SUNGAI KEHIDUPAN

>> Sunday, May 31, 2020




SUNGAI KEHIDUPAN

 

SAYA dilahirkan di Kg. Salor, Kota Bharu, sebuah kampung yang terletak di pinggir Sungai Kelantan. Justeru itu dari sejak kecil lagi, saya telah biasa dengan sungai.

 

Sekurang-kurangnya saya mandi tiga kali sehari di sungai, iaitu waktu pagi, tengah hari dan petang, malah jika musim panas waktu malam kita turun mandi di sungai.

 

Kita biasa terjun dari tebing yang tinggi ke dalam sungai, terutama kalau musim air naik atau pasang untuk bersuka-suka.

 

Selain dari mandi-manda, penduduk- penduduk kampung juga menggunakan air sungai itu membasuh pakaian, termauk saya, terutama pakaian sekolah. Oleh itu setiap hari minggu, pada waktu pagi, terutama hari Jumaat, sebelum matahari naik, pengkalan sungai penuh dengan penduduk mencuci pakaian.

 

Di samping untuk mandi-manda air sungai itu diangkut ke darat untuk kegunaan rumahtangga, minum dan memasak dan juga menyiram tanaman-tanaman. Ini bagi mereka yang tidak bersedia untuk menggunakan telaga yang airnya sangat dalam.

 

Di waktu air naik atau pasang kami kanak-kanak akan menghabiskan masa dengan bermain dan berenang di sungai tanpa merasa takut atau kesejukan walaupun sekujur badan telah mengiggil.

 

Di waktu air tohor di musim kemararu,  kami akan menyelam dan mencari etak dalam pasir di dasar sungai dengan teknik yang tertentu. Etak dari sungai biasanya bersih dan lemak isinya, untuk disalai atau dimasak air atau masak lemak.

 

Air sungai itu sentiasa mengalir ke hala yang diketahui, ke laut dan singgah di tempat-tempat perlembahan dalam perjalanannya. Walau bagaimanapun ia akan sampai ke destinasinya, khususnya ke laut walau pun menempuh berbagai-bagai halangan dan rintangan sepanjang perjalanannya yang panjang itu.

 

Ia mempunyai berbagai-bagai  sumber bekalan airnya  yang tersendiri untuk membolehkan ia terus mengalir walau sepanjang mana sekalipun batang sungai itu untuk menuju ke laut.

 

Demikinalah kita manusia mesti mempunyai matlamat atau halatuju yang jelas dalam kehidupan seperti sungai. Dan kita mesti membina jalanj-jalan seperti sungai untuk menuju ke destinasi yang ingin capai.

 

Dan air sungai itu pula sentiasa bergerak mengalir ke arah destinasi yang dirintisnya. Demikian juga kita. manusia mesti terus bergerak mara ke hadapan menuju ke destinasi yang telah kita tetapkan yang jelas dan rasional.

 

Walaupun banjir besar melanda, air sungai melimpah-ruah ke sana sini menurun tempat-tempat  yang rendah dan lembah, tapi bila banjir surut paras air sungai kembali ke tampat asalnya dan terus mengalir semula ke arah tujuannya- laut.

 

Demikianlah kita manusia mesti bergerak dan terus   untuk menuju matalamat yang telah tetapkan.

 

Kita menusia mungkin dilanda oleh berbagai kebanjiran hidup, tapi mestilah seperti sungai kembali ke jalan yang telah kita rintis itu untuk sampai ke puncak yang telah kita cita-citakan.

 

Kelajuan air sungai bergerak be.rbeza dari masa ke masa; kadang-kadang ia  pantas, dan kadang-kadang kohor atau perlahan, malah kadang-kadang kelihatan lesu macam tidak bergerak. Namun begitu ia tetap mengalir  mengikut kemampuannya, menuju ke arah destnasinya- laut.


Demikian juga kita manusia mesti seperti air sungai- terus  bergerak dan berusaha dengan penuh keyakinan menuju ke arah metalamat yang telah kita pastikan.

 

Air sungai mengalir sambung menyambung, malah sering merobohkan segala rintangan dan halangan di tengah perjalannya, membelah bukit-bukau dan gunung-ganang, menerjuni jurang dan ngarai, tidak pernah lesu dan hampa, malah tetap mengalir ke arah yang menjadi tujuannya.


Kadang-kadang dengan lemah-lembutnya ia bergerak membelah batu-batu pejal sekalipun yang menghadang perjalanannya untuk sampai  ke arah tujuannya.

 

Demikian juga kadang-kadang manusia mesti  bergerak secara lemah-lembut persis air sungai merempuh segala halangan dan rintangan untuk sampai ke matalamat hidup yang telah ditetapkan.

 

Yang pentingnya kita pasti sentiasa bergerak dan bergerak. Sekali melangkah, maka kita tetap terus melangkah hingga sampai ke tempat yang dituju- dan kita tidak boleh menstatsi atau membatukan diri dalam perjuangan.

 

Kita mesti sentiasa bergerak ke hadapan mengikut kemampuan menuju matlamat yang kita pastikan.


Dalam sungai itu pula banyak mengandungi barang-barang berharga teridi dari makanan-makanan dan galian-galian yang berharga yang berguna untuk umat manusia.

 

Demikianlah kita manusia mesti melengkapkan  diri kita dengan ilmu pengeahuan dan bersedia untuk mencurahkan khidmat bakti kepada seluruh umat manusia, tanpa bersikap rakus dan tamak hsluba kerana mementingkan diri sendiri.


Tegasnya ambillah perdoman dari sungai yang sentiasa mengalir dan menglir untuk sampai ke laut, kadang-kadng membelah bukit-bukau dan gunung-ganang. Jadikan sungai sebagai inspirasi perjuangan hidup kita yang sentiasa inginkan kemjuan lahir dan batin.

 

Dan sungai bukan sahaja ada di dunia tapi juga di akhirat, iaitu di dalam Syurga juga terdapat sungai-sungai untuk ahli-ahli Syurga. Dalam al-Quran terdapat tidak kurang darida 20 ayat di mana Allah menyebut tentang sungai.

 

Allah berfirman:

“Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah Syurga ‘Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah redha terhadap mereka dan mereka pun redha kepada Nya. Yang emikian itu  adalah balasan bagi orang yang takut kepada Tuhan-nya”. Al-Bayyinah [98]: 8.

 


Pondok Rahmat

31 Mei 2020/

Syawal 1441


Read more...

JANGAN HANTUK KEPALA KE TEMBOK

>> Wednesday, May 27, 2020



JANGAN HANTUK

KEPALA KE TEMBOK

 



JANGAN hantuk kepala ke tembok. Tembok tidak retak, tapi kepala kita yang pecah terburai. Ertinya jangan senghaja mencari nahas nanti diri terbinasa.

 

Ini satu peringatan jika kita ingin mengambil sesuatu tindakan jangan ambil tindakan melulu, yang bukan sahaja sia-sia atau tidak memberi faedah tapi juga boleh membinasakan diri kita sendiri.

 

Ibaratnya jika kita dalam perjalanan ke sesuatu tempat, tiba-tiba ada batu-batu bukit yng runtuh, tinggi menghadang perjalanan kita, apakah yang wajar kita lakukan untuk meneruskan perjalanan? Adakah kita akan menghantuk kepala ke tongkol batu itu  kerana kecewa atau marah? Atau untuk menghancurkan baty itu dengan kepala kita yang telah kemasukan hantu itu?

 

Tentulah langkah wajar yang sebaik-baiknya yang kita ambil ialah  melencung ke jalain lain yang tidak berbatu dan selamat?

 

Bertindak demikian bukan bererti pengecut, tapi itu adalah kebijaksanaan dalam mengatur strateji perjuangan.

 

Ia juga bukan bererti undur ke belakang atau mengaku tewas atau lari dari perjuangan tapi bertindak mencari jalan yang selamat untuk sampai ke penghujung jalan yang menjadi matlamat perjuangan kita.

 

Namun  berapa ramai dari kita yang tidak berundur, tapi terus bertindak menghantuk kepala ke batu, bila ada batu atau tembuk yang menghadang perjalanannya, walaupun dia tahu perbuatannya sia-sia?

 

Berapa ramai yang enggan berganjak, walaupun berada dalam sitiwasi yang tidak mampu ditanggnungnya dan akan berakhir dengan kegagalan dan kemusnahan dirinya sendiri?

 

Sedangkan mereka boleh bertindakan melepaskan dirinya dari sitiwasi yang bahaya dan merugikan itu ke sitiwasi lain yang menggalak dan mempunyai pengharapan?

 

Jangan jadi seperti “anjing menyalak bukit”. Perbuatan yang tidak berfaedah dan tidak wajar. Bukit, tidak akan runtuh hanya suara kita akan pecah bertabur. Menyalak sekali atau dua kali mungkin berpatutan sebagai tanda protes atau membuktikan kita ada di situ. Tapi kalau terus menerus menyalak, ia buksn lagi bijaksana, tapi perbuatan  tolol untuk membencanakan diri sendiri dalam kerja sia-sia yang memang tidak berfaedah dan boleh dielakkan.

 

Langkah yang bijaksana ialah memilih jalan lain yang selamat dan boleh menjamin kita sampai ke destinasi yang dituju.

 

Atau jangan jadi seperti babi tunggal menyududuk ke sana ke mari kerana merasa diri handal dan hebat, tanpa memperduli apa yang disuduk, kaki bukitkah atau umbi pokok cengal, maka yang binasa pastinya bukan bukit atau pokok cengal, tapi muncung babi yang bebal dan dungu itu.

 

Berbuat demikian bukan satu pertanda kegagahan atau keberanian tapi itulah satu pertanda ketololan yang nyata.

 

Kita tidak patut bertindak seperti anjing menyalak bukit atau menyuduk seperti babi tunggal, kerana kita insan yang mempunyai akal dan fikiran yang bijaksana yang dapat mempertimbangkan buruk dan baiknya sesuatu.

 

Andainya pekerjaan kita sekarang tidak serasi dengan hati dan jiwa kita, walaupun dapat menyumbangkan pendapatan yang agak lumayan, tapi ianya tidak menjamin kebahagian hidup kita, maka janganlah kita terus mengikat diri kita dengannya,  kiranya ada peluang untuk melompat mendapat keraja baru yang seusai dan wajar maka jangan teragak-agak untuk memperolehinya.

 

Andainya rakan kongis kita dalam bisnes menjadi batu penaung kepada kita untuk melangkah maju, atau menjadi pengkhianat yang akan memusnahkan karier kita dan juga dagangan yang kita terajui bersama, maka bertindaklah pantas untuk menyingkirkan diri kita daripada pengkhianat-pengkhianat itu. Dengan itu kita akan selamat dan tidak terbinasa dengan sia-sia dalam sitiwasi yang tidak lagi patut kita berada dalam kandangnya.

 

Kalau perahu kita tidak kuat, pengayuh kita tidak utuh, dan kita dalam keadaan capet, kenapa kita memilih jalan sungai yang penuh dengan cabaran, lebih baik kita sadaikan perahu ke tebing sungai, melangkah naik ke daratan, dan meneruskan perjalanan dengan tindakan wajar  ke matalamat yang kita tujui.

 

Kalau kita tidak tahan basah, jangan berumah di tepi pantai, pindah sahaja jauh ke daratan  kerana kita akan merasa lebih selesa.

 

Demikian juga sebaliknya jika kita tidak tahan panas, kenapa berjemur di bawah pancaran sinar mata hari, carilah tempat yang dingin atau sejuk.

 

Ataupun kalau kita tidak tahan panas, kenapa tidak keluar dari dapur?

 

Baginda Rasulullah saw berabda:

“Daripada keelokan Islan seorang ialah meninggalkan barang yang tidak berguna kepadanya”, yang bermaksud setiap orang Islam supaya meninggalkan sesuatu yang tidak berguna kepadanya dalam apa keadaan sekalipun dari kepentingan dunia dan akhiratnya.

 

Tinggalkan yang buruk, ambillah yang baik. Tinggalkan yang keruh, ambillah yang jernih. Tinggalkan kejahatan dengan kebaikan. Jangan sebaliknya, mengambil yang buruk, meninggal yang baik, atau mengambil yang keruh, meninggalkan yang jernih.

 

Baginda Rasulullah saw bersabda:

“Bertaqwalah kepada Allah di mana sahaja engkau berada. Dan ikutilah kejahatan dengan mengerjakan kebaikan, nescaya menghapuskannya”.

 

Justeru dalam hidup yang tidak menentu-kalu ini, kita hendaklah melengkapkan diri kita dengan sewajarnya baik dari segi mental atau fizikalnya untuk menghadapi segala mecam cabaran yang mungkin menghadang perjalanan kita di lautan kehidupan ini.

Kerana perjalanan hidup ini bukan sentiasa terhampar dengan permaidani merah, tapi sebaliknya penuh dengan batu-batu krikil yang tajam di mana andainya kita tidak berhati-hati ketika berjalan  kita mungkin terpijak krikil-krikil itu dan  menyebabkan kaki kita tercedera atau terkoyak.

 

Sesungguhnya dunia ini penuh dengan kesulitan, kekecewaan dan kesedihan yang perlu dihadapi dengan kekuatan, kebijaksanaan dan keimanan yang teguh.

 

Itulah kata ulama, kesenangan sejati yang  pasti hanya setelah kita berada dalam Syurga.

 

Dengan bersenjatakan kebijaksanaan dan keimanan kita akan mampu menghadapi segala halangan yang mendatang dan memang tidak boleh dielakkan lagi, dan ia memangnya telah ditkdirkan begitu.

 

Ketika senang kita bersyukur, dan ketika sukar kita bersabar.

 

Itulah dia perjuangan hidup, dan di situlah letaknya kenikmatan hidup di dunia yang fana ini.

Selamat berjuang dan berjaya.

 

Pondok Rahmat

27Mei 2020/

4 Syawal 1441.


Read more...

AIDILFITRI DISAMBUT MERIAH

>> Sunday, May 24, 2020

 

AIDILFITRI DISAMBUT MERIAH

 

 


Safayi Dan Keluarga


ALLAH jadikan setiap sesuatu itu berpasangan dan berlawanan. Justeru itu bertemu dan berpisah adalah adab kebiasaan dunia yang fana.

 

Seperti lumrah di hujung Ramadhan pada hari ini  Aidilfitri telah berkunjung tiba mengambil tempat Ramadhan yang terpaksa berlalu.

 

Seperti biasa juga ketibaan Aidilfitri lebih menyuburkan percambahan ingatan dan  kenangan kita kepada mereka yang kita kasihi  yang tidak ada lagi di sisi.

 

Dalam kenangan muncul wajah-wajah atau gambaran-gambaran yang hanya boleh diraba dengan perasaan dan disentuh dengan hati, tapi tidak boleh dipegang dengan tangan.

 

Ia hanya merupakan mimpi-mimpi yang timbul tenggelam untuk menghiasi arus masa yang terus menapak ke hadapan.

 

Namun begitu Aidilfitri hari ini disambut dalam suasana meriah walaupun terikat di mana pergerakan kita terbatas oleh peraturan dan undang-udang [PKP/PKPB} yang menghadang kebebasan pergerakan kita akibat wabak Convid19. Tujuannya ialah untuk membendung perkembangan wabak Convid 19 daripada terus merebak.

 

Aidilfitri disambut untuk membuktikan hari kemenangan kita dalam perjuangan menunaikan ibadat puasa serta bertujuan untuk mengagungkan kebesaran Allah SWT.

 

Tidak seperti setiap tahun di masa-masa yang lalu,tidak ada tetamu, baik rakan atau saudara yang jauh dan dekat berkujung ke rumah, dan kami pun tidak mengadakan rumah terbuka pada Aidilfitri kali ini.

 

Namun begitu anak-anak yang tinggal berhampiran datang membawa cucu-cucu  beraya di rumah.

 


Ahmad Faris dan  Keluarga




                                                            Ahmad Syaibani dan Keluarga

Mereka ialah Safayi  dan isterinya, Noor Baiti Zaini serta anak-anak [ tuan rumah], Ahmad Faris Zaini dan isteri Azaliza dan anak-anak, dan Ahmad Syaibani Zaini dan isteri Amalina dan anak-anak yang baru mendapat anak.


Walaupun bilangan kami tidak ramai, hanya beberapa orang sahaja. tapi kami mengambil kesempatan mengadakan solat sunnah Aidilfitri di rumah yang diimamkan oleh Ahmad Syaibani.

 

Inilah pertama kalinya kami mengadakan solat Aidilfitri di rumah, selepas mengadakan solat trawih sepanjang bulan Ramadhan.

 


Khutbah Aidilfitri menyeru kita umat Islam membantu  pihak berkuasa dalam membendung Convid 19 dengan mematuhi peraturaan dengan tinggal di rumah dan menjaga kebersihan diri masing-masing.

 

Khutbah Aidilfitri ini di akhiri dengan seruan supaya kita semua menadah tangan dan berdoa kepada Allah:

 

                                                Arham Zaini dan keluarga dari KL tak dapat hadir

“Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim

 Engkau ampuni dosa-dosa kami

 Engkau rahmatilah diri kami, keluarga kami, negara kami serta seluruh umat Islam di dunia.

 Ya Allah selamatkan kami semua dari Corona Virus., Ya Allah selamatlkan kami semua di dunia dan akhirat.

 Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim

 Engkau berilah kekuataan, kecekalan dan kesabaran kepada kami untuk menghadapi dugaan-Mu yang berat ini

Kami bermohon kepada Mu Ya Allah “Lindungilah Kami”, Selamatkanlah kami, Sejahterakanlah hidup kami”.

 

Allahu Akbar

Allahu Akbar

Alllahu Akbar

Laillahaillah Wallahu akbar

Allahukbar Walillahilhamd”..

 

Sekian. 



Pondok Rahmat

1 Syawal 1441/

24 Mei 2020




Read more...

GENIUS TAPI TIDAK BIJAKSANA

>> Thursday, May 21, 2020



BIKASANA TAPI TIDAK BIJAK

SEPANJANG WAKTU..........

 

GENIUS mengikut perkamusan adalah seorang yang mempunyai bakat yang luar biasa dalam sesuatu perkara, seperti matematik, sains dan sebagainya. 

 



                                  Kulit Buku Albert Einstein


Tidak banyak hamba Allah yang dikelaskan sebagai genius atau bijaksana dalam dunia ini dari sejak dulu hingga sekarang. Ia boleh dibilang dengan jari.

 

Dari segi perbandingannya mungkin dalam jutaan orang penduduk dunia hanya terdapat seorang sahaja yang bijaksana sejak semula jadi kurniaan Allah atau genius.

 

Antara yang tidak ramai golongan yang genius itu salah seorang daripadanya ialah seorang  hamba Allah yang dikenali dengan nama Albert Einstein. Beliau adalah seorang ahli sains yang terunggul di dunia.

 

Beliau berbangsa German, tersohor kerana Theory Relativitynya, sebuah tiori yang terkemuka di bidang sains, iaitu mengenai ruang dan masa.


Di sampng itu ada lagi tiori-tiori sains yang lain yang ditunjulkan oleh beliau.

 

Albert Einstein telah menulis sebuah buku khusus mengenai tiorinya itu berjodol  RELAVITI pada tahun 1916.

 

Menurut beliau kelajuan perjalanan cahaya ialah 186,000 batu sedetik atau satu second. 

 

Beliau adalah bekas Mahasiswa University  Zurich, [1905], Switerzland. Sebelum itu beliau adalah bekas pelajar kolej Federal Polytechnic School di Zurich.

 

Seperti  bakal-bakal pelajar lain juga beliau terpaksa menempuh peperiksaan khusus untuk kemasukan pelajar ke kolej.

 

Tapi pada peperiksaan kemasukan pelajar  yang pertama beliau telah kecewa dan terpakasa menempuh peperiksaan kali kedua baru berjaya memasuki kolej tersebut.

 

Ini dikatakan bijaksana tidaklah bijak sepanjang waktu, atau genius tidaklah genius sepanjang masa. Adalah sukar untuk mempercayai seorang yang genius boleh gagal menempuh peperiksaan tersebut?


Kalau Albert Einstein masih hidup, dia sekarang [2020] seorang tua bangka, berusia 141 tahun, kerana beliau dilahirkan pada 14 April 1879, dan telah meninggal 65 tahun yang lalu, iaitu pada 18 April 1955.

 

Beliau lahir di suatu tempat dikenali dengan nama Ulm di German dan meninggal di sebuah hospital yang termasyur di Amerika, iaitu Medical Princeton Medical Center, New Jersey.

 

Sebagai mengenang jasa-jasanya yang cemerlang itu beliau telah dianugerahkan Novel Prize in Physcic, pada tahun 1921.

 

Sekian, secebis catatan mengenai tokoh Albert Einstein.

 

Pondok Rahmat

21 Mei 2020/

28 Ramadhan 1441


Read more...

MENYINTAI IBU BAPA YANG TELAH PERGI

>> Tuesday, May 19, 2020



MENYINTAI IBUBAPA YANG TELAH PERGI

[Kenangan untuk

Ayah & Bonda/

Mok [Munah] Cek [Leh]

Tersayang]


 



SETIAP  orang di dunia ini mempunyai ibu dan bapa. Dia dilahirkan oleh bondanya: seorang wanita yang bersuamikan seorang lelaki: ayahandanya. Dia dilahirkan dari hasil perkongsian kasih sayang antara kedua insan tersebut.

 


Adakah kedua-dua insan itu, iaitu ibu bapa mereka masih hidup, atau telah tiada - kembali ke Rahmatulllah?

 


Kalau kedua-duanya masih hidup, maka bererti hubungan antara anak dan ibu bapa masih terjalin irat, baik dari segi ruhani dan lebih-lebih lagi dari segi jasmani.

 


Tapi bagaimana andainya kedua-dua ibu bapanya telah  pergi mendului mereka kembali ke Rahmatullah? Apakah hubungan mereka telah retak ataupun terputus, atau tidak mempunyai sebarang pertalian lagi?

 


Sesungguhnya, walaupun kedua-dua ibu bapa kita telah tiada, kembali ke Rahmatulullah, tapi hubungan kita dengan mereka tidak pernah terlerai, tidak pernah terputus berkerat rotan, berpatah arang.

 


Semasa hidup mereka, kita mungkin mempunyai pertarungan pendapat dengan mereka, membantah mereka, mengingkari mereka, memarahi dan mencela mereka, tapi semuanya itu tidak meleburkan hubungan antara anak dan ibu bapa itu walaupun keduanya telah berpergian terlebih dahulu.

 


Sesungguhnya walaupun mereka telah tiada, yang lelakinya tetap ayah kita dan yang perempuannya masih ibu kita. Kematian tidak menukar ayah dan ibu kita- mereka masih tetap orang yang sama.

 


Ibu adalah seorang wanita yang menanggung derita dan bertarung nywa untuk melahirkan kita ke dunia sementara si ayah berkorban masa dan tenaga untuk membesar dan mendidik kita menjadi seorang insan yang dapat berdikari.

 


Adakah pernah kita berfikir apakah sumbangan-sumbangan yang pernah kita hulurkan untuk mereka baik di waktu hidup atau matinya? Apakah sumbangan kita itu sejajar dengan pengorbanan  yang telah mereka korbankan untuk kita, lebih-lebih lagi sesudah kematiannya?



Ada beberapa tanggungwab penting kepada anak-anak bila kedua orang tua mereka meninggal dunia, iaitu tanggungjawab yang tidak boleh diabai atau dilupakan.

 


Hutang kepada Allah:


Pertama kita sebagai anak hendaklah mempastikan kedua ibu bapa kita tidak berhutang kepada Alllah SWT yang masih belum terlunas semasa hayat mereka masih ada dan perlu diluntaskan segera?

 


Antara hutang-hutang kepada Allah itu yang perlu diilunaskan segera oleh anak-anak  ialah puasa, nazar, haji dan seumpamanya.

 


Hutang Kepada Manusia


Di samping hutang kepada Allah, hutang kepada manusia yang ditinggalkan oleh kedua orang tua kita itu perlu juga dilunaskan segera oleh kita anak-anak mereka mengikut kemampuan masing-masing, seperti hutang wang ringgit, hutang barang-barang keperluan dan sebagainya.

 


Berdoa


Kita sebagai anak-anak juga hendaklah sentiasa memanjatkan doa kepada Allah untuk orang tua kita yang masih hidup dan juga yang telah meninggal dunia.



Doa anak-anak yang soleh kepada kedua orang tuanya yang telah meninggal tidak akan sia-sia dan tidak terputus.

 


Rasulullah saw bersabda:

“Apabila matinya, seseorang anak Adam itu, maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang bermanafaat dan anak yang soleh sentiasa mendoakan kedua ibu bapanya”.

 


Sedekah


Kita anak-anak juga digalakkan bersedekah untuk kedua orang tua kita yang telah kembali ke Rahmatullah.

 


Ada sebuah Hadith Nabi saw yang bermaksud:


“Sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia, dan belum sempat dia berwasiat. Maka bolehkah aku bersedekah untuknya? Baginda saw menjawab “Ya”.

 


Silaturahim


Kita sebagai anak-anak kepada kedua ibu bapa yang telah meningal dunia hendaklah menyambung silaturahim yang telah dimulakan oleh kedua orang tua kita semasa hayatnya dulu.

 


Temuailah orang-orang yang mereka sering bertemu, kunjungi rumah mreka yang sering orang tua kita kunjungi semasa hayat mereka dahulu, dan senangilah hati mereka sebagaimana mereka menyenangi hati kedua oang tua kita semasa hidupnya dulu.

 


Pendeknya marilah kita anak-anak yang soleh dan solehat sentiasa mencurahkan  khidmat bakti kita kepada kedua orang tua kita baik semasa hidupnya dan juga selepas matinya. Kematian tidak pernah mematahkan hubungan antara anak-anak dan kedua orang tua mereka yang sentiasa dikasihi dan dihormati.

 


Tanyalah diri kita, adakah kita seorang anak soleh dan soleha yang  mencintai dan menghormati kedua orang tua kita dari hidup hingga ke mati sebagaimana diperintah oleh Allah.

 


Allah berfirman:


“Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, “Wahai Tuhanku! Sayangilah kedunya sebagaimana mereka  berdua telah mendidik aku pada waktu kecil”. Al-Isra’ [17] : 24.

 


Sekian untuk renungan bersama, semoga Allah mencucuri rahmat Nya yang berkekalan ke atas kedua mereka yang dikasihi.

 


Pondok Rahmat

18 Mei 2020/

26 Ramadhan 1441

 

 

 

 


Read more...

JANGAN JADI HAMBA PERUT

>> Monday, May 18, 2020




JANGAN JADI HAMBA PERUT

 

MAKANAN adalah salah satu perkara penting kepada manusia dan makhluk-makhluk yang hidup untuk meneruskan kehidupan  mereka. Setiap hari kita menikmati beraneka jenis makanan terutama makanan yang kita sukai dan menjadi kebiasaan kepada kita memakannya, seperti nasi bagi kita orang-orang Melayu. Tanpa makanan kita mungkin sukar untuk meneruskan hidup.



Lumrahnya makanan yang hendak kita makan itu kita suap ke dalam mulut dan kita kunyah berkali-kali dengan gigi untuk mememcahkannya menjadi kecil  kemudian kita telan menerusi kerongkong dan terus masuk menerusi saluran penghadhaman  ke dalam perut untuk menjalani proses penghadhaman yang selanjutnya.

Biasanya panjang saluran penghadahaman seseorang ialah 9 meter atau 29.5 kaki, ia bermula dari dalam mulut dan memanjang sampai ke selauran najis. Dalam satu masa perut dapat menampung sebanyak kira-kira 3 pain hingga 5  [pint] makanan. Sau pain sama dengan 473.176, 477 millimeters atau kira-kira sama dengan dua cawan sukatan Amerika.

Makanan yang kita makan itu memberi faedah untuk membekalkan tenaga dan menjaga kesihatan kita menerusi zat yang terkandung di dalamnya, seperti aneka jenis vitamin, zat besi, zat asam dan sebagainya setelah melalui beberapa proses yang tertentu lagi yang dipanggil proses penghadahman.

Oleh itu makanan yang kita santap itu mempunyai pengaruh yang besar terhadap kita, baik dari segi jasmani dan ruhaninya, fizikal dan mentalnya. Malah makanan itu lebih jauh lagi dapat mencorakkan akhlak dan budi pekerti kita, sebagai manusia yang mulia atau keji tingkah lakunya.

Perut kita itu berbentuk seperti buah pear atau dikenali juga dengan panggilan buah lai.

Makanan yang kita makan itu biasanya berada selama kira-kira 9 hingga 25 jam dalam perut kita, sebahagian besarnya berada dalam kandungan perut besar. Di samping itu ada lagi beberapa anggota yang turut menyumbang kepada proses penghadhaman itu.

Semestinya setiap perkara mempunyai cara dan peraturannya yang tersendiri untuk melakanakannya. Demikian juga dengan makan mempunyai peraturannya yang tersendiri.

Peraturan khusus mengenai makanan yang wajib kita patuhi Antaranya sebelum makan, kita hendaklah pastikan makanan itu halal dan tidak haram mengikut Islam.

Kita disuruh makan makanan yang baik-baik, seperti bersih, berzat, berguna serta halal.

Allah berfirman:

“Wahai orang-orang beriman! Makanlah rezeki yang Kami berikan kepadamu yang baik, dan besyukur kepada Allah, jika memang hanya Dia yang kamu sembah”. Al-Baqarah [2] : 172.

Seterusnya Allah menjelakan makanan-makanan yang tidak baik untuk dimakan, yang diharamkan dalam firman Nya:

“Sesungguhnya tidak ada yang Dia haramkan atas kamu selain bangkai dan darah dan daging babi dan apa yang disembelih untuk selain dari Allah”. Al-Baqarah [2]: 173.

Rasulullah saw memberi amaran keras tentang bahaya makanan haram itu. Sabda Baginda saw:

“Tidak masuk syurga daging yang tumbuh daripada makanan yang haram. Dan setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram api neraka itu lebih utama baginya”

Dan: “Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api neraka lenih utama baginya”.

Dan: “Allah Taala tidak menerima sembahayang seseorang yang ada dalam perutnya yang haram”.

Di samping halal atau tidak haram, makanan itu mesti juga yang dikatakan  syubhah, iaitu sesuatu yang tidak jelas halal dan haramnya; tidak dapat dipastikan bahagian mana yang halal dan bahagian mana yang haram.

Mengenai syuhhah ini Rasulullah saw bersabda:

“Sesungguhnya yang halal itu cukup jelas. Dan yang haram itupun cukup jelas. Di antara keduanya adalah hal-hal yang syubhah yang tidak diketahui banyak manusia.

“Orang yang menjaga diri daripada hal-hal syubhah, ia benar-benar membebaskan diri untuk agama dan harga dirinya. Orang yang terjatuuh ke dalam hal-hal syubhah , ia pasti terjatuh  pada yang haram. Sebagaimana seorang penggembala yang menggembala di . sekitar tempat yang dilindungi, hampi sahaja ia masuk padanya. Ingatlah bahawa setiap  raja memiliki tempat yang dilindunginya. Dan ingatlah bahawa tempat perlindungan Allah adalah larangan-larangan Nya”.

Baginda bersabda lagi:

“Tinggalkanlah sesuatu yang meragukan. Dan pilihlah sesuatu ynag tidak meragukanmu”.

Kita juga dilarang memakan makanan yang berbau busuk untuk pergi solat ke masjid, kerana baunya boleh menganggu para jemaah yang berada berhampiran. Kata Nabi saw. makruh makan bawang yang berbau untuk pergi solat Jumaat, apa lagi memakan buah petai, jering dan kerdas

Kita dilarang makan banyak dan berlebihan kerana makan berlebihan itu boleh menimbulkan berbagai akibat yang tidak baik dari segi ruhani dan jasmani kita.

Allah tidak menyukai orang-orang yang makan banyak berlebihan, walaupun makanan itu berupakan makanan yang halal.

Allah berfirman:

“Makan dan minumlah kamu, tetapi janganlah berlebihan. Sebab Allah tidak menyukai orang-oang yang berlebihan”. Al-A’raf [7]:3.

Walaupun makan berlebihan itu boleh menyebabkan seseorang menjadi malas  tapi nafsu syahwatnya menjadi kuat dan galak. Kepada mereka yang tidak kuat imannya keadaan ini boleh mendorongkan mereka melakukan maksiat dan perkara-perkara yang tercela oleh agama.

Musuh ketat manusia, iaitu iblis pula akan mengambil kesempatan untuk menggoda manusia supaya terus menerus melakukankan maksiat,

Banyak akibat buruk akan menimpa seseorang akibat makan banyak atau berlebihan, baik ke atas diri secara peribadi dan juga masyarakat.

Makan berlebihan itu boleh menyebabkan kita keletihan dan mengantuk hendak tidur. Dan ini mengakibatkan seseorang menjadi malas. Malas untuk bekerja dan lebih-lebih lagi malas untuk beramal ibadat kepada Allah Taala.

Justeru makan berlebihan itu boleh menyebabkan banyak keburukan, maka dikatakan oleh Imam Al-Ghazali, “Kenyang dari yang halal adalah awal dari setiap kebrukan.” Malah melaksanakan ibadah dan mencari ilmu dengan memakan makanan yang haram itu dikatakan seperti membangu di atas kekotoran.

Makan banyak boleh menyebabkan hati kita mendapat penyakit hati yang serius, iaitu penyakit keras hati dan hilang kecerdesan akal.

Nabi saw dengan tegas mengingatkan manusia tentang bahaya-bahaya akibat makan terlampau banyak. Antara lain Baginda saw bersabda:

 “Makanlah kamu, dan minumlah dan bersedekahlah dan berpakaianlah, tapi tidak dengan sombong dan berlebih-lebihan. Kerana Allah suka melihat bekas nikmatnya pada hamba Nya”.

Justeru amalan mengurangkan makan  amat besar gunannya, terutama sekali untuk mengawal nafsu daripada menjadi terlebih kuat dan galak.

Mengurangkan makan dan tidak makan secara brlebihan memanglah banyak manfaatnya, antaranya dapat mencegah penyakit dan menyihatkan tubuh badan seseorang. Sebagaimana kita ketahui kebanyakan penyakit kronis adalah berpunca dari makanan, seperti penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit gemuk atau berat badan berlebihan dan sebagainya.

Rasulullah saw bersabda:

“Anak Adam tidak memenuhi satu bekas yang lebih buruk daripada memenuhi perutnya.

Cukplah bagi Anak Adam  itu makan beberapa suap yang dapat menegakkan tulang belakangnya. Apabila tidak melakukan yang demikian, maka sepertiga  untuk makanan, sepertiga untuk minuman, dan sepertiga untuk nafas”.

Maksudnya cukuplah kepada seseorang itu makan dengan beberapa suap makanan dan beberapa teguk air untuk menegakkan tuluang punggung- tapi jika mesti lebih daripada itu, maka satupertiga untuk makan, sepertiga untuk meinum dan sepertiga lagi untuk nafas.

Seperti kata Buya HAMKA, “

“Berlebih-lebihan atau boros ialah melampaui batas yang patut. Makanlah sampai kenyang; kalau sudah mulai kenyang berhentilah, jangan diteruskan juga kerana selera masih terbuka. Minumlah sampai lepas haus, kalau haus sudah lepas, jangan diteruskan juga minum, nanti badan menjadi lemah”.

Kaum wanita, khususnya para isteri yang cinta dan sayangkan suami mereka meyedari bahawa salah satu cara untuk disayang oleh suami mereka ialah menerusi perut, tegasnya makanan. Kerana itu mereka berusaha keras menyediakan makanan enak yang digemari oleh suami memakannya, kerana percaya jalan ke hati lelaki itu menrusi perutnya.

Namun bgitu para wanita, khususnya para isteri hendaklah tidak lpa bahawa “makanan juga banyak membuka pintu hospital untuk dipenuhi.

Ingatlah, “manusia makan untuk hidup, bukannya hidup untuk makan”.

Namun begitu janganlah pula sampai suami kelaparan, nanti mereka secara sembunyi-sembunyi mencari makan di luar yang akan menysuahkan anda pula. Bersederhanalah jangan beri suami makan terlampau kenyang- sampai “betak perut” kata orang Kelantan.

Berhati-hatilah, “Jangan jadi hamba perut”.

 

Pondo Rahmat

10 Mei 2020/

 

 


Read more...

RAHSIA DIRI ANDA

>> Saturday, May 9, 2020






RAHSIA DIRI ANDA



Minda mempunyai pengaruh yang besar terhadap seseorang. Ia mempunyai kekuatan yang luar biasa. Tapi ia tergantung kepada cara penggunaannya, baik atau buruk. Jika minda itu dihalakan ke arah kebaikan, maka kebaikanlah hasil yang akan  diperolehinya, tapi jika dihalakan ke arah keburukan maka keburukanlah hasil yang akan diperolehinya.

Bagaimana Minda Berfungsi?
Kita tentu akan tertanya-tanya, bagaimanakah caranya minda itu bertindak mempengaruhi seseorang?

Sebelum kita bertindak atau melakukan sesuatu, baik kita sedari atau tidak disedari, minda kita pasti akan menjalani beberapa proses penting yang bertahap-tahap.

Secara ringkasnya proses itu berlaku seperti ini. Mula-mula akan terlintas sesuatu dalam minda kita, kemudian sesuatu itu akan menjadi ingatan kita. Seterusnya ingatan ini akan mencetus keinginan atau kemahuan kita tentang perkara tersebut, samada kita ingin memperolehinya atau tidak.

Pada peringkat ini, penentuan itu perlu dibuat dengan cermat. Kita hendaklah bijak menilai perkara tersebut dari segi baik dan buruknya, atau berfaedah atau tidaknya. Jika pada pendapat kita perkara baik, maka kita hendaklah berusaha untuk mendapatkannya, tapi jika perkara itu tidak baik, maka kita hendaklah segera memberhentikannya, malah memberhentikannya lebih awal lagi baik.

Dengan berbuat demikian kita dapat mengelak daripada ditimpa kesusahan yang boleh dielakkan berpunca dari minda kita sendiri. Hawa nafsu kita yang sentiasa gelujuh dan tidak pernah puas akan memain peranan untuk memproakperandakan kita, dengan menayangkan sesuatu yang tidak baik itu kelihatan baik, kerana adanya peranan syaitan dalam usaha menipudaya itu. Syaitan itu selama-lamanya musuh manusia yang nyata. Tidak jemu-jemu berusaha untuk menjahanamkan manusia.

Baginda Rasulullah saw berabda:
“Syurga itu diliputi dengan barang-barang yang tidak disukai, dan neraka itu diliputi dengan kesukaan”.

Ya syurga yang menjadi cita-cita dan impian setiap manusia beriman dan bertaqwa itu kelihatan penuh dengan kesukaran dan perkara-perkara yang tidak disukai untuk memasukinya, seperti sembahayang, puasa, zakat, korban, sedekah dan berjihad di jalan Allah. Sebaliknya neraka itu dipenuhi dengan kesukaan, seperti minum arak, dadah, berjudi, berzina, mencuri, tidak solat dan sebagainya daripada segala perbuatan munkar yang melanggar perintah Allah.

Dalam membuat pemilihan itu berlakulah pertarungan sengit di antara minda yang waras dengan hawa nafsu yang rakus yang ditunggangi oleh syaitan itu. Di pihak yang dipersetujui oleh hawa nafsu dan disokong oleh syaitan itu kelihatan begitu mudah dan menyenangkan untuk memperolehinya, tapi sebaliknya perkara yang menjadi pemilihan minda yang waras itu kelihatan diselubungi oleh berbagai-bagai kesukaran  dan kepayahan untuk memperolehinya. Andainya minda waras menang dalam pertarungan yang sengit ini nsecaya kita akan selamat tapi andainya hawa nafsu serakah yang menang alamat kita akan menuju kehancuran dan kemusnahan.

Pengaruh Minda
Secara semulajadinya minda itu amat kuat, dan kekuataannya tidak dapat diukur atau disukat seperti kita menyukat tenaga letrik dan seumpamanya. Justeru ada pakar-pakar berpendapat bahawa dalam minda manusia itu mengandungi tenaga yang begitu kuat dan begitu banyak. Malah tenaga minda itu mengikut pakar-pakar lebih kuat dari bom atom sehingga mampu untuk meledakkan sebuah kota raya besar, seperti Moscow dan sebagainya, kiranya tenaga itu merupakan sebuah bahan letupan. 

Tenaga yang kuat yang ada pada minda itu dapat mengeggarkan imaginasi manusia, kerana andainya tenaga yang kuat itu diperguna dan dipertingkatkan  penggunaannnya sepenuhnya oleh manusia, maka berbagai-bagai kemajuan sains dan sosial yang lebih besar dan lebih mengkagumkan akan dapat dicapai dan akan memberi lebih banyak manfaat kepada seluruh makhluk Allah di mayapada ini yang tidak terfikirkan.

Walau bagaimanapun sehingga hari ini mengikut perkiraan pakar, manusia yang normal hanya menggunakan tidak sampai sepuluh peratus daripada  kekuatan minda mereka. Albert Einstein [14 Mac 1879-18 April 1955] seorang ahli sains yang bijak dalam ilmunya itu, dan pereka tiori relativiti hanya baru mengguna sebahagian kecil dari tenaga yang ada padanya itu, iaitu sebanyak lima belas peratus sahaja daripada seluruh tenaga dan kekuatan minda yang dimiliknya itu.

Oleh sebab manusia pada umumnya dikatakan hanya mengguna sekadar sepuluh peratus sahaja daripada seluruh kekuataan minda yang mereka miliki, maka sebahagian besar daripadanya, iaitu sebanyak 90 peratus lagi tenaga yang penting  telempar begitu sahaja. Justeru andainya manusia dengan izin Allah mampu mempergunakan tenaga atau kekuatan minda yang tersimpan sebanyak sembilan puluh peratus itu maka diharap manusia akan dapat merangkul kejayaan yang lebih tinggal  dalam hidup ini, bukkan sahaja dari segi kebendaan, tapi juga dari segi keruhanian, iaitu dari segi kebahagian, ketenangan, keharmonian, dan kepuasan hidup yang tidak dapat diperolehi dari luar atau dari segi lahiriah kerana ia berakar tunjang yang menjalar jauh dalam diri manusia itu sendiri, iaitu apa yamg dipanggil minda.

Tenaga yang hebat ini berada dalam diri setiap orang, iaitu berkumpul dalam mindanya sendiri boleh dibaratkan sepertii sebuah lombong yang kaya dengan logam yang berharga dan boleh diteroka oleh sesiapa sahaja yang bersedia untuk berusaha mendapatkannya.

Walaupun kita dikurniakan oleh Allah dengan minda yang amat canggih yang boleh dipergunakan untuk mencapai sesuatu maksud, tapi malangnya ia tidak dapat beroperasi dengan berkesan sebagaimana yang  diharapkan jika tidak dipergunakan dengan betul atau sewajarnya.

Malah sebaliknya andainya kita sumbatkan  minda kita itu  dengan perkara-perkara yang palsu dan karut-marut, maka kekarutan dan kepalsuanlah yang akan dihasilkannya untuk kita sebagaimana tindakbalas sebuah komputer yang diperisikan dengan bahan-bahan yang tidak benar atau salah, maka yang tidak benar atau salah itulah yang akan keluar nanti sebagai jawapannya.

Walaupun minda itu bukan sebuah jentera dalam erti kata yang  tapi ia menjalankan urusannya seperti sebuah jentera. Kerana itu kian banyak pengetahuan kita tentangnya maka makin besar gunanya. Kerana itu makin banyak kita mengetahui tentang minda, maka makin baik dan berguna.

Keadaan hidup kita ditentukan oleh minda kita. Kita menggunakan minda untuk meneroka dunia sekeliling kita, mengenalinya, menggunanya mengikut kehendak kita, tapi  sebaliknya dunia sekeliling kita pula memberi tindak balas kepada minda kita  dengan menentukan cara kita berfikir, cara kita merasa, dan ia juga boleh mempengaruhi kepercayaan kita. Semuanya itu ada yang baik dan yang buruk, ada yang positif dan ada yang negatif.

Justeru kita hendaklah membuat keputusan yang betul mana yang baik dan mana yang buruk, mana yang positif dan mana yang negatif. Kegagalan dalam membuat keputusan yang betul akan menimpakan kesan yang buruk kepada kita. Justeru itu tindakan yang penting kita mestilah sanggup membebaskan diri kita daripada menjadi hamba abdi kepada pemikiran, idea dan perasaan yang negtaif yang terdapat dalam minda kita. Maka dengan tindakan tersebut barulah kita mampu dan berpeluang menyelami rahsia hidup yang sebenarnya  yang akan membawa kita ke puncak kejayaan yang menjadi impian kita itu.

Idea-idea dan pemikiran-pemikiran yang negatif itu amat mudah berkembang dalam minda kita menerusi persekitaran kita. Sebagai contohnya. Pada suatu pagi ketika kita bersiap-siap hendak pergi kerja tiba-tiba hujan turun mencurah-curah. Secara spontan kita pun mengeluh, dan diikuti dengan kata-kata, “Hujan lebat dah turun, susahlah aku hari ini......”. Dengan keluhan itu bererti kita telah berfikir secara negatif .. Ia akan menjadi lebih buruk lagi kesannya jika kata-kata tersebut kita ulang-ulang berkali-kali menyebutnya. dan masuk dan tertanam dalam minda kita pada peringkat yang tertentu. Ia akan menerima kata-kata  itu sebagai suatu saranan kepadanya, kerana minda kita salah faham, sebab ia tidak tahu kita bukan membuat saranan kepadanya tapi kita sebenarnya bercakap dengan cuaca yang hujan. Sedangkan minda kita berpendapat kita mahu mencipta sebuah hari yang penuh dengan kesukaran dan kepayahan untuk kita.  Andainya kita terus menerus mengucapkan unggapan yang negatif itu berulang-ulang kali, maka kita akan benar-benar berada dalam  hari yang penuh dengan kesukaran sepanjang  hari itu.

Seperti itu juga sesebuah kepercayaan tertanam dalam minda kita mengenai sesuatu perkara. Kemudian berdasarkan kepercayaan tersebutlah, walaupun tidak betul, minda akan membentuk fikiran atau pandangan kita mengenai perkara tersebut.  Bila kita melihat dan terkenangkan perkara tersebut secara otomatik kita akan berpendapat atau membuat kesimpulan mengikut kepercayaan yang telah tertanam dalam minda kita itu. Persis sebuah komputer yang diprogramkan sebarang data baru yang diisikan tapi bercanggah dengan data lama yang telah sedia diprogramkan terlebih dahulu itu maka  akan tercetus pertentangan antara keduanya dan ini sudah pasti akan menimpakan ganggan yang tidak diingini  kepada kita.

Oleh itu kita hendaklah cermat dan berhati-hati ketika kita hendak memprogramkan atau memasukkan sebarang maklumat   dalam minda kita sebagaimana kita kena berhati-hati ketika hendak memprogramkan komputer kita, kerana minda kita akan menerima apa sahaja yang disodorkan kepadanya. Andainya maklumat yang dimasukkan kemudian itu dan diterimanya tapi sebahagian bersarnya bercanggah-ruah dengan maklumat yang telah sedia dimasukkan ke dalam minda kita terlebih dahulu, maka ini boleh menyebabkan berlaku pertarungan yang boleh mengakibatkan kita mengalami kelesuan mental yang boleh menganggu keamanan jasmani kita.

Katakanlah kita telah menanam dari sejak awalan lagi keyakinan dalam minda kita bahawa kaum wanita adalah pemandu yang cuai dan tidak bertanggungjawab serta merbahya berdasar pengalaman pandangan kita di masa yang lalu. Andainya pada suatu hari kita melihat sebuah kemalangan jalan raya telah berlaku yang melibatkan seorang pemandu wanita, maka  secara otomatik akan muncul dalam minda kita bahawa wanita tersebutlah yang menjadi punca kemalanagan itu, dan seterusnya kita lalu berusaha untuk membenarkan anggapan kita itu tanpa lagi memperhitung benar atau salahnya. Walaupun kemudian kiranya ada bukti-bukti yang menunjukkan fakta yang sebaliknya, iaitu yang menjadi punca kemalangan itu bukanlah daripda wanita itu, tapi kita sukar untuk menerimanya, kerana kita telah memprogramkan dalam minda kita terlebih dulu bahawa kaum wanita adalah pemandu yang cuai yang sering terlibat  dalam kemalanagan jalan raya.

Mangsa Minda
Ini kisah seorang wanita yang menjadi mangsa mindanya sendiri. Pada suatu hari wanita tersebut pergi menemui seorang doktor di sebuah klinik swasta untuk menjalani pemeriksaan kesihatan kerana merasa tidak sihat. Ketika doktor itu menjalankan pemeriksaan ke atasnya dia terlihat sebelah mata doktor itu merah menyala dan membengkak seperti sakit mata. Tapi wanita itu yakin doktor tersebut yang juga seorang wanita mengidap penyakit mata. Dia diserang kebimbangan. Dia bimbang penyakit  mata doktor itu telah pun berjangkit kepadanya. Sebaik-baik sahaja keluar dari kamar doktor, dia tiba-tiba merasa matanya pedih, berpasir dan gatal-gatal dan berair, Dia yakin dia telah diserang penyakit mata. Walau bagaimanapun doktor menasihatinya supaya datang lagi pada hari keempat  kemudian untuk pemeriksaan lebih lanjut.

Sebaik sahaja wanita itu sampai ke rumah dia meminta suaminya memeriksa matanya yang sakit itu. Katanya “Bang tolong tengok mata saya ini. Saya rasa mata saya gatal, berair dan senak. Saya lihat tadi, sebelah mata doktor itu bengkak, merah dan berair. Dia sakit mata, dan telah menjangkitkannya kepada saya. Tak baguslah doktor tu, sakit matapun bekerja juga”. 

Selama tiga hari lamanya ia menitis ubat yang sedia ada di rumahnya ke matanya yang dikatakan sakit itu. Dia yakin dia sakit mata berjangkit daripada doktor itu. Dan pada hari keempat wanita itu terpaksa berjumpa dengan doktor itu sekali lagi sebagaimana dijanjikan. Setelah dijalankan pemeriksaan sekali lagi, doktor mendapati dia sihat, kemudian memberitahu, “Mata kiri saya ni rasanya dah selesa. Beberapa hari yang lalu anak saya yang kecil tu mencucuk mata saya dengan pembaris menyebabkan mata saya menjadi merah dan berair seperti sakit mata. Mujur tidak ada apa-apa. Sekarang dah baik”. Wanita itu lalu bertanya doktor untuk mendapat kepastian, “Kena kayu pembaris bukan sakit mata”. Jawab doktor, “Ya bukan sakit mata”, sambil ketawa kecil.

Sebaik-baik keluar dari kamar doktor itu wanita tersebut secara spontan merasa matanya kembali seperti biasa. Tidak sakit mata lagi.

Demikianlah orang yang menjadi mangsa minda akibah salah sangka yang tidak sewajarnya berlaku.

Itulah dikatakan oleh para pakar perubatan bahawa minda anda boleh mempengaruhi jasmani anda. Sebahagian besar daripada penyakit yang dideritai oleh manusia mencerminkan minda mereka diselimuti oleh sifat negatif sepanjang masa dan tidak berhujung yang menjadi punca kepada penyakit jasmani mereka.

Kisah di atas menunjukkan pengaruh minda ke atas seseorang. Masih banyak lagi kisah-kisah benar seperti itu kalau hendak diceritakan. Tapi cukuplah setakat itu sahaja untuk membuktikan kesan minda terhadap manusia dari segi kesihatan. Di samping itu masih banyak kesan-kesan minda terhadap seluruh kehidupan manusia. Justeru berhati-hatilah dalam penggunaan minda supaya kita memperolehi faedah daripanya.

Doa:
“Ya Allah jadikanlah dalam  hatiku terang, dan pada pemandanganku terang dan pada pendengaranku terang, dan di kananku terang, dan dari kiriku terang dan di atasku terang, dan di bawahku terang, dan di hadapanku terang, dan dibelakangku terang, dan jadikanlah bagiku terang.”



Pondok Rahmat
5 Mei 2020/
12 Ramadhan 1441




Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP