>> Friday, June 11, 2021

 


ANDA  HENDAK KE MANA?




JAWAPAN ANDA SANGAT PENTING?

 



Anda nak ke mana?



Ialah satu pertanyaan penting dalam hidup  setiap orang.



Pertanyaan itu sebenarnya mengenai arah hala tuju perjalanan anda dalam hidup. Ke mana anda hendak membawa diri anda?



Anda ingin menjadi manusia yang berakal atau haiwan yang tidak berotak?



Bagi orang-orang beragama, pertanyaan itu samalah ertinya pertanyaan anda ingin masuk syurga atau neraka?



Kerana hala atau arah tuju  pilihan anda itulah akan menentukannya.



Banyak orang mungkin tersalah pilih  hala atau tujuan ini yang menyebabkan mereka sesat sepanjang jalan.



Kerana mereka terjerat oleh nafsu atau perangkap syaitan ketika membuat penentuan dalam pemilihan hala tuju hidup itu.



Ini berlaku kerana mereka mungkin terperdaya dengan keindahan dunia ini yang penuh dengan berbaga-bagai perkara yang mempesonakan.



Siapa yang tidak terpesona dengan harta kekayaan- rumah besar, kereta mewah, ada pemandu. tanah melaut, kebun terbentang sajauna mata memandang?



Siapa yang tidak terpikat dengan wanita yang cantik dan bergaya, siapa yang tidak terpesona dengan lelaki yang tampan, berpangkat dan mewah?



Siapa yang tidak terpedaya dengan pangkat dan darjah yang dipandang tinggi dan mulia oleh masyarakat?



Siapa yang tidak terpedaya dengan  akaun banyaknya yang penuh berjela dengan angka-angka kewangan, dengan wang wang sekelilling pinggang?



Ini hanya sebahagian kecil dari keindahan dunia yang terbentang di hadapan mata dan dalam gambaran kepala yang ditayangkan oleh nafsu dan syaitan yang berusaha untuk memperdaya dan memesonkan manusia dari jalan Allah.



Inilah jalan dunia, malah itulah dunia yang sering mempesonakan manusia dari landasannya yang benar.



Ramai orang mudah terperangkap dengan keindahan dunia ini malah, mereka bersedia  memperhambakan diri mereka untuk memiliki dunia ini tanpa mengira buruk dan baik.



Mereka terlupa kerana memburu dunia yang fana ini bahawa dunia ini hanya sementara, tempat singgah sekejap untuk melengkapkan diri mereka  menuju ke alam akhirat yang kekal dan abadi.



Mereka orang yang terlupa bahawa hidup ini hanya sementara, yang tidak dapat dipastikan bilakah penghujungnya akan berakhir, mungkin lama dan mungkin sekejap yang tidak dipastikan, kecuali oleh Allah SWT.



Justeru itulah kita sentiasa dinasihat supaya menyesal dan sentiasa bertaubah mendamba keampunan dan keredhaan Allah SWT.



Jangan dibiarkan diri kita hanyut di segenap jalan dan pengkalan dengan memburu harta dan kekayaan tanpa merasa bahawa hidup ini boleh berakhir bila-bila masa sahaja tanpa amaran dan notis.



Pengalaman-pengalaman yang kita lihat setiap masa, di sekeliling kelalang kita dapat memberi petunjuk dan pengajaran supaya kita sentiasa berwaspada dengan dunia yang penuh dengan tipu daya ini.



Sentiasalah ingat bahawa kita hamba Allah yang wajib patuh dan setia kepada Nya sepanjang masa.



Ingatlah kita hidup kerana Allah dan mati untuk Allah.



Allah berfirman, maksudnya:



“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagian hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu [keperluan dan bekalanmu] dari dunia  dan berbuat baiklah [kepada hamba-hamba Allah] sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu [dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah] dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan”. Al-Qasas [28]: 77,



Ingatlah masa hidup di dunia ini  hanya sekejap sahaja, hanya sekelip mata. Buka katup, buka katup, ia akan berakhir  "di batu 2 tanah merah".



Sahabat Rasulullah SAW, Abu Dzar pernah menggambarkan dunia ini hanya ada tiga  jam sahaja, satu jam yang engkau sedang berada di dalamnya, dan satu jam lagi yang tidak pasti engkau dapat bertemu dengannya. Oleh itu pada hakikatnya engkau tidak memiliki dunia melainkan satu jam sahaja, kerana katanya maut itu bergerak terus saat demi saat.



Sesungguhnya begitulah dunia yang kita kejar ini.



Sentiasalah awas dan waspada, jangan tersalah pilih hala dan tujuan yang akan membawa kita ke syurga atau ke neraka.



Sentiasalah menjadi hamba yang mukmin dan bertakwa yang sentiasa menjunjung perintah-perintah Allah setiap waktu dan masa tanpa lalai dan lupa.



Sekian.

 



Pondok Rahmat



Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan.



11 Jun 2021/



Jumaat :30 Syawal 1442.

Read more...

>> Monday, June 7, 2021

 

ANDA


SEBAGAI 



PEMBURU



ANDA SUKA BURU APA?

 



ANDA sebagai pemburu.



Baik anda sedari atau tidak, sebagai manusia yang hidup anda adalah   seorang  pemburu yang aktif. Kegiatan anda sentiasa berada dalam suasana pemburuan.



Sejarah manusia pada permulaannya memburu adalah menjadi aktiviti utama mereka, selepas menceburkan diri dalam bidang pertanaian untuk mendapat sumber makanan harian mereka.



Pada zaman permulaan itu peranan utama mereka ialah memburu haiwan-haiwan yang dapat dijadikan bahan pengenyang perut untuk membolehkan mereka hidup dan berusaha, kerana manusia yang hidup perlukan makanan.



Untuk memburu tangkapan-tangkapan itu mereka memerlukan alat-alat yang khusus, seperti senjata-senjata tajam, seumpama  pisau, kapak, lembing dan panah.



Di samping itu mereka juga memerlukan bahan-bahan untuk membantu mereka menangkap haiwan-haiwan itu, seperti berbagai-bagai jenis perangkap yang mampu mereka ciptakan.



Haiwanan-haiwan tangkapan itu akan dikorbankan untuk dimakan, pada permulaannya secara makan mentah, kemudiannya setelah api ditemui makanan-makanan itu dimasak mengikut selera masing-masing.



Itulah pengertian berburu pada permulaannya, iaitu mencari dan menangkap haiwan untuk dijadikan makanan manusia.



Kemudian pengertian memburu itu menjadi bertambah luas bidangnya, bukan lagi kepada usaha mencari, mengejar dan menangkap binatang, tapi meliputi segala tindakan untuk mendapatkan sesuatu dengan menggunakan tenaga atau usaha lebih dari biasa.



Justeru banyak perkara yang terpaksa diburu manusia dalam hidup ini, kerana setiap usaha yang dilakukan memerlukan usaha yang lebih kuat dari biasa, kalau tidak mereka mngkin akan kecewa atau gagal tanpa mendapat apa yang kita hajati atau apa yang mereka usahakan.



Kehendak atau cita-cita kita ada seribu ragam, di mana semuanya perlu diusahakan untuk memperolehinya. Ada perkara kecil, ada perkara besar, ada perkara yang dapat dilihat, dan ada perkara yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, malah kadang-kadang ada benda yang hanya dapat dirasa, tapi memberi kesan yang besar kepada diri kita.



Kerana itu sebagai manusia, khususnya di zaman mutakhir ini kita terpaksa menjadi pemburu, pengejar, pengusaha yang lebih gigih untuk menikmati kejayaan.



Semua perkara boleh kita buru, asalkan ianya tidak bercanggah dengan peraturan, undang-undang dan agama yang suci yang datang dari Allah Swt.



Kita tidak dilarang mencari harta kekayaan berapa banyak yang kita mampu, setinggu gunung-ganang sekalipun.



Tapi akan menjadi tidak wajar atau kotor jika sekirannya dilakukan dengan cara yang tidak wajar atau terkutuk, seperti mencuri, menipu, merompak dan seumpamanya.



Kita tidak dilarang untuk berusaha mencapai pendapatan atau gaji yang mewah andainya dilakukan secara yang wajar, bukannya secara menipu atau memberi suapan dan sebagainya,



Kita tidak dilarang  untuk mendapat darjah kedudukan yang baik atau tinggi, jika dilakukan secara yang jujur dan ikhlas, seperti berkerja dengan rajin, ujur dan ikhlas  tapi ia akan menjadi tidak baik jika dilakukan dengan tipu daya atau pengkhianatan.



Orang lelaki tidak dilarang untuk memburu wanita, demikian juga wanita tidak bersalah memburu lelaki yang menjadi idaman dan cita-cita mereka.



Tapi akan menjadi tidak wajar jika dilkukan dengan tujuan yang tidak wajar, seperti untuk menjadinya  kekasih gelap, dijadikan gundek, menghisap darah dan seumpamanya. Tegasnya dengan tujuan untuk bersuka-suka atau melepaskan nafsu kehiawanan.



Justeru itulan anda mesti berusaaha untuk mendapatkan sesuatu, dan seusuatu itu mestilah baik dan tidak bercanggah dengan agama,supaya kita tidak terpalit dengan dosa dan  akan menerima pembalasan di akhirat nanti.



Anda tidak boleh menjadi seorang pemburu sebagai penjenayah, seorang penyamun, perompak, pencuri, penipu, penzina, peliwat, pendusta, pencaci-maki, pengecek,  loyar buruk dan sebagainya.



Tapi jadilah seorang pemburu yang beriman dan bertakwa yang sentiasa mencari keredaan Allah dalam setiap gerak dan gerinya sepanjang masa.



Itulah penmburu senjati yang akan mendapat ganjaran kurnia hadiah Allah di dunia dan di akhirat



Allah berfirman tentang berbat baik dalam al-Quran, masksudnya:



"Jika kamu berbuat kebaikan maka faedah kebaikan, itu yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka kesannya yang buruk berbalik kepada diri kamu juga. -Isra' [17]: 7.

 

 



Pondok Rahmat



Pasir Tumboh, Kota Bharu,



Kelantan Darulnaim



7 Jun 2021/



26 Syawal 1442.


Read more...

>> Tuesday, June 1, 2021

 


SELAMAT DATANG 



FATEEHA ATESYA



YANG DISAYANGI

 








SALAH satu sumber kebahagian sesebuah keluarga ialah kelahiran manusia baru dalam keluarga itu.



Manusia baru itu mungkin merpakan seorang anak, cucu, cicit dan sebagainya.



Ianya merupakan anugerah dari Allah Yang Maha Pemurah, Pemgasih dan Penyayang.



Demikianlah dengan kelahiran Fateeha Atesya dalam keluarga Mohd Fadly dan Azlinisllaina bin Shamsudin.








Ia merupakan puteri keempat dalam keluarga tersebut.



Tiga orang kakaknya terdiri Fatima Az-Zahra, Fatihah Khadeeja, dan Fateena Ameena.



Fateeha Atesya diputerikan dengan sejahtera pada 7.34 pagi hari Rabu 19 Mei 2021 di Hospital Besut,Terengganu.



Fateeha adalah cucuanda kepada Shamsudin Salleh [Pok Din] dan Maziah bin Zakaria.








Semoga kelahiran Fateeha ini akan menambahkan lagi seri kebahagian keluarga tesrsebut dan bakal menjadi seorang serikandi yang memperjuangkan agama, bangsa  dan negara yang tercinta.



Ya Allah kurniakan kepada kami semua keturunan-keturunan yang sentiasa bersedia menaburkan budi, jasa dan khidmat bakti mereka kepada seluruh umat manusia dalam redha dan rahmat Allah yang tidak tercacat dan tercela hingga ke akhir zaman.



Dan Allah berfirman, maksudnya:



‘’Dan orang-orang yang berkata, “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami  pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati [kami], dan jadikan kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa”.Al-Fulqran [25]: 74.

 



Pondok Rahmat,



Kota Bharu Kelantan Darul Naim.



1 Mei 2021



[Hari pertama lockdown Covid seluruh negara]


20 Syawal 144



Teknik: Syafiq Zaini

Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP