MALU SONGSANG

>> Monday, March 30, 2020





MALU SONGSANG ?


MALU adalah satu perasaan yang mulia dan amat berharga. Tanpa perasaan “malu” ini sukar seseorang untuk menjadi manusia dalam erti kata  yang sebenarnya.

Pernahkah anda merasa malu kerana melakukan sesuatu yang salah atau tidak sopan, meyalahadab kebiasaan yang menyebabkan anda merasa hina, aib rendah diri dan sebagainya.

Perasaan malu inilah boleh mencegah seseorang daripada melaku atau mengulangi melakukan perkara-perkara yang tidak baik, tidak sopan, tidak wajar atau bercanggah dengan kebenaran, malah mungkin perkara yang bercanggah dengan agama.

Justeru  malu mempunyai pengaruh yang besar terhadap buruk dan baik peribadi seseorang.

Menginggatkan rasa malu ini boleh membuat kita berfiikir beberapa kali sebelum melakukan sesuatu yang tidak wajar di khalayak ramai khususnya.

Bagaimana kalau diketahui orang? Kita akan  menghalakan pertanyaan kepada diri kita sendiri.

Walaupun nilai malu dalam mencegah kejahatan ini tidak setinggi kerana Allah, tapi setidak-tidaknya ia dapat mencegah kita daripada terus melakukan sesuatu yang tidak patut atau tidak wajar.

Cubalah perhatikan contoh-contoh berikut,

-Anda merasa malu bila mengetahui ada orang tahui anda megumpat mereka.
-Anda merasa malu bila mengetahui ada orang tahu anda memfitnah mereka.
-Anda merasa malu bila mengetahui ada orang tahu  anda sedang mencuri
-Anda merasa malu bilamengetahui ada orang tahu anda sedang berbohong.
-Anda merasa malu bila mengetahui ada orang tahu anda sedang mengintip atau mengendap mereka.
Dan ada aneka perbuatan yang tidak wajar yang kita lakukan yang menyebabkan kita merasa malu bila diketahui orang.

Sifat malu seperti ini memang sifat yang terpuji, kerana malu memang kena pada tempat dan wwaktunya.

Jika anda tidak merasa apa-apa atau tidak merasa malu dalam keadaan seperti itu menunjukkan perasaan anda sakit atau jiwa anda sedang merana yang memerlukan rawatan.

Orang tanpa malu seperti ini boleh melakukan apa sahaja yang disukainya, tanpa mengira pendapat dan perasaan orang lain.
Orang yang tidak bermalu ini dikatakan manusia bermuka tebal, boleh melakukan apa sahaja yang disukainya, tanpa kekok-kekok atau silu-malu,atausegan-sean walaupun prbuatannya itu boleh menjatuhkan maruah dan peribadinya.

Malu Yang Tidak Wajar
Di samping malu yang hak atau wajar itu adalah pula malu yang tidak wajar atau songsang. Malu songsang ini amatlah merugikan kerana banyak  kebaikan tidak terlaksana akibat malu.

-Ada orang merasa malu untuk memabca al-Quran kerana takut dikatakan orang sudah berjurus atau telah menjadai baik.
-Ada orang malu hendak pergi mendengar tok guru mengajar di masjid takut dikatakan wara’.

-Ada orang merasa malu hendak pergi solat jemaah kerana dikatakan orang ‘alim.

-Ada orang merasa malu untuk memberi sumbangan tenaga atau kerja kerana takut dikatakan kan orang tidak ikhlas.

Dan banyak lagi perkara-perkara yang tidak patut atau wajar sama sekali dimalukan tapi jadi bahan kemaluan yang amat merugikan, bukan sahaja orang yang berkenaan, tapi orang lain yang mungkin akan memperolehi manfaat darinya.

Tidak Malu Yang Tidak Wajar
Sebaliknya ada  mereka tidak merasa malu, atau tidak merasa apa-apa walaupun melakukan perbuatan-perbuatan terkutuk  dan telah terbongkar dan diketahui oleh orang ramai.

Dia mencuri tempat awam, pasar raya umpamanya, dan di sirtu juga dia dapat ditangkap kerana pencurian itu, tapi dia tidak merasa apa-apa, tdak merasa malu sedikitpun, tidak merasa berdosa, malah sebaliknya merasas bangga kerana hampir berjaya mencuri di pasar yang ramai orang itu dan ada pula pengawal keselamatan itu.

Ataupun seseorang telah berjaya menipu sesebuah institusi kewangan yang besar, seperti bank dan berjaya melesapkan wang jutaan ringgit, tapi telah diberkas dan didakwa namun tetap merasa bangga kerana berjaya melakukan penipuan yang besar itu.

Islam Dan Malu
Islam memandang tinggi orang yang mempunyai perasaan malu, dan menganggapnya malu itu sebahagian daripadaciri-ciri keimanan yang penting itu. Justeru tiada malu bererti tiada iman.

Inilah maksud daripada sabda Rasulullah saw:
“Sesungguhnya semua agama itu mempunyai akhlak, dan akhlak Islam itu perangai malu”.
Jagalah baik-baik perasaan malu anda. Biar ia sentiasa berada bersama anda di mana sahaja ada berada, siang atau malam. Sesiapa yang kehilangan perasaan malu ini bererti dia mungkin berada di ambang bahaya kemusanahan dirinya sendiri, iaitu sebagai tanda yang nyata dari Allah SWT.

Rasulullah saw bersabda,
“Sesungguhnya Allah jika hendak membinasakan seseorang, maka Dia mencabut rasa malu pada diri orang itu. Apabila rasa malu diri dicabut, kami tidak menjumpainya kecuali dibenci. Kemudian apabila tidak ditemuinya, kecuali dibenci, maka dicabutlah daripadanya amanah kepercayaan. Apabila sudah dicabut sifat amanah kerpercayaan daripadanya, maka tidak akan didapatinya, kecuali sebagai pengkhianat dan dikhianati. Kalau sudah jadi pengkhianat dan dikhianati, maka dicabutlah daripadanya rahmah. Kalau sudah dicabut rahmah daripadanya, tidak akan kamu dapati,  terkutuk dan mengutuk. Apabila terkutuk yang mengutuk sudah dicabut daripadanya, maka akhirnya dicabutlah ikatan ke Islamannya”. 

Juteru itu berjaga-jagalah dengan persaan malu anda supaya sentiasa tetap bersama anda sepanjang masa.

Rasuluulah saw sendiri seorang pemalu, walaupun seorang Rasul yang menyampaikan perintah Ilahi dengan patuh dan penuh taat setia, Baginda saw tetap seorang pemalu, malah sifat malu Baginda itu itu lebih daripada malu yang dimiliki oleh seorang gadis pingitan.
Abi Said Ai-Khudri berkata, 

“Adalah Rasulullah saw lebih pemalu dari gadis pingitan. Dan bila terjadi sesuatu yang tidak disukainya, kami dapat mengetahui dari wajahnya”.




Pondok Rahmat
29 Mac 2020

Read more...

SAYANGKAN IBU DAN AYAH

>> Thursday, March 26, 2020









ANDA SAYANGKAN IBU DAN AYAH ANDA??


IBU BAPA adalah merupakan bahagian yang penting dalam kehidupan kita. Adanya mereka tidak ada, maka tidak adalah kita.

Selain itu mereka juga memegang peranan yang penting dalam kehidupan seseorang, dengan membei mereka makan dan minum, menjaga kesihatan dan kebajikan merka dan memberi pelajaan dan sebagainya kepada mereka.

Anak-anak manusia bukan seperti kebanyakan anak-anak haiwan yang secara fitrah lagi boleh hidup sendiri dan membesar walaupun tidak mendapat perhatian daripada ibubapanya. Tapi anak-anak manusia kalau tidak dijaga secukupnya mungkin akan musnah begitu sahaja dari sejak awal kelahirannya lagi.

Sejak selepas Perang Dunia Kedua, hampir seabad yang lalu, keadaan di kampung desa di seluruh tanahair telah jauh berubah. Ia merupakan sebahagian besarnya melibatkan perubahan sosial, perekonomian penduduk-penduduk negeri dan tempatan yang bertambah dengan pesat bilangannya.

Kerja-kerja bersumberkan pertanian sudah tidak ada lagi dan atau hampir tidak ada lagi, mungkin ada tapi tidak mampu lagt menanggung pekerjaan para pemuda, yang mungkin pula tidak bersedia melibatkan diri perusahaan tersebut, menangkap ikan umpamanya yang masih tidak begitu maju .

Dengan perubahan-peruahan di bidang sosial itu, maka turut berubah berbagai-bagai bidang kemsyarakatan, seperti bidang ekonomi, dan budaya, kekeluargaan malah semuanya  akan mengalami perubahan yang pesat.

Perubahan dalam bidang kekeluargaan, akan mengalami baik dan buruk, dari negatif dan positifnya. Antaranya hubungan antara keluarga tidak akan berjalan dengan licin seperti di masa-masa sebelumnya.

Hubungan kekeluargaan, saudara mara, adik beradik, ipar biras akan terusik kerana mereka tinggal dalam jarak yang jauh, dan masing-masing sibuk dengan urusan seharian masing-masing.

Malah hubungan anak-anak dengan ibu bapa juga akan tergugat, kalau dulu setiap hari tinggal bersasma, tapi hari ini, jarak tempat telah memsahkan mereka

Seminggu sekali tak sempat nak balik kampung, malah sebulan sekalipun masih belum pasti, kerana berbagai-bagai halangan termasuk halangan pebelanjaan yang akan dihabiskan oleh trip perjalanan balik kampung.

Mahu tidak mahu mereka hanya mempunyai pilihan pada cuti hari raya sahaja, itupun terpkasa dikongsi dengan suami isteri, sekali hari raya ke rumah isteri dan sekali lagi ke rumah suami pula. Begitulah bergilir-gilir.

Tahun demi tahun masa berlalu, dari remaja kepada dewasa, dan dari muda kepada tua perubahan-perubahan akan terus berlangsung. Pertalian kekeluargaan mungkin bertambah kendur, mungkin juga pertalian antara anak-anak dan kedua ibu bapaturut merosot.

Akhir-akhirnya hubungan anak-anak mungkin kian renggang dengan ibu bapa. Malah kadang-kadang anak-anak boleh terlupa langsung kepada ibubapa mereka yang masih hidup berada di kampung laman.

Kalau balik kampung, jalannya di atas udara, dan mereka tinggal di hotel, tidak balik juga menjenguk rumah tua, tapi menjemput orang tua datang tinggal bersama di hotel, katanya sebagai penghormatan kepada oang tua.

Rumah orang tua dibiarkan menjadi kerangka buruk yang menunggu masa untuk roboh ke bumi, walaupun masih didiami oleh orang tuanya.

Anak-anak yang maju dalam hidup seperti ini, mungkin menghulurkan sumbanagan atau derma yang besar kepada mereka di luar sana, yang memerluknnya, baguslah, sehingga sumbangan itu sampai ke luar negara. Namun begitu, tidak pula kepada kedua ibubapa yang telah tuaxi kmpung, atau sanak saudara di kampung yang telah tenggelam dari ingatan.

Keadaan akan menjadi bertambah buruk, kalau selama ini ikatan kekeluargaan dengan ibubapa sudah tidak begitu lancar dari sejak bermula lagi.

Akhirnya hubungan itu kian lus atau longgar dikikis masa yang berlalu.

Inilah dia realiti hari ini.

SEKADAR MENUNGAN

Saya ada beberapa buah kisah yang berkaitan dengan anak-anak, ibu dan ayah untuk dikongsikan bersama. Hanya tiga buah kisah benar sahaja yang saya kongsi di sini.

Meninggalkan Ibu

Kisah ini berlaku kira-kira hampir setengah abad yang lalu. Kisah ini diceritakan sendiri oleh seorang wanita tua yang menjual pulut bakar di Jalan Tok Hakim pada waktu malam.

Di kaki lima dan di tepi jalan yang pendek itu penuh dengan orang berjualan pada waktu malam. Kebanyakannya menjual makanan, termasuk aneka nasi bungkus dan aneka kueh-mueh, terutama kueh-kueh tradisional Kelantan.

Setiap malam, ada seorang wanita penjual pulut bakar yang telah tua. Kebetulan pulut bakarnya sedap dan saya gemarkan pulut bakar, maka setiap kali ke situ kami akan mencari penjual pulut tersebut.

Sambil menunggu pulut yang dibakar masak kami sering berbual-bual tentangn kehidupannya. Dia tinggal tidak jauh dari situ, iaitu di Lorong G. Mati. Ada sebuah kisah dirinya yang suka benar diceritakannya.

Katanya, dia mempunyai seorang anak lelaki yang berkerja sebagai seorang guru sekolah.

Beberapa bulan yang lepas anak lelakinya yang satu-satunya itu memberitahu dia hendak berkahwin dan memberitahu juga gadis pilihannya itu anak seorang jiran yang tidak berapa jauh dari rumah mereka.

Katanya dia membantah rancangan anaknya itu, kerana mengenali hati budi keluarga gadis tersebu, tapi anak lelakinya tidak mendengarnya, dan orang-orang tua gadis itupun hampir setiap hari pergi ke rumah merayu supaya saya membenarkan perkahwinan itu, dan menjamin dia akan membenrkan anaknya pulang ke ruamhnya malah juga tinggal bersamanya.

Katanya mahu tidak mahu diapun memberi persetujuan, dan sejak, selepas menyambut menantu, sampai ke malam itui, anak lelaki dan menantunya itu tidak pernah menjejak kaki ke rumahnya.

Saya tidak tahu nasib wanita itu seterusnya, kerana selepas itu kami berpinah tinggal di Gua Musang selama beberapa tahun.

Baru Tahu

Peristiwa ini berlaku pada salah seorang jiran saya. Gadis jiran saya itu akan dijabkabulkan pada suatu malam. Pagi itu beliau pergi ke rumah saya menyatakan kesyukurannya kerana akan berkahwin dengan pemuda yang menjadi pilihannya, dan berharap kami berdoa untuk kebahagiiiannya suami isteri.

Tapi malam itu acara tidak berjalan begitu lancar, kerana sesuatu yang tidak diduga telah berlaku. Majlis akaad nikah itu telah terganggu, kerana ayah gadis itu memberitahu dia bukannya ayah gadis yang sebenarnya, gadis hanya anak tumpang. Katanya dia mendapat gadis tersebut semasa berada di Singapura.

Dia telah dibesarkan sejak bayi lagi bersasma-sasma anak-anaknya yang lain, lelaki dan perempuan,Tidak siapa yang mengetahui rahsia itu kecuali beliau dan isterinya, walaupun desas-desus kadang-kadang timbul syak wasangka jiran-jiran yang melihat kelainan wajahnya itu dengan adik beradik yang lain. 

Pada malam, sebaik-baik sahaja  mengetahui hal itu, dia pun menangis dan meraung sekuat hatinya kerana merasa amat kecewa kerana dia tidak diberitahu lebih awal.

Tapi setelah dipujuk dan diberikan penjelasn dia dapat bertenang, dan dapat menerima kebenaran, serta pemuda itu masih teap bersedia untuk menjadi suminya walaupun dia anak angkat.

Bagaiama kiranya anda yang terlibat dalam perkara ini?
                                         
Anak Angkat

Beliau salah seorang sahbat baik saya. Seorang pemuda yng stabil dan baik perangai dan tingkah lakunya.

Tapi suatu perkara yang tidak diduga sama sekali telah berlaku. Beliau baru mengetahui bahawa beliau adalah anak angkat kepada orang yang dianggapnya sebagai ayah selama ini.

Perkara ini terdedah dengan tidak sengaja. Seghaja nak jadi cerita. Dia memang baik dengan seorang lelaki yang suka benar menolongnya menjalankan kerja-kerja kebajikan tanpa mengetahui perkara sebenarnya.Bahawa lelaki itu adalah ayahnya yang sebenar.

Bila dia mengetahui hal itu, dia amat marah sekali, dan amat marahkan lelaki itu yang memberikan diri nya kepada orang untuk dipelihara. Dia merasa amat kecewa.

 Natijahnya dia tidak mengaku lelaki itu sebagai ayahnya walaupun dipujuk oleh ayah angkatnya. Katanya dia tidak mempunyai ayah yang lain, selain dari ayah angkatnya yang dianggap ayahnya yang sebenar tu.

Sejak itu dia selalu menjauhkan dirinya dari lelaki yang ayahnya yang sebenar itu. Sudah bertahun-tahun tidak ditemuinya. Di munghkin masih hidup, dan mungkin telah mati. Apa pedulinya.

“Mempunyai ayah yang memalukan, anak seorang pun tak mampu nak pelihara?”.  Beliau sering mengomel sendirian sekali-sekala.

Kata Allah
Dalam al Qran terdapat banyak ayat yang Allah perintahkan manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapa. Saya kutip di sini sekadar beberapa ayat sahaja:

-          Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah SWT. Janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin,jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat, orang musafir yang terlantr dan hambaa yang kamu miliki”. –An-Nisa:36.

-          Dan Tuhanmu telah perinahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari kedua-duanya, atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur  tua dalam jagaan dan pemeliharannmu, maka janganlah engkau berkata mereka “ha”. Janganlah engkau menengking atau menyergah mereka. Katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia [yang bersopan santun].-al-Israa’:23.

-     Janganlah kamu menyembah melainkan Allah SWT, dan berbuat baiklah kepada kepada kedua-dua ibu bapa,kaum kerabawt, anak-anak yatim dan orang-orang miskin. Katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik dan dirikan solat serta berilah zakat”.al-Baqarah:83.


Sekian.

Pondok Rahmat
25 Mac, 2020






Read more...

MAKJIZAT AL QURAN

>> Monday, March 23, 2020











MAKJIZAT AL QURAN


SEBELUM kita melangkah lebih jauh menjangkau tajuk di atas, adalah  lebih baik kita bicarakan sedikit tentang perkataan makjizat, supaya kita tidak tersesat dan meraba-raba dalam terang.

Makjizat itu  suatu perkataan khusus  menggambarkan sesuatu yang luar biasa yang dikurniakan oleh Allah kepada hamba-hamba Nya yang istimewa, iaitu para Rasuln  Nya untuk membenarkan keRasulnya.

Makjizat hanya  hak  mutlak para Rasul semata,tidak ada makhluk selain dari Rasul yang mendapat makjizat dari Allah SWT. Tidak ada mana-mana makhluk lain yang dikurniakan makjiza, baik jin atau manusia yang bukan Rasul.  Andainya  ada makhluk lain didapati dapat melakukan keajaiban yang sama setara dengann makjizat, baik secara perseorangan  atau berkumpulan ,maka ianya bukan lagi makjizat.

Justeru  apa yang dikatakan makjizat itu ialah sesuatu yang berkekalan. Atau abadi yang tidak akan disentuh oleh sebarang perubahan  buat  selama-lamanya.  Kerana kiranya ada orang  lain lagi dapat melakukan makjizat yang  sama, maka ia tidak lagi makjizat dan merupakan perkara yang luar biasa sahaa.

Muhammad SAW adalah seoerang Nabi dan Rasul  Allah yang dipikulkan dengan tugas  khas untuk menyampaikan agama atau Syariat Islam  kepada seluruh makhluk dan alam buana ini.  Seperti Rasul-rassul lain juga, beliau  dikurniakan dengan makjizat-makjizat yang khusus untuk membuktikan ke Rasulannnya.

Antara makjizat Rasululllah yang  agung ialah Kitab Suci al Quran,  yang mengandungi hukum yang lengkap,dan panduan hidup yang sempurna untuk seluruh manusia, Malah ia sebenarnya sebuah makjizat yang lengkap dan sempurna yang tidak dapat ditandingi oleh apa-apa atau mana-mana kitab sekalipun, baik baru atau lama dan akan tetap menjadi bukti ke Rasulan Muhammad SAW.

Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Allah SWT dalam firman Nya yang menegaskan bahawa hanya satu agama sahaja yang diredhai oleh Allah dan satu-satunya itu ialah Agama Islam. Mana-mana agama atau kepercayaan selain dari Islam tidak diterima oleh Allah, di dunia dan akhirat.

 Justeru itu agama Islam adalah sudah pasti agama yang utuh yang mampu menghadapi segala macam cabaran dan ancaman dan sebuah agama universal yang tak lapuk dek hujan dan lekang dek panas. Ia tetap,utuh di sepanjang zaman dan tidak berubah-ubah.

Justeru, al Quran sebagai salah satu asas kukuh kepada Islam sudah tentu dilengkapkan oleh Allah segala nilai dan kandungannya untuk mempertahankan Islam itu tetap berada dimercu kejayaan dan keagungannya yang tidak mampu dicabar oleh sesiapapun sepanjang masa dan zaman.

Al Quran adalah makjizat agung yang kekal dan abadi, tidak ada sesiapa pun dapat mengubahnya , walaupun sebuah huruf al-Quran, atau menambahnya sebutir huruf .
Al Quran adalah mengandungi Syariat Islam, di mana segala hukum hakam Islam itu bersumber dari al-Quran, justeru itu al-Quran berhak  mendapat tempat yang teragung dalam Islam.

Al Quran adalah inti sari Islam, kandungannya mencakupi semua bidang tentang ke Islaman, dan menjadi sumber segala ilmu dalam Islam dan menjadi dasar dan pegangan hidup umat Islam di antero dunia.

Tidak ada siapapun dapat menjelaskan dengan tepat dan benar keadaan alam raya ini, kecauli kitab Suci al Quran yang merupakan katga-kata Allah yang diturunkan menerusi Nabi Muhammad SAW kepada maya pada ini. Mereka yang cuba menjelaskan rahsia-rahsia alam buana itu tanpa merurukkan kepada al Quran tidak akan berjaya, dan akan sesat buat selama-lamanya.

“Sehingga kini banyak telah ditulis mengenai semua jenis ilmu dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya, dan hari ini jutaan buku telah dicetak dan diterbitkan, yang akan mengambil masa  lebih dari seluruh umur seseorang manusia untuk membaca semuanya itu. Tapi al Quran sebuah buku yang tersendiri, di mana walaupun seseorang  mampu mempelajari semua buku  yang ada di seluruh dunia ini, tapi al Quran masih tetap mereka perlukan sebagai panduan utama.

Demikian kata seorang ilmuan Islam,  Maulana Wahiduddin Khan, dan menyambung .“Tanpa al Quran , seseorang manusia itu seperti sebuah kapal hanyut  di lautan yang luas tanpa kompas atau pedoman. Persis sebagaimana kapalaut itu sesat tanpa kompas, maka demikianlah manusia memerlukan panduan Ilahi untuk menggerakkannya dalam kabut kewujudan manusia. Hanya orang yang dapat berkongsi cahaya iIlahi mampu melayari  membelah lautan kehdupan.

Mereka yang dinafikan atau menafikan  dirinya dari cahaya Ilahi , akan sesat dalam lautan kehidupan dan akan karam  diatasbatu karang yang tesorok tanpa mampu menyelesaikan masaslah yang dihadapnnya dengan memuaskan”.

Malah al-Quran itu dapat menyelesaikan semua perkara di dunia ini,  baik kecil ataupun besar, yang meliputi alam maya. Pada masa-masa yang lalu al-Quran telah berjaya menyelesaikan banyak rahsia alam yang sejak sekian lama, menjadi rahsia dan teka-teki yang tidak berjawab. Cuma malangnya, biasanya persoalan-persolan itu terjawab melalui  tokoh-tokoh yang bukan Islam yang rajin berusaha mencari jawapannya. Justeru bila tiba masanya nanti, iaitu semua perkara yang menjadi rahsia sejagat akan terbongkar nanti menerusi al Quran”.

Allah sendiri menegaskan al Quran itu mempunyai kekuataan yang amat luar biasa. Allah berfirman bahawa andainyal al Quran itu diletak di atas gunung, maka gunung-ganang itu akan tunduk dan terbelah kerana takutkan Allah kandugan al Quran itu.



Walau bagaimanapun al Quran itu perlu dibaca, difahami, dikaji, diteliti dan hayati sepenuhnya oleh seluruh umat Islam. Dengan itu barulah al Quran meresap di hati dan bergerak menghidupkan umat Islam dalam keberkatan dunia dan akhirat.

Pondok Rahmat.
22 Mac 2020





Read more...

JAUHI 7 DOSA BESAR

>> Saturday, March 21, 2020





JAUHI 7 DOSA BESAR

SETIAP  masa di sekeliling kelalang kita ini ada berbagai-bagai dosa jika kita melakukannya, baik secara sengaja atau tidak sengaja

Justeru itu orang-orang beriman dan bertakwa amat berhati-hati supaya tidak melakukan dosa yang akan menerima ganjaran hukuman dari Allah SWT nanti.

Namun begitu, kadang-kadang kita tidak sedar atau terlepas melakukan dosa-dosa yang tidak wajar kita lakukan.

Justeru itu setiap kali menyedari kita telah melakukan sesuatu dosa, maka segera bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah supaya dosa kita diampun Oleh Nya.

Tujuh dosa besar yang dikatakan oleh Rasulullah saw itu sebagaimana berikut:

Di antara begitu banyak dosa-dosa itu ada tujuh dosa besar yang sering dilakukan  oleh manusia  dalam kehidupan  seharian mereka.
 
1. Bersama-sama bersekongkol dengan orang lain menyembah selain dari Allah.

2. Melakukan Sihir
Perbuatan sihir ini telah lama wujud untuk memusnahkan orang lain kerana hasad dan dengki, dengan menggunakan bantuan jin, iblis dan syaitan. Hari ini pun, manusia bertambah maju dan tinggi ilmu pengetahuannya, tapi ilmu sihir masih juga digunakan dengan meluas di kalangan masyarakat manusia. Sedangkan bermain dengan sihir adalah salah satu daripda dosa besar,

3. Membunuh seseorang yang diharamkan oleh Allah, kecuali  dilakukan dengan adil menurut hukum Islam.

Hari ini pembunuhan secara yang tidak wajar masih berlaku di sana ini, termasuk di negara kita dengan penemuan aneka mayat manusia di merata tempat akibat daripada pembunuhan.

4. Makan riba
Kegiatan makan riba ini dipercayai masih terus berjalan, mungkin secara terang-terang atau secara sembunyi-sembunyi, menerusi intitusi halal atau haram, seperti  kumpulan-kumpulan pemberi hutang yang bergerak cergas di tanah air.

5. Makan harta anak-anak yatim
Kegiatan ini masih juga berlangsung, baik di kampung atau di desa, baik secara sedar atau tidak disedari bila ada anak-anak yang kematian ibu bapa mereka. Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus hartas mereka, samada secara sengaja tau tidak sengaja akan mengsonglap harta anak-anak yatim itu.

6. Meninggalkan musuh atau lari dari musuh ketika peperangan sedang berkecamuk. Ini pun salah satu perbuatan yang besar dosanya oleh Islam, yang ditegaskan sendiri oleh Baginda SAW.

7. Menuduh wanita-wanita yang suci dan beriman sebagai penzina.
Tuduhan-tuduhan seperti ini kadang-kadang masih dapat kita dengan di sana sini walaupun tanpa pembuktian yang mencukupi dari segi hukum Islamnya.
Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah  rah yang menceritahkan ketika Rasulullah saw bersabda kepada para sahabatnya, “Jauhilah tujuh dosa yang membinasakan”.

Hadis Sahih Bukhari.

Maka para sahabatpun bertanya, “Apakah dosa itu wahai Rasulullah?”.

Baginda menjawab dengan menyebutnya satu persatu apa yang dikatakan di atas tadi.

Justeru itu sentiasalah berhati-hati agarkita semua tidak terlibat dalam dosa-dosa yang disebut oleh Rasulullah saw itu.

Sekian, sekadar renungan bersama.

Pondok Rahmat
18 Mac 2020.

Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP