RAHSIA SETITIS MANI YANG TERPANCAR
>> Sunday, December 27, 2015
“Sesungguhnya Kami jadikan manusia dari pati tanah, kemudian Kami jadikannya air benih dalam rahim yang teguh, kemudian Kami jadi air benih itu seketul darah , lalu Kami jadikan seketul darah itu segumpal daging, dan Kami jadikan pula segumpal daging itu tulang-temalang, lalu Kami balutkan tulang-temalang itu dengan daging , kemudian akhirnya Kami jadikannya satu makhluk yang baru, Maha Tinggil Tuhan sebaik-baik Pencipta”.Al-Mu’Minum [23]- 12-14,
Ulat benih lelaki
MANI atau air mani ialah sejenis sel lelaki yang terbentuk dalam buah
kemaluan lelaki dan mampu untuk menyuburkan telur perempuan untuk melahirkan
manusia baru yang dipanggil bayi. Mani mengandungi ulat benih lelaki, kerana itu mani
juga dikenali dengan panggilan ulat benih.
Berjuta-juta ulat benih terkumpul dalam buah kemaluan dari sejak seseorang
lelaki itu berusia baligh hingga ke usia tuanya.
Biasanya dalam masa melakukan hubungan intim antara lelaki dan perempuan,
air mani atau ulat benih itu akan terpancut keluar dari kemaluannya dan masuk
ke dalam rahim menerusi saluran peranakan yang menghubungkan anngota peranakan
bahagian luar dengan bahagian dalam. Di situlah ulat benih lelaki itu berkahwin
dengan telur perempuan. Panjang saluran
peranakan itu ialah antara lapan hingga sepuluh
sentimeter.
Ulat-ulat benih lelaki ini berkumpul dalam buah kemaluan lelaki yang memancut keluar dalam masa hubungan intim dan sebagainya. Buah kemaluan yang menjadi sarang ulat benih ini ialah antara 4 dan 41/2 sentimeter bagi yang telah matang dan tidak melebihi 5 sentimeter, sementara lebarnya antara 2 dan 24/5 sentimeter. Beratnya pula antara 15 hingga 26 grem.
Ulat-ulat benih lelaki itu sejenis sel yang mempunyai kepala, ada ekor
panjang dan ada leher. Ekornya yang panjang itu amat penting kepadanya untuk
menolongnya bergerak dan berjalan. Kebisannya ulat-ulat benih inilah yang
berjalan mencari telur perempuan untuk ditetaskan.
Berapa banyakkah air mani atau air benih lelaki yang terpancut keluar dalam
sesuatu hubungan intim? Biasanya menurut ukuran panjang ialah 4 sentimeter
persegi, namun begitu ia kadang-kadang lebih banyak atau lebih sedikit dari
itu.
Ada beberapa faktor yang mempengaruhi sedikit atau banyaknya air mani itu keluar. Sebab utamanya ialah kekerapan lelaki itu melakukan hubungan jantina. Jika terlalu kerap melakukan hubungan jantina air maninya yang keluar sedikit sahaja, tapi kepada mereka yang jarang-jarang melakukan hubungan jantina air maninya yang keluar sedikit sahaja.
Tidaklah dapat dinyatakan dengan tepat berapa banyak ulat benih itu
terdapat dalam air mani yang terpancar dalam keadaan yang biasa. Dalam
pemancutan mani yang biasa, kira-kira 200,000,000 hingga 500,000,000 ulat benih
terdapat di dalamnya dan masuk ke dalam saluran peranakan perempuan. Sementara
itu ada doktor berpendapat dalam setiap satu sentimeter persegi air benih
terdapat kira-kira seratus milion ekor ulat benih.
Ada sesetengh doktor berpendapat jika bilangan ulat benih itu kurang
daripada 60 milion ekor, maka peluang untuk wanita itu mengandung amatlah tipis,
malah mungkin tidak mempunyai peluang mengandung langsung
Walau bagaimanapun hanya sebilangan kecil sahaja daripada ulat-ulat benih itu berjaya memasuki rahim, kerana sebahagian besar daripadanya binasa dalam perjalanan menuju ke rahim. Di samping itu kulit rahim juga membinasakan ulat-ulat benih itu dengan menelan atau menghisapnya.
Ulat-ulat benih itu juga musnah, dibinasakan oleh airan-airan yang yang
keluar dari saluran kemaluan perempuan yang banyak mengandungi zat asam atau
asid yang mampu membunuh.
Saiz ulat benih manusia amatlah seni, iaitu beribu-ribu kali ganda lebih kecil daripada telur perempuan. Ukuran panjang ulat benih itu ialah antara 50 hingga 60 mikorn. Satu mikron sama dengan 1/1000 milimeter. Justeru itu ulat benih lelaki tidak dapat dilihat dengan mata kasar, seperti telur perempuan.
Ulat benih itu terdiri daripada beberapa bahagian. Ia mempunyai kepala seperti kepala anak panah, mempunyai leher dan ekor seperti benang yang panjang, iaitu kira-kira 10 kali ganda lebih panjang dari kepalanya. Ukuran panjang kepala ulat benih ialah 4.2 mikron, lebarnya 3.1 mekron dan tebal bahagian tepinya hanya 2 mikron.
Bahagian yang terpenting pada ulat benih itu ialah kepalanya. Justeru di kepala itulah terletaknya benih keturunan. Sedangkan ekornnya berguna sebagai roda atau dayung untuk menggerakkan ulat benih itu menuju hala tujuannya sendiri. Pergerakan ulat benih itu amat penting kerana pernanannya untuk mencari telur perempuan. Menurut kajian dalam satu minit ia bergerak selaju 3 milimeter. Kemaraannya amat kuat, kerana itu ia merempuh segala rintangan yang menghalangnya. Kadar kelajaun pergerakannya ialah kir-kira satu inci dalam masa 20 minit.
Akhirnya seekor sahaja daripada berjuta-jutaulat-ulat benih itu yang yang ditakdirkan hidup dan berjaya berkahwin dengan telur wanita untuk membentuk manusia baru. Lain-lain ulat benih menjadi musnah, seperti biji-bijij buah yang gugurbertaburanr di bumi tandus dan gersang.
Perkahwinan ulat benih lelaki dengan telur perempuan itu boleh menyebabkan
wanita itu mengandung. Kejadian mengandung itu berlaku dalam rahim atau
kandungan peranakan, di mana ia merupakan dunia pertama kepada setiap manusia
yang akan dilahirkan ke dunia ini.
Kemudian berlakulah berbagai-bagai perubahan untuk membentuk manusia sebagaimanA difirmakan oleh Allah di dalam Kitab Suci Al-Quran, maksudnya:
“Sesungguhnya Kami jadikan manusia dari pati tanah, kemudian Kami jadikannya air benih dalam rahim yang teguh, kemudian Kami jadi air benih itu seketul darah , lalu Kami jadikan seketul darah itu segumpal daging, dan Kami jadikan pula segumpal daging itu tulang-temalang, lalu Kami balutkan tulang-temalang itu dengan daging , kemudian akhirnya Kami jadikannya satu makhluk yang baru, Maha Tinggil Tuhan sebaik-baik Pencipta”.Al-Mu’Minum [23]- 12-14.
Lorong Masjid Al-Qasimi,
Kampung Kubang Siput,