Antara penyakit yang ditakuti itu  ialah penyakit yang dipanggil penyakit taun yang merupakan sejenis wabak penyakit yang mudah menular.



Antara tanda-tanda penyakit taun ialah cirit birit dan muntah-muntah. Justeru orang Kelantan memanggilnya penyakit “cerah muntah”- maksudnya “berek-berek dan muntah-muntah”.



Pada masa itu penyakit taun atau cerah muntah ini merebak di musim kemarau.



Orang-orang kampung, ada mempunyai berbagai-bagai usaha untuk mengatasi penaykit taun baik secara sendirian atau kerjasama atau usaha gotong royong sesama mereka untuk mengatasi bencana yang menimpa itu.



Usaha bermula bila ada penduduk kampung tersebut atau kampung yang bersebelahan terkena penyakit taun yang ditakuti waktu itu. Sekarang alhamdulullah penyakit taun sudah tidak ada lagi.

 




Antara usaha-usaha yang mereka lakukan ialah mana-mana mereka yang mempunyai kemampuan akan mengundang jiran-jiran dan keluarga bersembahayang hajat berjumaah di rumah mereka masing-masing memohon Allah jauhkan dari segala bencana.



Biasanya jika sebelah malam, acara akan diadakan selepas solat Isyak dan jika siang hari diadakan selepas solat Jumaat. Selepas solat tuan rumah akan menyediakan jamuan makan  kepada peserta yang hadir.



Kebersihan rumah dan kawasan persekiaran akan lebih diberi keutamaan. Segala sampah sarap akan dikumpul, dibakar atau ditanam dalam tanah mana-mana yang tidak boleh dibakar seperti tin-tin kosong.

 


Pada waktu petang menjelang watu Maghrib mana-mana rumah yang dibina tinggi dari muka bumi akan memperasapkan rumah mereka, iaitu dengan membakar kulit-kulit bawang dan meletakkan dibawah rumah mereka



Mereka juga mengadakan kerjasama atau bergotong royong sesama mereka untuk membersihkan seluruh kampung. Mereka akan keluar beramai-ramai mencari sampah sarap seluruh kampung untuk dibersihkan, terutama di tanah-tanah lapang dan di tepi-tepi jalan kampung. Kekerapan gotong royong ini diadakan mengikut keperluan keadaan.



Pakaian peninggalan pesakit yang buruk dan usang dibakar atau dihanyutkan ke sungai.



Walau bagaimanapun tindakan paling penting mereka lakukan ialah mereka mengadakan perarakan keliling kampung menghalau pembawa penyakit tersebut. Mereka beramai-ramai keluar pada waktu malam, biasanya selepas Isyak sambil beramai-ramai mereka berzikir berulang-ulang kali:

 



Lailahaillah




Lailahaillah




Lailahaillah




Lailahaillah




Lailahaillah




Lailahaillah










 

sambil berjalan di seluruh kampung. Tujuan mereka ialah untuk menghalau makhluk halus yang dipercayai membawa dan menyebar penyakit taun itu.



Acara ini dilakukan mengikut keperluan, mungkin dalam masa beberapa hari sekali sehingga ancaman penyakit tidak ada lagi.





Sepanjang musim penyakit ini juga penduduk-penduduk kampung berhati-hati ketika hendak menjawab salam yang disampai pada malam hari di rumah mereka, kerana dibimbangi salam itu diberi oleh makluk-makhluk halus yang bertujuan untuk membawa penyakit.





Baginda Rasulullah SAW  besabda tentang gotong royong yang bermaksud:






“Barangsiapa yang membebaskan satu kesusahan seorang mukmin dari kesusahan-kesusahan dunia, maka Allah akan melepaskannya dari satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan akhirat. Barangsiapa memberikan kemudahan kepada orang yang kesulitan, maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Barangsiapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Dan Allah akan sentiasa  menolong seorang hamba selama hamba itu menolong saudaranya” (HR. Muslim)

 







 

Tulisan ini berdasarkan  perkara yang berlaku di kampung asal saya, Kampung Kedai Salor pada masa yang lalu, kampung yang amat saya rindukan.

 



Pondok Rahmat



Kota Bharu Kelantan Darulnaim



Jumaat: 8 Oktober 2021/



1 Rabiulawal 1443

 



Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP