>> Tuesday, May 4, 2021

 

SALOR

 



DARAH SENI 



CHE LEH

 



[Bahahagian 12]

 

 



Empat orang daripada anak-anak Che Leh mempunyai kecenderungan dalam bidang seni penulisan dan pernah melibatkan diri dalam dunia tersebut. Mereka adalah:



Shafie bin Salleh



Beliau seorang pendidik dan pernah menulis dalam Akhbar Berita Harian dan majalah-majalah tempatan. Beliau menggunakan nama  M.S. Shaffie dan nama  samaran Teleskop Utara.



Allahyarham pernah diambil tindakan oleh pihak berkuasa pada suatu ketika  kerana mengeriik keajaan, dan akibatnya beliau diperintah tukar dari Kota Bharu ke sekolah di Ulu Mentakab Pahang buat beberapa tahun.



Muhamed Zain Salleh:

 


Muhamed Zain adalah seorang penulis sepenuh masa, iaitu yang kerjanya hanya menjadi penulis. Beliau melibatkan diri dalam berbagai bidang penulisan tapi kebanyakannya dalam penulisan rencana.



Dalam penulisan beliau  menggunakan nama sendiri dan di samping itu mengguna berbagai-bagai nama samaran, tapi yang trkenalnya ialah Razin M.S. yang begitu melonjak pada suatu ketika dulu.



Pada masa dulu beliau biasa  menerima berbabagi-bagaj teguran  daripada mereka yang tidak bersetuju dengan   tulisan-tuliannya itu.


 

Tulisan-tulisan beliau terdapat dalam akhbar-akhbar dan majalah-majalah tanahair.



Sebagai seorang penulis sepenuh masa beliau pernah memegang jawatan sebagai sidang Pengarang Majalah Dian, pernah memegang tugas sebagai pengarang dan ketua pengarang akhbar Sinar Kelantan dan Fajar Islam, terbitan rasmi Kerjaan Negeri Kelantan.



Beliau telah menghasilkan sejambak rencana dalam berbagai jenis dan mengahsilkan sekumpulan buku-buku, termasuk buku sejarah.



Sekarang masih bergiat dalam penulisan, termasuk menulis dalam blognya, Pondok Rahmat dalam berbagai-bagai bidang.



Che Maaruf Salleh,



Che Maaruf Salleh  pernah menjadi penulis buat beberapa ketika.



Katanya karya beliau yang julung kali diterbitkan dalam akhbar Utusan Pelajar terbitan Utusan Melayu pada tahun 1969 berjodol Pengganggur Semi Intelek. Tulisan ini dituju khusus untuk penganggur yang terdiri dari kalangan pelajar lepasan LCE dan MCE.



Ini mendorong beliau untuk terus aktif dalam dunia penulisan akhbar, justeru terus bergiat aktif sebagai wartawan bebas. Dengan itu  beliau terus  menulis  sehingga tahun 1971 iaitu setelah dapat menyambung pelajaran ke Universiti Malaya [UM] Kuala Lumpur.



Kebanyakan karya-karya beliau berbentuk berita dan rencana dan diterbitkan dalam akhbar-akhbar Berita Harian dan Berita Minggu dan juga akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia.



Beliau pernah mengikuti kursus penulisan anjuran Persatuan Penulis-penulis Kelantan [PPK].



Di samping itu beliau berkesempatan bertemu dan berbincang  dengan seorang tokoh wartawan yang terkenal tentang persoalan kewartawanan dengan gemulah A. Samad Ismail, Pengarang New Strait Times.



Semasa berada di tahun akhir Universiti Malaya pada tahun 1974 beliau dilantik menjadi penulis khas berkenaan dengan perjuangan umat Islam di Selatan Filipina dan Selatan Thailand dalam Bulletin Islam terbitan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya [PMIUM].



Pada tahun yang sama   beliau dilantik menjadi anggota Sidang Redaksi  Jernal PMIUM keluaran tahun tersebut. Penghkusuan pengajian semasa di UM ialah dalam bidang Sejarah Hubungan Antarabangs.



Beliau pernah menulis siri sejarah sebagai Penulis khas ahbar Berita Harian dalam Sudut Bimbingan Pelajar keluaran setiap minggu pada hari Rabu mulai 26 Haribulan Jun hingga 21 Ogos 1974.



Rencana-rancan beliau diterbitkan dalam Majalah MASTIKA mengenai politik antarabangsa.



Tapi mulai 1975 beliau kurang bergiat dalam bidang penulisan dan berhenti terus menulis bila memegang jawatan tetap kerjaan pada tahun 1977.



Siti Mariam atau panggiannya Su atau Che Su kerana sempena dengan beliau anak bongsu. Pada zaman remajanya beliau juga menceburkan diri dalam bidang penulisan, khususnya puisi dan cerpen, karya beliau pernah mendapat dalam meddia massa, seperti Majalah Wanita. Tapi sayangnya beliau meninggalkanya bila beliau menjadi seorang pendidik yang berdidikasi. Su sekarang telah berpencen dan menetap bersama keluarga di Besut Trengganu.



Walau bagaimanapun darah seni itu tidak pernah padam-padam dalam keluarga Che Leh..



Kemudian minat dalam dunia seni penulisan itu diwarisi pula oleh dua orang cucu Che Leh, yang sedang mengukir nama dalam bidang penulisan.



Kedua-duanya ialah Mohd Nobli bin Usman anak Safiah dan Usman Umar yang sering menulis puisi untuk meddia temptan. Seorang lagi ialah Ahmad Syaibani Zaini bin Muhamed Zain, kedua-duanya cucu Che Leh.



Muhammad Nobli



Menurut Muhammad Nobli beliau menulis sejak di bangku sekolah rendah  lagi. Beliau belajar di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman 2 Kuala Terengganu. Nama pena beliau waktu itu ialah Jentayu.



Karya beliau yang julung-julung kali diterbitkan ialah dalam majalah Dewan Pelajar keluaran DPP pada tahun 1980 berjodol Hero Kampung Delima.



Ketika belajar di MRSM Kuala Terengganu beliau giat menulis cerpen dan sajak dalam majalah Dewan Siswa dan majalah sekolah  SERI.



Pada tahun 1987 beliau menjadi  editor redaki Majalah SERI.



Dari tahun 1988 dan 1989 ketika melanjutkan pelajaran di United Kingdom beliau giat memberi sumbangan untuk akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia.



Di samping itu beliau juga memberi sumbangan untuk akhbar-akhbar tempatan di United Kingdom, antaranya akhbar Daily Mail dan Newcasle Eveing Chronicle. Kebanyakan  membicarakan persoalan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara.



Pada tahun 1995 sempat menyiapkan buku Landskap Perancangan Bandar Kuala Terengganu, tapi malangnya buku ini kerana sebab-sebab tertentu tidak dapat diterbitkan tapi menurut beliau ada bahannya telah dipergunakan  oleh  orang lain.



Sejak pulang ke tanah air 1998 beliau terus menulis cerpen dan sajak untuk majalah Jelita, Wanita dan Majalah Keluarga dan ruangan sastera Utusan Malaysia dan Berita Harian.



Ahmad Syaibani Zaini



Seorang lagi ialah Ahmad Syaibani Zaini Muhamed Zain, seorang guru yang sedang giat dalam penulisan puisi dalam meddia massa.



Secara singkatnya beliau dilahirkan pada  26 April 1984 di Kota Bharu Kelantan.



Beliau seorang pendidik memegang Ijazah Sarjana Muda Dakwah Dan Kepimpinan FPI UKM.



Kini beliau bertugas di Sekolah Menegah Agama Tok Bachok, Katanya beliau terlibat dalam panel  program penulisan  di bawah Pendidikan Islam KPM dan juga dalam penerbitan dakwah .



Beliau adalah seorang peserta Bengkel Penulisan Kreatif GEMA – DBP 2019, 2020 dan 2021,



Puisi beliau yang pertama berjodol Aku Hidu Bau Jelik tersiar dalam Utusan Malaysia 25 Mei 2019,



Beliau adalah pemenang tempat pertama  Sayembara Penulisan Kreatif  Negeri Kelantan 2019  dan 2020 kateori puisi amjura Kerajaan Negeri dan GEMA.



Akhiir-akhir ini beliau sering mengamhil bahagian dalam rancangan Pembacaan Puisi anjraun GEMA secara terbuka untuk pablik.



Kita berdoa dan berharap semoga darah seni ini akan terus bersambung dalam keluarga ini untuk masa-masa akan datang sebagai satu wadah suci untuk memperjuangkan kebenaran Ilahi.




Pondok Rahmat



Pasir Tumboh,



Kota Bharu Kelantan Darulnaim.



Selasa: 4 Mei 2021/



22 Ramadhan 1442

 

 




Read more...

>> Monday, May 3, 2021

 

SALOR



ANAK CUCU 



CHE LEH

 



[Bahagian 11]

 



Dari perkahwinan Che Leh dengan isterinya Maimunah binti Ismail [Mok Munah] itu, Che Leh dikurniakan dengan sepuluh orang anak, enam lelaki  dan empat perempuan.



Anaknya yang sulung lelaki meninggalkan sejak masih kecil lagi.



Anak-anak mereka berdua adalah seperti berikut:



1.Khadijah binti Salleh, [Mek atau Mok Long] berusamikan Ibrahim bin Mustapha berasal dari Kampung Kangkong, Pasir Mas Kelantan.



Keduanya dikurniakan dengan 9 orang anak, iaitu Mohd. Nawi, Fatimah, Faridah, Mohd Sidek, Hasanah, Zaiton, Zawiyah, Zaleha dan Khairlzaman.



Khadijah Lahir 7.9.1927



Meninggal:4.7.2017



Ibrahim Lahir:1926



Meninggal:30 November 2002



2. Shafie bin Salleh, [Abang In atau Ayah Ngah] berkahwin dengan Noriah binti Hj. Muhammad Yusoff, [Mok Ngah] dari Kota Bharu, Kelantan.



Tidak dikurniakan zuriat.



Tapi Shafie mengambil seorang anak angkat Darma Wani dan berkahwin dengan Hj. Adnan. Mereka mempunyai tiga orang anak, iaitu Ahmad Kamil, Anis Sofea dan Aini Sarah.



Shaffie Salleh:Lahir 29.1.1933



Meninggal:59.2019



Noriah Muhammad  Yusuff . Lahir:25.9.1942



Meninggal:16.3.2020



3. Arifin bin Salleh [Ayah Fin] beristerikan Wan Munirah bin Wan Abdullah, [Kak Ma] berasal dari Kampung Surau, Kota Bharu Kelantan.



Keduanya dikurniakan dengan enam orang anak, iaitu Sajidah, Sarina, Nasran, Safinah, Safadhilah dan Muhamad.



Arifin bin Salleh: Lahir 2.9.1937



Meninggal 21 Mac  2006



4.Zubaidah binti Salleh [Kak Doh atau Che Doh] berkahwin dengan  Abdul Rahman bin Awang Besar, [Abang Man/Ayeh Teh] berasal dari Kg. Sungai Kelong, Pasir Puteh Kelantan.



Mereka dikunriakan dengan dua orang anak, iaitu Azlan dan Armawati.



Kak Doh Lahir:17 Jun 1939



Meninggal:28 Disember 2016



5.Mohd Zain bin Salleh [Ayah Alang] berkahwin dengan Asiah Mohd Yaacob [Che Yah] berasal dari Pasir Mas Kelantan.



Dikurniakan dengan empat orang anak, iaitu Arham Zaini, Noor Baiti Zaini, Ahmad Fariz Zaini dan Ahmad Syaibani Zaini.



Asiah Meninggal  31. Jun, 2009  dalam usia 58 tahun



6.Sofiah binti Salleh [Chik] berkahwin dengan Usman Omar, [Ayah Chik] berasal dari Terengganu.



Mereka  dikurniakan dengan tiga orang anak, iaitu Ahmad Nobli, Amalia dan Ahlan.



Sofiah Lahir: 13 Julai 1946



Meninggal:1 Jun 2006’



Usman Omar:Lahir 28 Disember 1939



Meninggal:23 Julai 2011.



7.Che Maaruf bin Salleh [Ayah Aruf] berkahwin dengan Sawiah bte Jaafar, berasal dari Kampung Gua, Salor Kota Bharu Kelantan.



Mereka dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata iaitu Masrulhisham, Mohd Sharimin dan Munyati.



8.Shamsudin bin Salleh [Pok Din] berkahwin dengan Maziah binti Zakaria berasal dari Kampung Alor Keladi, Jertih Besut Terengganu.



Mereka dikurniakan empat orang anak, Azlinisuliana, Azmimi, Azmira dan Ain Syahirah.



9. Siti Mariam binti Salleh [Su atau Che Su] berkahwin dengan Otman bin Yaacob berasal dari Kg. Gong Duek, Jertih, Besut Terengganu.



Mereka dikurniakan dengan dua orang anak, iaitu Muhammad Syukri dan Nurul Jihan.



Untuk lebih lanjut sila tengok “Susur Galur Keluarga Che Leh”.

 



Pondok Rahmat

 


Pasir Tumboh,



Kota Bharu Kelantan, Darulnaim



Isnin: 3 Mei 2021/



21 Ramadhan 1442





Read more...

 

SALOR

 



BERANGKAT

 



KE TANAH SUCI




[Bahagian 10]




Salleh bin Hj. Muhammad atau Che Leh atau Pok Chu Leh berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunai ibadat Haji pada bulan November 1974 bersama-sama dengan isterinya Maimunh Ismail, [Mok Munah].



Sebelum berangkat ke Tanah Suci beliau berusaha menyelesaikan beberapa perkara yang bersangkut-paut dengan pemergiannya itu. Mengikut perhatian anak-anaknya bahawa Che Leh berusaha untuk meninggalkan segala ilmu yang dikuasainya selama ini kepada anak cucunya yang tinggal.



Antara yang dilakukannya ialah cuba berusaha menunrunkan ilmu-ilmu tertentu itu kepada anak-anak, cucu dan menantunya yang diharap dapat menyambungkan ilmu yang dimilikinya itu untuk memberi khidmat kepada masyarakat.



Tidaklah dapat dipastikan siapakah yang telah berjaya mendapat ilmu-ilmu tersebut, baik sebahagian daripadanya atau sepenuhnya. Hanya masa akan menentukan.



Che Leh memang banyak menyimpan ubat-ubat berupa akar kayu yang telah dijemurkeringkan, dilabelkan dengan nama-nama bahan-bahan tersebut dan sedikit kunci kegunaannya, serta mana yang sesuai Che Leh masukkan ke dalam botol dan ditutup kemas dan baik.



Selain itu beliau juga telah menunjukkan kepada mereka cara-cara kegunaan akar-akar itu dalam perubatan.



Che Leh pernah  menawar untuk menurunkan ilmu perbidanan  kepada isteri Ayah Alang, Asiah Yaacob [Kak Yah atau Che Yah] yang dipanggil Mek oleh Che Leh  pada suatu petang menjelang keberangkatannya ke Tanah Suci Mekah. Tapi Kak Yah keberatan  menerimanya dengan isak dan tangis.



Kemudian Che  Leh memberitahu saya bahawa tidak apalah kalau Mek [panggilan untuk Che Yah] tidak mahu terima, tapi selepas ini dia akan bermimpi melayan orang melahirkan anak. Andainya dia hendak  menjadi bidan, kata Che Leh, bila tersedar dari tidur itu teruslah bangkit mengambil sebuku ibu garam sebesar ibu jari kemudian kemam dan telan airnya, insya Allah dia akan menjadi seorang bidan.



Gemulah isteri saya, Kak Yah   pada sebelah malamnya memang bermimpi membidani seseorang, tapi bila tersedar dia tidak  mengemam garam seperti yang ditunjukkan, kerana itu beliau  tidak menjadi seorang bidan.



Che Leh berangkat ke Tanah Suci Mekah, bersama Mok Munah dan seperti disebutkan sebelum ini bahawa beliau meninggal di sana pada pada 13 November 1974 dalam usia 61 tahun. Justeru Mok Munah kembali seorang diri dan tidak pernah berkahwin sampai ke akhir hayatnya.



Menurut Mok Munah sebab-sebab Che Leh meninggal itu kerana tidak cukup makan ubat sebab sibuk dalam perjalanan. Antara lain katanya, “Che mu tu tak cukup makan ubat, tak ada masa nak makan ubat, sebab itu dia sakit”.



Di samping itu seorang penduduk Kampung Salor yang berangkat ke Tanah Suci Mekah dalam rombongan yang sama ialah Muhammad Noor [Abang Noor]  memberitahu anak saya Ahmad Faris Zaini mengatakan bahawa beliau percaya Che Leh telah terkena wabak penyakit yang merebak di Mekah pada tahun itu yang menyebabkan kematiannya. Katanya Che Leh suka menolong orang-orang dalam kesusahan.



Pada suatu hari sekembalinya dari Mekah Mok Munah memberitahu saya seorang jiran lelakinya datang mengajak beliau berkahwin, tapi beliau menolaknya tanpa kata, sampailah lelaki itu berkawhin lain dan meninggal dunia.



Saya masih ingat suatu peristiwa  berlaku di Airport Pengkalan Chepa pada hari ke berangkataannya ke Mekah. Hari itu ramai orang di airport kerana ramai mereka yang hendak menghantar orang yang hendak ke Mekah selain daripada bakal-bakal haji.



Bila pengumuman akhir para jemaah dijemput menaiki kapalterbang yang akan segera bertolak, Che Leh segera menyeluk saku bajunya dan mengeluar wang kertas  berjumlah dua ringgit dan meletaknya dalam tangan saya yang berada di sampingnya dengan anggukan kepala supaya saya mengambilnya. Saya akur mengambil dan memasukkannya ke dalam poket baju untuk dijadikan tanda kenangan.



Sesunggunya duit kertas pemberian Che Leh itu saya simpan begitu lama dalam dompet saya, tapi akhirnya duit itu entah bagaimana telah lesap dari poket saya, kemungkinan besar telah saya gunakan kerana terlupa tujuan asalnya untuk kenanangan yang bererti.



Semoga Allah cucuri rahmat ke atas ayahanda dan bonda, Che Leh dan Mok yang dikasihi.



Sebagai kenangan sejarah, dinyatakan bahawa Noor Baiti Zaini anak  Ayah Alang  dilahirkan terkemudian kira-kira seminggu selepas Che Leh meninggal dunia, iaitu pada 21 November 1974 di Kg. Paya  Purnama, Kota Bharu.

 

 


Pondok Rahmat



Pasir Tumboh,



Kota Bharu, Kelantan Darulnaim.



Isnin 3 Mei 2021/



21 Ramadhan 1442

 

 


Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP