KLINIK AL-FATIHAH
>> Tuesday, December 8, 2015
[Oleh:Unknown]
PENGENALAN:
SURAH ini diturunkan di Makkah. Teridri daripada tujuh ayat. Merupakan surah pertama diturunkan dengan lengkap kepada Rasulullah SAW. Termasuk dalam Surah Makiyyah.
Diberi nama
al-Fatihah kerana surah inilah dibuka dan dimulainya dengan al-Quran.
Dinamakan juga
Ummul Quran kerana ia merupakan induk bagi semua isi al-Quran serta menjadi
intisari dari kandungn al-Quran dan al-Fatihah juga diwajibkan membacanya dalam
solat fardhu.
Dinamakan juga “As-Sab’ul
Matsany” [tujuh yang berulang-ulang, kerana ayatnya tujuh dan dibaca
berulang-ulang dalam solat.
Mengandungi
beberapa perkara penting yang mencerminkan seluruh isi al-Quran iaitu perkara
keimanan, hukum-hakam, kisah-kisah orang terdahulu dan lain-lain lagi.
Surah ini juga
melengkapkan unsur-unsur pokok syariat Islam, kemudian dijelaskan perinciannya
di dalam 113 surah berikutnya.
Di bahagian
akhir surah ini disebutkan permohonan seorang hamba supaya diberi petunjuk oleh
Tuhan ke jalan yang lurus, iaitu Shiratul Mustaqim [jalan yang lurus dan
diredhai].
Al-Fatihah
adalah salah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah
solat.
Oleh itu,
perbaikilah bacaannya dengan ilmu. Malah kadang-kadang bukan setakat bacaan
sahaja yang rosak, lebih memburukkan lagi apabila kita menyebut nama-nama
syaitan laknatullah wujud dalam surah al-Fatihah sekiranya kita tidak
berhati-hati.
Nama-nama syaitan
~DU LILAH [bila
dibaca tiada sabdu] sepatutnya DU LILLAH.
~HIR ROB [bila
dibaca dengan sabdu] sepatutnya HIROB
~KIYYAU [bila
dibaca dengan sabdu] sepatutnya KIYAU.
~KANNAK [bila
dibaca dengan sabdu] sepatutnya KANAK.
~KANNAS [bila dibaca dengan sabdu] sepatutnya KA NAS.
~IYA [bila
dibaca tiada sabdu] sepatut IYYA.
“IYA” bermaksud “ matahari. Dalam ayat ke-5, jika salah bacaannya akan bermaksud, “kepada mataharilah kami sembah dan kepada matahAri kami meminta pertolongan!!!”.
SIROTHOLLAZI.......sehingga
habis dibaca seperti biasa.
AMINI.....hendklah
meng”amin”kan al-Fatihah dengan betul iaitu......AA [2 harakah]. MIN..... [3
harakah]. Semoga amin kita bersamaan dengan amin para malaikat.
SYARAT-SYARAT
SAH AL-FATIHAH
~Membaca semua ketujuh-tujuh ayat al-Fatihah kecuali makmun masbuk.
~Membaca dalam keadaan qiam atau berdiri bagi solat fardhu.
~Memilhara
makhraj huruf.
~Tidak boleh
membaca dengan saktah [berhenti sekejap tanpa mengambil nafas baru untuk
menyambung bacaan seterusnya].
~Membaca 14
tasydid dalam al-Fatihah
~Jangan
diselangi dengan zikir.
~Hendaklah
muwasolat iaitu berturut-turut,
~Membaca dengan
sempurna.
~Wajib
didengari diri sendiri.
~Jangan membaca
songsang.
Menurut Imam
Al-Qurtubi, 7 huruf yang tidak terdapat dalam surah ini adalah di antara
huruf-huruf awal bagi nama-nama NERAKA:
`Risalah ini saya temui dalam fail simpanan saya.
`Mungkin ianya
salah sebuah kertaskerja.
`Oleh sebab
tanpa nama penulis, dan tanpa apa-apa catatan, maka tidaklah dapat saya menyebutnya.
Harap maaf.
`Harap pembaca
mendapat manfaat. Semoga Allah kurniakan ganjaran kepadanya.
Kampung Kubang
Siput,
0 comments:
Post a Comment