FITNAH
KEJELITAAN
Setiap orang dikurnikan dengan
wajah yang khusus yang berbeza dengan orang lain. Perbezaan yang utama ialah
cantik dan tidak cantik, tampan atau tidak tampan.
Menjadi satu kelumrahan, setiap
orang inginkan wajah yang cantik atau jelita, terutama sekali kaum wanita, dan
tidak ada siapa inginkan wajah yang hodoh atau buruk.
Wajah yang cantik atau hodoh
inilah meruapakan sebahagian daripada pengurniaan Allah SWT kepada hamba-hamba
Nya.
Di antara anugerah yang sering
disalahgunakan oleh kaum wanita ialah paras yang cantik jelita.
Kerana mempunyai wajah yang
cantik jelita ini boleh mencetuskan rasa kagum yang berlebihan seseorang terhadap
kecantikan dirinya sendiri.
Rasa kecantikan diri melampau atau ujub ini
amatlah merbahaya, kerana boleh menyebabkan si jelita memandang semua orang lain adalah hodoh, bodoh dan
menjijikkan.
Justeru itu dia tidak ragu-ragu
untuk mencela dan memburuk mereka kerana pada anggapanya mempunyai wajah yang
tidak seindah wajahanya, ataupun berwajah buruk mengikut ukurannya.
Tindakannya yang melampau seperti
itu tidaklah wajar, kerana menghina hamba Allah yang tidak bersalah dalam soal
ini.
Tindakannya itu bukan sahaja
dihalakan terhadap kaum wanita yang sejenis dengannya yang dianggap berwajah
buruk tapi juga terhadap kaum lelaki
yang wajah mereka tidak setampan dengan idamannya.
Dia tidak akan melayan mereka
yang dianggap berwajah buruk itu dengan sewajarnya atau selayaknya, bukan
sahaja dengan lidahnya tapi juga dengan tangannya sebagai tanda kebencian
hatinya terhadap mereka.
Lebih malang lagi kiranya wanita cantik itu mempunyai keluarga yang
kaya raya, atau datang dari keluagra berdarjah, atau dia sendiri mempunyai
pekerjaan yang istimewa dan berkedudukan yang tinggi dalam masyarkat yang akan
menjadi batu api untuk menyebabkannya merasa lebih bangga dengan kecantikan yang
dimilikinya itu.
Saya terkenang zaman saya dalam
persekolahan dulu, kami setiap hari berulang alik ke sekolah dengan menaiki bas
yang terletak di Kota Bharu. Di sekitar kampung ini adalah seorang dua gadis
yang tergolong dalam gadis yang cantik, dan salah seorang daripadanya berulang-alik
dengan kami menaiki bas untuk ke sekolah setiap hari.
Gadis cantik ini tidak pernah
dilihat bercakap dengan mana-mana pelajar yang berada dalam bas itu, malah dia
akan duduk di sebuah kerusi kosong, kalau sudah ada penumpang yang wajahnya
buruk atau tidak cantik, terutama orang-orang kampung, dia rela berdiri dalam bas kerana penumpang yang tidak disukainya kerana
wajahnya yang tidak secantik yang diharapkannya.
Saya pernah bertemu dengannya
selepas tamat sekolah berpuluh-puluh tahun yang lalu wajahnya yang cantik itu
masih segar, dengan kulitnya yang putih lembut, dan bentuk badan yang indah;
dan dia masih mengenali saya sekampung dengannya.
Saya harap sikap zaman lampaunya
semasa zaman persekolahan itu telah berubah dan ditinggalkannya dalam laluan
masa. Sejak itu sampai ke hari ini saya tidak pernah bertemu dengannya lagi.
Manusia yang terlampau mengkagumi
kecantikan diri sendiri ini dalam istilah psikologynya dikatakan narsis. Ia
berpunca dari sebuah kisah yang menarik. Sebuah dongeng dari Barat tentang
seorang lelaki yang pada suatu hari melihat bayang-bayang wajahnya dalam air di
sebuah kolam; dia merasa kagum kerana merasakan dirinya begitu cantik sedangkan
sebelum ini dia tidak permah milhatnya. Dari sinilah asalnya perkataan
tersebut.
Terlampau mengakum kecantikan
diri sendiri ini sebenarnya adalah manusia yang tidak normal, dan meruapakan
sejenis penyakit hati yang memerlukan perawatan yang wajar.
Kecantikan itu merupakan
sebahagian daripada rahmat Allah yang dikurniakan hamba Nya yang bernasib baik,
seperti juga dengan berbagai-baai kurniaan yang lain kepada manusia,
termasuklah harta benda, kekayaan, pangkat dan darjah.
Di samping itu ada pula orang-orang yang mendapat tempias rahmat yang
Allah kurniakan kepada seseorang itu, seperti seorang suami yang memperolehi
isteri yang cantik jelita, lalu merasa bangga kerana perolehan itu, atau
sebalikya seorang isteri yang mempeolehi suami yang kacak dan tampan merasa
bangga dengan perolehannya itu. Orang-orang ini menjadi lupa daratan, turut
hanyut dengan suami atau isterinya dalam lautan nafsu kebanggan.
Allah mengurniakan berbagai-bagai
nikmat kepada manusia untuk dinikmati dan disyukuri oleh hamba-hamba Nya yang
bertuah itu dan ini membuktikan kemuliaan dan kebesaran Allah yang tidak
bertepi.
Demikian jugalah pengurniaan
Allah kepada manusia dalam bentuk kecantikan untuk dinaikmati dan disyukuri,
bukanya untuk dibanga-bangga atau dijadikan
senjata untuk merasa dirinya istimewa dari orang lain yang tidak
memperolehinya.
Sebaliknya orang-orang yang tidak
memperolehi nikmat yang sama atau berkurangan pula seharusnya bersabar dan juga
bersyukur dengan nikmat-nikmat lain yang bukan sedikit pula Allah kurniakan
kepada mereka. Sebenarnya nikmat yang Allah kurniakan kepada setiap orang hamba
Nya bukan sahaja banyak, tapi tidak terhitung banyak dan nilainya.
Di samping itu sebagai hamba kita
hendaklah sentiasa bersyukur dan
sentiasa mengingati bahawa Allah boleh mengambil balik segala pengurniaan Nya
itu bila-bila sahaja yang dikehendaki Nya. Mungkin dengan sekelip mata sahaja
semuanya akan lesap tanpa sebarang amaran.
Hara benda kekayaan boleh lesap dalam sekelip mata sahaja dalam
kebakaran, kebanjiran atau tanah runtuh, kekayaan dalam bank boleh hilang
kerana berlakunya penipuan, kejatuhan nilai saham yang tidak terduga, dan
perniagaan boleh lingkup kerana kerugian atau penipuan yang tidak diduga.
Demikian juga rupa paras yang
cantik dan tampan boleh hilang dalam sekelip mata dalam nahas perjalanan di
darat, di laut dan di udara, boleh berlaku di tempat kediaman, di rumahtangga,
di tempat kerja, di tempat rihat dan sebagainya. Semuanya boleh berlaku
mengikut ketentuan Maha Pencipta Nya Allah.
Malah nyawa manusia pun boleh
hilang dalam sekelip mata sahaja mengikut ketentuan Allah SWT.
Justeru itu kita sang hamba
hendaklah sentiasa bersabar dan bersyukur kepada Allah dan berdoa supaya
selamat di dunia dan akhirat.
Kerana ujub
adalah sejenis penyakit hati yang yang ter tercela dalam Islam di mana setiap orang mesti meninggalkannya
dengan serta merta supaya tidak terpengaruh dengannya.
Kehadiran sikap
ujub bertakhta dalam hati sanubari seseorang akan membawa petaka yang buruk
kepadanya, kerana menghidup dan menyuburkan rasa bangga, sombong dan riyak
kerana orang lain .tidak memiliki apa yang
dimiliknya. Hanya dia yang memiliki wajah yang cantik atau tampan sedangkan
orang lain tidak. Hanya dia yang cantik bergaya, bagai bulan purnama di pagar
bintang di puncak angkasa.
Kerana
bimbangkan bencana ujub menimpa umatnya, maka Rasulullah SAW mengingatkan umatnya tentang bahaya ujub itu kepada umatnya di
dunia dan akhirat.
Dalam sebuah
Hadisnya Baginda SAW bersabda:
“Tiga
hal yang membawa kepada jurang
kebinasaan; pertama tamak yang kikir, mengikut
hawa nafsu yang selalu mengajak kepada
keburukan, ketiga ujub iaitu takjub
kepada diri sendiri”.
Tegasnya sikap
ujub itu merugikan seseorang di dunia dan akhirat. Di dunia dia tidak disukai
malah dibenci orang kerana boleh mendorongkannya menjadi somboang dan takabur,
dan di akhirat pula dimurkai Allah dan pahalanya akan terhapus.
Demikian sedikit
titik-titik renungan untuk dijadikan bahan pemikiran bersama, semoga memberi manfaat
dunia akhirat.
Pondok
Rahmat,
28
Febuari 2021/
16 Rejab
1442.
Read more...