>> Sunday, May 2, 2021

 

SALOR

 


BENARKAH CHE LEH



PELIHARA HANTU?



[Bahagian 9]

 


Pada masa-masa yang lalu, ilmu perbomohan ini sering dikaitkan dengan pemeliharan jin, hantu dan syaitan untuk menolong tok bomoh mengubat dan menyembuhkan orang sakit, tegasnya mereka menggunakan hantu-hantu untuk menghalau hantu dan jin menganggu orang sakit itu.



Che Leh kerana beliau seorang bomoh ada orang-orang-orang tertentu yang menganggap beliau menggunakan hantu dan jin dalam mengamalkan imu perbomohannya seperti bomoh-bomoh biasa di kampung-kampung.



Tapi Che Leh menafi keras tuduhan tersebut, kerana katanya beliau tidak memelihara hantu dan jin untuk tujuan perawatannya.




Pada suatu hari Che Leh  telah memanggil saya berjumpanya di rumahnya di Kg. Salor. Bila sampai dan duduk di hadapannya, kebetulan beliau duduk di lantai, beliau terus menangis terisak-isak, menyebabkan saya kaget dan tak terkata. Saya tunggu beliau berkata.



Dalam isak dan tangis dengan air mata berderaian Che Leh antara lain membertahu saya, “Jin [beliau tidak memanggil saya Awang seperti anak-anak yang lain] mu tolong beritahu kepada orang-orang [beliau sebut namanya] yang mengatakan Che pelihara hantu, tapi Che tak pelihara hantu. Mu tolong beritahu mereka Jin. Che harapkanmu sangat-sangat tu”.



Rupanya perkara tersebut menyebabkan beliau menangis terisak-isak.



Saya berjanji akan menyampaikan apa yang dipesankan beliau itu secepat mungkin.



Pagi besok Che Leh bertemu dengan saya lagi dan memberitahu perkara yang sama, iaitu minta saya nafikan beliau memelihara hantu dan jin untuk berbomoh.



Perkara ini berlaku menjelang keberangkatan beliau ke Tanah Suci Mekah.



Sebenarnya kebolehan beliau menyembuhkan orang-orang sakit itu bukanah satu perkara yang luar biasa, kerana Allah Yang Maha Berkuasa menentukannya. Itulah pemberian Allah kepada hamba Nya.



Tok-tok Bomoh dahulu ada yang mampu memindahkan penyakit yang dihidapai oleh seseorang kepada makhluk yang lain. Seorang bomoh dapat memindahkan penyakit sakit perut seseorang kepada ayam, yang menyebabkan orang itu sembuh tapi ayam itu sakit perut. Demikian juga lain-lain penyakit seperti penyakit barah.



Mereka tidak menggunakan hantu dan jin tapi mereka menggunakan jampi atau doa mereka yang mustajab.



Lagipun semua kita ketahui bahawa ayat-ayat suci al Quran itu mempunyai berbagai mukjizat  keajaiban, antaranya untuk menyembuhkan berbagai-bagai jenis penyakit. Sebagai contohnya, Surah Al-Fatihan dapat menyembuhkan, seperti termakan racun, penawar  gigitan binatang-binatang bisa atau patutan binatang, sakit kepala, demam dan sebagainya.



Orang-orang Barat mendakwa mereka dapat menahan hujan dari turun di sesuatu tempat yang mereka kehendaki. Sebenarnya mereka bukan menahan hujan tapi memindahkah hujan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.



Mereka tidak mendakawa mengguna jin atau syaitan, tapi mengatakan mereka menggunakan kuasa minda mereka yang kuat untuk memindahkan tongkolan-tongkolan awan-awan yang mengandungi air hujan itu dari satu tempat ke suatu tempat yang mereka kehendaki. Mereka percaya minda manusia mempunyai kuasa yang kuat yang aiaib yang boleh menguasai benda-benda.



Sebenarnya kebolehan Che Leh menyembuhkan orang-orang sakit itu bukanah satu perkara yang luar biasa, kerana Allah Yang Berkuasa menentukannya. Itulah pemberian Allah kepada hamba yang dikehendaki Nya.





Pondok Rahmat



Pasir Tumboh,



Kota Bharu Kelantan Darulnaim



2 Mei 2021/



20 Ramadhan 1442





Read more...

 

SALOR

 



ANEKDOT CHE LEH




[Bahagian 8]

 



-Dikunjungi Dua Puteri




Pada suatu masa Che Leh jatuh sakit demam keras, tidak boleh bangun dan tidak boleh buka mata. Sudah beberapa hari beliau terlentang di atas tilam pembaringan dijaga oleh Mok..




Pada suatu hari katanya dalam keadaan tertidur beliau bermimpi ada dua orang tetamu wanita cantik berkunjung dan duduk di kanan dan di kiri kepalanya. Kedua-duanya bercakap tentang penyakitnya itu dan berkata mereka mesti menolongnya.




Kemudian  kedua-dua wanita itupun menjampi atau mendoakannya. Selepas itu kedua-dua wanita itupun ghaib.




Che Leh lalu tersedar dan merasa demamnya tiba-tiba kebah atau baik dan beliau boleh duduk bercokah, dan bercakap-cakap.




Selepas itu katanya beliau menjadi sihat kembali, dan sejak itu beliau tidak pernah jatuh sakit berat hingga ke hari itu.




Kisah ini diceritkannya sendiri kepada Ayah Alang.

Siapa wanita itu?





-Kasih Che Leh




Adik saya Maaruf, atau Ayah Aruf atau Anjang panggilannya sedang merancang untuk berkahwin, di mana tarikh pernikahannya telahpun ditetapkan.




Tapi pada suatu hari Che Leh bertemu dengannya dan memberitahu supaya kalau boleh tarikh perkahwinan itu hendaklah disegerakan sedikit tanpa memberi apa-apa alasan.




Kemudian tarikh baru telah ditetapkan. Sementara itu Che Leh bertanya adakah Aruf mempunyai cukup wang untuk kahwin, kerana berkahwin ini katanya memakan wang.




Kalau tidak cukup wang, katanya beliau sedia memberikan wang belanjanya untuk naik haji itu, dan menangguh kepergiannya ke lain tahun.




Tapi kata Aruf beliau sudah mempunyai cukup wang dan tidak memerlukan apa-apa bantuan lagi.




Ini apa yang Ayuh pernah tulis mengenai perkara tersebut:




“Che Leh meninggal di Mekah pada 13 November 1974. Masa itu Ayuh baru 3 bulan kahwin dengan Che Yah. Perbincangan asal patut kahwin tahun 1975. Tapi Arwah [Che Leh] sendiri minta pihak Che Yah buat awal sebelum dia pergi Mekah.




Che Leh tanya Ayuh ada pitiskah muga Ayuh tak ada kerja tetap lagi masa tu. Dia kata nak buat bulan Ogos. Ayuh terkejut. Tapi Ayuh jawab pitis ada boleh cari Che.




Yang lain-lain menjadi sejarah dan ingatan. Masa nak sanding yang urus persiapan Ayuh adalah Che Yah Alang”.




Alfatihah.




-Yang Muda Pun Pergi




Pada suatu hari anak suadara Che Leh, sepupu kami Hasnah Cik Muda [Pok Muda] sakit hendak bersalin. Seperti biasa Che Leh diundang menghadiri acara itu. Tapi kerana umurnya pendek, Hasnah telah menghembuskan nafasnya yang akhir  di hadapan Che Leh dan lain-lain orang.




Setelah balik ke rumah Che Leh  berkata, “Rupa-rupanya Nah itu bukan sakit hendak bersalin, tapi kerana penyakit lain dalam perutnya menyebabkan kematiannya. Itulah kita ingat, kita yang tua dan uzur ni pergi dulu tapi rupanya yang muda dan sihat pergi lebih dahulu dari kita. Itulah takdir Allah”.




-Hadir Di Dewan Bedah




Pada waktu itu Ahmad Faris Zaini [anak Alang] berada di dewan   bedah untuk  menjalani pembedahan jantung. Beliau sedang terbaring sendirian menunggu USM. Menunggu saat dibawa masuk ke bilik pembedahan sekejap lagi.




Tiba-tiba beliau terlihat ada dua orang berdiri di hujung kaki kanan dan kirinya sambil tersenyum memberi pengharapan dan keyakinan kepada beliau akan selamat dalam pembedahan nanti. Bila beliau membuka mata tidak ada siapa di kakinya.




Dua orang yang dilihatnya itu ialah seorang daripadanya Syeikhnya dan seorang lagi ialah datoknya Che Leh.




Alhamdulillah pembedahan itu selamat.




-Sakit Gigi




Pada suatu petang saya mengalami sakit gigi yang amat sangat. Saya pergi ke sungai untuk mandi, berkebetulan air sungai amat sejuk kerana air pasang. Sambil mandi saya mencungkil gigi yang berlubang yang sakit itu dalam air yang begitu sejuknya dengan tujuan untuk membersihkannya.




Tapi selepas itu gigi saya bertambah sakit dan menyebabkan saya tidak dapat tidur dan makan.




Pada tengah malamnya Che Leh balik dan mengetahui saya sakit gigi berlubang. Beliau menyuruh saya pergi ke dapur mengambil sekuntum bunga cengkih, dan menyumbatkannya ke dalam gigi saya yang berlubang itu setelah mengetuknya sedikit supaya lembut dan mudah disumbat ke dalam lubang gigi.




Sekejap sahaja selepas menyumbat bunga cengkih itu sakit gigi saya pun segera berhenti, dan saya dapat tidur dengan nyanyaknya sampai ke pagi.




-Tidak Marah




Seorang cucunya Nawi Ibrahim memberitahu mengikut pengalamannya datoknya Che Leh tidak pernah marahkan cucu-cucunya walaupun mereka nakal.




Katanya kalau Che Leh melihat ada cucunya yang nakal dan menganggu cucu-cucu yang lain, beliau akan mendekati cucu yang nakal itu, lalu menggosok-gosok kepala atau belakangnya sambil berkata lembut, “Awang, awang jangan nakal sangat nanti orang benci. Jangan buat begitu lagi kepada orang lain nanti dia marah”.




-Armawati  Naik Campak




Menjelang Che Leh hendak berangkat ke Tanah Suci Mekah, cucunya Armawati Abdul Rahman [Kak Ma] diserang penyakit campak., dan untuk merawatnya Che Leh memberinya ubat-ubat berupa daun-daun kayu. Begini tulis Armawati tentang peristiwa itu.




“Cerita pasal daun tu pula. Masa tu Ma darjah dua. Che Leh dan Mok nak pergi Mekah. Yang Ma ingat Ma tetiba naik campak. Hari nak pergi tu Che Leh bagi daun suruh mandi. Che Su jaga.




Ada lebihan daun tu Ma simpan sampai sekolah menengah. Balut dengan surat khabar. Tapi tak tahu kat mana. Mungkin Ma letak dalam buku. Itu ingatan paling kuat pasal Che Leh”.

 



-Jangan Tunjuk Susah




Hari itu saya balik ke rumah Mok di Salor. Waktu pagi, dalam keadaan tidak smart seperti biasa, dengan  misai dan janggut yang tidak dicukur. Selepas berjumpa dengan Che Leh, beliaupun keluar untuk bertugas sebagai tukang gunting.




Selepas beliau pergi sekejap, Mok pun mendekati saya dan berkata, “Jin [Zain] tadi  Che pesan supaya  beritahu ke Jin supaya tidak menunjukkan susah kita pada orang. Nanti orang tidak suka atau benci. Buat biasa sahaja walaupun susah. Itu pesan Che tadi”.




Sebenarnya waktu itu saya ada masalah sedikit di tempat kerja, yang menurut sangkaan Che Leh saya terganggu kerananya.




“Tidak mak, saya tidak apa-apa. Beritahu Che jangan rungsing”. Kata saya dengan senyum.




-Suka Dipijak Belakang




Che Leh suka diurut badannya, tapi dengan caranya yang tersendiri. Ada dua cara urut yang beliau sukai.




Pertama dengan cara menggunakan siku, di mana beliau akan meminta kita menekan tegasnya menggelek siku kita di atas belakangnya, khsususnya di celah-celah sendi bahunya.




Kedua beliau akan meniarap di atas tikar dan beliau minta kita naik dan pijak-pijak seluruh belakangnya khususnya dengan tumit, daripada tapak kaki sampai ke pangkal tengkuk beliau, kecuai kepala




-Sajidah Terkenang  Mok Dan Che Leh




Inilah cerita Sajidah, anak Ayah Fin, cucu Che Leh:




“Dah suka ikut tengok Arwah Che Leh urut orang, ubt orang patah, ilmu urutan itu Dah ikut hingga sekarang dengan tambah-tambah ilmu teknik mengurut.




Dah selalu teman Arwah Che Leh mencangkul tanam keladi, korek keladi dan makan pengat ubi keladi dan sayur keladi. Teknik cara siang sayur  keladi Dah belajar dengan Mok Munah. Siang habis semua jangan bagi kena air  sebab ia bawa miang dan gatal-gatal . Lepas siang rendam sayur dengan asam keping dan  garam beberapa  ketika  baru basuh dan masak.




Dah kena tunggu kat kedai  gunting Che Leh. Arwah Abah. Che Leh suruh duduk diam-diam, jangan buas. Lepas tu kena marah  sebab Dah kutip rambut  orang hak jatuh-jatuh”.

 



April 2021




Sajidah Ariffin




-Buku Bermutu




Pada suatu hari Che Leh tengok saya [ Ayah Alang] membaca buku Syair Dendan Setia. Buku itu tebal dalam tulisan jawi. Baru saya beli. Beliau mendekati saya dan berkata, “Jin orang tidak baca buku macam ni, terutama  dekat dengan peperiksaan. Nanti kita jadi hanyut, lagha seperti ceritanya. Kalu hendak baca, bacalah buku yang bermutu, supaya kita mendapat faedah”.




-Mimpi Jumpa Para Arwah




Pada kira-pira pertengah bulan April 2021 yang lalu cucu Che Leh, Zawiyah Ibrahim bermimpi bertemu dengan Che Leh dan Che Dah serentak dalam satu masa, dan katanya kedua-duanya meminta beliau mencuci dan mengemas dapur rumah mereka kedua.




Zawiyah amat gembira dengan mimpi itu kerana dapat berjumpa dengan datok dan emak saudaranya Che Doh, dan meminta semua kaum kerabat membaca Fatihah dan berdoa untuk keduanya.




-Baca Al-Fatihah




Pada  suatu hari Arham Zaini [anak Ayah Alang] waktu itu berusia kira-kira lima tahun dengan ditemani oleh saya telah bertemu datoknya, Che Leh untuk membincangkan sesuatu yang telah saya lupa. Pada akhir perbincangan itu, Che Leh sambil memegang cucunya itu berkata, “Awang [Arham  dikenali dengan panggian Awang] jika Che mati  Awang pergilah selalu ke kubur Che tu dan bacalah Fatihah untuk Che”.




Pesanan tersebut masih diingati oleh Arham Zaini dan Alang  sampai ke hari ini.



 DIGIGIT ULAR




AYUH telah mengirim sebuah kisah benar mengenai dia dan CHE LEH. Kerana tulisan itu sesuai disiarkan,tanpa sebarang perubahan  maka tulisan itu disiarkan sepenuhnya.Sekian terima kasih.



Ada satu peristiwa dipatut ular.  yang membuktikan  kebulihan Che Leh merawat patukan ular.




Peristiwa ini berlaku semasa Aruf darjah 5 tahun 1959 ketika belajar  di Kota National Type English Primary School. 

  



Satu petang hampir maghrib Aruf kutip daun kelapa kering untuk dibakar. Tiba-tiba rasa tangan digigit. Bila angkat tangan tergantung sekor ular saiz jari panjang kira kira sejengkal lebih. Oleh kerana gigitan yang kuat tiga kali rentat baru ular jatuh. 

 



Terus raung panggil Che Leh beritahu kena patuk ular. Che Leh yang ada di rumah kerana dah balik dari kedai gunting rambut terus turun ke tempat Aruf. Setelah bertanya dia terus pergi ke tempat lunggukan daun kelapa dan mengais daun dengan tangannya mencari ular tapi tak jumpa mungkin ular dah lari. 




Dari keterangan yang diberi Che Leh bagitau yang gigit tu ular kapak. Setelah lengan diikat supaya bisa tidak merebak. yang masih ingat Che Leh bagi makan bawangmerah dan bawang besar. Yang lain tak ingat. Orang kampung pun dah ramai cuma yang ingat gemulah Abang Mad Kak Nik Nga, Husin Kadir dan gemulah Abang Nor Che Mah. 




Che Leh pergi ambil sejenis ubi dalam semak tepi rumah (tak tau ubi apa) ditumbuk dan tempek tempat gigitan. Kemudian di bubuh minyak dan lain ramuan (tak tau ramuan apa) ditutup dengan kapas dan diikat supaya ramuan tidak jatuh. Pada malam sudah tidak berasa sakit. Tapi masa tu memang ingat mati. 

  



Pada malam perasan Che Leh tak tidur memerhati keadaan Aruf. Esoknya sudah pulih tapi tak pergi sekolah dan hospital pun tak pergi.Sayang sekali tidak ketahui apa penawarnya. 

 



Sebelum dia pergi ke Mekah pada tahun 1974 Aruf tanya Che Leh apakah yang ada dalam bungkusan dalam almari psnjang dekat tiang seri. Che Leh jawab akan beritahu bila dia balik menunai fardu Haji. Beberapa kali ditanya jawapan Che Leh sama tunggu dia balik dari Mekah. Apabila dapat berita Che Leh meninggal dunia di Mekah Aruf buka bungkusan tersebit dan dapati ada kertas dengan tulusan jawi menyebut penawar bisa ular. Cuma tidak dinyatakan samada untuk sapu atau minum. Bungkusan itu diletak semula dalam almari. Kemudian disedari  bungkusan penawar itu sudah tiada dan tidak tau siapa yang mengambilnya.




Kesimpulannya Che Leh ada ilmu ramuan penawar ular dan selok belok mengurus ular berbisa.




Pondok Rahmat




Pasir Tumboh,




Kota Bharu Kelantan Darulnaim.




2 Mei 2021/




20 Ramadhan 1442

 

 



Read more...

>> Saturday, May 1, 2021

 

SALOR

 



PETUA-PETUA 



PENTING 




POK CHU LEH




[Bahagian 7]




Che Leh atau Pok Chu Leh Tok Bomoh telah meninggalkan beberapa petua atau tegasnya berupa peringatan atau panduan penting  kepada anak-anak cucunya di kemudian hari. Beberapa petua penting itu yang sempat diingati ialah:




-Gigi Air




Jika kita mandi di sungai, di laut, di  tasik  dan sebagainya  jangan pijak kaki di atas gigi air supaya tidak terpijak makhluk-makhluk halus yang dipercayai mungkin berada di tempat-tempat seperti itu. Dengan itu dapat menjauhkan kemarahan mereka.




-Jika Panggil Tok Bomoh




Jika kita menjemputl tok bomoh atau dukun atau seumpamannya datang ke rumah cuba perhatikan adakah tok bomoh itu berkata apa-apa ketika menaiki atau masuk rumah kita?




Sebab ada tok bomoh bila memasuki rumah pesakit akan berkata lebih kurang, “Hai rasa serianya [berdiri bulu ruma] dah ini”. Atau kata-kata yang seumpama itu yang menunjukkan dia telah diganggu oleh makhluk halus




Menurut beliau tok bomoh seperti ini biasanya tidak jujur kerana cuba mencari rezeki dengan cara menakut-nakutkan pesakit dan keluarganya.




-Petua Berjalan Dalam Gelap




Menurut Che Leh kalau berjalan di malam yang gelap gelita tanpa membawa karak atau lampu picit [touh light] kita tidak boleh berjalan dengan kepala tunduk ke bumi mencari tempat untuk berpijak dalam keadaan yang gelap pekat itu.




Justeru itu kita hendaklah berjalan sambil banyak melenggak atau mendongak ke atas melihat langit, nescaya pandangan kita akan menjadi lebih  terang dan kita dapat berjalan dengan lebih baik.




Petua ini diberikannya kepada anakandanya Maryan binti  Salleh [Che Su] pada suatu malam yang gelap ketika Che Leh  berjalan bersama beliau.




Sukacita dinyatakan Che Leh kalau berjalan malam hari walau segelap mana sekalipun kerana langit nak hujan beliau tidak pernah membawa lampu picit, tapi terus berjalan dalam gelap pekat. Malah beliau tidak menyimpan sebarang lampu picit walaupun beliau suka berjalan malam.




-Menggali Telaga




Jika kita ingin menggali telaga tentulah kita ingin mencari tempat yang ada air di dalam buminya. Tapi bagaimana caranya untuk mencari tempat yang ada mata air itu?




Che Leh menunjukkan satu cara yang mudah untuk mempastikannya.




Kita hendaklah mengambil sebiji buah kelapa, lalu dibelah dua, dikukurkan isinya, meninggalkan tempurungnya sahaja.




Kemudian pada sebelah malamnya kita hendaklah merugkukkan tempung itu di atas tanah untuk mencari tempat yang berair. Pagi-pagi besok kita hendaklah memeriksa tempurung itu, jika sebelah dalamnya basah, menujukkan tempat itu ada mata air di dalam buminya, tapi jika sebaliknya kering menunjukkan tempat itu tidak berair, dan terpaksa mencari tempat lain dengan cara yang sama pada malam seterusnya.




-Belajar Ilmu Kebal




Pada masa dulu ilmu kebal atau tidak lut dimakan senjata tajam adalah ilmu pertahanan diri yang populer. Orang-orang muda suka benar mempelajarinya.




Pada suatu hari adik saya, Maaruf, panggilan Ayah Aruf atau Anjang memaklumkan kepada Che Leh bahawa dia ingin belajar ilmu kebal. Che Leh memberitahu beliau sebelum belajar ilmu itu, dia hendaklah menguji kekebalan guru itu terlebih dulu di luar gelanggang. Jika dibenarkan dan berjaya barulah balajar tapi kalau tidak, tidak  payahlah belajar.




-Minyak Burung Gok-Guk




Salah satu minyak urut untuk orang patah atau sakit urat ialah Minyak Burung Gok-Guk, iaitu sejenis burung yang dipercayai berkhasiat  untuk tujuan tersebut. Burung itu disembelih dan dimasak dengan minyak kelapa asli untuk dijadikan  minyak ubat.




Burung itu sebelum ditangkap dan disembelih, terlebih dulu diperhatikan cara ia mengubat anaknya yang patah tulang. Caranya ialah tok bomoh akan mengawasi burung itu setelah mamatahkan sayap atau apa-apa angguta burung it, kemudian ibu burung atau bapak burung akan datang merawatnya dengan mengambil daun-daun pokok tertentu dan menyapukan getahnya kepada burung yang sakit itu. Kemudian anak burung itu lumrahnya akan sembuh. Hndaklah dilakukan beberapa kali.




Daun yang digunakan oleh burung itulah mengikut Che Leh sepatutunya diambil untuk dijadikan ubat patah. Tapi oleh sebab cara itu sukar untuk dilakukan, maka tok bomoh terus mengambil jalan mudah menangkap burung itu dijadikan minyak ubat, walaupun tidak menepati cara yang sebenarnya. Walau bagaimanapun sejauh yang diketahui ia bekesan juga.




-Hati-Hati Untuk Menuntut Ilmu




Kebanyakan manusia suka mempelajari ilmu-ilmu yang luar biasa, seperti ilmu ghaib, ilmu boleh berjalan dengan pentas, berjalan atas air, ilmu menunduk makluk manusia atau binatang yang liar dan ganas dan sebagainya.




Berkenaan dengan binatang buas, seperti buaya, harimau atau ular mereka belajar untuk menundukkan haiwan-haiwan itu jika bertemu dan tidak menganggunya.




Walau bagaimanapun  menurut Che Leh sebaik-baik ilmu berhubung dengan binatang liar atau buas, seperti ular dan harimau ialah ilmu menjauh atau tidak bertemu dengannya. Jika tidak bertemu maka sudah  tentu lebih selamat daripada bertemu dan bertarung dengan mereka. Kerana jika kita bertemu dengan mereka binatang-bnatang itu akan menguji kekuatan atau kepintaran kita dalam menentang mereka. Ini sudah tentu akan menyusahkan.




Justeru itu Che Leh mengajar anak-anak cucunya supaya belajar menjauhikan diri daripada bahaya lebih baik daripada mempelajari ilmu yang akan diuji yang berisiko.




Beliau membuat kesimpulan dengan menegaskan, “Berperangai baiklah kemana kamu pergi, insya-Allah kamu akan selamat, itulah sebaik-baik ilmu di dunia”.




Demikian pesan Che Leh kepada anak cucunya menerusi Mohammed Zain [Ayah Alang] pada suatu hari.




JANGAN BERMAIN DENGAN BERUK

 



Pada suatu hari Alang kena cakar oleh seekor beruk penaik kelapa di rumah. Mula-mulanya kita buat tak tahu sahaja, ingat tidak ada masalah. Tapi makin lama makin menyakitkan bekas cakaran kukunya yang bias itu.




Tapi tiab-tiba Che Leh balik ke rumah dan mengetahui masalah tersebut, lalu memberitahu Alang, katanya, “Jin [Zain] bila-bila kalua kena cakar diberuk atau kera, segeralah sapu tempat luka tu dengan ragu [buat peram tapir]. Baiklah ia”. Kebbetulan di dapur masa itu ada ragi yang mok  beli, maka Alang pun terus mengambil dan menyapu di tempat yang terkena cakar itu. Alhamdulillah sekejap sahaja rasa sakit berdenyut hilang.




Che Leh seterusnya memberitahu, katanya ingatlah ada dua binatang yang tidak boleh “main-main”, iaitu binatang beruk dan ular. Kedua-dua binatang ini katanya tidak dengar kata orang, kalau ular kalau dia nak patuk, dia akan patuk, demikian juga dengan beruk, kalau dia nak cakar, dia akan cakar, walaupun dilaranng.




Demikian petua Che Leh.




Pondok Rahnat




Pasir Tumboh,




Kota Bharu, Kelantan Darulnaim.




1 Mei 2021/




19 Ramadhan 1442


 

 


Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP