>> Saturday, November 28, 2020

 

DUSTA MENGUNDANG NERAKA

 




                                                        Amee Dan Anas

 



MANUSIA makhluk yang  mempunyai sifat isitimewa, iaitu suka bedusta. Ada berbagai-bagai yang menyamai erti perkataan dusta, seperti bohong, menipus, belawak, loyar buruk dan sebagainya

 



Dusta itu jika melampau dikatakan belawak Bangar atau belawak kohong. Kohong atau bangar itu dirojkkan kepada binatang yang telah  mampu atau bangkai yang telah berbau busuk.

 



Sedar atau tidak sedar, kita manusia ini dari sejak lahir lagi telah diajar  dan belajar berdusta atau menipu dalam kehidupan sepanjang masa.

 



Ibu bapa bersusta dengan anak-anak mereka dengan sebab-sebab tertentu.



Anak-anak pula menipu ibu bapa mereka untuk mendapat kepujian atau disayang mereka.



Anak-anak bersama anak-anak bersama anak-anak atau adik beradik mereka pula berbohong  supaya dipandang lebih rajin, lebih pandai dan disayangi.



Kanak-kanak menipu rakan-rakannya untuk menunjukkan dia seorang yang habat dan pandai.

 



Demikianah kebiasaan berdusta itu terus berkembang dalam kehidupan manusia sehari-hari, tanpa disedari atau tidak disedari.

 



Orang-orang dewasa menipu dalam banyak perkara – dalam kehidupan sehari-harian, dalam pekerjaan, dalam berjual beli dan sebaainya.

 



Dalam pelajaran, dalam pendidikan persekolahan, dalam institusi-institusi, kalau boleh mereka akan menipi untuk mencapai keputusan yang tertinggi.

 



Demikianlah amalan-amalan berdusta dalam kehidupan bermasyarakat di mana kita tidak mrasa kita menip.

 



Dan banyak lagi penipuan-penipuan yang dilakukan dalam harta benda kerajaan dan bank-bank untuk menjadi cepat kaya-raya.

 



Pendeknya dusta yang dilakukan manusia merupakan perbuatan yang berbeza dengan apa  yang dikatakannya, dan juga berbeza apa yang tersimpann dalam hatinya.

 



Sedangkan dusta merupakan sifat keji dan tercela dalam Islam.



Allah firman dalam Kita Suci al-Qran, maksudnya:

 



“Agar laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yanng dusta”. Ali Ilran:

 



Dosa dusta yang paling berat ialah dusta menggunakan Nabi SAW, seperti  senghaja mengatakan sesutu yang Nabi SAW tidak buat atau tidak buat tapi mengatakan Nabi SAW buat atau berkata demikian.

 



Ini ditegas oleh Baginda SAW sendiri dalam sabdanya yang bermaksud:

 



“Sesungguhnya berbohong atasku bukanlah seperti berbohong  atas orang lain, barang siapa berbohong  atasku dengan senghaja , maka Allah akan menempatkan tempat tinggalnya dalam neraka”.

 



Sesungguhnya kata-kata atau perbuatan bohong atau dusta itu bukan sahaja boleh merosakkan seseorang, masyarakat malahan boleh merosakkan sesebuah bangsa atau negara yang terpengaruh dengannya



Berhati-hatilah dengan dusta dan tukang dusta yang banyak bertaburan dalam masyarakat har ini dalam semua bidang kehidupan.

 



Pondo Rahmat


28 November 2020/


12 Rabiulakhir 1442

Read more...

KEJAHATAN MEMBALAS DENDAM

>> Tuesday, November 24, 2020

 


 

KEJAHATAN 


MEMBALAS BELA

 



“Dan Sesiapa yenag melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri  [dengan melakukan maksiat], kemudian dia memohon “. An-Nisaa:110.


 


Buat Baik Berpada-pada

Buat Jahat Sekali Jangan

 

 




Tiba-tiba saya teringat kisah ini yang telah saya baca ketka saya belajar di Sekolah Melayu Salor beberapa puluh tahun yang lampau.

 




Kisah ini penuh dengan pengajaran di mana Allah timpakan ke atas seorang hambanya yang zalim dan khianatnya dan sebaliknya melindungi hambanyaa yang ikhlas.

 




Tidak hairan kerana Baginda mempunyai ramai orang-orang yang ikhlas dan alim ulama yang bertugas di istana Baginda.

 




Tapi pada suatu hari Baginda menerima laporan daripada seorang pembesasrnya tetang seorang ulama yang baru dilantik oleh Baginda mempunyai perangai yang buruk. Baginda sangat marah dengan cerita itu dan memeritah supaya diambil tidak segera dan wajar.

 




Baginda segera menulis   sepucuk saurat dan memerintah utama muda itu membawanya kepada seseorang. Beliau melarang siapa pun membuka atau membca surat itu kecuali si penerimanya sahaja.

 




Tapi Baginda merasa terkejut bila pada petangnya ulama muda itu balik menemui Baginda, sedangkan dalam surat itu dia diperintah supaya segera dibunuh. Sedangkan ulama yang membuat laporan itu tidak ada bersama mereka.

 




Baginda meminta penjelasan apa yang telah terjadi. Mengikut cerita ulama muda itu, ketika sampai di pintu istana ulama tua itu meminta surat Baginda  itu diberikan kepadanya, kerana menyangka mengandungi perintah supaya dinaikkan pandkat.

 




Beliau telah menukar surat  yang diberikan kepada Bginda itu kepadanya yang memerintah supaya dia diberikan hadiah istimewa kerana membuat laporan itu.

 




Bila dijalankan pemyiasiatan ternyata tuduhan ulama tua itu semata palsu kerana iri hati dan tamak haloba.

 



Demikanlah kejahatan itu membalas bela tanpa disedari oleh pembuatnya yang rakus dan haloba itu.

 




Kisah ini kalau dierita semula oleh seorang sastrawan tentu dapat dinukilkannya dengan lebih sempurna sebagai sebuah cerpen.

 




Skian, salam sejahtera dari Pondok Rahmat.

 





Pondok Ramat



17 November 2020/



1 Rabiulakhir 1442.


Read more...

BILA PINTU TERBUKA

>> Saturday, November 21, 2020

 

 

 

BILA PINTU TERBUKA




BILA Pintu Terbuka.


Kita manusia ini hidup memerlukan orang lain sepanjang hayat kita dalam berbagai-bagai jurusan.


Baik kita sebagai manusia berse

ndirian, berkeluarga, berkomuniti dan sebagainya.


Manusia memerlukan pasangan hidup sebagai suami atau isteri

untuk hidup bersamanya,


Daripada perkahwinan itu manusia memerlu anak-pinak untuk menyambung pewarisan umansia di muka bumi ini.


Demikianlah seterusnya,


Tegasnya manusia tidak dapat hidup bersendirian tanpa berurusan atau bekerja dengan orang lain.



Untuk menikmati sepinggang nasi, sepirigan gulai kita memerlukan sekumupan tDemikienaga orang lain yang terlibat dalam pelaksanaannya.


Adik dan abang


Demikianlah pertlian antara manusia dan manusia dalam semua perkara,


Lebih-lebih lagi jika mereka berada dalam kesulitan atau kesulitan yang menerpa, yang akan membuat mereka berterimakasih jka mereka dibantu dan ditolong. Kita akan bersyukur. Khususnya jika yang memberi itu saudara mara itu kita sendiri.


Justeru itu mereka yang menghulurkan bantuan dengan ikhlas dan jujur akan mendapat kurniaan rahmat dan pahala kerana kemuliaan hati mereka,


Rasulullah SAW bersabda,


“Hai manusia berilah salam dan hubungkah tali persaudaraan, berilah jamuan makan, solatlah pada malam hari ketika manusia sedang tidur, niscaya kamu masuk syurga dengan sejahtera”.

Sekian untuk renungan.

 


Pondok Rahmat

20 November 2020/                       

4 Rabiulakhir  1442

 

 .

 

Read more...

LAPAR TAU DILAPARKAN

>> Thursday, November 19, 2020

 

 

LAPAR ATAU DILAPARKAN

 









 

LAPAR adalah bila perut anda kosong kerana beberapa sebab, mungkin kerana tidak ada  makanan, tidak mendapat makanan atau tidak boleh makan. Pohonkan dijauhkan Allah semuanya.




Dalam ini ada juga para pesakit yang sedang menerima rawatan diminta berlapr di waktu-waktu tertentu. Kepada pesakit Islam mereka dikatakan mereka diminta  supaya berbpuasa selama beberapa jam.




Biasanya selepas diberi rawatan yang diperlukan anda akan diberikan keizinan semula   untuk makan minum jika kasihatan anda megizinkannya.




Dari perawatan Islam, berpuasa atau berlapar munpunyai kedudukan yang tersendiri.




Namun begitu, orang Islam tidak diberi teket untuk menjadi papa kedana untuk memaksakannya dirinya berlapar.




Umat Islam tidak disuruh menjadi miskin dan pengemis untu merasa lapar.




Umat Islam tidak disuruh melaburkan tanpa tujuan semua hartanya untuk menikmati kelaparan.




Mereka diperitah supya berlapar dengan tujuan yang mulia untuk melatik jiwa mereka memiliki jiwa suci yang bebas daripada sifat tamak dan haloba.




Mereka diperintah untuk menimati kelaparan, akan kelaparan itu berkesan kepada ruhani dan jasmani mereka- membersihkan hati dan jiwa mereka yang kasar dan rakus.




Mereka tidak keberatan untuk meninggalkan kekenyangan untuk menimkati kelaparan.




Namun begitu nikmat kelapatan dibikin itu tidak mampu membersi rasa kelaparan itu sepenuhnya kepada mereka, kerana mereka tahu bila habis tempoh kelaparan pada waktu-waktu tertentu mereka boleh makan yang telah terseka, tapi orang miskin yang tidak makan tidak tahu bila mereka boleh menikmati maknan.




Dengan itu, tidak pelahap atau rakus dengan makanan.

Kita adalah jiran tidak kenyang jika jiran kita lapar,




Sesungguhnya kita adalah umat Rasulullah SAW, “Tidak makan sehingga kita lapar dan bila kita makan tidak kekenyangan”.

 




Sekian.

 

Pondok Rahmat:

19 November 2020/

3 Rabiulakhir 1442

Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP