WAHAI PARA PELALAI

>> Sunday, September 27, 2020

 

WAHAI PELALAI

 




Wahai para pelalai



Buah-buah masak telah jatuh bercelabak



Kepala telah berubah kusam



Langkah telah capek,



Kau masih lagi lalai



Leka di persimpangan



Menghisap madu di jemari setan



Mengelapkan hati yang telah kelam



Bergelimpangan persis haiwan



Di ranjang bersama syaitan.

 


Aduhai para pelalai



Malam-malam dibiarkan berlalu



Ria berdendang



Musik-musik syaitan sampai ke pagi menjelang,



Menunggumu penuh keriangan.

 


Sedang para petaubat



Menyengkang mata



Menegak kaki



Sepanjang malam



Memohon keampunan Ilahi



Redha Nya



Dari rahmat dan kasih sayang



Membina jambatan emas



Menuju ke pintu syurga.

 


Tapi kakimu telah lumpuh



Kaku di lantai



Hatimu telah berpaling



Ke simpang jalan yang kelam



Tergelincir tanpa rahmat



Membina jambatan rambut



Setajam pedang



Menuju ke neraka jahana




Wahai para pelalai









Maut sentiasa berseru



Setiap detik berlalu



Menyerumu ke pangkuan Ilahi



Dengan secarik tergantung kertas di leher



Catatan segala yang diukir



Sapanjang laluan zaman.

 


Bangkitlah



Cucilah hatimu



Dengan ratapan keinsafan



Berdiri malam bertaubat



Menyembam muka ke bumi



Mencari redha Ilahi



Sealamat di dunia



Sejahtera di Akhirat,

 


Wahai para pelalai



Bersihkan hati sentiasa



Dengan air mata ratapan penyesalan



Kembali ke pangkal jalan



Semoga Allah menyambutnya dengan kasih dan sayang



Dengan kurnia keampunan



Tanpa noda dan dosa,

 


Semoga bahagia di dunia




Damai di Akhirat.

 



Amin!

 




Pondok Rahmat



Ahad:



27 September 2020/



9 Safar 1441

 

 

Read more...

UMMU KALTHUM PUTERI NABI SAW

>> Wednesday, September 23, 2020


UMMU KALTHUM PUTERI NABI SAW YANG PENYABAR



 

UMMU KALTHUM adalah salah seorang dripada empat orang puteri Rasulullah SAW bersama dengan isteri pertamanya Ummul Mukmini Khadijah binti Khuwailid. Ummu Kalthum adalah puteri ketiga dalam keluarga Rasulullah SAW, di mana puteri petamanya Zainab, kedua Ruqayah, ketiga Ummu Kalthum dan keempat dan yang bongsu ialah Fatimah al-Zahra.











Ummu Kalthum telah melangsungkan perkahwinan dengan anak Abu Lahab, bapak saudara Nabi SAW, musuh sengit Islam, iaitu Utaybah bin Abu Lahab, sementara kakaknya Ruqayah berkhawin dengan abang Utaybah iaitu Utbah bin Abu Lahab. Perkahwinan itu berlaku sebelum Islam.




Tapi Ummu Kalthum dan kakaknya Ruqayah telah bercerai sebelum daripada mereka sempat bersatu. Adalah menjadi adab kebiasaan masyarakat Arab waktu itu selepas berkahwin tidak terus hidup sebumbung, tapi pehak perempuan terus tinggal bersama dengan keluarga mereka selama beberapa tahun sehingga suami mereka datang  menjemput dan membawa mereka pergi. Dalam masyarakat Kelantan dipanggil nikah gantung.




Perceraian itu berlaku kerana paksaan Abu Lahab ke atas kedua-dua anaknya itu supaya menceraikan isteri mereka masing-masing. Tujuan Abu Lahab adalah semata-mata untuk menyusahkan Rasulullah SAW yang dimusuhinya kerana mengembangkan agama Islam.




Pada masa itu Baginda SAW telah diperintah oleh Allah supaya berdakwah secara terbuka menyeru manusia kepada agama yang mentauhidkan Allah. Justeru itu Abu Lahab, isterinya Ummu Jamil dan musyirkin Quraisy  memperhebatkan tentangan dan tekanan terhadap Rasulullah SAW dan pengikut-pengikutnya.




Allah mewahyikan kepada Rasulullah SAW Surah Al-Masad mencela Abu Lahab dan isterinya yang  akan menjadi penghuni neraka yang apinya panas “marak menjulang”.



“Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab,dan binasalah ia 


bersama”.Al-Masad [111]:1.


Selepas mencceraikan Ummu Kalthum, bekas suaminya itu, Utaybah bin Abu Lahab segera pergi menemui bekas mertuanya, Rasulullah SAW dan bersikap biadab kepada Baginda SAW..




Utaybah lalu berkata kepada Rasulullah SAW.



“Saya menolak agama tuan dan sudah menceraikan anak perempuan tuan. Tuan tidak suka kepada saya,dan saya juga tidak suka kepada tuan”.




Selepas berkata demikian, Utaybah dengan sombongnya mengoyak bajunya di hadapan Rasulullah SAW.



Melihat telatah tersebut, Nabi SAW pun berdoa:


“Saya berdoa kepada Allah supaya menghantar anjing-anjingnya kepada Utaybah”.




Seperti biasa Utaybah keluar berniaga ke Syam bersama-sama dengan para pedadang Quraisy yang lain. Utaybah telah dimakan singa ketika mereka bermalam di suatu tempat bernama al-Zarqa’ yang memang terkenal dengan binatang-binatang buasnya.




Selepas berpisah dengan Utbah kakaknya Ruqayyah berkahwin dengan Usman bin Affan,dan kemudian berhijrah dengan suaminya itu ke Habsyah [sekarang Ethiopia].




Sejak pemergian kakaknya Ruqayah itu, Ummu Kalthum bersama-sama dengan adiknya, Fatimah al-Zahra mengambil peranan membantu menjalankan urusan keluarga mereka, lebih-lebih lagi ketika ibunya Ummul Mukmini Khadijah sakit dan meninggal dunia pada 10 Ramadhan 3 Hijriah  [Disember 619 Masehi]. Di samping itu, Fatimah pun pada waktu itu masih lagi kecil.




Walaupun Ummu Kalthum tidak ikut berhijrah ke Habsyah, tapi penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh beliau, keluarga dan bersama-sama umat Islam Madinah yang lain tidaklah kurang haibatnya. Pada suatu masa orang-orang musyirkin Qurisy telah bersepakat membuat perjanjian memboikot umat Islam di Madinah dan juga  kepada Bani Hshim dan Bani Abdul Muthalib, kecuali si penderhaka Abu Lahab. Mereka telah disingkirkan ke perkampungan Lembah Abu Thalib yang terletak di pinggir Kota Mekah.




Selama tiga tahun lamanya mereka tinggal dan hidup menderita di situ dengan kelaparan. Tidak ada makanan. Tidak ada sesiapa pun dibenar menghubungi mereka, apalagi menjual dan membeli apa-apa barangan dari mereka. Keadaan ini menimpakan kesan buruk terhadap kaum wanita dan kanak-kanak. Namun begitu iman mereka tetap utuh dan tidak berganjak oleh ancaman-ancacman tersebut. Walau bagaimanapun dengan izin Allah pemboikotaan itu telah dibatal oleh sebahagian kaum Quraisy sendiri.




Selepas kakaknya Ruqayah meninggal dunia pada hari Perang Badar pada 17 Ramadhan 2 Hijriah di mana umat Islam telah mencapai kemenangan, Ummu Kalthum telah dikahwinkan oleh ayahandananya Rasulullah SAW dengan Usman bin Affan, bekas suami kakaknya yang meninggal itu. Perkahwinan itu berlangsung pada bulan Rabiul Awal 3 Hijriah.




Beberapa tahun selepas perkahwinan itu, Ummu Kalthum kembali ke rahmatulullah pada bulan Sha’ban 9 Hijriah. Jenazahnya dikebumikan di sisi makam kakaknya Ruqayah di Perkuburan Baqi  dekat dengan Masjid Nabi SAW.




Di saat kematiannya itu, ayahandanya Rasulullah SAW dan suaminya Usman bin Affan tidak ada di samping, kerana mereka bersama-sama dengan umat Islam sedang menghadapi  Perang Tabuk. Inilah perang terakhir yang disertai oleh Rasulullah SAW.




Demikianlah catatan ringkas mengenai Ummu Kalthum salah seorang puteri Rasulullah SAW untuk renungan bersama. Semoga memberi manfaat jua.

 



Pondok Rahmat



Rabu:



23 September 2020/



5 Safar 1442.

 

  




Read more...

IBRAHIM ADHAM

>> Sunday, September 20, 2020

 

IBRAHIM ADHAM TINGGALKAN TAKHTA UNTUK JADI SEORANG SUFI

 

 






IBRAHIM ADHAM  adalah seorang suif yang ulung. Nama sebenarnya Abu Ishak Ibrahim bin Adhambin Manshur. Beliau berasal dari Balkh, Afghanistan dan berketurunan bangsawan Arab.




Sebelum menjadi seoraang Sufi beliau adalah Raja Balkh yang berkuasa. Hari ini Balkh adalah sebuah Jajahan di Afghnaistan, di mana ibu kotanya juga bernama Balkh.




Sewaktu menjadi Raja Balkh, pada suatu hari ketika beliau sedang bercermin, tiba-tiba beliau nampak dalam cermin itu beliau masuk ke dalam kubur dan  tinggal di sana kesepian seorang diri,



Kecut perutnya melihat pandangan tersebut. Hatinya bergoncang dek ketakutan, andainya beliau benar-benar meninggal dunia pada waktu tersebut, sedangkan amalannya tidak ada kerana beliau tidak ada masa untuk melakukan amal ibdat akibat terlalu sibuk dengan urusan pemerintahan negara sebagai seorang raja.




Di samping itu mengikut riwayatnya ada beberapa peristiwa lagi yang mendorong Ibrahim Adhan untuk meninggalkan takhtanya dan nenjadi manusia biasa sebagai seorang sufi.




Salah satu peritiwa itu ialah kemunculan seorang lelaki yang wajahnya menakutkan menceroboh masuk ke majlis penghadapan Ibrahim Adham dengan menteri-menterinya di isatana beliau. Lelaki itu mengatakan bahawa dia seorang musafir yang baru tiba dan sampai ke rumah istiharat tersebut. Ibrahim Adhan menyangkal bahawa istana  itu rumah rihat tapi istana kepunyaan beliau.




Maka berlakulah dialog berupa soaljawab antara lelaki tersebut dengan Ibrahim Adham mengenai pemilik istana itu. Ibrahim menjelaskan bahawa istana itu milik beliau secara turun temurun, dari ayah, datok, neneknya dan seterusnya. Tapi mereka semua telah meninggal dunia jelas Ibrahim Adham.




Akhirnya lelaki itupun berkata bahawa kalau begitu, bukankah istana ini rumah  persinggahan, tempat orang datang dan pergi?




Selepas berkata demiiian, orang yang aneh itu terus menghilangkan diri. Kata orang beliau adalah Nabi Khaidir alaihissalam.




Selepa perisiwa itu, Ibrahim Adham langsung meninggalkan takhta kerajaannyaa dan menjadi seorang sufi yang berkerlana ke berbagai-bagai tempat.




Akhirnya beliau sampai ke Kota Suci Mekah.Ibrahim Adham  mengambil masa selama empat belas tahun untuk sampai ke Mekah. Beliau tinggal di Mekah selama beberapa tahun dan bersahabat dengan cendakiawan Islam yang terkenal, Sufyan Ats-Tsauri.




Beliau menjalankan berbagai-bagai pekerjaan  kasar untuk menanggung nafkah hidupnya secara halal, seperti mengambil upah menjaga kebun buah-buahan, mencari dan menjual kayu api dan lain-lain pekerjaan kasar lagi.




Dalam pengalanaannya itu beliau memenph berbagai-bagai pengalaman pahit getir kepada orang-orang biasa, seperti dibelasah dan dipukul kerana salah sangka dan salah fahaman kerana orang yang tidak mengenali beliau sebagai Ibrahim Adham, tapi kepada beliau kejadian-kejadian itu disambutnya sebagai senyum dan redha..




Beliau juga meninggalkan banyak kata-kata hikmat yang sering digunakan oleh orang untuk melengkapkan ucapan atau tulisan-tulisan mereka sampai ke hari ini, iaitu mana-mana yang sesuai dengan topik pembicaran mereka.




Kita petik secebis di sini maksud kata-kata Ibrahim Adham tentang  seseorang yang ingin mencapai darjah orang saleh hendaklah memiliki sifat-sifat berikut dan  tanpanya mereka tidak akan sampai ke darjah tersebut.




-Seseoraang itu mestilah menjauhi perkara-perkara yang menyeronok dan melalaikan hati, tapi sebaliknya hendaklah sentiasa bersedia untuk menerima kesukaran dan penderitaan.




-Seseoang itu hendaklah menjauhi kesombongan dan kemegahan diri, tapi sebaliknya hendaklah bersedia untuk menerima kekejian dan kehinaan.




-Seseorang itu hendaklah menjauhi kegemaran untuk bersenang-senang dan bermalas-malas, tapi sebaliknya henddak;lah berkorban apa sahaja kerana Allah.




-Seseorang itu hendaklah menjauhi kesukaan tidur malam, tapi sebaliknya hendak;lah suka berjaga malam.




-Seseorang itu janganlah berangan-angan untuk menjadi kaya raya, tapi sebaliknya hendaklah bersedia untuk menerima kefakiran.




-Seseoang itu hendaklah mejauhi kesukaan berangan-angan, tapi sebaliknya hendaklah rajin beramal dan bersiap sedia untuk kemabli kepada Allah.




Demikian Ibrahim Adham.




Ada dua tarikh yang berbeza-beza mengenai tanggal kematiannya. Satu sumber mengatakan beliau meninggal pada tahun 165 Hijriah bersamaan dengan 782 M.




Sementara satu sumber lagi mengatakan beliau meninggal pada tahun 161 Hijriah bersamaan dengan tahun 728 M. dan beliau dikebumikan di Syria.




Wallahuaklam.

 


Pondok Rahmat



Ahad



20 September 2020/



2 Safar 1442




Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP