BEERSEDERHANA UNTUK SIHAT

>> Tuesday, January 19, 2016






BERSEDERHANA UNTUK SIHAT



Setiap orang yang waras ingin hidup sihat. Kesihatan itu penting sekali. Hanya dengan memiliki kesihatan sahaja kita dapat berfikir, bekerja dan melakukan apa yang kita kehendaki dengan sebaik-baiknya termasuk usaha-usaha ibadat.




                                 Kerja boleh menyihatkan badan


Sebaliknya orang-orang yang sakit, khususnya sakit kronik, pergerakannya terbatas, mereka tidak dapat bekerja dengan sewajarnya, malah mungkin terlentang di pembaringan di mana hidupnya dikendalikan oleh orang lain.


Jangan kita lupa, selain makan minum dan pergerakan badan, banyak lagi perkara-perkara yang sentiasa memberi sumbangan kepada kesihatan kita, baik kita sedari atau tidak sedari. Faktor-faktor ini penting dalam menentukn kesihatan kita.


Keseluruhan hidup kita setiap hari, makan minum kita, tidur bangun kita, gerk-geri kita semuanya mempunyai pengaruh yang penting terhadap kesihatan kita.


Demikian juga dengan cara kita berfikir, cara kita membuat keputusan, menentukan sikap, bertindak dan sebagainya sudah tentu mempunyai pengaruh yang besar terhdap taraf kesihatan kita.


Fikiran-fikiran yang positif, yang membina, fikiran-fikiran yang mulia, sabar, tenang, bertolak angsur, pemurah, lapang dada, sederhana, semuanya akan memabantu kita untuk mencpai kesihatan yang baik.

Tapi fikiran-fikiran negatif akan menimpakan kebinasan kepada diri kita, kerana ia akan merosakkan bahan-bahan binaan yang ada dalam badan kita. Justeru itu jangan biarkan ketakutan, kebimbangan, keraguan, kebencian, permusuhan, kedengkian, rakus, sombong dan sebagainya bermaharajalela menguasai diri kita dan daya berfikir kita, kerana semunya akan berakhir dengan kebinasaan.

Hati-hatilah, lambat atau bangat, cepat atau lama, kesan-kesan fikiran yang negatif itu akan merosakkan mana-mana bahagian anggota badan seseorang, walapun sekuat mana atau sesasa mana pun bentuk badan seseorang itu, ahli bina badan sekalipun.

Keadaan menjadi tambah buruk, jika seseorang itu terlibat dalam penggunaan dadah, arak, rokok, berzina dan seumpamanya. Lebih cepat kemusnahan akan menimpa jika dilakukan secara yang berlebihan atau melampau.


Satu perkara yang patut kita sentiasa ingat kunci kesihatan yang baik ialah bersikap sederhana. Bersederhana dalam semua perkara. Sikap sederhana akan menjadi kayu ukur untuk menentukan keseluruhan kesihatan kita untuk masa kini dan akan datang. Jika kita bertindak melampaui batas ancaman bahaya akan sentiasa menunggu kita dengan sengatnya yang berbisa. Jangan biarkan sikap melampau merosakkan diri kita.


Kesihataan itu adalah segala-galanya untuk kita untuk hidup dengan normal dan sejahtera lahir dan batin.


Jangan jadi seperti lelaki ini yang saya kutip daripada buku. karya Harold Sherman, katanya: Beliau telah bertemu dengan seorang lelaki di suatu mjlis ramai yang telah pun mati kerana penyakit bengkak paru-paru [emphysema]. Lelaki itu bercakap dengannya sambil mengunyah cerut yang berukuran besar.


Lelaki itu berkata kepadanya, “Doktor memberi tempoh enam bulan kepada saya untuk hidup”


Bertanya Harlod Sherman, “Adakah doktor tidak memberi nasihat kepada anda supaya berhenti merokok?”.


“Setan. Memang ada”. Jawab lelaki itu.


Bertanya lagi penulis itu, “Berapa banyak anda menghisap rokok setiap hari?”.


Lelaki itu menjawab, “Antara dua hingga tiga kotak rokok sehari, dan mungkin pula beberapa batang cerut lagi”.


Penulis buku berkata lagi, “ Anda nampaknya tidak peduli anda hidup atau mati”.


Lelaki itu menghisap cerutnya dan menghembuskannya ke dalam udara, sambil mengangkat kedua bahunya, dan berkata, “Merokok adalah salah satu daripada sedikit keseronakan yang masih tinggal kepada saya. Oleh itu jika saya  mati sebulan atau dua bulan lebih cepat, ada apakah bezanya?”.


Seterusnya Harlod Sherman membuat kesimpulan bahawa berusaha untuk menyembuhkan orang seperti itu adalah sia-sia belaka. Sesiapa yang bertindak melulu  seperti itu terhadap ciptaan Allah akan mengalami nasib yang sama.


Saya juga pernah bertemu dengan seorang lelaki yang meghidap penyakit jantung. Doktor menasihati supaya berpantang daripada memakan makanan-makanan tertentu. Tapi dia tidak senang dengan larangan doktor itu. Dia tidak berpantang, dia lantak apa sahaja yang hendak dimakannya, termasuk makanan berlemak, masin dan terus juga merokok. Akibatnya daripada penyakit jantung, dia mendapat beberapa jenis penyakit lagi. Tapi dia masih juga belum bersedia untuk berpantang. Katanya hidup ini mesti dinikmati, maka kenikmatan itulah yang dicarinya. Apa pendapat anda tentang orang ini? Adakah tindakannya itu wajar?


Tapi jangan pula lupa, untuk hidup sihat, kita hendaklah hidup bersederhana dalam semua perkara. Termasuk makan minum. Juga kita mesti berfikir positif dan hidup dengan positif, Jangan dibiarkan fikiran negatif, perasaan negatif dan tindakan negatif mewarnai hidup kita, kerana semuanya akan meracuni hidup kita. Kedua-duanya saling kait mengait antara satu sama lain. Sederhana dan positif.


Namun begitu Allah Maha Berkuasa. Dialah penentu segala-galanya. Berserahlah kepada Allah dalam semua perkara, dan redalah di atas takdir yang ditentukan-Nya.



Lorong Masjid al-Qasimi,
Kampung Kubang Siput,
Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.




Read more...

LADA;ANTARA BAIK DAN BURUK

>> Sunday, January 17, 2016





LADA: ANTARA BAIK DAN BURUK




LADA adalah sejenis tumbuhan yang buahnya rasa pedas. Ia merupakan sebahagian daripada begitu banyak buah-buah tanman yang boleh dimakan.


Lada ada mempunyai berbagai-bagai bentuk rupa dan juga warna. Ada berbentuk bulat, panjang, berwarna hijau, biru muda dan merah.




 Ia dicampur dalam masakan sebagai penyedap rasa. Dibuat sos atau sambal untuk dijadikan penyicah atau sambal lada untuk menambah selera makan.


Lada telah dijeniskan sebagai sebahagian daripada herba yang digunakan untuk merawat penyakit-penyakit yang tertentu.


Tahap kepedasan  antara lada-lada adalah berbeza, walaupun dari jenis lada yang sama. Walau bagaimanapun lada yang terkenal pedas ialah adalah jenis kecil, yang dikenali sebagai lada tahi burung, lada cengek, lada api atau cili padi. Walaupun kecil, tapi lada ini mempunyai harga yang tinggi kerana nilai kepedasan yang membuka selera untuk makan.


Di kalangan orang-orang kampung, lada merah pula digunakan untuk mencegah daripada bahaya makanan-makanan yang terdedh pada pencemaran atau kekotoran.


Caranya sangat mudah iaitu dengan jalan menabur serbuk lada di atas makanan yang kotor itu. Insyallah dengan berbuat demikian, mereka yang terpakasa memakan makanan yang kotor iu akan terselamat dari jangkitan kuman.


Lada atau cili juga digunakan oleh orang-orang tua kita untuk mengubati demam, muntah-muntah, penyakit taun dengan jalan memakannya.


Dalam hal ini saya terkenang sebuah kisah yang berlaku di kampung, di mana seorang wanita yang merasa amat marah terhada seorang wanita lain yang meluahkan kata-kata yang amat menyinggung perasaannya. Pada suatu kesempatan wanita yang marah itu telah meramas lada padi dalam tangannya dan menggenyeh atau menggosok dengan kasar mulut wanita yang mencetuskan kemarahannyan itu.


Bahaya Lada


Tapi awas lada juga jika dimakan secara berlebihan boleh menimbulkan kesan-kesan yang tidak baik, khususnya pada fizikal.


Orang-orang tua kita percaya makan lada secara berlebihan boleh menyebabkan penyakit buasir.
.

Malah pengidap penyakit busir harus berpantang daripada makan makanan berlada atau pedas kerna boleh menyebabkan mereka merasa kesakitan ketika membuang air besar.


Mereka juga percaya lada boleh menyebabkan penyakit mulut, iaitu pecah-pecah lidah, dan pipi di sebelah dalam dan sakit dalam tengkok [ulser].


Mereka percaya lada boleh merangsangkan penyakit resdung atau seduan. Antara gejala-gejalanya sakit kepala, hidung tersumbat, berbau busuk dan gatal-gatal pada mata dan hidung.


Lada boleh merosakkan suara.


Keadaan akan menjadi lebih mengancam kiranya sambal lada dikenakan dengan belacan untu lebih nenberangsangkan selera.


Adalah juga dipercayai makan lada yang berlebihan kepada kanak-kanak yang masih kecil boleh membantuk pertumbuhan fizikal mereka.


Makan Lada


Ada beberapa cara cili digunakan untuk kenikmatan selera makan manusia. Antara caranya memasukka cili dalam masakan, seperti  masakan sayur dan gulai, memakan bersama dengan sup dengan menabur lada yang telah dipotong halus  ke dalam kuah sup, makan dengan budu atau kicap, buat sambal lada, buat sos dan sebagainya.


Sebanyak mana lada itu perlu digunakan tidaklah dapat dipastikan, kerana tergantung kepada kekuatan pedas lada, dan ketahanan seseorang terhadap kepedasan lada.


Walau bagaimanapun bersederahanan dalam penggunaan lada amatlah baik, seperti juga bersederahanan menggunakan bahan-bahan yang lain. Biasanya penyakit-penyakit kronis itu berpunca daripada tindakan melampau orang-orang yang berkenaan, dari segi makan minum, perbuatan dan sebagainya.


Saya akhiri tulisan ini dengan kiasan, “Siapa makan lada, dialah yang merasa pedas”, yang membawa maksud “Siapa berbuat salah dialah yang akan merasa tersindir”.



Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg. Kubang Siput,Pasir Tumboh,
Kota Bharu Kelantan, Malaysia.



Read more...

BILA SANG SUFI BERCINTA

>> Thursday, January 14, 2016






BILA SANG SUFI BERCINTA









SUFI adalah manusia yang dekat dengan Allah. Justeru banyak perkara-perkara ganjil, bercanggah dengan kebiasan, berlaku di sekitar ahli-ahli sufi, malah perkara-perkara yang tidak masuk akal dan dianggap kramah juga sering berlaku.


Saya ingin membawa anda mengikuti sebuah episod cinta yang menarik tentang seorang ahli sufi.


Sang Sufi ini pada suatu masa telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang  gadis yang sangat dicintainya. Gadis itu seorang wanita biasa yang cantik jelita.


Tidak lama kemudian, di luar dugaan sama sekali, isteri yang sangat dicintainya itu diserang penyakit cacar. Penyakit ini menyebabkan wajahnya yang cantik itu bertukar menjadi hodoh dengan parut-parut cacar menyelimuti seluruh tubuhnya.


Isterinya merasa amat bimbang, dengan perubahan yang berlaku itu, dia tidak lagi disayangi oleh suami yang dicintainya itu. Dia bimbang suaminya akan berubah hati.


Perasaan yang berkecamuk di hati isterinya itu dapat dirasa oleh Sang Sufi yang amat menyayangi isterinya itu.


Pada hari yang sama juga Sang Sufi memberitahu entah kenapa matanya tiba-tiba meeeerasa amat sakit, dan beberapa hari kemudian pula memberitahu kepada keluarga matanya telah buta. Dia tidak dapat melihat apa-apa lagi dan berkelakuan seperti orang buta.


Beberapa tahun kemudian isterinya meninggal dunia. Pada hari yang sama, Sang Sufi memberitahu matanya tiba-tiba telah sembuh dan dia telah dapat melihat semula seperti biasa.


Orang-orang yang mendengar kata-katanya itu, iaitu keluarga dan kawan-kawannya merasa ajaib, bagaimana perkara itu boleh berlaku sebegitu rupa?


Kata mereka bagaimana perkara tersebut boleh berlaku secara kebetulan sebegitu rupa, iaitu pada hari isterinya jatuh sakit, tiba-tiba dia menjadi buta, dan pada hari isterinya meninggal pula matanya tiba-tiba menjadi sembuh dan boleh melihat kembali seperti biasa?


Kepada pertanyaan tersebut Sang Sufi dengan tenang menjawab. Dia sebenarnya tidak buta langsung, tapi pura-pura sahaja buta, dengan tujuan untuk mengelak isteri yang disayanginya itu berfikir bahawa dia bukan lagi  isteri yang cantik di mata suaminya, dan tidak lagi meyayanginya  seperti sebelum itu.


Adakah mana-mana lelaki khususnya para suami hari ini yang sanggup berkorban sejauh itu runtuk memelihara hati isterinya yang dicintai?


Rahmat besarlah andainya ada para isteri yang memiliki suami yang begitu prihatin terhadap sentuhan perasaan dan hati mereka.



Lorong Masjid al-Qasimi,
Kampung Kubang Siput,
Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan.






Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP