JELITAWAN DEDAHKAN CARA MENDEBARKAN HAI LELAKI

>> Friday, December 18, 2015




AKTRES JELITA, SARAH BERNHARDT TUNJUKKAN CARA MEBDEBARKAN HATI LELAKI


Sarah Bernhardt adalah seorang jelitawan, dan juga seorang bintangwati filem yang termashyur.


Malah beliau dianggap salah seorang aktres termashyur yang pernah dikenali oleh dunia dari sejak dulu hingga sekarang.


Beliau juga dianggap aktres yang paling “finest” di sepanjang masa.


Justeru beliau mempunyai sakan peminat di seluruh dunia, terutama di zaman beliau.


Beliau warga Perancis dilahirkan pada 22 Oktober 1844, di kota raya Paris, dan meninggal dunia pada 22 Oktober 1923.

Pasangan hidupnya Jacques Damala [1882-1889].

Ada beberapa anekdot yang menarik mengenai beliau untuk dikenangi. Antaranya:


Pada zaman tuanya beliau tinggal di sebuah rumah di sebuah kawasan yang tinggi di kota metropolitan  Paris.


Pada suatu hari beliau dikunjungi oleh seorang peminat setianya, seorang lelaki yang telah berumur.


Lelaki itu mengetuk pintu rumahnya. Bila Sarah Bernhardt membuka pintu, beliau melihat seorang lelaki tua berdiri di ambang pintu dengan keadaan tercongak-congak kelelahan.


Lelaki tua itu menahan lelahnya dan tiba-tiba berkata kepada aktres jelita itu, “Puan, kenapakah puan tinggal di tempat yang begini tinggi?”.


Seniwati itu dengan tenang menjawab, “Wahai sahabatku yang baik, saya tinggal di tempat yang tinggi ini, kerana inilah caranya yang dapat saya lakukan untuk mendebarkan hati lelaki bila bertemu dengan saya yang telah tua ini”.


Pada suatu masa beliau bertemu dengan seniman Oscar Wilde, maka berlakulah dialog seperti berikut antara keduanya:

Oscar Wilde: “Bolehkah saya merokok?”.


Sarah Bernhardt: “Saya tidak kisah jika anda membakar anda sekalipun”.


Stangkai madah beliau yang masih diingati ialah:


“Kata-kata anda adalah makananku
Nafas anda adalah arakku
Anda adalah segala-galanya kepadaku”.


Sekian sekadar renungan bersama.



Lorong Masjid al-Qasimi,
Kampung Kubang Siput
Pasir Tumboh, Kota Bharu Kelantan, Darulnaim.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP