SHAH ALAM WAKTU MALAM

>> Saturday, November 2, 2013





SHAH ALAM WAKTU MALAM

Allah jadikan malam dan siang. Kedua-duanya ada mempunyai keistimewaan. Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Siang  untuk membuka mata, bekerja,  mencari rezeki dan berbgai-bagai aktiviti lagi, sementara malam  untuk berihat dan tidur, dan juga untuk lebih mendekatikan diri kepada Allah untuk mencari keredaannya di keheningan malam.
 



Walau bagaimanapun malam lebih mistrius dari siang. Memiliki lebih banyak rahsia. Lebih keindahan untuk dinikmati. Lebih-lebih lagi kalau tinggal di desa-desa ketika rangbulan sedang berkembang di dada langit biru yang terang benderang.


Suasana malam di desa akan menjadi hidup. Meriah. Riuh rendah dengan suara anak-anak, para remaja memecah kesepian malam. Ditingkah dengan suara unggas-unggas malam. Dendangan pungguk mendayu-dayu merindukan bulan.

Tapi di bandar-bandar dan di kota-kota  tidak ada kenikmatam malam seumpama itu. Bulan tidak terpandang lagi di dada langit biru. Kerana di diterangi oleh lampu-lampu yang gemerlapan, menerangai pinggir-pinggir jalan, bangunan-bangunan dan taman-taman dan tempat-tempat hiburan yang memang dihidupkan di waktu malam. Semuanya bermandikan cahaya.

Demikianlah semalam. Selepas berurusan di TTDI, [Taman Tun Dr. Ismail] kira-kira pukul 11.00 malam, kami berputar-putar sedikit meninjau dan menikmati Shah Alam di waktu malam yang bermandikan cahaya lampu yang gilang gemilang. Bersama kami ada dua orang tamu yang dihormati, sepasang suami isteri dari Indonesia, S. Norhan dan isterinya S. Qisth.

TTDI adalah  sebuah kawasan perbandaran yang utama di Kuala Lumpur, terletak bersebelahan Bukit Kiara dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Nama TTDI diberikan sempena nama Tun Dr. Ismail, Timbalan Perdana Menteri Malaysia 1970. Ia dihuni oleh golongan menengah peringkat atas.




Sementara Shah Alam pula sebuah Bandar Raya ibu negeri Selangor  Darul Ehsan. Ia dibuka khusus pada tahun 1963 untuk dijadikan ibu negeri Selangor Darul Ehsan . Dulunya ladang kelapa sawit dan dikenali dengan nama  Sungai Renggan. Luasnya kini ialah  290. 3 km persegi. Letaknya antara Klang dan Petliang Jaya. Kira-kira 25 km dari Kuala Lumpur arah ke Barat Daya. Shah Alam menobatkan bunga Anggrik sebagai bunga rasminya. Justeru itu ia dikenali dengan nama timang-timangan Bandar Raya Anggerik.

Dalam perjalanan pulang itu kami singgah di Masjid Negeri Selangor. Inilah kali pertama kami singgah pada waktu malam untuk menikmati keindahannya. Biasanya kami solat di masjid ini di waktu siang hari, solat Zohor atau Asar. Di kawasan masjid agak gelap walaupun ada lampu-lampu yang di pasang di tiang-tiang yang terpancang rendah dan tinggi di sekitar masjid.




Masjid Negeri Selangor dinamakan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sempena nama Baginda Sultan Selangor pada masa itu, dirasmikan pada 11 Mac 1988 [23 Rejab 1408 Hijriah]. Menjadi lambang kedaulatan Islam di Negeri Selangor. Masjid yang kedua terbesar di Asia Tenggara, iaitu selepas Masjid Istiqalal di Jakarta, Indonesia. Dapat menampung jemaah solat sebanyak 20,000 orang semasa.

Daripada empat buah menara masjid itu hanya sebuah yang dihidupkan lampu malam tadi, dan kubahnya juga dipasang lampunya. Kubah Masjid Negeri Selangor DE ini  merupakan kubah yang terbesar di dunia. Lampu-lampu yang dipasang itu boleh mencetuskan aura keindahan dan kekududan malam di sebuah masjid yang sentiasa dilimpahi rahmat Ilahi. Ia mencetuskan ingatan kami kepada Masjid Madinah.

Dari situ kami terus pergi ke I-City untuk melihat lampu-lampunya yang bersinar gemerlapan seperti di siang hari. Lampu-lampu warna warni yang dibentuk dalam berbagai rupa dan wajah yang mempersonakan.

I-City Shah Alam ini semacam sebuah bandar cahaya yang memancar dari lampu-lampu warna warni yang dibina dalam berbagai-bagai bentuk, seperti haiwan dan pokok-pokok yang akan memukau para  penontonnya. Ia terletak di Seksyen 7, di sebelah jalan Persekutuan, Shah Alam. Ia dibina atas tapak seluas 72 ekar, dan ramai dikunjugi oleh para kembara dari dalam dan luar negara. Pengunjung-pengujung akan melimpah pada musim cuti persekolahan setiap tahun.

Justeru hari telah agak larut, besok masih ada acara-acara penting yang perlu dihadiri, kami tidak masuk ke bandar I-City untuk bermandi cahaya lampunya. Kami hanya berhenti di muka pintu gerbang  untuk pejalan-pejalan kaki berlegar-legar dan berfoto. Kami merakamkan beberapa pos di situ sebagai kenangan.

Inilah kali kedua saya ke I-City. Kali pertama kira-kira dua tahun yang lalu, tapi tidak juga sempat masuk, kerana hujan lebat turun mencurah-curah.




Selepas berfoto kami tidak ke mana-mana lagi. Anak kami, Arham Zaini yang memandu kereta terus membawa kami pulang ke rumah di Saujana 3, Sungai Buluh, dan sampai ke rumah menjelang pukul satu malam.

Sesungguhnya kami harap kami tidak akan lupa dengan kekuasaan Allah yang Maha Besar menjadikan malam dan siang silih berganti. Perhatikanlan firman-firmannya tentang Malam:

-“Dialah yang menjadikan malam bagimu agar kamu beristirehat padanya dan menjadikan siang terang benderang. Sungguh yang demikian itu terdapat tanda-tanda [kekuasaan Allah] bagi orang-orang yang mendengar”. S. Yunus 67.

-“Dia menutupkan malam kepada siang. Sungguh pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda [kebesaran Allah] bagi orang yang berfikir”. Ar-Ra’d: 3.

-“Dan Kami menjadikan malam sebagai pakaian”.- An-Naba”: 10.

- “Dan Dia menjadikan malamnya [gelap gelita], dan menjadikan siangnya [terang benderang}”.- An-Nazi’at: 29.

-“Demi malam apabila menutupi [cahaya siang]”. S. Al-Lail: 1.

- “Dan demi malam apabila telah sunyi”. –Ad-Duha: 2.

Walaupun malam telah lama membungkus muka bumi Shah Alam ini, tapi aneka aktiviti terus juga hidup bergerak dirancakkan oleh penghuni-penghuni yang bertaburan di atasnya seperti juga di kota-kota lain seluruh dunia ini. Shah Alam terus  bersinar memberi nafas kepada peminat dan penggemarnya untuk memberi warna kepada kehidupan masing-masing. I-Citynya terus terkuak hingga ke pukul tiga pagi.




Walau bagaimanapun malam lebih mistrius dari siang. Memiliki lebih banyak rahsia. Lebih keindahan untuk dinikmati. Lebih-lebih lagi kalau tinggal di desa-desa ketika rangbulan sedang berkembang di dada langit biru yang terang benderang.

Suasana desa akan menjadi hidup. Meriah. Riuh rendah dengan suara anak-anak, para remaja memecah kesepian malam. Ditingkah dengan suara unggas-unggas malam. Dendangan pungguk mendayu-dayu merindukan bulan.

Tapi di bandar-bandar dan di kota-kota  tidak ada kenikmatam malam seumpama itu. Bulan tidak terpandang lagi di dada langit biru. Kerana di diterangi oleh lampu-lampu yang gemerlapan, menerangai pinggir-pinggir jalan, bangunan-bangunan dan taman-taman dan tempat-tempat hiburan yang memang dihidupkan di waktu malam. Semuanya bermandikan cahaya.




Demikianlah semalam. Selepas berurusan di TTDI, [Taman Tun Dr. Ismail] kira-kira pukul 11.00 malam, kami berputar-putar sedikit meninjau dan menikmati Shah Alam di waktu malam yang bermandikan cahaya lampu yang gilang gemilang. Bersama kami ada dua orang tamu yang dihormati, sepasang suami isteri dari Indonesia, S. Norhan dan isterinya S. Qisth.

TTDI adalah  sebuah kawasan perbandaran yang utama di Kuala Lumpur, terletak bersebelahan Bukit Kiara dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Nama TTDI diberikan sempena nama Tun Dr. Ismail, Timbalan Perdana Menteri Malysia 1970. Ia dihuni oleh golongan menengah peringkat atas.

Sementara Shah Alam pula sebuah Bandar Raya ibu negeri Selangor  Darul Ehsan. Ia dibuka pada tahun 1963 untuk dijadikan ibu negri Selangor Darul Ehsan . Dulunya ladang kelapa sawit dan dikenali dengan nama  Sungai Renggan. Luasnya kini ialah  290. 3 km persegi. Letaknya antara Klang dan Petliang Jaya. Kira-kira 25 km dari Kuala Lumpur arah ke Barat Daya. Shah Alam menobatkan bunga Anggrik sebagai bunga rasminya. Justeru itu ia dikenali dengan nama timang-timangan Bandar Raya Anggerik.

Dalam perjalanan pulang itu kami singgah di Masjid Negeri Selangor. Inilah kali pertama kami singgah pada waktu malam untuk menikmati keindahannya. Biasanya kami solat di masjid ini di waktu siang hari, solat Zohor atau Asar. Di kawsan masjid agak gelap walaupun ada lampu-lampu yang di pasang di tiang-tiang yang terpancang rendah dan tinggi di sekitar masjid.

Masjid Negeri Selangor dinamakan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sempena nama Baginda Sultan Selangor pada masa itu, dirasmikan pada 11 Mac 1988 [23 Rejab 1408 Hijriah]. Menjadi lambang kedaulatan Islam di Negeri Selangor. Masjid yang terkedua terbesar di Asia Tenggara, iaitu selepas Masjid Istiqalal di Jakarta, Indonesia. Dapat menampung jemaah solat sebanyak 20,000 orang semasa.

Daripada empat buah menara masjid hanya sebuah yang dihidupkan lampu malam tadi, dan kubahnya juga dipasang lampunya. KubahMasjid Negeri Selangor DE ini  merupakan kubah yang terbesar di dunia. Lampu-lampu itu boleh mencetus aura skeindahan dan kekududan malam di sebuah masjid yang sentiasa dilimpahi rahmat Ilahi. Ia mencetuskan ingatan kami kepada Masjid Madinah.

Dari situ kami terus pergi ke I-City untuk melihat lampu-lampunya yang bersinar gemerlapan seperti di siang hari. Lampu-lampu warna warni yang dibentuk dalam berbagai rupa dan wajah yang mempersonakan.

I-City Shah Alam ini semacam sebuah bandar cahaya yang memancar dari lampu-lampu warna warni yang dibina dalam berbagai-bagai bentuk, seperti haiwan dan pokok-pokok yang akan memukau para  penontonnya. Ia terletak di Seksyen 7, di sebelah jalan Persekutuan, Shah Alam. Ia dibina atas tapak seluas 72 ekar, dan ramai dikunjugi oleh para kembara dari dalam dan luar negara. Pengunjung-pengujung akan melimph pada musim cuti persekolahan setiap tahun.

Justeru hari telah agak larut, besok masih ada acara-acara penting yang perlu dihadiri, kami tidak masuk ke bandar I-City untuk bermandi cahaya lampunya. Kami hanya berhenti di muka pintu gerbang  untuk pejalan-pejalan kaki berlegar-legar dan berfoto. Kami merakamkan beberapa pos di situ sebagai kenangan.

Inilah kali kedua saya ke I-City. Kali pertama kira-kira dua tahun yang lalu, tapi tidak juga sempat masuk, kerana hujan lebat turun mencurah-curah.

Selepas berfoto kami tidak ke mana-mana lagi. Anak kami, Arham Zaini yang memandu kereta terus membawa kami pulang ke rumah di Saujana 3, Sungai Buluh, dan sampai ke rumah menjelang pukul satu malam.




Sesungguhnya kami harap kami tidak akan lupa dengan kekuasaan Allah yang telah menjadi malam dan siang silih berganti. Perhatikanlah firman-firmanNya mengenai malam:

-“Dialah yang menjadikan malam bagimu agar kamu beristirehat padanya dan menjadikan siang terang benderang. Sungguh yang demikian itu terdapat tanda-tanda [kekuasaan Allah] bagi orang-orang yang mendengar”. S. Yunus 67.

-“Dia menutupkan malam kepada siang. Sungguh pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda [kebesaran Allah] bagi orang yang berfikir”. Ar-Ra’d: 3.

-“Dan Kami menjadikan malam sebagai pakaian”.- An-Naba”: 10.

- “Dan Dia menjadikan malamnya [gelap gelita], dan menjadikan siangnya [terang benderang}”.- An-Nazi’at: 29.

-“Demi malam apabila menutupi [cahaya siang]”. S. Al-Lail: 1.

- “Dan demi malam apabila telah sunyi”. –Ad-Duha: 2.

Walaupun malam telah lama membungkus muka bumi Shah Alam ini, tapi aneka aktiviti terus juga hidup bergerak dirancakkan oleh penghuni-penghuni yang bertaburan di atasnya seperti juga di kota-kota lain seluruh dunia ini. Shah Alam terus  bersinar memberi nafas kepada peminat dan penggemarnya untuk memberi warna kepada kehidupan masing-masing. I-Citynya terus terkuak hingga ke pukul tiga pagi.

 

Read more...

SRK SUNGAI EMBAK, KUALA KRAI ANJURKAN SUKAN YANG MERIAH

>> Friday, November 1, 2013






SRK SUNGAI EMBAK  KUALA KRAI ANJUR SUKAN YANG MERIAH

Mempunyai tubuh badan yang sihat adalah amat penting untuk membolehkan kita menjalani kehidupan dengan sempurna. Malah otak yang sihat juga terletak pada badan yang sihat.

Islam sebagai way of life mementingkan tubuh badan yang sihat. Malah Islam lebih menyukai umatnya yang sihat segar daripada umatnya yang menderita tidak sihat.




Umat yang sihat lebih mudah untuk melaksanakan ibadat mereka daripada orang yang tidak sihat. Malah orang yang tidak sihat terpaksa mempergantungkan kehidupan seharian mereka kepada orang yang sihat. Ini boleh membebankan mereka, walaupun mereka melakukannya dengan penuh keikhlasan dan kerelaan.

Dalam mendambakan kesihatan yang baik ini, berusaha untuk mencegah daripada dilanda penyakit lebih utama daripada merawatnya selepas dilanda penyakit. Ertinya menjaga kesihatan supaya dikurniakan Allah dengan kesihatan yang wajar amatlah wajar sekali.








Salah satu cara untuk memperolehi kesihatan baik ialah menerusi sukan. Aktiviti-aktiviti sukan itu dapat menyihatkan badan, terutama sukan-sukan yang dianjurkan secara beramai-ramai. Aktiviti-aktiviti kesukanan itu akan mengeluarkan peluh yang menyegarkan badan dan persaan, serta juga akal dan fikiran.
 




Namun begitu nilai-nilai adab sopan, nilai-nilai murni dan tatasusila unggul yang sejajar dengan tuntuan Islam, seperti menutup aurat dan pergaulan yang bermaruah hendaklah diambil kira dan diutamakan dalam bersukan. Kalau nilai-nilai ini kita perkecil-kecilkan atau lanyak-lanyakkan bererti kita sengaja menempah bencana.






Di samping itu aktiviti-akktiviti sukan itu dapat menjalinkan persahabatan dan silaturahim, baik sesama sebangsa atau seagama yang menyertai aktiviti-aktiviti kesukanan itu. Ini semua akan melahirkan mahabah, yang menjadi landasan kepada pembentukan sebuah masyarakat yang aman dan harmonis, terutama dalam sebuah masyarakat majmuk.


 
Oleh itu sukan tahunan yang dianjurkan oleh SRK Sungai Embak, pada hari Khamis, 31 Oktober 2013 yang lalu amatlah dialu-alukan dan semoga memberi kesan yang mendalam kepada fizikal malah juga kepada mental keluarga sekolah, termasuk guru-gueu, pelajar-pelajar dan para ibu bapa mereka.


 
Adalah diharapkan sukan ini akan menjadi landasan kepada mereka untuk menjalin ikatan kerjasama yang lebih utuh antara guru sesama guru, guru dengan para pelajar dan seterusnya dengan ibu bapa sekalian.

Selamat bersukan SEKOLAH RENDAH KEBANGSASAN SUNGAI EMBAK, Kuala Krai, Kelantan.



































Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP