JANGAN HANTUK KEPALA KE TEMBOK

>> Wednesday, May 27, 2020



JANGAN HANTUK

KEPALA KE TEMBOK

 



JANGAN hantuk kepala ke tembok. Tembok tidak retak, tapi kepala kita yang pecah terburai. Ertinya jangan senghaja mencari nahas nanti diri terbinasa.

 

Ini satu peringatan jika kita ingin mengambil sesuatu tindakan jangan ambil tindakan melulu, yang bukan sahaja sia-sia atau tidak memberi faedah tapi juga boleh membinasakan diri kita sendiri.

 

Ibaratnya jika kita dalam perjalanan ke sesuatu tempat, tiba-tiba ada batu-batu bukit yng runtuh, tinggi menghadang perjalanan kita, apakah yang wajar kita lakukan untuk meneruskan perjalanan? Adakah kita akan menghantuk kepala ke tongkol batu itu  kerana kecewa atau marah? Atau untuk menghancurkan baty itu dengan kepala kita yang telah kemasukan hantu itu?

 

Tentulah langkah wajar yang sebaik-baiknya yang kita ambil ialah  melencung ke jalain lain yang tidak berbatu dan selamat?

 

Bertindak demikian bukan bererti pengecut, tapi itu adalah kebijaksanaan dalam mengatur strateji perjuangan.

 

Ia juga bukan bererti undur ke belakang atau mengaku tewas atau lari dari perjuangan tapi bertindak mencari jalan yang selamat untuk sampai ke penghujung jalan yang menjadi matlamat perjuangan kita.

 

Namun  berapa ramai dari kita yang tidak berundur, tapi terus bertindak menghantuk kepala ke batu, bila ada batu atau tembuk yang menghadang perjalanannya, walaupun dia tahu perbuatannya sia-sia?

 

Berapa ramai yang enggan berganjak, walaupun berada dalam sitiwasi yang tidak mampu ditanggnungnya dan akan berakhir dengan kegagalan dan kemusnahan dirinya sendiri?

 

Sedangkan mereka boleh bertindakan melepaskan dirinya dari sitiwasi yang bahaya dan merugikan itu ke sitiwasi lain yang menggalak dan mempunyai pengharapan?

 

Jangan jadi seperti “anjing menyalak bukit”. Perbuatan yang tidak berfaedah dan tidak wajar. Bukit, tidak akan runtuh hanya suara kita akan pecah bertabur. Menyalak sekali atau dua kali mungkin berpatutan sebagai tanda protes atau membuktikan kita ada di situ. Tapi kalau terus menerus menyalak, ia buksn lagi bijaksana, tapi perbuatan  tolol untuk membencanakan diri sendiri dalam kerja sia-sia yang memang tidak berfaedah dan boleh dielakkan.

 

Langkah yang bijaksana ialah memilih jalan lain yang selamat dan boleh menjamin kita sampai ke destinasi yang dituju.

 

Atau jangan jadi seperti babi tunggal menyududuk ke sana ke mari kerana merasa diri handal dan hebat, tanpa memperduli apa yang disuduk, kaki bukitkah atau umbi pokok cengal, maka yang binasa pastinya bukan bukit atau pokok cengal, tapi muncung babi yang bebal dan dungu itu.

 

Berbuat demikian bukan satu pertanda kegagahan atau keberanian tapi itulah satu pertanda ketololan yang nyata.

 

Kita tidak patut bertindak seperti anjing menyalak bukit atau menyuduk seperti babi tunggal, kerana kita insan yang mempunyai akal dan fikiran yang bijaksana yang dapat mempertimbangkan buruk dan baiknya sesuatu.

 

Andainya pekerjaan kita sekarang tidak serasi dengan hati dan jiwa kita, walaupun dapat menyumbangkan pendapatan yang agak lumayan, tapi ianya tidak menjamin kebahagian hidup kita, maka janganlah kita terus mengikat diri kita dengannya,  kiranya ada peluang untuk melompat mendapat keraja baru yang seusai dan wajar maka jangan teragak-agak untuk memperolehinya.

 

Andainya rakan kongis kita dalam bisnes menjadi batu penaung kepada kita untuk melangkah maju, atau menjadi pengkhianat yang akan memusnahkan karier kita dan juga dagangan yang kita terajui bersama, maka bertindaklah pantas untuk menyingkirkan diri kita daripada pengkhianat-pengkhianat itu. Dengan itu kita akan selamat dan tidak terbinasa dengan sia-sia dalam sitiwasi yang tidak lagi patut kita berada dalam kandangnya.

 

Kalau perahu kita tidak kuat, pengayuh kita tidak utuh, dan kita dalam keadaan capet, kenapa kita memilih jalan sungai yang penuh dengan cabaran, lebih baik kita sadaikan perahu ke tebing sungai, melangkah naik ke daratan, dan meneruskan perjalanan dengan tindakan wajar  ke matalamat yang kita tujui.

 

Kalau kita tidak tahan basah, jangan berumah di tepi pantai, pindah sahaja jauh ke daratan  kerana kita akan merasa lebih selesa.

 

Demikian juga sebaliknya jika kita tidak tahan panas, kenapa berjemur di bawah pancaran sinar mata hari, carilah tempat yang dingin atau sejuk.

 

Ataupun kalau kita tidak tahan panas, kenapa tidak keluar dari dapur?

 

Baginda Rasulullah saw berabda:

“Daripada keelokan Islan seorang ialah meninggalkan barang yang tidak berguna kepadanya”, yang bermaksud setiap orang Islam supaya meninggalkan sesuatu yang tidak berguna kepadanya dalam apa keadaan sekalipun dari kepentingan dunia dan akhiratnya.

 

Tinggalkan yang buruk, ambillah yang baik. Tinggalkan yang keruh, ambillah yang jernih. Tinggalkan kejahatan dengan kebaikan. Jangan sebaliknya, mengambil yang buruk, meninggal yang baik, atau mengambil yang keruh, meninggalkan yang jernih.

 

Baginda Rasulullah saw bersabda:

“Bertaqwalah kepada Allah di mana sahaja engkau berada. Dan ikutilah kejahatan dengan mengerjakan kebaikan, nescaya menghapuskannya”.

 

Justeru dalam hidup yang tidak menentu-kalu ini, kita hendaklah melengkapkan diri kita dengan sewajarnya baik dari segi mental atau fizikalnya untuk menghadapi segala mecam cabaran yang mungkin menghadang perjalanan kita di lautan kehidupan ini.

Kerana perjalanan hidup ini bukan sentiasa terhampar dengan permaidani merah, tapi sebaliknya penuh dengan batu-batu krikil yang tajam di mana andainya kita tidak berhati-hati ketika berjalan  kita mungkin terpijak krikil-krikil itu dan  menyebabkan kaki kita tercedera atau terkoyak.

 

Sesungguhnya dunia ini penuh dengan kesulitan, kekecewaan dan kesedihan yang perlu dihadapi dengan kekuatan, kebijaksanaan dan keimanan yang teguh.

 

Itulah kata ulama, kesenangan sejati yang  pasti hanya setelah kita berada dalam Syurga.

 

Dengan bersenjatakan kebijaksanaan dan keimanan kita akan mampu menghadapi segala halangan yang mendatang dan memang tidak boleh dielakkan lagi, dan ia memangnya telah ditkdirkan begitu.

 

Ketika senang kita bersyukur, dan ketika sukar kita bersabar.

 

Itulah dia perjuangan hidup, dan di situlah letaknya kenikmatan hidup di dunia yang fana ini.

Selamat berjuang dan berjaya.

 

Pondok Rahmat

27Mei 2020/

4 Syawal 1441.


Read more...

AIDILFITRI DISAMBUT MERIAH

>> Sunday, May 24, 2020

 

AIDILFITRI DISAMBUT MERIAH

 

 


Safayi Dan Keluarga


ALLAH jadikan setiap sesuatu itu berpasangan dan berlawanan. Justeru itu bertemu dan berpisah adalah adab kebiasaan dunia yang fana.

 

Seperti lumrah di hujung Ramadhan pada hari ini  Aidilfitri telah berkunjung tiba mengambil tempat Ramadhan yang terpaksa berlalu.

 

Seperti biasa juga ketibaan Aidilfitri lebih menyuburkan percambahan ingatan dan  kenangan kita kepada mereka yang kita kasihi  yang tidak ada lagi di sisi.

 

Dalam kenangan muncul wajah-wajah atau gambaran-gambaran yang hanya boleh diraba dengan perasaan dan disentuh dengan hati, tapi tidak boleh dipegang dengan tangan.

 

Ia hanya merupakan mimpi-mimpi yang timbul tenggelam untuk menghiasi arus masa yang terus menapak ke hadapan.

 

Namun begitu Aidilfitri hari ini disambut dalam suasana meriah walaupun terikat di mana pergerakan kita terbatas oleh peraturan dan undang-udang [PKP/PKPB} yang menghadang kebebasan pergerakan kita akibat wabak Convid19. Tujuannya ialah untuk membendung perkembangan wabak Convid 19 daripada terus merebak.

 

Aidilfitri disambut untuk membuktikan hari kemenangan kita dalam perjuangan menunaikan ibadat puasa serta bertujuan untuk mengagungkan kebesaran Allah SWT.

 

Tidak seperti setiap tahun di masa-masa yang lalu,tidak ada tetamu, baik rakan atau saudara yang jauh dan dekat berkujung ke rumah, dan kami pun tidak mengadakan rumah terbuka pada Aidilfitri kali ini.

 

Namun begitu anak-anak yang tinggal berhampiran datang membawa cucu-cucu  beraya di rumah.

 


Ahmad Faris dan  Keluarga




                                                            Ahmad Syaibani dan Keluarga

Mereka ialah Safayi  dan isterinya, Noor Baiti Zaini serta anak-anak [ tuan rumah], Ahmad Faris Zaini dan isteri Azaliza dan anak-anak, dan Ahmad Syaibani Zaini dan isteri Amalina dan anak-anak yang baru mendapat anak.


Walaupun bilangan kami tidak ramai, hanya beberapa orang sahaja. tapi kami mengambil kesempatan mengadakan solat sunnah Aidilfitri di rumah yang diimamkan oleh Ahmad Syaibani.

 

Inilah pertama kalinya kami mengadakan solat Aidilfitri di rumah, selepas mengadakan solat trawih sepanjang bulan Ramadhan.

 


Khutbah Aidilfitri menyeru kita umat Islam membantu  pihak berkuasa dalam membendung Convid 19 dengan mematuhi peraturaan dengan tinggal di rumah dan menjaga kebersihan diri masing-masing.

 

Khutbah Aidilfitri ini di akhiri dengan seruan supaya kita semua menadah tangan dan berdoa kepada Allah:

 

                                                Arham Zaini dan keluarga dari KL tak dapat hadir

“Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim

 Engkau ampuni dosa-dosa kami

 Engkau rahmatilah diri kami, keluarga kami, negara kami serta seluruh umat Islam di dunia.

 Ya Allah selamatkan kami semua dari Corona Virus., Ya Allah selamatlkan kami semua di dunia dan akhirat.

 Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim

 Engkau berilah kekuataan, kecekalan dan kesabaran kepada kami untuk menghadapi dugaan-Mu yang berat ini

Kami bermohon kepada Mu Ya Allah “Lindungilah Kami”, Selamatkanlah kami, Sejahterakanlah hidup kami”.

 

Allahu Akbar

Allahu Akbar

Alllahu Akbar

Laillahaillah Wallahu akbar

Allahukbar Walillahilhamd”..

 

Sekian. 



Pondok Rahmat

1 Syawal 1441/

24 Mei 2020




Read more...

GENIUS TAPI TIDAK BIJAKSANA

>> Thursday, May 21, 2020



BIKASANA TAPI TIDAK BIJAK

SEPANJANG WAKTU..........

 

GENIUS mengikut perkamusan adalah seorang yang mempunyai bakat yang luar biasa dalam sesuatu perkara, seperti matematik, sains dan sebagainya. 

 



                                  Kulit Buku Albert Einstein


Tidak banyak hamba Allah yang dikelaskan sebagai genius atau bijaksana dalam dunia ini dari sejak dulu hingga sekarang. Ia boleh dibilang dengan jari.

 

Dari segi perbandingannya mungkin dalam jutaan orang penduduk dunia hanya terdapat seorang sahaja yang bijaksana sejak semula jadi kurniaan Allah atau genius.

 

Antara yang tidak ramai golongan yang genius itu salah seorang daripadanya ialah seorang  hamba Allah yang dikenali dengan nama Albert Einstein. Beliau adalah seorang ahli sains yang terunggul di dunia.

 

Beliau berbangsa German, tersohor kerana Theory Relativitynya, sebuah tiori yang terkemuka di bidang sains, iaitu mengenai ruang dan masa.


Di sampng itu ada lagi tiori-tiori sains yang lain yang ditunjulkan oleh beliau.

 

Albert Einstein telah menulis sebuah buku khusus mengenai tiorinya itu berjodol  RELAVITI pada tahun 1916.

 

Menurut beliau kelajuan perjalanan cahaya ialah 186,000 batu sedetik atau satu second. 

 

Beliau adalah bekas Mahasiswa University  Zurich, [1905], Switerzland. Sebelum itu beliau adalah bekas pelajar kolej Federal Polytechnic School di Zurich.

 

Seperti  bakal-bakal pelajar lain juga beliau terpaksa menempuh peperiksaan khusus untuk kemasukan pelajar ke kolej.

 

Tapi pada peperiksaan kemasukan pelajar  yang pertama beliau telah kecewa dan terpakasa menempuh peperiksaan kali kedua baru berjaya memasuki kolej tersebut.

 

Ini dikatakan bijaksana tidaklah bijak sepanjang waktu, atau genius tidaklah genius sepanjang masa. Adalah sukar untuk mempercayai seorang yang genius boleh gagal menempuh peperiksaan tersebut?


Kalau Albert Einstein masih hidup, dia sekarang [2020] seorang tua bangka, berusia 141 tahun, kerana beliau dilahirkan pada 14 April 1879, dan telah meninggal 65 tahun yang lalu, iaitu pada 18 April 1955.

 

Beliau lahir di suatu tempat dikenali dengan nama Ulm di German dan meninggal di sebuah hospital yang termasyur di Amerika, iaitu Medical Princeton Medical Center, New Jersey.

 

Sebagai mengenang jasa-jasanya yang cemerlang itu beliau telah dianugerahkan Novel Prize in Physcic, pada tahun 1921.

 

Sekian, secebis catatan mengenai tokoh Albert Einstein.

 

Pondok Rahmat

21 Mei 2020/

28 Ramadhan 1441


Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP