MENGUKUR CINTA DI HUJUNG SENJA

>> Tuesday, March 17, 2020




MENGUKUR CINTA DI HUJUNG SENJA?


[Bisikan dari ranjang tua]



CINTA adalah fitrah atau perasaan semuajadi yang dianugerahkan Allah kepada makhluknya, khususnya manusia.

 Cinta inilah yang menambat seseorang dengan seseorang, mengikat hati seseorang dengan seseorang,sehingga sukar untuk diceraiberaikan.

Allah jadikan cinta itu aneka jenisnya, tapi kebanyakan kita hanya merasa hanya ada dua cinta sahaja, iaitu cinta antara manusia, khususnya antara antara teruna dan dara, atau lelaki   dan perempuan.

Cinta antara mnusia itu ada aneka ragamnya, antaranya cinta makhluk kepada Penciptanya, Allah dan sebaliknya cinta Allah kepada makhlukNya, cinta ibu kepada anak,dan sebaliknya cinta anak kepada ibu, cinta ayah kepada anak, dan cinta anak kepada ayah,cinta kepada dunia,dan cinta kepada akhirat dan aneka cinta lagi.

Cinta manusia antara manusia biasanya merupakan cinta yang menarik, kerana berdasarkan cinta inilah dunia penuh dengan bunga-bunga kisah yang melimpahruah.

Kebanyakan orang sekarang sebelum berkahwin sebagai suami isteri mereka bermain cinta terlebih dahulu kepada baru menikah, tapi dulu pada masa dulu orang menikah dulu baru bercinta.
Mana satu dulu tidak penting. Kawin dulu baru bercnta, tapi bercintadulu baru berkawin, yang  pentinngya setiap perkahwinan mesti dijalain rasa cinta yang lohor antara  suami dan isteri.
Tanpa cinta perkahwinan tidak dapat bertahan lama, apa lagi untuk terus kekakl ke hujung hayat.
Hari ini pun, di seblaik rasa yang membara antara teruna dan dara sebelum diijabkabulkan ribuan orang didapati anak-anak muda kita berpisah selepas beberapa bulan dinikahkan atas dasar cinta sama cinta.

Kebanyakan alasan yang diutrakan ialah kerana tidak sesuai lagi untuk hidup sebagai suami dan 
isteri. Lebih malang lagi, kalau waktu itu mereka sedang menunggu keturunan yang akan dilahirkan isteri.

Justeru setiap pakhwinan didirikan dengan tujuan untuk hidup berkekalan sebagai suami dan isteri, dari muda sampai ke tua, malah dari tua sampai ke mati, malah kedua-duanya perlu berhati-hati dan berwaspada alam memilih cinta.

Biasanya sepanjang perkahwinan itu, baik pendek atau panjang,berbagai-bagai peristiwa kecil atau besar, mungkin berlaku yang bleh digunakan untuk meniali cinta pasasngan anda terhadap anda,dan juga menilai cinta anda terhadap pasangan anda.

Jangan cepat bertindak,berlakulah hati-hati, dan anda mesti mempunyai bukti yang nyata, barulah tindakan yang wajar diambil, supaya anda tidak menganinnyakan diri anda sendiri dan juga pasangan anda dan juga orang-orang lain yang tidak berdosa.

Bersabarlah selagi ada ruang yang membenarkan.Kemudian barulah bertindak dengan sebaik-baiknya.

Perkahwinn itu didirikan untuk masa yang panjang.Pandang kiri dan pandang kanan. Anda melihat berbagai-bagai peristiwa sebagai tauladan.

Ada isteri yang ditinggalkan suami kerana dia melahirkan anak, atau menanggung keuzuran yang masih belum parah dan ada pula sumai yang ditinggalkan isteri  walaupun penyakitnya belum parah dan maih menerima rawatan.Demikian sebagai conto.

Walau bagaimanapun, jangan lupa adanya manusia lelaki dan perempuan yang cekap menanam tebu di bibir mulut, cakapnya manis leting.

Jangan sesudah semuanya kehabisan, usaha dan daya telah kkeringan, anda akanditinggalkan sepi sendirian menjadi beban diri dan keluarga.

Berusahalah menilai cinta ada dari sejak awal lagi, jangan terlalu lewat, setelah semuanya ketandusan anda bastu anda hendaklah menilainya. Masih ada masa untuk perbaikan sepanjang jalan kehidupan. 

Rebutlah peluang itu supaya menjadi orang yang berbahagia.
Perbaikilah cinta anda di sepanjang perjalan itu. Perbetulkan selagi boleh diperbetulkan. Dan berdoalah kepada Allah untuk keamanan dan keejahteraan hidup anda dan keluarga dari dunia hingga akhirat.

Tegasnya jangan mengukur cinta anda suami isteri di hujung senja. Jangan anda menyesal nanti.

Pondok Rahmat
17 Mac 2020
22 Rejab 1441.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP