>> Thursday, December 16, 2021
ZIARAH
SILATURAHIM
SAMPAI
KE PONDOK
AHMAD SHUKRI dan isterinya Rif'ah telah menjejak kakinya di pondok kami, di Pasir Tumboh pada hari Selasa, 14 Disember 2021 yang baru lalu.
Ikut serta dalam
ziarah silaturahim itu ialah ayahanda mereka Osman dan bonda mereka Siti Maryam.
Setelah tirai Covid disingsing sedikit baru inilah kami dapat bertemu mesra sebagai sebuah keluarga yang saling rindu merindukan antara sama lain.
Kami sekeluarga,
terutama Noor Baiti dan Safayi amat bergembira dan bersyukur menyambut
kunjungan mereka, dan berdoa semoga mereka semua sentiasa berada di bawah
naungan Rahmat Allah.
Ahmad Shukri dan isterinya Rif’ah binti A. Rahim, sekarang sedang bertugas sebagai doktor di Hospital Tawau, Sabah. Semoga kunjungan mereka membawa keberkatan.
Setelah menghabiskan
cuti selama beberapa hari bersama keluarga, mereka akan berlepas balik ke Sabah
pada 19 Disember 2021 ini untuk bertugas keesokan harinya seperti biasa.
Setelah beberapa
jam bersama kami, mereka pun berlepas untuk meneruskan ziarah keluarga sebelum
bertolak balik ke Kampong Aman, Besut Terengganu.
Semoga kita semua termasuk dalam kalangan yang disebut dalam sabda Baginda SAW yang bermaksud:
“Barangsiapa
yang inginkan lanjut usianya dan dimudahkan rezekinya, hendakalah dia bertakwa
kepada Allah dan menghubungkan silaturahim”.
Dari KB hendak
ke Sabah
Tidak perlu bekalan roti,
Kalau ada silap sepatah
Jangan simpan dalam hati.
Pondok Rahmat
Pasir Tumboh,
Kota Bharu,
Kelantan
Darulnaim.
16 Disember
2021/
11 Jamadilawal
1443.
0 comments:
Post a Comment