BISIKAN SENJA

>> Monday, March 16, 2020




BISIKAN SENJA

AHAD,15 MAC, 2020……..

 

Senja telah melabuh tirai
Tabir malam akan menutup senja
Sepi di hujung desa
Diuli manja unggas mergastua
Selamat malam
Hati menimba hiba
Di sisi tuhan mu menimba kasih
Dalam sepi senidirian
……………………………….
Aku mendengar bisikan
Ucapan salam dari pintu dunia

Yang tidak berselak
Salam dijawab

Hati dijamah gembira
Anak-anak saudara

Dan cucu-cucu sudi berkunjung

Bawa barkah diambang malam

Terasa kembang kelopak hati

Macam rimbum dicucuri  embun pagi

“Sila-sila sila-naik” jemput paman di kepalatangga

Hati bertambah kembang.

Ya petang ini orang tua itu menerima kunjungan hormat daripada anak-anak suadara dan cucu-cucu saudaranya daripada sebelah kakaknya Allahyarhmah Cikgu Zubaidah, yang diketuai oleh Azlan dan Arma Wati.

Anak-anak saudaranya itu terdiri daripada Azlan dan Arma Wati Abdul Rahman bersama dengan keluarga masing-masing.

Mereka semua terdiri dari Azlan dan isteri Azimah.

Cucuanda Amirah,suami Ahmad Taufiq dan putera Haikal Amin.

Cucu saudara,Aimi dan suami Firdaus.

Dan anak saudara Armawati,suaminya Razlan dan puteranya Zarif.

Selamat datang anak-anakku, selamat dating!

Malam telah  gerimis

Membawa seribu makna

Semoga aman semuanya

Di sejadah Tuhannya.

Mereka sebenarnya baru pulang meraikan majlis menyambut menantu saudara kami Darma Wani dan Adnan di kediaman mereka di Taman Guru.

Kedua pengantin terdiri dari Ahmad Kamil Hj. Adnan dan Siti Nor Syafiqah bt Ibrahim.

Selamat pengantin baru turut diucapkan. Semoga kekal bahagia selama-lamanya.



Pondok Rahmat
15 Mac, 2020


Read more...

MALAM YANG SAKIT

>> Sunday, March 15, 2020




MALAM YANG SAKIT

[Bisikan Dari Ranjang Tua]

PADA umumnya setiap hari itu Allah Rabu Alamain bahagikan kepda dua bahagian, siang dan malam dengan tujuan masing-masing.

Siang nntuk bekerja mencari rezeki atau mencari kehidupan, sedangkan malam untuk tidur dan berihat-rihat melepaskan
di siang hari.

Kita hidup dalam dua masa tersebut, siang atau malam, atau sebhagian dari siang dan sebahagian dari malam.

Sepanjang hari dibahagikan kepda 24 jam, separuh siang hari dan separuh lagi malam malam.

Tiada siang atau malam, maka tiadalah masa hidup kita.
Setiap orang mempunyai masa yang sama banyak  saban hari, tidak berlebih dan tidak berkurang.

Namun begitu orang yang bijakpandai sahaja yang dapat menguruskan masanya dengan wajar, kerana itu semua masanya memberi faedah kepadanya, dan kelihaan dia mempunyai masa yang mencukupi untuk mengurus kepentingan dirinys sendiri dan juga orang lain.

Tidak ada perebutan masa dalam perubahan siang atau malam. Bila malam menjelma, maka hari siang pun dengan senang hari berlalu, dan seblaikya bila tiba waktu siang, maka  waktu malam beranjak dengan senang hati bersama dengan puteranya sang mataharinya.

Dalam hal ini, tanggapan sseseorang terhadap sesuatu masa tidaklah sama, malah berbza-beza, tergantung kepada perasaan, mood, sikap, dan gerak hatinya.

Justeru itu dalam keadaan masa yang serupa, waktu yang sama tapi manusia mungkin merasa berbeza kesan terhadap dirinya, sseperti sedih, suka, gembira dan sebagainya.

Justeeru itu ada orang yang merasa masa yang diperolehinya itu terlalu panjang menimpakan problem kepadanya, dan ada pula merasa yang dimiliknya itu terlalu pendek, menyebabkan dia tidak berkesempatan melakukan apa yang diperlukannya.

Telah dikatakan perkara ini lebih banyak bergantung kepada perasaan, mood dana jiwa seseorang yang sedang mengalami sesuatu masa itu, kalau dalam keadaan kepayahan, seperti sakit atau kerugian harta seseorang mungkin akan merasanya terlalu panjng atau lambat berlalu, malah mungkin merasaaaaa tidak berganjak-ganjak lagi.

Sebaliknya jika manusia berada dalam keadaan senang atau gembira ia akan merasaa masanya terlalu sempat beerlalu sehingga dia bersekesempatan untk menikmatnya,

Walau bagaimanaaaaapun, kepada orang-orang yang beriman dan sabar, sebarang keadaan masa tidak dapat mempengaruhi keadaan mereka, kerana mereka sntiasa mengingati Allah dan berpegang teguh dengannya. Mereka sentiasa berasa di samping Allah.

Justeru itu janganlah lupa untuk berdoa sepanjang masa, termasuk doa-doa yang diajar oleh Rasulullah saw waktu henddak tidur, termasuk membaca tiga surah,baik untuk orang tua, orang muda, lelaki perempun,sihat dan sakit, surah-surah  ialH:

Al-Ikhlas:
Maksudnya:Es
Katakanlah [wahai Muhammad], “Tuhanku ialah Allah Yang Maha Esa,
Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak dipernakkan,
Dan tidak ada sesuatu yang serupa dengan Nya”.

2:Alfalaq:
Maksudnya:
Katakanlah wahai Muhammad, “Aku  berlindung kepada Allah Tuhsn ysng menciptakan sekalian makhluk,
Dari bencana mahluk-makhluk yang Ia ciptakan;
Dari bahaya gelap apabila ia masuk;
Dan dri kejahantan makluk yang menghembus-hembuskan pada simpulan dan iakatan-ikatan;
Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya

3.An-Nas
Maksudnya:
Katakanlah wahai Muhammad, “Aku berlindung kepada Allah pemelihara sekalian manusia;
Yang menguadai sealian manusia;
Tuhan yang berhak  disembah oleh sekalian manusia
Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam;
Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia,
Iaiatu membisik dan me nghasut dari kalangan jin dan manusia”.

Sekian sekadar renungan jua/

Pondok Rahmat
15 Nac 2020

Read more...

KENAPA ORANG TUA BERCAWAT KOTEL??

>> Friday, March 13, 2020



KENAPA ORANG TUA BERCAWAT KOTEL??

Pamper ialah cawat, iaitu pakaian dalaman yang biasanya digunakan oleh bayi dan kanak-kanak.

Tujuannya ialah melindungi kanak-kanak atau bayi daripada dikotori oleh najisnya sendiri, kerana bayi tidak mampu mengawal atau memberitahu bahawa dia ingin membuang najis besar atau kecil.

Justeru itu sebelum pamper  terdapat di pasaran negara ita, paras ibu bapa menggunakan kain khas yang digunting  mengukut kegemaran masing-masing untuk dijadkan kain cawat atau lampin bayi. Biasanya kain yang meresap air dan berwarna putih.

Dulu tidak ada cawat atau pamper untuk orang-orang tua yang uzur. Justeru itu mereka yang mengalami problem pebuang air besar atau kecil biasanya diletak atas tikat dan di lantai jarang untuk tujuan tersebut/

Pada masa dulu  umumnya seluruh rumah-rumah di di kampong desa dibina tinggi dari permukaan bumi, kerana itu mudah dipergnakan untuk berbagai-bagai tujuan seperti membina lantai jarang tersebut.

Pada masa itu cawat-cawat yang besar untuk kegunaan orang dewasa masih belum dicipta, sedang ynag kecil untuk bayipun baru tercipta.

Tapi bila cawat besar melimpah di pasasran, maka ramailah orang-orang yang memberinya untuk orang-orang dewasa khususnya yang uzur.

Namun hakikat yang sebenawrnya pengguna, an cawat-cawat ini walaupun berfaedah, baik utnuk kanak-knak ataupun dewasa, tapi pada pada sebanahgian besarnya tidak memberi keselesaan kepada penggunanya.

Ertinya kalau tidak terpakasa, mereka tidak beratan untuk menolak penggunaannya.

Yang paling tidak menyenangkan ialah peggunanya tidak merasa begitu selesa  di sekitar kemaluan kerana terasa hangat kalau agak panjang memakainya dalam sesuaut waktu.

Itulah barangkali rahsiaa sebenarnya bila bayi atau kanak-kanak dipakai atau hendak dipakaikan cawat mereka memberontak atau menangis untuk menolaknya.

Kasihan bayi kerana tidak pandai berbicara menyamapaikan protes mereka.

Pondok Rahmat,
13 Mac, 2020

Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP