>> Thursday, December 23, 2021

 

NORHAYATI 



WARISAN 



TOK BACHOK 



ZIARAH 



DI PONDOK  






 SEORANG wanita telah sampai ke pondok kami pada hari Rabu 21 Disember 2021 kerana ziarah silaturrahim.



Beliiau adalah Norhayati binti Dato’ Ahmad Shahibuddin rakan persekolahan anak kami Noorbaiti Zaini.



Beliau datang ditemani oleh empat orang anaknya. Buat masa ini beliau tinggal di Pulau Pinang bersama keluarganya.



Norhayati adalah darah turunan daripada salah seorang ulama Kelantan yang terkenal iaitu Tok Bachok.



Mereka adalah rakan sepersekolahan di Sekolah Ahmad Maher, Kota Bharu beberapa tahun yang lampau.



Setelah tamat belajar mereka pun berpisah sejak tiga puluh tahun yang lalu, masing-masing dengan hala hidup mereka.



Hanya baru hari ini mereka bertemu kembali di pondok kami dalam suasana yang penuh kegembiraan dan kesyukuran.



Semoga pertemuan itu membawa barkah dan rahmat yang berkekalan sepanjang masa.









Ayahanda Norhayati, Dato’ Ahmad Shahibuddin Mohd Nor adalah bekas seorang wakil rakyat dan anggota EXCO Kerajaan Negeri Kelantan dalam masa pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional di negeri ini.



Beliau pernah menjadi rakan sekelas dengan ayah Noorbaiti Zaini ketika belajar di Maktab Sultan Ismail Kota Bharu.



Kata ayah Noor Baiti kali terakhir beliau bertemu dengan Allahyarham Dato’ Ahmad Shahibuddin, warisan Tok Bachok itu ialah di airport Pengkalan Chepa. Dalam pertemuan singkat itu beliau sempat memberitahu tentang masalah kesihatan yang dihadapi oleh beliau dan juga isterinya.



Itulah pertemuan mereka yang terakhir, selepas itu tiba-tiba terdengar khabar beliau telah pergi buat selama-lamanya.



Tok Bachok nama sebenarnya ialah Uthman bin Muhammad [1865-1953] seorang ulama Kelantan yang terkenal yang menjadikan Bachok pusat pengajarannya.



Nama Tok Bachok telah diabadikan sebagai nama sebuah sekolah di Bachok, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama  Tok Bachok..



Sekian sebagai sebuah catatan dan kenangan.

 




Pondok Rahmat



Pasir Tumboh, Kota Bharu



Kelantan Darulnaim.



23 Disember 2021/



18 Jamadilawal 1443.




Read more...

>> Thursday, December 16, 2021

 

ZIARAH 



SILATURAHIM



 SAMPAI 



KE PONDOK







AHMAD SHUKRI dan isterinya Rif'ah telah menjejak kakinya di pondok kami, di Pasir Tumboh pada hari Selasa, 14 Disember 2021 yang baru lalu.



Ikut serta dalam ziarah silaturahim itu ialah ayahanda mereka Osman dan bonda mereka Siti Maryam.



Setelah tirai Covid disingsing sedikit  baru inilah kami dapat bertemu mesra sebagai sebuah keluarga yang saling rindu merindukan antara sama lain.



Kami sekeluarga, terutama Noor Baiti dan Safayi amat bergembira dan bersyukur menyambut kunjungan mereka, dan berdoa semoga mereka semua sentiasa berada di bawah naungan Rahmat Allah.









Ahmad Shukri dan isterinya Rif’ah binti A. Rahim, sekarang sedang bertugas sebagai doktor di Hospital Tawau, Sabah. Semoga kunjungan mereka membawa keberkatan.



Setelah menghabiskan cuti selama beberapa hari bersama keluarga, mereka akan berlepas balik ke Sabah pada 19 Disember 2021 ini untuk bertugas keesokan harinya seperti biasa.



Setelah beberapa jam bersama kami, mereka pun berlepas untuk meneruskan ziarah keluarga sebelum bertolak balik ke Kampong Aman, Besut Terengganu.










Semoga kita semua termasuk dalam kalangan yang disebut dalam sabda Baginda SAW yang bermaksud:



“Barangsiapa yang inginkan lanjut usianya dan dimudahkan rezekinya, hendakalah dia bertakwa kepada Allah dan menghubungkan silaturahim”.




Dari KB hendak ke Sabah

   



Tidak perlu bekalan roti,




Kalau ada silap sepatah

     


Jangan simpan dalam hati.


 



Pondok Rahmat



Pasir Tumboh, Kota Bharu,



Kelantan Darulnaim.



16 Disember 2021/



11 Jamadilawal 1443.



Read more...

>> Tuesday, December 14, 2021

 


SUDU 



TAK ADA. 



BAGAIMANA  NI??

 

 




Hari ini tidak ada lagi  orang yang tak kenal sudu, baik orang dewasa, kanak-kanak dan bayi pun kenal sudu. 



Suudu sejenis alat dapur yang penting.



Seperti pisau juga setiap buah rumah di kampong  mesti mempunyai sudu yang berguna untuk mencedok nasi, lauk-pauk, dan kuah-muah ketika makan.



Bayangkanlah jika tidak ada sudu bagaimana kita hendak memindahkan kuah sayur atau lauk dari sesebuah pinggan atau periuk ke pinggan kita atau ke pinggan yang lain?



Sebenarnya untuk mencedok makanan dari periuk yang panas ada sejenis sudu yang dipanggil senduk, yang mempunyai pemegang atau tangan yang lebih panjang untuk mengelak dari kepanasan. Senduk ini pada masa dulu diperbuat daripada daripada tempurung kelapa dengan hulu atau pemegang dari kayu.



Dan jika jari-jemari kita berproblem, seperti luka, maka kita terpaksa makan menggunakan sudu untuk menyuap nasi atau lain-lain makanan ke mulut kita untuk memakannya.



Pada masa dulu, sudu itu juga digunakan sebagai alat timbangan untuk menyukat sesuatu bahan masakan, khususnya kueh-mueh. Kerana pada masa dahulu sebelum alat timbangan populer sudu digunakan untuk menyukat sesuatu bahan yang diperlukan, kerana setiap sudu itu dibuat dengan  kandungan yang telah ditetapkan beratmya, seperti susu atau gandum.



Tapi penggunaan sudu sebagai alat timbangan seperti ini tidak praktikal lagi buat masa sekarang, kerana kek-kek itu dibuat dengan banyak, seperti gandum menggunakan bahan-bahan yang banyak, seperti 100 sudu gandum, 100 sudu tepung susu dan 50 sudu  gula halus, tentulah tidak sesuai untuk menggunakan sudu sebagai sukatan, dengan itu alat timbangan yang khusus dan wajar terpaksa digunakan.



Sebenarnya sudu  itu telah lama dipergunakan oleh manusia di seluruh dunia sebagai sebahagian daripada pralatan dapur. Dalam hal ini ada berbagai-bagai jenis bahan dipergunakan untuk membuat berbagai-bagai jenis sudu.



Di antara bahan-bahan yang sering digunakan di masa lalu untuk membuat sudu ialah tanduk binatang, gading gajah dan seumpamanya, dan kemudiannya digunakan bahan-bahan galian, seperti besi, tembaga, malah perak dan emas juga untuk membuat sudu kepada mereka yang mempunyai kemampuan yang lebih.



Kemudian bahan-bahan yang lebih khusus  digunakan untuk membuat sudu, sepert aluminium, bahan-bahan yang tahan panas seperti silikon,dan juga plastik yang tahan panas.



Pernahkah anda terbayang bagaimana kiranya sesuatu keluarga sedang makan bersama di kampong-kampong pada masa dulu didapati tidak mempunyai sudu atau tidak mempunyai cukup sudu, bagaimana mereka makan makanan berkuah, seperti gulai atau sayur?



Jika ada pinggan gulai daging yang tidak bersudu mereka menggunakan pinggan tersebut untuk memasukkan kuah ke dalam pinggan mereka iaitu dengan terus menuangnya sebanyak mana yang mereka kehendaki, sedangkan isinya pula mereka gunakan hujung jari untuk mengambilnya, atau meletakkannya di tepi pinggan gulai terlebih terlebih dahulu sebelum mencubitnya sekadar yang mereka mahu.



Untuk minum air pula mereka curah air itu ke dalam pinggang atau piring kosong dan menghirup air dalam piring atau pinggan itu untuk meminumnya.



Bagaimana pula orang-orang kampong zaman lampau memakan isi kelapa muda dan meminum airnya, sedangkan mereka tidak membpunyai gelas dan sudu untuk memakan dan meminumnya?



Mula-mula mereka bersihkan kulit atau sabut kelapa muda itu dengan dedaun yang ada di situ ataupun menggesel-genselkannya pada rumput-rumput di situ, lagipun buah kelapa itu tidaiklah kotor kerana ia hanya baru dipetik dari pohonnya.



Kemudian dengan menggunakan parang atau golok yang tajam diparasnya sedikit salah satu daripada mana-mana sudut buah kelapa itu dan dengan sekali paras sahaja sekeping sabut kelapa sebesar kira-kira tiga jari akan tertanggal dari kulit atau sabutnya yang segar itu.



Kepingan sabut itu sebenarnya berupa sebuah sudu yang diguna untuk mengokok atau memisahkan isi kelapa muda yang telah dibelah itu daripada tempurungnya untuk dimakan.



Kalau perlukan sebuah sudu lagi buat parasan yang serupa pada buju atau sudut lain pada buah kelapa itu.



Sudu itu bolehlah diguna untuk mengokok  isi kelapa muda supaya berpisah tegasnya tanggal dari tempurungnya seperti menggunakan sudu biasa, dan dengan sudu sabut kelapa itu juga mereka menyuap isi kelapa muda itu ke mulut mereka untuk memakannya.



Buah kelapa itu pula dibelah dengan cermat supaya airnya tidak habis tumpah dan boleh diminum terus dengan menghirupnya daripada tempurung belahan kelapa itu jika dikehendakinya. Membelah kelapa muda  tidak seperti membelah kelapa tua untuk mendapat isinya bagi dikukur atau dimesinkan isinya untuk mendapat santannya.



DOA MAKAN



Baik anda makan dengan jari-jemari secara langsung untuk makan atau menggunakan sudu untuk makan anda tetap diperlukan menyebut nama Allah:



 Bismillahirahahmanirahim.



Kemudian diiringi dengan doa makan yang khusus, antaranya bermaksud:

 



“Ya Allah berkatilah kami pada makanan ini dan berilah kami makan  yang lebih dari ini”.

 



“Segala puji bagi Allah  yang telah memberi makan dan minuman kami serta menjadikan kami sebagai orang-orang Islam”.  

 




Sekian

 



Pondok Rahmat




Kota Bharu Kelantan Darulnaim.



13 Disember 2021/



8 Jamadilawal 1443.



Read more...

>> Sunday, December 5, 2021

 

 

MAKA 



OBAT PUN 



BERBICARA

 




Ambo adalah obat. Bila disebut obat ertinya bahan yang digunakan untuk menyembuhkan penyakit. Itulah tugas khusus ambo sebagai obat.



Penyakit itu bukan sahaja dideritai oleh manusia, tapi juga yang ditanggung oleh semua hidupan di dunia ini. Baik ia manusia, baik ia hewan dan tumbuhan-tumbuhan yang hidup di dunia ini.



Justeru itu tugas ambo sebagai obat amatlah besar. Sudah ribuan tahun ambo sebagai obat diciptarekakan di dunia ini, iaitu sejak manusia mengenal penyakit.



Justeru terdapat berbagai-bagai jenis penyakit, terutama penyakit yang diderita manusia, maka sebanyak itulah hamba sebagai obat dicipta untuk menyembuhkannya.



Sebahagian daripadanya berjaya ambo sembuhkan dan sebahagain lagi tidak berjaya. Mungkin kerana ambo tidak sesuai dengan penyakit yang menimpa.



Wajah ambo biasanya dilahirkan dengan berbagai rupa bentuk yang berbeza. Biasanya ambo dilahirkan dalam tiga wajah, iaitu cair dikenali dengan panggilan tonik, dalam bentuk pekat dipanggil krim, dalam bentuk pekat gentel, dan dalam bentuk pepejal atau keras berbutir.



Obat dalam keadaan cair itu gunanya untuk diminum dan disapu atau digosok pada kulit biasanya digunakan untuk berurut kerana sakit urat atau sendi tulang.



Untuk diminum biasanya dicampur dengan sedikit air kosong untuk mengurangkan kepekatan atau melembutkannya supaya mudah ditelan.



Obat cair ini juga digunakan sebagai bahan suntikan menerusi jarum yang khusus yang dicucuk pada bahagian-bahagian tertentu pada badan seseorang, kemudian cecairan obat itu akan mengalir measuk menerusi urat-urat untuk menjalan tugas sebagai obat.



Obat dalam keadaan pekat atau krim untuk disapu pada kulit untuk mengobati penyakit gatal-gatal atau ruam-ruam panas atau untuk menyejukkan badan, seperti bedak sejuk.



Ambo juga dibuat dalam keadaan pekat likat atau kental. Biasanya obat tradisional untuk digentel-gentel sebesar yang dikehendaki untuk ditelan sebagai mana memakan obat makjum.



Sejenis lagi pula ambo dibuat dalam keadaan keras, iaitu dalam bentuk pil-pil untuk ditelan.



Dalam keadaan seperti pil inilah yang sering anda temui ambo di farmasi-farmasi, di hospital, di klinik, di kedai-kedai runcit dan juga di resturant untuk berbagai-bagai jenis penyakit yang ringan.



Dalam keadaan pil seperti ini ambo senang disimpan dan dijual kepada para pembeli untuk terus diguna atau disimpan di rumah atau di mana-mana tempat yang sesuai untuk mereka.



Ia juga lebih senang dimakan jika dibandingkan dengan berbentuk cairan yang terpaksa menggunakan sudu atau seumpamanya.



Warna Obat



Ambo pun diberikan berbagai-bagai warna, seperti putih, merah, kuning, hijau dan sebagainya  ikut ketentuan pembuatnya.



Biasanya obat-obat untuk kanak-kanak khususnya dalam bentul pil-pil ambo dibuat dalam warna-warni yang terang untuk menarik mereka memakannya.



Ukuran Obat



Seperti manusia juga ambo sebagai obat mempunyai berbagai-bagai jenis nama dan beberapa jenis sais atau ukuran besar kecilnya yang sering menjadi pertikaian para pengguna.



Ada obat yang dianggap besar ukurannya, ada sederhana besar ukurannya, dan sebaliknya ada yang kecil dan dianggap amat kecil.



Ukuran besar kecil ambo inilah yang menjadi bukti kemampuan seseorang untuk mengambil atau menelan obat.



Obat dalam bentuk pil yang saisnya berukuran kecil sedikit dari jari  kelingking biasanya sudah dianggap besar oleh para pengguna obat terutama dari kalangan warga emas.



Bagi memudahkan mereka menelannya mereka  memotong ambo kepada dua atau tiga kerat atau bahagian barulah mereka menelannya dengan cecairan seperti teh atau air kosong.



Tapi yang menjadi problemnya bila obat yang besar itu berupa tiub atau kapsul, macam mana hendak kerat? Kerana di dalamnya terdapat debu-debu obat yang penting. Kalau dalam bentuk pil biasa tak mengapalah?



Pengguna lebih rela menelannya dua atau tiga kali untuk sebiji pil daripada menelan pil yang mereka anggap besar itu yang mungkin akan tersangkut di mana-mana bahagian dalam kerongkong mereka.



Pada masa dulu malah juga sekarang, ada keluarga emas terlebih dulu membalut atau membungkus pil-pil yang rasanya pahit dengan pisang, kalau dulu pisang bakar.



Atau pil itu akan ditumbuk sampai hancur kalau pil itu tidak pahit, kemudian diminum dengan air atau dihancurkan dalam air kosong.

 


Obat yang tersangkut di kerongkong itu mungkin sekejap sahaja, selepas menelan beberapa teguk air ia mungkin akan terlepas, tapi malangnya jika ia mengambil masa agak lama, berminit-minit untuk terlepas dari kerongkong.



Demikian juga orang-orang yang mempunyai kemampuan lebih bersedia menggunakan obat suntikan daripada obat pil. Tidak perlu telan pil hari-hari, sekali suntik biasanya boleh tahan beberapa waktu tertentu. Tapi yang menjadi masalahnya bukan semua obat dibuat dalam bentuk cecairan untuk suntikan seperti biasa, walaupun boleh disuntik tapi cara yang khusus, antaranya ialah obat yang dikelaskan sebagai antibiotik.



Sebagai obat ambo rasa, pembuat-pembuat obat patut mengambil perhatian dalam membuat ukuran sais obat yang dapat diterimapakai oleh para pengguna pada umumnya.



Biasanya untuk telan sebiji obat  mahal sedikit harganya dari biasa tidak menjadi masalah kepada kebanyakan pengguna asalkan mereka merasa selesa dan  selamat untuk menelan ambo.



Ukuran sais ambo sering menerima teguran pengguna, malah tidak jarang dari mereka membuat  kutukan kerana membuat obat saisnya dianggap besar yang  menyusahkan dan menakutkan pengguna  untuk menelannya.



Obat-obat yang kecil memang mudah dan selesa ditelan, tapi jika obat itu ringan sangat timbangannya pun menjadi masalah juga, kerana perjalanannya yang tidak stabil ketika melalui lorong kerongkong ke perut, kerana terlalu ringan itu ambo mungkin mudah tergelincir ke kanan dan ke kiri sebelum sampai ke tempatnya.



Demikian juga obat kecil yang amat lembut dan mudah cair ketika berada dalam mulut sebeluam ditelan. Kerana keadaannya itu menyebabkan pengguna agak sukar untuk menelannya.



Perkara seperti ini patut menjadi pertimbangan para pembuat obat demi keselesaan para pengguna yang terpaksa makan obat kerana penyakitnya.



Para doktor dan dan pakar-pakar  perobatan juga patut mengambil perhatian dalam perkara seperti ini dan perkara-perkara lain seumpamanya demi kepentingan dan keseselaan para pengguna mereka.



Mereka sepatutunya menyuarakanya kepada para pembuat dan peniaga obat yang membekalkan obat kepada mereka tentang masalah pengguna-pengguna obat.



Pada akhir-akhir ini telah banyak obat-obat yang sama dan kegunaan yang sama yang dibuat dalam berbagai-bagai bentuk dan ukuran. Contoh sahabat ambo obat yang biasa digunakan untuk merawat penaykit-penyakit ringan sekarang terdapat lebih dari satu ukuran sais dan bentuk rupa yang selesa untuk ditelan oleh pengguna.



Berhati-hati



Sebagai obat ambo minta sesiapa yang beli apa-apa obat sekalipun agar lebih berhati-hati supaya tidak terbeli obat-obat palsu atau telah tua dan lanjut usianya yang tidak terpakai lagi.



Pastikan tarikh ambo lahir dan tarikh ambo mati atau habis tempoh. Kalau obat berbalut, pastikan balutannya tidak rosak atau koyak. Kalau diseal, pastikan sealnya tidak terkoyak atau tercabut.



Simpan Obat



Biasanya selain daripada pengunaan semasa, ambo sebagai obat juga suka disimpan oleh sesetengah orang untuk kegunaan di masa-masa mereka memerlukannya.



Antara obat-obat yang sering disimpan seperti ini ialah obat sakit kepala, demam, selsema dan batuk-batuk, terutama di kalangan kanak-kanak.



Untuk menyimpan obat seperti itu tidaklah menjadi masalah, tapi yang menjadi masalahnya mereka menyimpan ambo tidak mengikut arahan atau peraturan yang ditetapkan supaya boleh diguna jika perlu.



Kebanyakan pengguna menyimpan ambo ditempat yang tidak wajar, sedangkan biasanya mereka diberitahu di mana ambo patut disimpan, dan dalam keadaan macam mana, sejuk atau panas dan sebagainya.



Kalau ketetapan ini tidak diikuti biasanya ambo menjadi cepat rosak, dan tidak boleh digunakan lagi, bukan sahaja kerana tidak berkesan tapi boleh bertukar menjadi keracunan yang membahayakan.



Justeru berbhati-hatilah kalau hendak menyimpan ambo sebagai obat, terutama tarikh lupusnya sesuatu obat yang tidak sama antara satu sama lni. Ada yang sekejap, ada yang lama. Hati-hatilah.



Ambo suka mengingatkan orang yang hendak makan obat, khususnya umat Islam supaya sentiasa mengingatkan Allah Yang Pengasih dan Penyayang ketika hendak makan apa-apa obat sekalipun:


Jangan lupa baca:



“Bismillahirrahmanirrahim”.



Dan dibacakan juga doa makan obat, di antaranya mengikut Hadis Bukhari kira-kira bermaksud:



“Ya Allah, Tuhan manusia Yang menghilangkan kesusahan, berilah kesembuhan, Engkaulah Zat Yang Maha Menyembuhkan. Tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari Engkau, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lain” (HR Bukhari 541)



Sebagai obat ambo juga suka mengingatkan bahawa walau sebaik-baik mana sekalipun sebagai obat ambo tidak dapat mengobat penyakit maut atau mati. Bila sudah tiba masanya ditentukan Allah tidak ada apa-apa lagi yang ambo boleh buat. Itu sudah takdir IIahi  dari sejak azali lagi. Setiap yang hidup pasti mati.



Allah berfirman maksudnya:



“Tiap-tiap yang bernyawa akann merasakan mati”.  A-AI’Imran [3]: ayat 185.

 




Pondok Rahmat



Pasir Tumboh,



Kota Bharu Kelantan Darulnaim



Ahad: 30 Rabiulakhir 1443/



5 Disember 2021

 

 


Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP