BERISTERIKAN ORANG KASI, YG DIPOTONG KEMALUANNYA
>> Thursday, February 28, 2013
Biasanya mengkasi atau
mengkembiri kemaluan hanya dilakukan ke atas masyarakat haiwan-haiwan yang
tidak berotak, seperti kambing, biri-biri, dan lembu. Namun begitu ini bukan
ertinya manusia kasi tidak wujud di
dunia ini.
Malah manusia kasi terdapat di
seluruh dunia sejak ribuan tahun dulu lagi. Ia terdapat di Timur dan di Barat.
Beberapa Faktor. Pada
umumnya ada beberapa sebab manusia dikasi, iaitu secara paksaan atau cara
kehendak atau kemahuan sendiri.
Dipaksa: Cara
paksaan ini biasanya dilakukan oleh
pihak berkuasa, atau para pemerintah seperti raja-raja dengan tujuan-tujuan
yang tertentu, seperti untuk dijadikan pekerja di istana atau di tempat-tempat khusus
untuk menjamin keselamatan mereka,
terutama dari gangguan atau ancaman seksual.
Di istana: Seperti di negara China pada masa yang lalu, manusia kasi itu dijadikan pemandi raja, tukang gunting rambut, tukang urut dan sebagainya.
Hukuman: Manusia
juga dikasi sebagai hukuman kerana melakukan janayah-jenayah seksual, seperti
merogol. Biasanya hukuman ini diputuskan oleh mahkamah.
Ada satu kumpulan suku yang kalah
perang di di China pada masa dahulu semuanya kaum lelakinya telah dikasi dan
dijadikan hamba abdi oleh mereka yang menang.
Penyakit: Dan sejak
akhir-akhir ini pula, manusia terpaksa dikasi kerana mengidap penyakit-penyakit
tertentu yang dipercayai dapat mengancam nyawanya jika anggota sulit itu tidak
dikasi atau kemaluannya tidak dipotong buang. Mengikut laporan perkara seperti ini banyak berlaku di
Amerika Syarikat sejak akhir-akhir ini.
Gereja: Pada
masa dahulu, ada gereja-gereja mengharamkan kaum wanita menyanyi di gereja,
kerana itu mereka menggunakan orang-orang kasi sebagai penyanyinya, yang
dipanggil kastrati.
Kastrati: Seorang
kastrati penyanyi gereja yang terkenal di seluruh dunia, ialah Gioovani Valluti,
bangsa Italy yang meninggal dunia pada tahun 1861.
Sukarela: Di
samping itu ada segolongan lelaki di India dan di Pakistan suka rela
mengkasikan diri mereka. Mereka tinggal di dalam komuniti tertentu di kedua-dua
negara itu merelakan diri mereka dikasi atau dikembirikan kemaluan mereka
dengan tujuan-tujuan yang tertentu pula.
Manusia-manusia kasi di India dan
Pakistan berbeza dengan manusia-manusia
kasi di negara-negara lain. Di India dan
Pakistan kemaluan mereka dipotong oleh “doktor” mereka sendiri secara
tradisi, kemudian mengubatinya hingga sembuh.
Sebagai Isteri: Manusia
kasi ini hidup berkeluarga seperti biasa sebagai seorang “isteri”, bersama-sama
dengan “suami” mereka yang telah menerima mereka sebagai “isteri” dalam satu
upacara perkahwinan sejenis yang rahsia.
Walau bagaimana pun di kedua-dua
buah negara itu hubungan sejenis atau liwat atau homosekual memang diharamkan.
Pakaian Dan
Perhiasan: Di Pakistan orang-orang kasi diharamkan memakai pakaian
wanita, tapi di India mereka diberi kebebasan memilih mana-mana pakaian yang
mereka sukai. Justeru itu orang-orang kasi di India gemar sekali berambut ekor
kuda dan memakai jean, tapi orang-orang kasi yang telah berusia pula suka
memakai sari dan skirt atau pun memakai pakaian-pakaian tradisi.
Tiap-tiap orang kasi itu memakai
perhiasan seperti gelang tangan, subang, rantai dan sebagainya, mengikuti pilihan
mereka masing-masing.
Potong Kemaluan: Sekumpulan
orang-orang kasi di kota tua Delhi pernah diwawancara, termasuk dua orang kasi bernama Sayama [masa itu berusia 28 tahun] dan
Rajakumari [masa itu brusia 32 tahun]. Mereka memberitahu bahawa pada waktu itu
kerajaan India dan Pakistan tidak dapat membuat undang-undang untuk mengharamkan pengasian di kalangan
manusia.
Mereka menjelaskan, bahawa
kebanyakan orang-orang kasi memotong kemaluan mereka, tapi tidak ingin jadi
perempuan secara pembedahan.
Rasa Bangga: Kedua-duanya mendakwa, bahawa mereka merasa bangga sebagai orang kasi.
Mereka menegaskan sekiranya orang-orang lelaki yang “menegnali” mereka,
biasanya lelaki itu akan meninggalkan isteri mereka dan sebaliknya akan menerima
mereka sebagai “isteri” dan akan hidup berumahtangga seperti orang lelaki dan
perempuan biasa.
Mereka mendakwa, tidak ada wanita yang dapat memberikan kesenangan di rumah
tangga selain daripada orang-orang kasi seperti mereka. Mereka juga mendakwa,
selain daripada memberi kepuasaan nafsu jantina, mereka juga menyediakan
makanan-makanan kepada “suami-suami” mereka dan melayan mereka ketika mandi,
menyiap rumahtangga dan melakukan kerja-kerja rumah tangga lebih teliti
daripada suri-suri rumah tangga wanta.
Kerap kali berlaku jenayah jantina seperti pembunuhan kerana perebutan yang
berpunca daripada orang-orang kasi.
Orang-orang kasi ini boleh dibahagikan kepada dua jenis. Pertama mereka
yang tidak sempurna anggota-anggota jantinanya sejak lahir, seperti anggota
jantina mereka amat kecil, hanya sebesar biji buah badam dan tidak mempunayi
buah kemaluan. Kedua mereka yang dikasi
menerusi pembedahan memotong alat jantinanya.
Pembedahan: Pembedahan tradisi itu dilakukan tanpa pembiusan. Kemaluan mereka
dipotong begitu sahaja dengan menggunankan pisau, dan lukanya diubati dengan
air panas dan sejenis minyak yang khusus untuk tujuan itu. Luka itu sembuh
dalam masa satu atau dua bulan.
Untuk mencegah tertutupnya lubang kencing selepas dipotong itu, sebatang
perak atau tembaga yang kecil dimasukkan ke dalam lubang kencing itu.
Di samping itu bahagian-bahagian anggota berhampiran dengan anggota
kemaluan itu dibentuk semula supaya kelihatan seperti kemaluan wanita.
Jamuan Besar: Satu jamuan besar diadakan untuk upacara itu tapi secara
terbatas dan hanya dihadiri oleh orang-orang kasi sahaja. Ia dijalankan di
tempat yang jauh, terpencil dan sulit.
Sebahagian besar daripada orang-orang kasi itu bekerja sebagai pelacur
lelaki, penyanyi dan penari. Orang kasi gologan ini ada mempunyai keinginan
jantina, dan kadang-kadang memuaskan nafsu seks mereka sesama sendiri.
Segolongan lagi pula hidup berkeluarga seperti biasa sebagai orang lelaki,
dan kadang-kadang mereka boleh mendapat keturuan.
Sumber Pendapatan: Walau bagaimana pun liwat atau homoseks adalah menjadi sumber pendapatan mereka yang utama. Mereka
meliwatkan diri, seperti wanita-wanita melacurkan diri mereka.
Kelahiran seorang bayi dalam sesebuah keluarga biasanya memberi sumber
pendapatan kepada orang-orang kasi itu. Mereka selalu diberitahu jika ada
ibu-ibu mengandung dan akan melahirkan anak di tempat mereka.
Bila seseorang anak lelaki dilahirkan, orang-orang kasi itu akan mendatangi
keluarga tersebut dengan bermain muzik dan mengucapkan tahniah kepada ibu bapa
kanak-kanak itu. Kemudian mereka akan meminta habuan.
Mereka juga menolong mengatur acara-acara perkahwinan atau acara-acara lain
untuk mendapat upah.
Problam Politik: Masyarakat orang kasi ini pernah mencetuskan masalah politik di India,
iaitu di musim pilihan raya, kerana mereka enggan digolongkan sebagai penggundi
lelaki. Akibatnya pihak berkuasa polis terpaksa campur tangan, barulah mereka
bersedia menjadi penggundi lelaki. Peristiwa ini pernah berlaku di Lucknow dalam
negeri Utter Paradesh, bila ramai orang-orang kasi keluar mengundi dan menyertai penggundi wanita.
Tidaklah dapat dipastikan sekarang, adakah
amalan-amalan mengkasikan diri seperti itu masih diamalkan lagi di India
atau Pakistan atau di mana-mana tempat
di dunia ini, dan adakah khidmat bakti kaum kasi ini masih diperlukan, baik
dari segi seksual atau tenaga fizikalnya seperti masa-masa yang lalu itu? Walau
bagaimanapun ianya tetap merupakan sebahagian daripada manifestasi kesongsangan
nafsu manusia yang rakus untuk meraih kepuasan yang tidak berhujung yang akan
mengheret dan melempar mereka ke arah kehancuran.
Read more...