>> Thursday, February 3, 2022
RAHSIA
JIRAN
TETANGGA
Jiran Tetangga?
Apa makna jiran tetangga? Siapa
jiran tetangga itu?
Jiran tetangga ialah orang yang tinggalnya berhampiran dengan tempat tinggal kita,
Dalam keadaan seperti ini, kita menjadi tetangganya dan sebaliknya dia pula menjadi tetangga kita. Hidup berjiran tetangga.
Justeru itu semua kediaman yang berada di
bahagian hadapan, di bahagian belakang, di bahagian kanan dan kiri kediaman kita adalah jiran
kita belaka.
Dan buat masa terakhir ini pula ditambah lagi dengan mereka yang tinggal di
bahagian atas dan di bahagian bawah kediaman kita, iaitu untuk mereka yang tinggal
di rumah pangsa atau kondium yang bertingkat-tingkat.
Ada ulama yang memperincikan bahawa bilangan rumah yang dikatakan jiran
tetangga itu ialah 40 buah rumah sekeliling, iaitu di kiri kanan, di hadapan dan di belakang.
Namun begitu ada pula yang
terakhir ini menyarankan supaya bilangan itu hendaklah diperbanyakkan lagi, lebih
dari empat puluh buah rumah.
Pakailah yang terbaik untuk anda,
sudah tentu makin banyak makin baik, makin ramai jiran tetangga makin baik, dengan
syarat anda mengikut peraturan atau rukun berjiran tetangga yang dapat menjamin
keamanan dan ketenteraman kehidupan
bermasyarakat.
Kita hendaklah ingat bahawa
sebagai tetangga kita mempunyai peranan dan tanggungjawab yang penting dan
tertentu kepada tetangga kita.
Kita hendaklah bersikap bersedia
memberi kerjasama, bantuan, sumbangan atau sebarang pertolongan yang diperlulan oleh
tetangga kita itu jika berlaku sesuatu yang tidak diduga secara tiba-tiba atau di
luar dugaan.
Umpamanya jika tetangga kita itu ditimpa kesusahan atau kemalangan, maka kita sebagai tetangga yang terdekat hendaklah bersedia menghulurkan bantuan segera yang diperlukan.
Kalau perlu
dibawa ke hospital atau ke klinik maka kita hendaklah bersedia berkhidmat untuk menguurusnya
tanpa perlu menunggu ketibaan
saudara-mara mereka yang berada ratusan
batu jauhnya dari rumah mereka yang mungkin boleh menyebabkan keadaannya bertambah
parah.
Teganya kita hendaklah sentiasa
bersikap baik kepada tetangga kita menerusi perbuatan ataupun perkataan kita.
Andainya kita tinggal sebelah
menyebelah rumah hendaklah kita berhati-hati dengan segala
perbuatan-perbuatan keluarga kita, seperti tidak membiarkan anak-anak kita menjerit atau memekek terutama di malam hari atau bermain musik-musik yang suaranya melantang
boleh menganggu jiran-jiran sebelah menyebelah rumah kita. Atau memasang radio
atau TV yang memekakkan telinga sampai menganggu jiran-jiran di rumah sebelah.
Di samping itu kita tidak boleh membuat fitnah ataupun kejian terhadap jiran-jiran kita di belakang mereka dengan berbagai-bagai cerita yang bukan-bukan, yang benar dan tidak benar.
Jangan cuba memasang telinga lebar-lebar, membuka mata luar-luas untuk mendengar dan melihat perkara buruk dan sumbang pada jiran-jiran kita dengan tujuan untuk menyebarkannya kepada orang lain pula.
Cerita buruk yang benar atau tidak disukai oeh tuannya itulah
mengumpat dan cerita buruk yang tidak benar terhadap jiran pula itulah fitnah.
Kedua-duanya berdosa.
Kerana itu sekali lagi ditegaskan kita hendaklah bersiakp baik terhadap jiran tetangga, bila-bila masa sahaja, baik di hadapan atau di belakang mereka.
Malah kiranya kita dikurniakan Allah dengan nikmat yang berlebihan, seperti rezeki yang istimewa, janganlah kedekut untuk membahagikannnya sekadar yang perlu mengikut cara yang wajar seperti mengadakan majlis jamun kesyukuran dan menjemput jiran tetangga kita yang dihormat untuk menikmatinya bersama.
Seperti lumrah ada beberapa
perkara pula yang menjadi penghalang kepada sesiapa sahaja untuk berlaku baik kepada
jiran tetangga mereka. Biasanya ia berlaku secara disedari sejajar dengan sikap
dan tingkahlaku yang menjadi amalan hidup mereka.
Di antara sikap buruk tersebut
ialah mementingkan diri sendiri dan tidak merasa perlu mengambiltahu tentang
orang lain.
Sikap buruk ini menjadi lebih
parah jika yang menjadi mangsanya bukan sahaja jiran tetangga, tapi juga biasanya
ia melibat keluarga, anak-anak, isteri dan saudara-mara yang sepatutunya diberi
perhatian dan kasih sayang dengan sewajarnya.
Dalam hal ini timbul pula sikap
merasa dirinya tidak memerlukan orang lain dalam hidupnya, lebih-lebih lagi jika dia
mempunyai kecukupan untuk membangunkan kehidupannya sendiri-sendiri, terutama dalam
soal ekonomi, dan juga dalam beramal dan
beribadat.
Bolehkah manusia hidup
sendiri-sendiri tanpa memerlukan orang lain, terutama dalam dunia hari ini?
Jawablah sendiri dengan ikhlas dan jujur.
Rasulullah SAW pernah bersabda mencela
sikap mementingkan diri sendiri ini, dan tidak memperdulikan orang lain, dengan
sabda Baginda SAW antaranya bermaksdu:
“Tidaklah
beriman orang yang tidur pada malam hari
dalam keadaan kenyang sedangkan
saudaranya kelaparan”.
dan
“Tidak beriman di antara kamu sebelum mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri”.
Dan lagi:
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhir, maka hendaklah dia berbuat baik kepada tetangganya”
Juteru itu kita sentiasa berhati-hati dalam hidup ini supaya kita tidak
tergelincir daripada lansasan keimanan dan kekal menjadi manusia yang diredhai
Allah sepanjang hayat,
PONDOK RAHMAT
Pasir Tumboh,
Kota Bharu
Kelantan Darulnaim.
Rabu: 30 Jamadilakhir 1443/
2 Febuari 2022.
0 comments:
Post a Comment