LIDI KEHILANGAN PENYAPU
>> Wednesday, May 2, 2018
LIDI KEHILANGAN PENYAPU
Seberkas Harganya Kurang 20 sen lima ringgi
LIDI ialah sebahagian daripada pokok nyiur atau kelapa yang menjadi tulang kepada daun daunnya yang melekat di pelepahnya yang keluar daripada bahagian atas batang sepohon pokok kelapa.
LIDI ialah sebahagian daripada pokok nyiur atau kelapa yang menjadi tulang kepada daun daunnya yang melekat di pelepahnya yang keluar daripada bahagian atas batang sepohon pokok kelapa.
Lidi itu tulang kecil berfungsi pada daun daunnya,
sementara pelepah itu pula tulang belakang yang besar di mana lidi lidi daun
daunnya melekat , sementara pelepah itu pula melekat pada batang pokok nyiur di
sebelah paling atas.
Keadaan daunnya pendek di bahagian pelepah sebelah atas,
dan membesar arah ke tengah tapi memendek semula arah ke hujungnya yang tirus
ke hujungnya.
Dalam masyarakat lama Melayu lidi kelapa ini mempunyai
banyak kegunaannya, terutama sebagai pelengkap dalam makanan, dan juga digunakan
dalam pemebelajaran di sekolah.
Penyapu Lidi
Kegunaan lidi yang populer dalam budaya Melayu ialah sebagai penyapu. Ia berguna untuk menyapu atas rumah [dalam rumah dan juga di bawah rumah [halaman rumah. Lidi itu diliring [dibuang daunnya, kemudian diikat bahagian bawahnya seberkas seberkas dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan penyapu.
Daun kelapa yang ditanggalkan dari lidi itu bila kering boleh digunakan sebagai unggun untuk menyalakan api, seperti membakar sampah.
Bila penyapu sabut wujud di pasaran, penyapu lidi terpaksa memberi ruang kepadanya, dan kemudian lahir pula alat alat pencuci yang lebih moden dengan menggunakan tenaga letrik, seperti mesin pencuci dan sebagainyai, maka makin kurang lidi yang digunakan.
Penggunaan lidi sebagai penyapu hari ini hampir sudah tidak ada lagi. Tambahan pula harganya mahal, seberkas lidi penyapu yang dulunya paling mahal berharga seringgit sahaja, tapi hari ini harganya sudah melambung naik menjadi lima ringgit.
Matematik
Kegunaan lidi yang populer dalam budaya Melayu ialah sebagai penyapu. Ia berguna untuk menyapu atas rumah [dalam rumah dan juga di bawah rumah [halaman rumah. Lidi itu diliring [dibuang daunnya, kemudian diikat bahagian bawahnya seberkas seberkas dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan penyapu.
Daun kelapa yang ditanggalkan dari lidi itu bila kering boleh digunakan sebagai unggun untuk menyalakan api, seperti membakar sampah.
Bila penyapu sabut wujud di pasaran, penyapu lidi terpaksa memberi ruang kepadanya, dan kemudian lahir pula alat alat pencuci yang lebih moden dengan menggunakan tenaga letrik, seperti mesin pencuci dan sebagainyai, maka makin kurang lidi yang digunakan.
Penggunaan lidi sebagai penyapu hari ini hampir sudah tidak ada lagi. Tambahan pula harganya mahal, seberkas lidi penyapu yang dulunya paling mahal berharga seringgit sahaja, tapi hari ini harganya sudah melambung naik menjadi lima ringgit.
Matematik
Pada masa dahulu lidi nyiur ini digunakan untuk membantu
kanak kanak darjah rendah, khusus kelas satu untuk belajar mengira atau
menghitung, atau belajar campur tolak.
Ibu bapa akan memotong lidi kira kira sepanjang jari
telunjuk dalam jumlah yang agak banyak dan membekalkan kepada anak anaknya yang
masih kecil ke sekolah untuk digunakan ketika belajar ilmu campur dan tolak
dengan cara yang mudah untuk difahami. Lidi lidi itu diikat sejambak biasanya
dengan getah bulat.
Atau kalau tiada lidi, mereka akan memungut anak anak
batu yang kecil kecil dan cantik cantik
untuk ilmu mengira, campur dan tolak. Walau bagaimanapun lidi lebih digemari
kerana ia ringan dan bersih.
Karak
Pada masa masa lalu, lampu suluh atau lampu picit
tidaklah mudah untuk diperolehi, justeru orang orang kampung yang ada keperluan
untuk keluar rumah waktu malam yang gelap mereka biasanya menggunakan karak
atau jamung yang diperbuat daripada daun kelapa, dan lidinya untuk menerangi
jalan yang mereka lalu. Lidi lidi nyiur itu yang daunnya telah kering tanpa
ditanggalkan dari pelepahnya diikat
kemas kemas pada pelepahnya itu, kemudian dicucuhkan dengan api untuk
menyalakannya.
Atau boleh juga daun daun kelapa itu ditanggalkan dari
pelepahnya kemudian diikat seberkas, dan di dicucuh dengan api di hujungnya.
Justeru daun kelapa itu pendek pendek, ia hanya boleh digunakan untuk pejalanan yang singkat
sahaja kerana akan cepat habis terbakar sampai ke pangkal tempat karak itu dipegang.
Pada masa dulu nasi belauk dibungkus dengan daun pisang,
biasanya daun pisang benggala yang lebih tahan koyak. Secebis daun pisang sebesar
dua jari dibuat semacam cawat pembungkus nasi itu, dan di atas cawat
itulah lidi yang pendek dan tajam dicucuk
menembusi sampai ke daun
pisang pembugkus nasi sebelah bawahnya.
Lidi itu dicucuk dua kali sehingga hujung kiri dan kanannya boleh kelihatan
dari satu arah sahaja.
Tapi bila nasi dibungkus dengan kertas akhbar terpakai
penggunaan lidi tidak digunakan lagi sebab sukar untuk dicucuk menembusi kertas
pembungkusnya dan sebaliknya paku besi atau getah pengikat digunakan untuk
mengikat pembungkus nasi itu supaya tidak terbuka dan nasi tidak tumpah. Ini
berlaku bila daun pisang menjadi mahal harganya dan akhbar akhbar terpakai jauh
lebih murah.
Kemudian timbullah pula di pasaran pembungkus pembungkus
makanan, termasuk pembungkus nasi yang diperbuat daripada polistring yang lebih
cantik dan selesa dipergunakan. Maka
dengan itu penggunaan akhbar akhbar terpakai sebagai pembungkus nasi
menjadi merosot. Walau bagaimanapun keselamatan penggunaan polistring sebagai
pembungkus makanan masih terus menjadi pertikaian.
Nasi Dagang
Di samping nasi belauk, nasi dagang juga menggunakan lidi
pada pembungkusnya. Nasi dagang dibungkus dalam bentuk kon dan dicucuk lidi di
bahagian atasnya.
Demikian juga pulut pagi, ia dibungkus dengan daun pisang
dalam bentuk kon dan dicucuk dengan lidi di bahagian atasnya supaya tidak
terbuka.
Nasi tumpang juga dicucuk dnegan lidi di bahagian lipatan
atas konnya supaya tidak terbuka.
Pada masa yang lalu, semua nasi nasi itu dibungkus dengan
cara yang berlainan tidak seperti hari ini, justeru dengan melihat
pembungkusnya sahaja pun pembeli dapat
mengetahui nasi apa di dalamnya tanpa perlu bertanya kepada penjualnya.
Temelong
Ada sesetengah kueh tradisional menggunakan temelong,
iaitu sejenis bekas yang berbentuk empat persegi yang diperbuat daripada
cantuman daun pisang yang menggunakan lidi untuk mengikatnya. Antara kueh kueh
yang menggunakan temelong ialah tepung pelita. Tapi sejak kebelakangan
penggunaan daun pisang telah merosot sebaliknya bekas plastik pula digunakan,
dan ini mengurangkan penggunaan lidi.
Penyucuk Satai
Pada masa lalu lidi digunakan sepenuhnya sebagai penycuk
satai. Ketulan ketulan daging atau daging ayam yang dipotong kecil kecil itu
dicucuk dengan lidi supaya mudah dibakar
dan juga dimakan, kemudian di curahkan kuah satai ke atasnya.
Di samping itu jika satai itu dihidangkan bersama dengan
ketulan ketulan nasi kapit [himpit [, lidi itu digunakan sebagai gerpu untuk
menyucuk nasi kapit kemudian dicicah ke dalam kuah satai untuk dimakan.
Kemudian bila timbul lidi lidi yang diperbuat dari buluh
buluh yang dihaluskan di pasaran, dan murah harganya, maka penggunaan lidi
nyiur sebagai penycucuk satai menjadi merosot, malah hampir pupus.
Penyucuk Ikan
Ikan ikan yang hendak dibakar berekor, seperti ikan
kembung [temenung, ikan selar, terutama jika hendak dimasak percik akan dicucuk
terlebih dulu memanjang dari bahagian bawah kepala ikan sampai ke ekornya untuk
mencegahnya daripada patah ketika dibakar atau ketika hendak dijual atau
dimakan.
Kemudian bila ikan itu hendak diletak dalam pinggan
hidangan untuk dimakan lidi itu terlebih
dulu akan ditarik untuk dikeluarkan dari
ikan. Adalah dianggap tidak sopan megangkat ikan yang masih berlidi untuk
dihidangkan kepada tetamu.
Penyucuk Pulut Lepa
Pulut yang dibakar ada dua jenis, iaitu pulut bakar yang
bulat pipis rupanya, dan sejenis lagi pulut lepa yang panjang keadaannya; di
dalam pulut lepa ini yang dibungkus dengan daun pisang diisikan dengan inti
yang terdiri dari sambal daging, sambal ayam atau sambal ikan atau pun paling
kurang sambal kelapa. Lidi digunakan untuk menyucuk bahagian ekor dan kepala
pulut lepa itu supaya tidak terbuka.
Tapi hari ini penggunaan lidi hampir telah pupus, kerana
sebagai gantinya pengusaha menggunakan dawai stapel untuk mengganti lidi.
Alat Menangkap Udang
Orang orang kampung menggunakan lidi sebagai alat untuk
menangkap udang. Lidi lidi itu dicucuk dengan buku buku kecil isi kelapa yang
dibakar kemudian dipacak berhampiran dengan gigi air sungai dan ditinggal
beberapa jam pada waktu malam, kemudian orang itu datang semula untuk menangkap
udang udang yang sedang memakannya dengan menggunakan serkap yang diperbuat
daripada buluh.
Pemikat pemikat burung biasanya menggunakan lidi untuk
disapukan dengan getah pemikat untuk menangkap burung yang akan melekat pada
bulu bulunya bila burung itu hinggap kerana tertarik kepada umpan seperti
makanan atau burung sejenisnya yang dijadikan umpan untuk menarik burung datang
menghampirinya.
Pncolek Gigi
Ada sesetengah orang selepas makan terpaksa mencongkel
atau mencolek giginya untuk menanggalkan sisa sisa makanan yang melekat pada
giginya. Pada masa yang lalu lidi kelapa digunakan sebagai alat pencungkil
gigi. Tapi kemudiannya pencongkel gigi daripada buluh mengganti pencongkel gigi
lidi yang diperbuat secara besar besaran di kilang kilang khusus.
Lain lain Lidi
Selain dari lidi daun kelapa yang banyak gunanya itu
dalam budaya Melayu itu, ada benda benda lain dinamakan lidi kerana
bentuknya yang kecil atau halus dan panjang, antaranya ular lidi, iaitu sejenis
ular kecil yang tidak berbisa, dan lidi basikal iaitu lidi yang digunakan pada
ril atau roda basikal.
Tapi hari ini lidi telah lama ditinggalkan dalam
masyarakat Melayu kita kerana perkembangan moden yang sentiasa berkembang maju.
Demikianlah lidi telah kehilangan penyapu dalam
masyarakat Melayu moden kerana diganti dengan bahan bahan baru yang lebih mudah
dan murah diperolehi.
Lorong Masjid al Qasimi,
Kg. Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan.
0 comments:
Post a Comment