MERAWAT MASA DENGAN WAJAR
>> Tuesday, May 22, 2018
Uruslah Masa
Anda Dengan Sebaik baiknya Supaya Anda Tidak Menyesal, Tidak Meratap, Dan
Menangis Di Kemudian Hari Nanti
Allah menyebut tentang Masa dalam al Quran. Malah ada
sebuah surah khusus menyebut tentang masa. Sungguhpun surah itu pendek sahaja,
tapi ia mempunyai erti yang sangat besar untuk dijadikan menungan umat manusia
dalam menjalani kehidupan seharian di dunia ini.
Surah itu ialah Surah“Al Asr”,
maksudnya:
“Demi masa
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,
Kecuali orang orang yang beriman dan beramal
soleh, dan mereka pula berpesan pesan dengan kebenaran serta berpesan pesan
dengan sabar”.
Al Asr: 1,2,3.
Apakah MASA itu sebenarnya.
Masa itu pada hakikatnya sesuatu yang amat unik. Ia
sentiasa ada berada bersama kita, selama dua puluh empat jam, dari pagi sampai
ke pagi setiap hari dalam hidup kita.
Tapi anehnya ramai orang mengatakan “saya tidak ada masa” atau “saya
tidak cukup masa”.
Sedangkan masa itu selalu berada bersama kita, bersama
dengan semua benda benda di alam buana ini., baik ia bergerak, atau tidak bergerak,
ataupun baik ia hidup atau mati, ia tetap dikelilingi oleh masa.
Ianya suatu sumber ciptaan Allah untuk makhluknya
menentukan jangka waktu yang ada di sekeliling mereka. Kepada makhluk manusia
masa itu amat unik untuk mereka, kerana ianya sejajar dengan umur atau usia
mereka.
Justeru jika ditanya orang “Berapa usia anda”, ertinya
dia bertanya berapa lama masa anda telah hidup. Kalau usia anda sudah lima
puluh tahun, maka ertinya masa anda telah hidup ialah lima puluh tahun.
Masa itu sentiasa berjalan, dari saat ke detik, dari detik ke jam, dan jam ke hari, dari hari ke minggu, dari minggu ke bulan, dari bulan ke tahun, dari tahun ke abad.... dan demikianlah seterusnya tanpa henti henti. Tidak ada apa apa pun yang boleh mempengaruhinya supaya berhenti untuk apa apa tujuan sekalipun. Ia sentiasa berjalan, walaupun kita telah dijemput Allah ke pangkuan Nya.
Mengurus Masa
Justeru masa itu amat penting kepada kita manusia, maka
kita mestilah tahu dan bijak mengurus masa yang sentiasa berada bersama kita
itu. Kalau tidak, kita akan ditinggalkan oleh masa dalam kerugian dan kesia siaan.
Masa yang telah berlalu tidak dapat kita memanggil atau
mengambilnya kembali. Ia telah beku dalam sejarah waktu. Ia tidak dapat dibayar
dengan harta sebuah dunia sekalipun untuk mewujudkannya kembali. Ia telah
kembali kepada Tuhan Penciptanya.
Jika kita tidak menggunakan masa yang ada sekarang dengan
sewajarnya, malah sebaliknya menghabiskannya dengan sia sia, maka bererti masa
hidup kita sekaraang yang akan berlalu dengan pentasnya akan habis terbuang
dengan tidak bererti dan tidak akan memberi apa apa pulangan yang baik kepada
kita sebagai hamba Allah. Hari ini akan menjadi
kelamrin, kelmarin akan menjadi kelmarin dulu, dan seterusnya
selagi dunia berkembang.
Kebanyakan orang akan merasa amat menyesal bila tiba hari
esok kerana menggunakan masanya yang ada sekarang dengan sia sia, tapi
penyesalan yang tidak berfaedah lagi sebab masa yang telah lalu itu tidak akan
berubah lagi dan apa yang telah dilakukannya itu akan tetap kekal tanpa padam
padam sampai ke akhirat nanti, dan di bawa ke hadapan Allah SWT. untuk
pemeriksaan.
Sebaliknya sedikit benar dari manusia yang merasa puas
hati dengan masa yang dikurniakan Allah kepada mereka sepanjang hayat mereka,
kerana mereka telah berjaya menggunakan masa mereka itu dengan sebaik baiknya
yang boleh memberi faedah kepada dirinya sendiri dan kepada orang lain juga.
Dalam istilah agamanya ia disebut perbuatan yang berpahala, perbuatan yang akan
mendapat ganjaran di sisi Allah nanti.
Ini ada beberapa titik saran atau petua singkat untuk
kita menggunakan masa dengan wajar, semoga akan memberi faedah semaksimun yang
boleh kepada kita dalam menjalani hidup di dunia yang fana ini.
Jangan Menempoh nempoh Masa
Adalah menjadi kelumrahan kepada kita untuk menempoh
nempoh, atau menunggu nunggu waktu untuk melakukan sesuatu keperluan atau
tanggungjawab yang mesti kita lakukan, sedangkan pada masa itu kita mempunyai
masa yang mencukupi untuk
menyelesaikannya.
Sikap ini akan merugikan kita sendiri, kerana kita tidak
tahu apa yang akan kita temui atau hadapi selepas ini; mungkin ada tugas lain
yang lebih berat lagi dan memerlukan penyelesaian yang lebih segera., ataupun
kita berdepan dengan musibah yang perlu diselesaikan segera. Jika ini berlaku
ia amat menyusahkan dan merugikan kita.
Jangan Menempoh Masa Untuk Bertaubat
Dalam menempohkan masa ini, satu perkara lagi yang perlu
disebut ialah kesukaan menempoh nempoh masa untuk bertaubat, memohon kepada
Allah SWT, di samping mengaku tidak lagi akan mengulangi segala dosa yang
dilakukan di masa masa yang lepas itu.
Sikap menempoh nempoh masa untuk bertaubat ini amatlah merbahaya, kerana tidak ada siapa yang mengetahui berapa lama seseorang itu masih mempunyai masa boleh hidup. Bagaimana kiranya jika masa hidup atau nyawa seseorang itu tiba tiba diambil kembali kepada Allah sebelum sempat dia bertaubat, kerana menempoh nempoh masa hingga berlalu dengan sia sia dan merugikan.
Justeru jangan menempoh nempoh masa untuk bertaubat,
sebelum tiba masanya. Bersegeralah bertaubat terutama selepas menyedari melakkukan
sesuatu dosa.
Melengah lengahkan Kerja
Satu sikap lagi yang tidak elok dan amat merugikan kita
ialah sikap suka melengah lengah ataupun melambat lambatkan kerja yang sedang
kita lakukan tanpa tujuan atau dengan tujuan tertentu. Ada kerja yang dapat
kita selesaikan dalam satu jam, kita ambil dua jam untuk menyelesaikannya, atau
ada kerja yang dapat diselesaikan satu hari, kita senghaja mengambil seminggu
untuk menyelesaikannya.
Ini sudah tentu merugikan kita, kerana masa enam hari
yang kita lengah lengahkan itu dapat kita gunakan untuk menyelesaikan berbagai
bagai perkara lain yang penting semada dikehendaki oleh keadaan atau tidak.
Melewat lewatkan Solat
Ada sesetengah orang suka melewatkan waktu solat,
menempoh nempoh, tunggu sekejap. Umpamanya kita berada di sesuatu tempat, tiba
tiba kedengaran azan masuk waktu solat. Pada masa itu kemudahan untuk solat
memang ada, termasuk tempat persediaan untuk solat. Tanpa sebab kita tidak terus
mengerjakan solat tapi menempoh masa untuk melakukan kemudian, seperti dalam
perjalanan nanti dan sebagainya. Tapi kerana sesuatu sebab yang tidak diduga,
seperti terlupa, atau jalan raya tersumbat menyebabkan masa solat yang tersebut
menjadi luput, dan kita terpaksa mengkadhakannya. Ini sudah tentu amat
merugikan.
Sistem Kerja Yang Teratur
Tidak mempunyai sistem bekerja yang teratur sering
menyebabkan kita kerugian masa. Justeru kita sewajarnya mempunyai sistem kerja
yang kemas kini dan teratur supaya kerja kita berjalan dengan lancar tanpa
kelam kabut. Dalam hal ini mana mana kerja yang penting hendaklah diberikan
keutamaan dari kerja yang tidak penting. Kerja yang dulu hendak;ah didulukan
dan kerja yang kemudian hendaklah dikemudiankan jika tidak ada sebab sebab
mendesak untuk mengubahnya. Ini dapat mengelak kita daripada berada dalam
keadaan kelam kabut yang akan meragut masa kita yang penting itu.
Jangan Malu Bertanya
Jika kita tidak mengetahui tentang sesuatu yang kita perlu
lakukan, janganlah kita ragu ragu atau teragak agak untuk bertanya orang yang
arif tentangnya. Melaku sesuatu yang tidak kita ketahui, main tembak tembak
atau agak agak tidak menyakinkan, kita
akan berjaya, dan kalau hasilnya negatif ertinya kita telah membazir masa kita
dengan sia sia dalam usaha yang tidak memberi faedah kerana sombong untuk mahu bertanya.
Kalau perkara yang kita lakukan sesuatu yang merbahaya, maka ia akan mengancam
keseamatan diri kita dan orang lain juga. Justeru janganlah segan segan untuk
bertanya orang yang arif tentangnya.
Ibarat yang lebih jelas jika kita tersesat jalan untuk
sesuatu tempat, tapi kita enggan bertanya, walaupu ruang untuk bertanya
sentiasa luas terbuka, kita berputar putar dengan kenderaan kita untuk
mencarinya. Akhirnya kitaa mungkin bertemu juga, tapi yang sepatutnya diambil
selama setengah jam sahaja kalau kita membuka mulut bertanya, tapi ia terpaksa
menelan masa dua jam lebih. Adakah kita seorang yang bijaksana dalam mengurus
masa kita..
Tidak Tahu Menghargai Masa
Kita percaya semua orang tahu tentang pentingnya masa itu
kepada mereka, keraana masa itu aalah umur mereka sendiri sebagai makhluk Allah
SWT.
Secara kasarnya masa yang ada pada kita ini dapat dibahagikan
kepada tiga peringkat, iaitu masa yang lepas atau masa yang telah lalu, masa
sekarang dan masa akan datang.
Masa yang penting adalah masa saat ini atau sekarang,
kerana masa sekaranglah yang akan menentukan masa akan datang dan masa yang
lepas, kerana apa yang kita laku saat ini akan menjadi masa lepas sebahagian
dari sejarah dan akan menjadi masa akan datang untuk dijadikan perhitungan di
sisi Allah SWT.
Justeru itu gunakanlah masa sekarang dengan sebaik
baiknya, tidak membazir dan tidak melakukan perkara perkara buruk yang ditegah
oleh agama, kerana kelak mereka yang berdosa itu akan dipikulkan dengan segala
dosa yang telah dilakukannya itu dan diminta pertanggungjawabnya oleh Allah SWT
di akhirat nanti.
Mengikut Sabda Rasulullah SAW.
“Kedua kaki anak Adam itu akan tetap berdiri di hadapan
Tuhannya pada Hari Kiamat, sehingga selesai ditanya tentang empat perkara:
Tentang umurnya, untuk apa dihabiskan
Tentang masa mudanya, untuk apa dipergunakan
Tentang hartanya dari aman diperolehi dan untuk apa
dibelanjakan,
Tentang ilmunya, apa yang sudah dibuat dengannya.
Dua soalan pertama di atas itu secara langsung pertanyaan
mengenai masa manusia hidup di dunia.
Bermain main Dengan Masa
Ada sesetengah orang suka bermain main dengan masa, iaitu
dengan senghaja melakukan perkara perkara yang tidak menguntungkan atau
sebaliknya merugikan semata mata.
Antaranya kesukaan berdiri beramai ramai di pinggir
pinggir jalan serta menganggu orang orang yang lalu lalang dengan cara yang
tertentu; mnghabiskan terlalu lama masa menonton hiburan tv atau bermain main
di internet; di musim puasa ini pula biasanya ramai orang orang yang berpuasa menghabiskan sebahagian besar masa mereka
untuk berhibur seperti bemain haji, lompat tikam, catur, main terup dan
sebagainya untuk melengah lengah masa puasa mereka, mereka bermain tidak kira
masa, asalkan ada ruang. Dan ada berbaga bagai perbuaan lagi yang termasuk
dalam mereka yang suka mempermain mainkan masa.
Sesungguh masa itu emas, banyak dari kita memang
menyedarinya, tapi sayangnya tidak banyak orang mengambil emas itu untuk
dijadikan hak atau modal kepada mereka untuk memperolehi sesuatu yang amat
berharga untuk hidup mereka masa ini dan akan datang yang penting ertinya kepada
setiap makhluk Allah.
Awaslah dengan masa, jangan jadi orang bodoh,
menghabiskan masa dengan membazir dan merugikan. Ia kurniaan Allah yang amat
tidak ternilai harganya.
Justeru, sekali ini ditegaskan gunakan masa yang kita
miliki itu dalam melaksanakan perkara perkara yang memberi manfaat kepada diri
dan orang lain dan tidak membazir, kerana bila masa itu berlalu ia tidak dapat
ditarik balik lagi.
Rawatlah masa kita dengan saksama, supaya tidak terus
disarangi penyakit yang merbahaya dan merugikan kita dunia dan akhirat. Semoga
kita diberkati Allah SWT.
Sekian sebagai peringatan tentang masa yang perlu diawasi
oleh setiap orang, terutama orang orang Islam.
Lorong Masjid al Qasimi,
Kg.Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan.Read more...