Yesterday [Monday 28 November 2019] we
have a small family gathering at a beach . It was at D’Aur Resort, at Pantai
Melawi, Bachok, Kelantan.
There were
nineteen persons of our family, who stayed in Kelantan attended the gathering.
They were my
daughter Noor Baiti Zaini and her family, my son Ahmad Faris Zaini and his
family and Ahmad Syaibani Zaini with his family.
Our aimed was
to rest and relax at the beach. The resort was clean, and tidy and beautiful.
They also
offered yacht for rent RM 15 for one hour.
We arrived at
the morning, and there was no ray of hot sun. Our children played on the clean
and sandy beach.
Sometimes I
stoodlooked at open sky and the roaring waves,
which sparked my mind to remember Allah the Most Al Mighty that created everything
in this world and after.
The sea was
beautiful with the cloudy sky, the sign that that rain will fall. The wave was
not so strong.
The resort
seemed to be looked carefully after by the owner of the resort.
As I was told
by its workers that the resort owned by a Kelantanese villager.
It was opened
about three years ago.
The cleaners
were always there at the side to collect the rubbish thrown by the people or
mostly blown by the sea wind.
We stayed at
open hut and beside an open stove to grill our fishes, chicken meats and meats
that we brought from our homes.
We have to
pay RM 5 for a car entry and RM 15 for the stove.
We packed our
goods when the rain began to drop at the afternoon, and drove home before the rain
was heavy.
The resort
was good, clean and tidy to anyone who like to go the beach for rest.
We like to
suggest to owner of the resort to build at least one more toiletat the beach, and it is good for the owner to
separate the men and women. Today it had only one toilet and one bathroom to be
share between men and women.
ABDULRAHMAN AL-AHMADI adalah
salah seorang penulis ilmiah yang termasyur, terutama di bidang budaya dan
sejarah.
Hampir setiap kali saya
berkunjung ke Kuala Lumpur atau ke Negeri Selangor tercetus hasrat dalam hati
untuk berkunjung ke rumah beliau di Sungai Buloh.
Justeru kerana perkara-perkara
yang tidak dapat dielakkan, saya hanya sempat sekali shaja bertamu ke rumah beliau
di Sungai Buloh semasa hayatnya.
Tapi sebelum itu saya biasa
tinggal bersama beliau dan keluarganya di rumah lamanya di Jalan Belangkas,
Ampang Kuala lumpur. Bila beliau pindah ke Sungi Buloh, rumah itu ditinggali oleh
salah sorang anak perempuannya.
Waktu itu saya berhijrah ke Kuala
Lumpur untuk bekerja di bahagian percetakan Kementerian Kebudayaan, Belia Dan
Sukan, dan masih belum mempunyai tempat kediaman, lalu beliau menawarkan saya
tinggal di rumahnya itu, berkebetulan ada sebuah kamar kosong di tingkat atas.
Berbulan-bulan lamanya saya tinggal bersama dengan beliau sementara mencari
sumah sewa yang sesuai.
Namun begitu akhirnya saya
membuat keputusan untuk membina sebuah rumah setinggan di Kampung Melayu, Jalan
Jelatek, Datok Keramat, Kuala Lumpur. Rumah ini yang terletak di tebing sungai
mengalami nasib yang malang telah dirobohkan oleh Dewan Bandaraya sebaik sahaja
ia siap dibina.
Pada kali terakhir saya
bertandang ke rumahnya di Sungai Buloh beliau telah menghadiahkan kepada saya
sebuah buku beliau yang berjodol “Petua Membina Rumah Melayu: Dari Sudut Etnis
Antorpologi” yang diterbitkan oleh Perpustakaan Negara Malaysa, bersama sebuah
nota ringkas mengenai sejarah hidup beliau.
Sebahagian besar daripada
perbualan kami pada hari itu berkisar mengenai penulisan, diselang seli dengan
perkara keluarga. Antara lain beliau memberitahu bahwa beliau telah diminta
oleh seorang tokoh akademik menulis tentang penggembaran Hang Tuah dari satu
tempat ke suatu tempat, berdasarkan nama-nama tempat yang disebut dalam Hikayat Hang Tuah. Menurut beliau, beliau telah menjejaki semua tempat-tempat tersebut dan
memang benar terbukti kewujududannya.
Satu perkara yang sedihnya,
ketika buku itu dalam proses penaipan komputer, tiba-tiba semua bahan yang
telah siap ditaip telah lesap dari komputer yangditaip oleh salah seorang puterinya, sementara manuskrip asal tulisan
tangan beliau juga telah hilang dengan satu cara yang saya telah lupa puncanya
sebagaimana diberitahu oleh beliau kepada saya. Justeru itu beliau terpaksa
menulis semula buku itu dari awal hingga akhir, dan juga menaipnya semula.
Saya tidak pasti adakkah buku itu
telah dicetak oleh penganjurnya yang masih ada lagi hingga sekarang.
Bealiu juga memberitahu saya ,
beliau telah menyerahkan semua buku-buku koleksi beliau kepada Perpustakaan
Negara Malaysia. Katanya beliau diberi ganjaran tertentu. Namun begitu beliau
masih belum berpuas hati kerana koleksi buku beliau masih tersimpan dan belum
terurus dengan sewajarnya oleh Perpustakan Negara pada waktu itu. Saya percaya
keadaan sekarang telah jauh berubah.
Beliau juga menyarankan saya,
jika saya menyimpan banyak koleksi buku, supaya mengikuti langkahnya
menyerahkan buku-buku saya itu kepada Perpustakaan Negara.
Saya dimaklumkan dalam koleksi
peribadi buku-buku tersebut meliputi buku-buku mengenai sejarah, sejarah
pndidikan pondok di Negeri Kelantan, novel-novel, kitab-kitab tajwid, syair,
majalah-majalah, termasuk Majalah Pengasuh yang diterbitkan oleh Majlis Agama
Islam Kelantan, hasl-hasil karya ulama Kelantan yang tersohor, seperti Haji
Ummar Nuruddin, Sheikh Hj Wan Ali, Hj.Ahmed Maher, Dato’ Perdana Menteri Hj Nik
Mahmood dan Hj. Muhammad Noor Ibrahim.
Sebelum itu beliau pernah
menceritakan kepada sayatentang nasib
salah sebuah karyanya yang terbesar, iaitu Ensklopedia Budaya Melayu yang
dihasilkan semasa beliau bertugasdi Kementeriaan
Kebudayaan Belia Dan Sukan. Pada masa bukuitu dalam proses penulisan, tiba-tiba pada tahun 1986 bangunan Wisma
keramat, Jalan Gurney Kuala Lumpur di mana Kementeriaan Kebudayaan Dan Sukan
ditempatkan telah terbakar, dan ikut musnah dalam kebakaran itu ialah sebahagian
daripada naskah-naskah Enskolpedia Budaya tersebut. Sementara sebahagian lagi
daripada siri buku tersebut yang sedang dalam proses semakan percetakan telah
musnah di pejabat sebuah percetakan bila banjir besar melandaKuala Lumpur pada tahun 1971.
Beliau juga pernah memberitahu
saya, bahawa sekiranya beliau menghadapi kebuntuan dalam sesuatu perkara,
beliau kadang kala bersama dengan sahabatnya gemulah Ustaz Abdullah bin
Muhammed Nakula [1931-1998] akan pergi berkhalwat di sebuah lubang tempat berkahwlat
yang digali oleh Tok Selehong, di Kampung Tok Selehong Tumpat. Tok Selehong [1871-1935] ialah seorang
ulama yang termsayur di Kelantan. Menurut beliau biasanya beliau akan mendapat
jawapan kepada persoalan buntu yang sedang mereka hadapai itu.
Pengalaman
Saya mulai mengenali beliau pada
tahun 1964 di Pustaka Dian, Jalan Cik Su, Kota Bharu. Beliau mulai melaporkan
diri untuk bertugas pada suatu pagi, serentak bersama kami masuk bertugas. Seperti
pekerja-pekerja yang lain juga , beliau tiba-tiba muncul dan menduduki sebuah
meja kosong tanpa penghuni. Namun begitu tidak menjadi hal, kerana beliau
seorang yang mudah mesra, peramah dan senang didekati.
Pada masa itu Mohamed Zain Saleh
adalah salah seorang, atau tepatnya satu-satunya sidang pengarangDian. Pada masa itu Pustaka Dian tidak pernah
mengambil sebarang butir peribadi bakal pekerja atau menyediakan borang untuk
disi oleh bakal pekerja, hanya cukup ditunjukkan kad pengenalan untuk urusan
pembayaran gaji dan Tabung Simpanan Pekerja[KWSP]. Pada masa itu [Dato’] Yusoff Zaky masih memegang peranan utama
dan solo mengendalikan Pustaka Dian.
Drs. Abdul Rahman Al-Ahmadi boleh
dikatakan lama juga bersama kami di Pustaka Dian, iaitu kira-kira selama lima
tahun, dari tahun 1964 hingga tahun 1969. Saya panggil dia Abang Man
walaupun semua orang yang mengenalinya memanggil dia Pak Su Man.Tapi isterinya
pula saya panggil Mak Su, berasal dari Indonesia. Seperti Pak Su Man juga
beliau seorang yang ramah, mudah mesra dan baik hati.
Drs. Abdul Rahman dilahirkan pada 31
Mac, 1931 di Pasir Mas Kelantan sebuah bandar yang terletak di pinggir Sungai
Kelantan.
Beliau menerima pendidikan
awalnyadi Pasir Mas, iaitu belajar di
Sekolah Melayu Pasir Mas, dan kemudian melanjutkan pelajarannya ke Madrasah
Jame', Merbau, Kota Bharu dari tahun 1942 hingga 1946.
Kemudian beliau berhijrah keluar
negara untuk meraih ilmu. Pada tahun 1947, beliau melanjutkan pelajarannya ke
Sekolah MenengahPertama [SMP] Bukit
Tinggi, Sumatera Barat, Indonesia. Seterusnya pada tahun 1950 beliau
melanjutkan pelajarannya ke Sekolah Menengah Atas, Jakarta, Indonesia [SMA].
Berkat rajin dan usaha gigihnya,
beberapa tahun kemudian beliau berjaya memasuki Universiti Gajah Mada,
Yogyakkarta, Jawa Tengah Indonesia dan berjaya mendapat gelaran Doktorandus [Sarjana] dalam bidang Hubungan Antara Bangsa pada tahun 1961. Bila beliau
balik ke Malaysia dan menyambung pelajaran akademiknya dan berjaya
menggondolIjazah Sarjana dalam bidang
sejarah daripada Universiti Malaya pada tahun 1978.
Ketika saya menumpang di rumah
beliau, di Jalan Belangkas, beliau sering membawa saya berkunjung ke
Perpustakaan Universiti Malaya [UM] bila beliau ada urusan untuk membuat
sesuatu kajian. Beliau nampaknya begitu familiar dengan salah seorang
pustakawan di perpustakaan tersebut.
Dalam bidang akademik beliau
tidak berhenti setakat itu sahaja, kerana selepas itu beliau menyambungkan
pelajarannya dengan mengikuti kuiah Ph. D di Ecole des Hutes Etudes en Science
Sociates di Paris atas biasiswa tajaan kerajaan Peancis pada tahun 1980 hingga
1981.
Sebelum itu ketika menetap di
Pasir Mas beliau bertugas sebagai seorang pengkuliah di Yayasan Pengajian Tinggi
Nilam Puri, Kota Bharu di samping bertugas di institusi persekolahan yang
dikenali sebagai Institut Pendidikan, Kota Bharu. Kemudian beliau dilantik
menjadi Pengetua Maktab Adabi Kota Bharu dari tahun 1970 hingga 1972, dan
menjadi Pengetua Maktab Adabi Pasir Mas dari tahun 1973 hingga 1975.
Ketika beliau menetap di Kuala
Lumpur pula beliau pernah memegang jawatan pensyarah sambilan di Institut
Bahasa, Kesusateraan, Kebudayaan Melayu Universiti Kebangsaan [BKKM], Lembah
Pantai, Kuala Lumpur dari tahun 1976 hingga 1978.
Sewaktu beliau bertugas di Kementerian Kebudayaan Belia Dan Sukan pada
tahun 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Unit, Bahagian Penyelidikan,
Kemenerian Kebudayaan, dan telah dilantik mengetuai Unit Ensiklopedia Budaya,
Bahagian Penyelidikan, Kementerian Kebudyaan, Belia dan Sukan. Sebahagian
daripada naskah Ensiklopedia ini telah musnah dalam kebakaran dan banjir.
Beliau adalah seorang ilmuan yang banyak membuat kajian tentang filologi,
terutama mengenai manuskrip Melayu, di mana pada tahun 1984 beliau telah
menerima biasiswa UNESCO untuk membuat kajian mengenai manuskrip Melayu di
Negeri Belanda. Beliau telah membuat kajian tersebut dari 25 Disember 1984
hingga 25 Mac 1985 di Royal Institute of Linguistics and Anthropology, dan di
Leiden University dan Arkib Nasional Belandadi Amerstdam.
Beliau telah bersara dari jawatan kerajaan pada 15 April, 1992.
Pada tahun 1993 hingga 1994 beliau telah dilantik menjadi Mualim Tamu,
Perpustakaan Negara Malaysia yang pertama. Kemudian dilantik semula oleh
Perpustakaan Negara untuk tugas yang sama pada tahun 1997 hingga 1998.
Pada tahun 1987 beliau dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Penasihat
Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia.
Pada tahun 1991 dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Pemberian Dan Perolehan
Muzium Islam, Jabatan Perdana Menteri dan Jawatankasa Penubuhan Muzium Ethnology
Dunia Melayu, Muzium Negara Malaysia.
Di samping itu pada tahun 1994-1995 beliau dilantik menjadi Karyawan Tamu
di Institut Alam Dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Semasa hayatnya beliau telah berjaya menghasilkan sekumpulan buku-buku yang
telah diterbitkan, antaranya Pengantar Sastera, Pengantar Ilmu Politik [1966[
dan Detik-detik Sejarah Kelantan, yang diterbitkan oleh Pustaka Aman Kota
Bharu.
Lain-lain buku yang diterbitkan oleh Kementeriaan Kebudayaan Beliau dan
Sukan, antaranya ialah: Pengantar Budaya dan Maysrakat, Sejarah Kebudayaan
Prasejarah di Malaysia, Kalung Bunga [Koleksi Essei], Tokoh dan Pokok Pemikiran
Tok Kenali, Sejarah Kedatangan Islam ke Asia Tenggara, Sejarah dan Kebudayaan
Camp, Batu Bersurat Melayu Kuno, Rakyat, Budaya Dan Agama.
Sebelum itu di samping menterjemah rancana-rencana dari bahasa asing,
beliau juga telah menterjemah buku Treasure Island karya R. L. Stevenson dengan
jodol Pulau Khazanah, dan diterbitkan oleh Oxford UniversityPress 1968.
Beliau juga banyak menulis rencana-rencana berkaitan dengan jurusan
sejarah, sastera, budaya, agama dan falsafah dan kebudayaan yang disiarkan
dalam majalah-majalah tempatan, seperti Dian, akhbar Mingguan Kota Bharu dan
lain-lain. Di samping itu banyak menghasilkan kertas-kertas kerja seminar dan
dan kuliah serta karya-karya yang diterbitkan oleh Kementerian Kebudyaan Belia
dan Sukan.
Saya mendengar berita duka tentang pemergian beliau ke pangkuan Ilahi ketika
bersama-sama dengan beberapa orang penulis di kediaman saya, Pondok Rahmat.
Saya masih belum berkesempatan untuk mendapatkan ceritayang lanjut tentangnya hingga ke hari ini
walaupun masa telah agak lama berlalu.
Beliau pernah memberitahu saya bahawa sejak kebekalangan, beliau tidak
begitu sihat, dan tidak mampu bergerak seorang diri ke pejalanan yang agak
jauh, kerana itu terpaksa membawa isterinya, Mak Su bersama untuk menemaninya.
Menurut beliau ini berlaku berpunca daripada pemdedahan yang pernah dialaminya
sebelum itu.
Saya bertemu beliaudi Kota Bharu
dalam majlis Siri Wacana Tokoh Tok Kenali pada tahun 2001 yang dianjurkan oleh
Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timurdi mana beliau adalah salah seorang pembentang kertas kerjanya. Justeru
beliau tidak mempunyai pengangkutan, selepas seminar saya temani beliau ke
hotel penginapan, sementara menunggu kapalterbang akan berlepas pada sebelah
petangnyadan menghantarnya ke lapangan terbang
Pengkalan Chepa.
Saya teringat, beliau pernah beberapa kali memberitahu saya bahawa beliau
akan menulis auotobiografi tentang diri beliau, dan menasihat saya supaya
menulisnya juga. Saya masih belum pasti adakah buku tersebut sempat beliau
tulis ataupun tidak.
Saya juga pernah menghadiahkan kepada beliau buku saya berjodol Keluarga Diraja Kelantan Darulnaim.
UMAT Islam dituntut mencari harta kekayaan tegasnya
mencari rezeki.
Kerana dengan memiliki harta barulah mereka boleh
hidup sewajarnya, terutama di zaman moden ini.
Dengan harta itu barulah mereka boleh memperolehi
berbagai-bgai keperluan yang mereka butuhkan ,seperti makan minum, pakaian,
rumah kediaman dan sebagainya.
Dan dengan harta yang berlebihan pula mereka
mampu untuk memiliki aneka keistimewaan dalam nilai keprluan-keperluan
tersebut, seperti makanan-makanan yang lebih beraneka ragam dan berselera,
rumah-rumah kediaman yang besar, cantik dan selesa untuk diihuni, dapat
mengupah jungus-jungus pembantu rumah, dan sebagainya.
Dengan harta itu juga mereka dapat memiliki
alat-alat pengangkutan yang menjadi pilihan mereka, bukan sebuah, tapi dua atau
tiga buah untuk keluarga maka dengan itu mereka tidak perlubergantung kepadateksi, bas, keretapi dan sebagainya untuk
memenuhi keperluan mereka.
Justeru itulah orang-orang yang berakal akan
berusaha sedaya upaya untuk memburu harta kekayaan.
Tapi ada di kalangan manusia itu yang terlajak
rakus dalam memburu harta kekayaan, hingga sanggup melakukan apa saja tanpa
mengira halal halal atau haram atau melanggar undang-undang. .Mereka sangup
menipu, mengecek, memperdaya, korapsi, mencuri merompak malah membunuh untuk
menrebut harta kakayaan. Sedangkan sebahagian dari mereka beragama Islam.
Kerana harta, orang berkeluarga sanggup
bertengkar, berbalah, bermasam muka, caci mencaci, fitnah memfitnah dan apa
sahaja yang mampu mereka lakarkan kerana harta punya fasal.
Sementara orang-orang yang telah berada di peringkat
kaya, senang dan mewah, berpangkat dan berdarjatpula memiliki penyakit-penyakit orang kaya
yang khusus pula, iaitu penyakit yang menjadi kanser masyarakat.
Penyebar penyakit kanser masyarakat ini biasanya
terdiridari golongan mewah yang
termasuk dalam golongan para pembesar negeri, pegawai-pegawai tinggi
kerajaan,para peniaga yang jutawan,
kaum feudal yang kaya—raya yang memiliki segala-galanya, termasuk kuasa yang
memampukan mereka dan berani bertindak sesuka hati mereka.
Orang-orang seperti ini mudah terpesong dari
jalan lurus ke jalan yang menyeleweng, iaitu lebih mencintai harta benda dan
kenikmatan dunia dari mencintai Allah dan Rasul Nya yang mulia.
Kerana itu mereka lupa bahawa mereka adalah
hamba Allah yang tertakluk kepada perintah dan larangannya, dosa dan pahala
tidak menjadi kiraannya kerana telah tenggelam dalam arus kegelitaan dunia
yang pana ini.
Mereka dengan sewenang-wenangnya mempergunakan
harta bendanya, kekayaannya yang berada di sekeliling pinggang untuk
brmegah-megah dan menyombongkan diri.
Lebih jauh lagi mereka dengan harta kemewahan
yang mereka miliki itu dengan sewenang-wenangnya menyebar dan menggalakkan
kebudayaan keji, pesta-pesta hiburan kelucahan dan cabul, hiburan-hiburan
yang tidak berfaedah yang merobek-robekkan jiwa dan raga rakyat serta menjerumuskan
mereka dalam aneka kancah perilaku yang hina-dina menerusi berbagai-bagai saluran media yang kian meningkatcanggih dari waktu ke waktu.
Mereka akan berusaha menentang habis-habisan
segala usaha yang cubamenghalang segla
aktiviti keji dan mkar yang mereka lakukan itu yang amat merugikan bangsa dan
negara dengan menggunakan pengaruh harta dan kekayaan mereka yang telah menjadi
senjata dajal itu.
Manusia seperti inilah tergolong dalam makhluk
dibenci Allah di Akhirat nanti, Rasulullah bersabda,
“Cinta dunia adalah dosa yang paling dibenci
Allah sesudah syirik”.
Allah berfirman dalam Kitab Suci al_Quran
terhadap golonganyang mencintai dunia
dan harta kekayaan lebih daripada mencintai Allah dan Rasul Nya:
“Katkanlah “Jika bapa’mu, anak-anakmu,
sudara-saudaramu, isteri-isterimu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu
usahakan, perdagangan yang kamu khuwatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat
tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cinta daripada Allah dan Rasul Nya serta
berjihad di jalan Nya, maka tungulah sampai Allah memberikan keputusan Nya”.Dan
Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik”. at-Taubah [9]: 24.
Tapi golongan ini bukan sahaja melupakan Allah
dalam mencintai harta benda dan pemilikannya, malah lebih jauh lagi merosak
dirinya dan orang lain, masyarakat dan bangsanya dengan pengaruh harta kekayaan
dan kemewahan yang mereka miliki itu dengan kemakaran yang dilakukannya.
Dato' Yusoff Zaky Seperti lumrah bencana akibat perilaku yang
bejat itu bukan sahaja menimpa para pelakunya, tapi kepada semua mereka
termasuk semua kaum, masyarakat dan bangsa dan negara itu, tanpa kecuali buruk
atau baik, alim atau jahil.
Allah berriman,
“Dan apabila Kami hendak membinasakan sesuatu
negeri, maka Kami perintahkan orang-orang yang hidup mewah di negeri itu
[agar mentaati Allah],tapi bila mereka melakukan kedurhakaan maka sepatutnya berlakulah
terhadapnya [hukuman Kami],kemudian Kami binasakan sama sekali negeri
itu”.Al-Isra’ [17]: 16.
Menjelas maksud ayat “Kami perintahkan
orang-orang yang hidup mewah” Dato’ Haji Yusoff Zaky Hj Yacob berkata “bukanlah bererti Allah menyuruh mereka
berbuat demikian, kerana Allah tidak menyuruh manusia melakukan kejahatan, malah
maksudnya ialahtindakan Allah itu
adalah sebagai satu akibat yang wajar apabila orang ramai tidak sanggup
bertindak menyekatkan kefasikan –kefasikan golongan mewah itu, maka Allah akan
biarkan mereka terus bermaharajalela menjahanamkan negara”.
Justeru itu pergunakanlah segala harta
kekayaan dan kemewahan yang kita miliki itu dengan sewajarnya, dan pastikan
juga harta yang kita miliki itu diperolehi secara yang halal, bukan secara haram,
seperti menipu, mencuri, meompak, korupsi dan sebagainya. Juga jangan sama
sekali lupa mambayar zakat dan menginfakkan hartanya dengan sewajarnya.
Kedua-dua amalan ini menujukkan kita bersyukur kepada Allah yang telah
melimpah-ruahkan nikmat Nya kepada kita dengan mengurniakan rezeki yang tidak
ternilai..
Adalah nama yang diberikan oleh ayahanda tersayang kepada rumah yang dibina.Ibunda yang dikasihi lagi dirindui menjadi inspirasi dalam pembinaan ini.Aku adalah tempat luahan qalbu, berharapan agar ia tersebar dikongsi bersama. Pondok yang dibina bermatlamat mampu merahmati penghuni yang bernaung di bawahnya.