>> Tuesday, December 14, 2021
SUDU
TAK ADA.
BAGAIMANA NI??
Hari ini tidak ada lagi orang yang tak kenal sudu, baik orang dewasa, kanak-kanak dan bayi pun kenal sudu.
Suudu sejenis alat dapur yang
penting.
Seperti pisau
juga setiap buah rumah di kampong mesti mempunyai sudu yang berguna untuk mencedok nasi, lauk-pauk, dan kuah-muah ketika makan.
Bayangkanlah
jika tidak ada sudu bagaimana kita hendak memindahkan kuah sayur atau lauk dari
sesebuah pinggan atau periuk ke pinggan kita atau ke pinggan yang lain?
Sebenarnya untuk
mencedok makanan dari periuk yang panas ada sejenis sudu yang dipanggil senduk,
yang mempunyai pemegang atau tangan yang lebih panjang untuk mengelak dari
kepanasan. Senduk ini pada masa dulu diperbuat daripada daripada tempurung kelapa dengan
hulu atau pemegang dari kayu.
Dan jika jari-jemari kita berproblem, seperti luka, maka kita terpaksa makan menggunakan sudu untuk menyuap nasi atau lain-lain makanan ke mulut kita untuk memakannya.
Pada masa dulu,
sudu itu juga digunakan sebagai alat timbangan untuk menyukat sesuatu bahan
masakan, khususnya kueh-mueh. Kerana pada masa dahulu sebelum alat timbangan
populer sudu digunakan untuk menyukat sesuatu bahan yang diperlukan, kerana
setiap sudu itu dibuat dengan kandungan
yang telah ditetapkan beratmya, seperti susu atau gandum.
Tapi penggunaan sudu sebagai alat timbangan seperti ini tidak praktikal lagi buat masa sekarang, kerana kek-kek itu dibuat dengan banyak, seperti gandum menggunakan bahan-bahan yang banyak, seperti 100 sudu
gandum, 100 sudu tepung susu dan 50 sudu
gula halus, tentulah tidak sesuai untuk menggunakan sudu sebagai
sukatan, dengan itu alat timbangan yang khusus dan wajar terpaksa digunakan.
Sebenarnya
sudu itu telah lama dipergunakan oleh
manusia di seluruh dunia sebagai sebahagian daripada pralatan dapur. Dalam hal ini ada
berbagai-bagai jenis bahan dipergunakan untuk membuat berbagai-bagai jenis
sudu.
Di antara
bahan-bahan yang sering digunakan di masa lalu untuk membuat sudu ialah tanduk
binatang, gading gajah dan seumpamanya, dan kemudiannya digunakan bahan-bahan
galian, seperti besi, tembaga, malah perak dan emas juga untuk membuat sudu
kepada mereka yang mempunyai kemampuan yang lebih.
Kemudian bahan-bahan yang lebih khusus digunakan untuk membuat sudu, sepert aluminium, bahan-bahan yang tahan panas seperti silikon,dan juga plastik yang tahan panas.
Pernahkah anda terbayang
bagaimana kiranya sesuatu keluarga sedang makan bersama di kampong-kampong pada
masa dulu didapati tidak mempunyai sudu atau tidak mempunyai cukup sudu,
bagaimana mereka makan makanan berkuah, seperti gulai atau sayur?
Jika ada pinggan
gulai daging yang tidak bersudu mereka menggunakan pinggan tersebut untuk
memasukkan kuah ke dalam pinggan mereka iaitu dengan terus menuangnya sebanyak
mana yang mereka kehendaki, sedangkan isinya pula mereka gunakan hujung jari
untuk mengambilnya, atau meletakkannya di tepi pinggan gulai terlebih
terlebih dahulu sebelum mencubitnya sekadar yang mereka mahu.
Untuk minum air pula mereka curah air itu ke dalam pinggang atau piring kosong dan menghirup air dalam piring atau pinggan itu untuk meminumnya.
Bagaimana pula
orang-orang kampong zaman lampau memakan isi kelapa muda dan meminum airnya,
sedangkan mereka tidak membpunyai gelas dan sudu untuk memakan dan meminumnya?
Mula-mula mereka
bersihkan kulit atau sabut kelapa muda itu dengan dedaun yang ada di situ
ataupun menggesel-genselkannya pada rumput-rumput di situ, lagipun buah kelapa
itu tidaiklah kotor kerana ia hanya baru dipetik dari pohonnya.
Kemudian dengan
menggunakan parang atau golok yang tajam diparasnya sedikit salah satu daripada
mana-mana sudut buah kelapa itu dan dengan sekali paras sahaja sekeping sabut
kelapa sebesar kira-kira tiga jari akan tertanggal dari kulit atau sabutnya
yang segar itu.
Kepingan sabut
itu sebenarnya berupa sebuah sudu yang diguna untuk mengokok atau memisahkan
isi kelapa muda yang telah dibelah itu daripada tempurungnya untuk dimakan.
Kalau perlukan
sebuah sudu lagi buat parasan yang serupa pada buju atau sudut lain pada buah
kelapa itu.
Sudu itu
bolehlah diguna untuk mengokok isi
kelapa muda supaya berpisah tegasnya tanggal dari tempurungnya seperti
menggunakan sudu biasa, dan dengan sudu sabut kelapa itu juga mereka menyuap
isi kelapa muda itu ke mulut mereka untuk memakannya.
Buah kelapa itu pula dibelah dengan cermat supaya airnya tidak habis tumpah dan boleh diminum terus dengan menghirupnya daripada tempurung belahan kelapa itu jika dikehendakinya. Membelah kelapa muda tidak seperti membelah kelapa tua untuk mendapat isinya bagi dikukur atau dimesinkan isinya untuk mendapat santannya.
DOA MAKAN
Baik anda makan
dengan jari-jemari secara langsung untuk makan atau menggunakan sudu untuk
makan anda tetap diperlukan menyebut nama Allah:
Bismillahirahahmanirahim.
Kemudian
diiringi dengan doa makan yang khusus, antaranya bermaksud:
“Ya Allah
berkatilah kami pada makanan ini dan berilah kami makan yang lebih dari ini”.
“Segala puji
bagi Allah yang telah memberi makan dan
minuman kami serta menjadikan kami sebagai orang-orang Islam”.
Sekian
Pondok Rahmat
Kota Bharu
Kelantan Darulnaim.
13 Disember
2021/
8 Jamadilawal
1443.
0 comments:
Post a Comment