Mesir Negara Firaun Yang Sentiasa Bergolak [setelah dikemaskini 10 Mac 2011]
>> Friday, March 4, 2011
MESIR Negara Firaun Yang Sentiasa Bergolak
MESIR, nama penuhnya ialah Republik Arab Mesir, sebuah negara tua yang begitu besar tamadunnya, dan mempunyai hubungan dengan sejarah nabi-nabi dan Rasul-rasul yang diutuskan Allah untuk memimpin umat manusia menempuh jalan yang lurus ke arah mentauhidkan Allah S.W.T.
Dalam zaman Rasulullah SAW. salah seorang daripada rajanya yang terkenal, ialah al-Muqauqis. Setelah menerima warkah daripada Baginda SAW. raja al-Muqauqis menyatakan kesediaannya untuk memeluk agama Islam.
Pada masa itu orang Arab tidaklah ramai menjadi pdnduduk Mesir. Namun berkat tindakan para sahabat berhijrah ke negara itu, akhirnya bangsa Arab menjadi bangsa yang majoriti negara Mesir. Sementara bangsa Qibti menjadi golongan minoriti di Mesir.
Banyak peninggalan sejarah lama boleh ditemui di bumi Mesir, terutama sekali berhubung dengan Firaun, pemerintah yang zalim, kejam dan kafir yang mengakui dirinya Tuhan yang mesti disembah oleh seluruh rakyatnya. Mesir terkenal dengan nama jolokan negara Firaun. Firaun ini dengan bongkaknya menentang perintah Allah yang disampaikan menerusi Nabi Musa a.s. dan akhirnya membawa kepada kemusanahannya dengan ditelan oleh Laut Merah.
Sebahagian besar daripada muka bumi Mesir terletak di bahagian Utara Afrika. Di sebelah utara Mesir bersempadan dengan Laut Tengah, di sebelah timur bersempadan Palestin, Teluk Aqaba dan Laut Merah, di sebelah selatan bersempadan dengan Sudan dan di sebelah barat pula bersempadan dengan Libya.
Luas muka buminya 1,010,000 km. persegi. Ibu negaranya Khairah [Cairo]. Bandar-bandar lain yang penting ialah Alexandria, Giza, Port Said dan Suez.
Ekonominya tergantung kepada hasil-hasil pertanian, perindustrian dan bahan-bahan logam di perut bumi negara itu. Di samping itu pada masa dahulu Mesir terkenal sebagai negara penanam gandum dan kapas sejak zaman berzaman lagi.
Sungai Nile adalah sebuah sungai yang terkenal di Mesir. Sejak berabda-abad lamanya Sungai Nile memberi sumbangan yang besar kepada kemajuan negara Mesir. Tanah-tanah di tepi tebingnya merupakan tanah-tanah yang subur, kerana air Sungai Nile selalu melimpah dan membanjiri kawasan sekitarnya. Kawasan deltanya merupakan kawasan yang paling subur di dunia, di mana tanaman-tanaman utamanya berupa padi, kapas, tebu, jagung, tomato dan gandum.
Ia merupakan pintu untuk masuk ke benua Asia, di mana Semenanjung Sinai menjadi jambatan penghubung benua Afrika dengan Asia Barat dan dunia Islam yang lainnya.
Mesir di anggap sebuah kuasa besar bukan sahaja di benua Afrika, tapi juga di kawasan Mediterranean, di Timur Tengah malah di seluruh dunia Islam. Kepada mereka Mesir adalah pemimpin yang menjadi ketua kepada semua negara Islam.
Kepada mereka jika Mesir berada di atas landasan yang betul, menerima Islam secara sepenuhnya, maka sudah tentu negara-negara Islam yang lain mengikut jejak langkah yang sama. Demikinalah hebatnya Mesir dalam pandangan kebanyakan orang Islam.
Mengikut banci yang dijalankan pada tahun 2006, negara Mesir mempunyai penduduk seramai 76,699,427 orang. Mengikut jangkaan pada bulan September 2010 yang lalu penduduk Mesir dijangka telah meningkat menjadi seramai 79,089,650 orang.
Daripada itu seramai 99 peratus terdiri daripada bangsa Mesir, 0.9 peratus bangsa Nubian dan 0.1 peratus bangsa Greek. Bahasa rasminya ialah bahasa Arab.
Mengikut sejarahnya negara Mesir bebas daripada pemerintahan Empayar Usmaniah pada tahun 1867, bebas dari naungan British pada 28 Febuari 1922, dan wujud sebagai sebuah kerajaan republik pada 18 Jun 1953.
Ia merupakan sebuah negara mempunyai penduduk yang paling ramai jika dibandingkan dengan negara-negara lain di seluruh Afrika dan negara-negara di Timur Tengah.
Kira-kira separuh daripada penduduk Mesir tinggal di kawasan perbandaran, terutama di kawasan perbandaran di kota Khaerah, Alexandria dan bandar-bandar lain di perlembahan Sungai Niel.
Kira-kira seramai 79 juta orang lagi rakyat Mesir didapati tinggal di pinggir Sungai Nile, dalam kawasan seluas kira-kira 40,000 km. persegi, kerana itu ia merupakan salah satu kawasan yang paling padat penduduknya di dunia.
Di kawasan padang pasir Sahara penghunuinya amatlah sedikit, kerana kesukaran untuk menempuh kehidupan.
Sebahagian besar daripada penduduknya beragama Islam, iaitu 94 peratus dari Mazhab Sunni, dan selebihnya 6 peratus lagi terdiri penganut-penganut agama Kristian dan lai-lain.
Pemerintahan Beraja
Mesir sebelum menjadi sebuah negara republik adalah sebuah negara beraja, antara raja-raja mereka yang terkenal ialah Khedwi Ismail Basha [17 Januari 1863 – 8 Jun 1867] yang menjadi kebencian rakyat Mesir.
Beliau menjalankan pemerintahan secara kuku besi yang menyebabkan rakyat hidup menderita di bawah langit kezaliman.
Beliau terlalu boros dalam membelanjakan harta negara, terutama dalam usahanya untuk membaratkan negara Mesir, Untuk tujuan tersebut beliau sanggup bergadai-bergolok. Untuk memperoleh wang yang bgitu banyak, beliau membuat pinjaman dengan kaum kapitalis barat.
Beliau juga membazir wang negara dengan membeli saham dalam Syarikat Terusan Suez yang mengalami kerugian besar, menyebabkan hutang neagranya bertambah banyak.
Akibatnya negara Mesir menjadi muflis dibelit hutang-hutang sekeliling pinggang.
Hutangnya yang banyak itu menyebabkan beliau terperangkap dalam rancangan jahat kaum kapitalis barat yang sentiasa menunggu-nunggu peluang untuk menakluk Mesir dengan alasan Khediwi tidak melangsaikan hutang beliau yang begitu banyak itu.
Untuk menghalang rancangan barat yang jahat itu, rakyat Mesir dengan bantuan dan kerjasama Jamaluddin al- Afghani telah menubuhkan dua pakatan sulit, iaitu al-Misri al-Fatat [Pertubuhan Mesir Muda] untuk menamatkan campurtangan asing di Mesir dan kedua pakatan sulit al-Hizab al-Watinyy Hurr [Parti Kebangsaan Bebas] untuk membebaskan Mesir dan kuku besi Khedwi Ismail.
Kemudian Mesir diperintah oleh Khediwi Ismail. Dalam zaman pemerintahan Khediwi Ismail telah meletus pemberontakan “Urabi” yang dipimpin oleh Kolonel Muhammad Urabi, bekas anak murid Jamaluddin Afghani semasa beliau tinggl di Mesir.
Ikut telibat dalam pemberonakan ialah Muhammad Abduh murid Jamaluddin Afghani. Akibatnya beliau telah diusir dari negara Mesir pada tahun 1884 kerana terlibat dalam pemberonakan tersebut.
Kemudian Mesir diperintah oleh Keluarga DiRaja Muhammad Ali Bashar yang bermula dari tahun 1805 hingga 1952 dan keluarganya memerintah Mesir dalam zaman penjajahan. Sepanjang masa itu hampir seluruh negara Islam berada dalam cengkaman penjajah barat.
Raja Muhammad Ali Bashar dan keluarga beliau amat terpengaruh dengan barat dan pro barat. Dalam usahanya untuk membaratkan Mesir, beliau telah menghantar seorang pemikir Mesir, Rif’a’ Rafi’at-Tantawi ke Paris untuk belajar dengan lebih mendalam mengenai gagasan pembaratan itu. Beliau telah menulis sebuah buku berjodol “Westernised Egypt” [Pembaratan Mesir].
Seorang lagi pemikir yang pro barat ialah Khairuddin al-Tunisi. Beliau telah menlis sebuah karya besar berjodol”al-Ihwal al-Mahaliq”.
Di samping itu pemikir Ali Abdul Raziq juga menulis sebuah buku yang kontrovasi berjodol “Islam wa Udul al-hukm”.
Seorang pemikir Islam lagi yang pro Barat, yang pernah memegang jawatan penting dalam kerajaan Mesir, iaitu Taha Hussein juga menulis buku berjodol ‘al-Mustaqbal a-thaqafa”.
Tapi pada akhir hayatnya Taha Hussein telah bertaubat dan menghsilkan sebuah buku Mari’atul Islam” atau “Cerminan Islam”. Dalam buku baru ini beliau menolak semu faham barat yang pernah dipujanya dalam tulisan-tulisan beliau sebelum itu.
Raja Faruk Diguling
Raja Keturunan Muhammad Ali Basha yang terakhir ialah Raja Farouk yang memerintah dari tahun 1936 sehingga ia digulingkan pada tahun 1952. Farouk yang dilahirkan pada 11 Febuari 1920 merupakan turunan Dinasti Muhamad Ali yang ke-10 sebagai pemerintah negara Mesir dan Sudan. Dia menaiki takhta mengganti ayahandanya Raja Fuad pada tahun 1936.
Adik perempuannya, Puteri Fawzia Fuad adalah isteri pertama kepada Shah Iran, Mohammad Reza Pahlawi.
Raja Farouk dua kali mendirikan perkahwinan. Kali pertama dengan Safinaz Zulfikar [19921-1988] anak Yusuf Zulfikar, tapi ketika berkahwin pada tahun 1938 namanya ditukar kepada Farida. Mereka mempunyai 3 orang anak dan bercerai pada tahun 1948.
Kemudian Raja Farouk berkawhin lagi, pada tahun 1951, kali ini dengan seorang wanita biasa, Narman Sadek [1934-2005].Mereka bercerai pada tahun 1954 dan mempunyai seorang anak lelaki, yang dilantik menjadi Raja Fuad 11 oleh Farouk ketika berada dalam buangan.
Ketika berada dalam buangan di Italy, Farouk berkenalan dengan seorang wanita penyanyi opera, Irma Caperce Minatolo dan mengambilnya menjadi teman. Tapi wanita itu mendakwa dia telah berkahwin dengan Farouk pada tahun 1957.
Raja Farouk, seorang raja yang kaya raya, memiliki ribuan ekar tanah, berpuuh-puluh buah istana dan ratusan buah motokar. Dia hidup bergaya dengan mewah, joli dan suka berpeleser. Dia selalu berwisata ke Eropah untuk menghamburkan wang dan membeli-belah.
Kerana sikapnya yang boros dan joli dia dikecam hebat oleh seluruh rakyat Mesir. Dia juga seorang yang korup dan pemerintahannya lemah tidak berdaya.
Tentera-tenteranya tidak efisen menyebabkan 78 peratus daripada muka bumi Palestine telah jatuh ke tangan Israil yang baru sahaja ditubuhkan pada tahun 1948 dalam Perang Arab-Israil 1948.
Akhirnya mereka telah bangkit memberontak dan menggulingkan Raja Farouk dalam satu revolusi pada tahun 1952. Pemberontakan itu merupakan rampas kuasa tentera yang dipimpin oleh General Muhammad Naguib pada 23 Julai 1952. Dia dipaksa turun takhta dan hidup dalam buangan di Monaco dan Rom, Italy hingga ke akhir hayatnya.
Selepas turun takhta, Raja Farouk mengistiyarkan puteranya, Ahmad Fuad sebagai Raja Fuad 11.
Kemudian pada 18 Jun 1953, Kerajaan Revolusi Mesir dengan rasminya menghapuskan pemerintahan beraja di negara itu, maka dengan itu bererti berakhirnya pemerintahan beraja Muhammad Ali Basha di negara itu yang berusia 150 tahun.
Kerajaan Revolusi Mesir telah merampas segala harta Raja Farouk yang begitu banyak. Kemudian kerakyatan Mesir Farouk telah dibatalkan oleh Kerajaan Revolusi.
Dia mati di meja makan dalam sebuah resturan Perancis lle de France di kota Rom Italy pada 18 Mac 1965 selepas selesai makan berat.
Pada masa hayatnya dia memberitahu jika dia mati dia ingin dikebumikan di Mesir iaitu di Masjid Al-Rifa’, di Khairah, tapi ditolak oleh kerajaan Mesir yang pada mula-mulanya enggan membenarkan jenayah Farouk dikebumikan di bumi Mesir, tapi kemudiannya menukar pendirian dan membenarkannya dikebumikan di Perkuburan Ibrahim Pasha, Mesir.
Mesir Di zaman Penjajahan
Dalam zaman penjajahan British di Mesir, umat Islam di negara itu amatlah mundur dan lemah akibat dilayan dengan buruk oleh penjajah, malah mereka dilayan seperti hamba abdi walaupun mereka sebenarnya peribumi negara itu.
Mereka menggalakkan rakyat Mesir, khususnya umat Islam hidup bergelumang dengan maksiat, fasik dan bebas lepas tanpa sebarang ikatan, seperti haiwan-haiwan yang hidup melata di permukaan bumi. Dengan itu bererti mereka dengan sewenang-wenangnya melanggar segala peraturan yang telah ditetap oleh Islam.
Seperti biasa, penjajah berusaha keras untuk melenyapkan akar umbi Islam yang sudah sekian lama bertunjang dalam masyarakat Mesir, terutama selepas kejatuhan pemerintahan sistem berkhalifah daah dalam Empayar Islam Turki yang ranap pada tahun 1924, akibat permainan jahat penjajah yang mendapat kerjasama sang Yahudi.
Tindakan jahat penjajah itu menyebabkan sebilangan besar rakyat Mesir tersingkir dari agama mereka, agama Islam yang suci dan murni yang menjadi pegangan rohani mereka sejak sekian lama.
Penyelewengan umat Islam dari akidah Islam yang sebenarnya itu dapat dilihat dengan jelas dalam kehidupan penduduk-penduduk yang tinggal di bandar-bandar besar khususnya di Khaerah, malah mereka telah menjual agama mereka dengan harga yang amat murah, dan mereka bersedia melakukan berbagai-bagai perkara yang amat bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenarnya.
Perang Arab-Yahudi 1967
Pada tahun 1967 telah meletus perang besar antara negara-negara Arab dan Israil yang mnimpakan kekalahan yang amat teruk kepada negara-negara Arab, termasuklah Mesir di mana sebahagian daripada buminya telah terlepas ke tangan Yahudi yang makar itu.
Negara-neagra Arab, khususnya Mesir telah terpedaya dengan tipu helah orang-orang kafir, khususnya Amerika Syarikat yang menyebabkan peperangan itu berakhir dengan kemenangan Yahudi.
Seperti biasa dalam setiap peperangan, Israil mendapat kerjasama daripada negara-negara Eropah dan Perancis, walaupun mereka tidak terlibat secara langsung dalam peperangan yang penting itu.
Sebelum peperangan meletus, Rusia telah memberi amaran dan nasihat kepada negara-negara Arab supaya bersiap sedia, kerana katanya Israil akan melancarkan serangan ke atas negara-negara Arab.
Sebaliknya Amerika Syarikat dan negara-negara Kristian Eropah memberi nasihat supaya negara-negara Arab tidak memulakan serangan, dan mereka telah mematuhi nasihat Amerika Syarikat itu serta memberi jaminan tidak akan berbuat demikian.
Setelah mendapat jaminan tersebut dari negara-neagra Arab, maka negara-negara kafir Eropah itu pun memberi nasihat kepada rejim Israil supaya menyerang secara mengejut negara-negara Arab serta memberi bantuan kepada negara penjenayah yang terkutuk itu.
Akibatnya dalam peperangan yang berlangsung hanya selama dua jam itu Arab tidak mempunyai cukup persediaan untuk mempertahankan diri walaupun mempunyai perlatan perang yang banyak. Dalam masa 6 hari sahaja Israil telah berjaya merampas sebahagian besar dari bumi Arab, termasuk sebahagian dari bumi Mesir dan Jerusalem.
Dengan itu bererti Yahudi telah berjaya memperluaskan wilayah cengkaman mereka, bukan sahaja menawan Gaza dan Tebing Barat, tapi juga wilayah Mesir, Sinai dan Wilayah Syria dan Bukit Golam. Dengan kemenangan itu juga bererti Yahudi berjaya merampas dan meratah begitu banyak tanah-tanah Arab yang subur.
Dan dengan itu menyebabkan Yahudi menjadi tambah sombong dan bongkak.
Revolusi Ketiga
Revolusi bukan suatu perkara baru, dunia telah berkali-kali mengalami revolusi yang hebat yang melibatkan berlakunya perubahan yang segera dan besar dalam pemerintahan sesebuah negara, kerana rakyat tidak puas hati dengan pemerintahan sesebuah kerajaan yang mempunyai kekuasaan penuh tapi tidak bertanggungjawab yang menyebabkan sebilangan besar rakyat jelata merasa tidak puas hati lalu bangkit mencetuskan gerakan massa yang dikenali dengan panggilan revolusi, dan seterusnya di atas keruntuhan kerajaan lama itu mereka bina sebuah pemerintahan yang baru.
Salah sebuah negara dunia yang telah beberapa kali dilanda revolusi yang dicetus oleh rakyatnya ialah negara Mesir. Kalau kita tinjau sejarah Mesir kita akan dapati bahawa negara itu telah dua kali dilanda revolusi, yang ditujukan oleh rakyatnya untuk menentang pemerintahan yang korup dan membina sebuah pemerintahan baru.
Revolusi pertama tercetus pada tahun 1919 kerana kebangkitan rakyat menentang penjajahan British ke atas negara itu. Hasilnya Mesir bebas daripada naungan penjajah British.
Jeneral Muhammad Naguib Guling Raja Farouk
Revolusi kedua berlaku pada tahun 1952, mengguling pemerintahan beraja di Mesir dan wujudnya sebuah negara republik Mesir.
Revolusi dipimpinan oleh Jeneral Muhammad Naguib dan rakan-rakannya untuk menggulingkan Raja Al-Malik Farouk yang zalim itu. Beliau menjadi Presiden Mesir yang pertama. Raja Farouk adalah seorang yang korup, suka berjoli dan perlintih, suka menghabiskan wang rakyat. Dia juga bersekongkol dengan penjajahan Inggeris yang pada masa itu bertindak dengan sewenng-wenanngya menyerahkan bumi Palestin kepada Yahudi untuk membentuk sebuah kerajaan Zionis Israel.
Presiden Jeneral Muhammad Naguib memerintah Mesir secara ketenteraan. Maka berlakukan kekejaman. Tidak sampai stahun memerintah, maka Jeneral Muhammad Naguib telah digulingkan oleh Jeneral Jamal Abdul Nasser.
Jeneral Muhammad Naguib telah dikenakan perintah tahanan dalam rumah oleh Jeneral Gamal Abdul Nasser. Tindakan itu berjaya menenangkan keadaan dan penyokong-penyokong jeneral itu. Beliau hanya dibebas dari tahanan dalam rumah oleh Presiden Anwar Sadat pada tahun 1972.
Gamal Abdul Naseer
Selepas Jeneral Muhammad Naguib diguling tempat beliau diganti oleh Gamal Abdul Nasser sebagai Presiden Mesir.
Gamal Abdul Naseer dan kumpulannya itu menjanjikan kepada rakyat Mesir sebuah negara kebangsaan Arab yang akan menjamin kepentingan rakyat Mesir. Naseer menjalankan pemerintahan dengan mencantum dasar sosialisme dan nasionalisme.
Gamal Abdul Naseer melancarkan program sosial yang memberi faedah kepada rakyat, seperti bebas memiliki rumah, pekerjaan, pendidikan dan kemudahan kesihatan. Di samping itu beliau juga berusaha untuk mengangkat kembali maruah bangsa Arab yang telah tercemar itu.
Pada mula-mulanya seluruh rakyat Mesir, termasuk gerakan Ikwan Muslimin telah menyambut baik Revolusi Gamal Abdul Naseer yang dianggap sebagai pembebasan. Malah pada masa itu seluruh dunia Arab khasnya, malah seluruh negara Islam menaruh harapan negara Mesir akan muncul sebagai pemimpin yang sekian lama mereka tunggu-tunggu tapi tak pernah kunjung tiba.
Namun begitu revolusi ini tidak berjaya untuk memenangi hati rakyat, kerana pemimpin-pemimpinnya gagal memenuhi kehendak dan impian mereka yang ingin kembali kepada Islam, tapi Gamal Abdul Naseer membawa mereka ke arah nasionalis dan sosialis yang memang tidak berjaya untuk memimpin seluruh umat manusia.
Tapi Gamal Abdul Naseer mengambil sikap tegas terhadap Israil. Beliau melancarkan dasar pintu tertutp kepada Israil. Antara tindakan yang diambil oleh beliau ialah mengepung Gurun Aqaba dan menutup pintu Terusan Suez kepada Israil.
Namun begitu pemerintahannya juga tidak sunyi daripada kekejaman. Ribuan anggota Ikhwan Muslimin diberkas dan dipenjarakan, dan pemimpin-pemimpin mereka telah diberkas dan dibunuh. Justeru itu dalam era pemerintahan Gamal Abdul Naseer merupakan zaman yang malang kepada gerakan Ikwan Muslimin.
Presiden Gamal Abdul Naseer meningggal dunia dalam keadaan kecewa. Cita-citanya untuk menyatukan umat Arab telah berantakan. Usahanya membentuk gagasan nasionalisme pan-Arab dan penubuhan Rapublik Arab Bersatu [UAR] tidak behasil merialisasikan hsratnya malah terdamapar ke batu kegagalan.
Demikian juga usaha beliau untuk mewujudkan sebuah paksi berkecuali menerusi Pergerakan Negara-negara Berkecuali [NAM] telah menempuh kegagalan. Akibatnya Naseer terpaksa mengheret Mesir menjadi sekutu Kesatuan Soviet. Malah Gamal Abdul Naseer telah diperalatkan oleh rejim komunis Rusia itu.
Gamal Abdul Nasser mengambil keputusan condong kepada Rusia kerana wujudnya sikap permusuhan Amerika Syarikat dan negara-begara Barat terhadap Mesir di bawah pimpinannya.
Bila Gamal Abdul Naser meninggal dunia kerana serangan jantung, Anwar Sadat telah bangkit mengganti tempatnya sebagai Presiden Mesir.
Anwar Sadat
Setelah Gamal Abdul Naseer meninggal dunia maka naiklah Anwar Sadat menggantinya menjadi Presiden Mesir.
Pada mula-mula memegang tampuk pemerintahan beliau telah mengambil sikap berbaik-baik dengan gerakan Ikhwan Muslimin, tapi hubungan baik itu tidak berkekalan, kerana Anwar Sadat telah megubah sikap dari berbaik-baik kepada sikap bermusuhan dengan Ikhwan Muslimin.
Dalam masa pemerintahannya Anwar Sadat pernah melakukan kunjungan ke Tel Aviv, Israil. Tindakan itu dilakukan atas inisiataif beliau sendiri, tanpa dirujukkan kepada mana-mana pemimpin negara Arab. Justeru itu lawatan itu amat mengejutkan bukan sahaja di kalangan rakyat Mesir, tapi juga di seluruh dunia Arab.
Dengan itu Anwar Sadat telah dilemparkan dengan berbagai-bagai kecaman dan celaan. Beliau telah didakwa membelakangi janji-janjinya, membelakangi negara-neagra Arab yang lain dan juga dengan sewenang-wenangnya melanggar keputusan yang dibuat oleh Liga Arab dan Muktamar Puncak Arab.
Susulan daripada lawatan ke Tel Aviv itulah Anwar Sadat telah mendatangani Perjanjian Camp David yang mengakibatkan beliau lebih banyak menerima kejian dan kecaman yang tidak berkesudahan.
Perjanjian itu merupakan petaka kepada umat Arab, terutama orang-orang Palestin yang telah sekian lama berjuang untuk membebasan diri mereka daripada cengkaman Yahudi. Dengan perjanjian itu juga bererti presiden Mesir itu telah menyerahkan Al-Quds dan Masjid al-Aqsa, Jaafa, al-Jahid, al-Naqab termasuk tanah rendah dan tingginya kepada Yahudi untuk dijajah.
Dengan itu juga bererti beliau telah menyerahkan seluruh bumi yang berkah itu kepada Yahudi di mana dibumi itu terdapat makam-makam para nabi-nabi dan rasul-rasul.
Tindakan Anwar Sadat itu kata mereka sama dengan tindakan yang dilakukan oleh orng-orang kafir Kristian dan komunis ataupun kapitalis untuk mengukuhkan kedudukan Yahudi di Palestin.
Selain daripada mengiktiraf kewujudan negara IsraIl, Anwar Sadat melarang “mempolitikkan Islam”, satu langkah yang boleh memperkukuhkan lagi kedudukan Yahudi di bumi Palestin.
Ia juga membawa erti Presiden Anwar Sadat telah tunduk patuh kepada Yahudi dan Kristian.
Namun Anwar Sadat tidak pernah merasa malu apa lagi merasa berdosa di atas jenayah yang telah dilakukannya itu, malah sebaliknya merasa bangga, kerana menyangka beliau telah melakar sejarah yang penting di sepanjang abad yang lalu. Kerana itulah ketika beliau menjejakkan kakinya di Washington pada hari perjanjian itu hendak ditandatangani beliau menegaskan hari itu adalah suatu hari yang bersejarah. Bersejarah untuk apa?
Dalam kes Anwar Sadat ini ada orang percaya bahawa sejarah itu berulang. Oleh itu kata mereka peristiwa yang berlaku hari ini adalah mengulangi peristiwa yang telah berlaku di masa-masa yang lampau, mungkin 10 tahun, 50 tahun, 100 tahun atau 1000 tahun yang lalu. Tindakan Anwar Sadat menandatangani Perjanjian Camp David itu hampir sama dengan apa yang pernah berlaku di penghujung Perang Salib sedang berkecamuk, di mana seorang pemerintah Mesir, Syakur namanya pernah membuat perjanjian dengan tentera Salib untuk menghalang kemaraan tentera-tentera Islam yang mara dari arah daratan Syam di bawah pimpinan Syiekh dan anak saudaranya Sallehuddin Al-Ayubi. Tindakan ini berertinya berakhirnya Daulah Fatimiyah di Mesir.
Mengikut penganalisis politik ada beberapa faktor yang menyebabkan Presiden Anwar Sadat bersetuju untuk menandatangani Perjanjian Camp David itu.
Pertama kerana pada masa itu Anwar Sadat merasa sayangkan kepada jawatan, pangkat dan kemewahan yang telah dinikmatinya sebagai pemimpin nombor satu negara.
Kedua kerana beliau merasa amat takut peperangan akan meletus di antara Mesir dan Yahudi yang mungkin menyebabkan ramai rakyatnya terkorban di hujung senjata Israil. Tapi mengikut para penganalisis itu kenapa ditakuti, sebab peperangan menentang Yahudi dan Kristian adalah perang jihad, kerana itu sesiapa yang mati dalam peperangan seperti itu adalah mati sahid.
Dengan berbuat demikian, kata mereka Anwar Sadat menghapuskan hukum jihad dalam Islam yang membawa erti beliau menentang Allah dan RasulNya, kerana berjihad adalah salah satu kewajipan dalam Islam. Allah mengurniakan jihad kepada hamba-hambaNya yang beriman sebagai jalan ke Syurga selepas mengucap Syahadah.
Kata mereka Peperangan Jihad tidak boleh dihapuskan atau dibatalkan. Tidak ada siapa pun berani membatalkan jihad, kecuali dia seorang kafir, munafik atau fasik. Rasulullah SAW. bersabda, “Hukum jihad berlaku terus hingga kiamat, tidak dibatalkan oleh keadilan [hakim] yang adil, dan tidak pula digugurkan oleh kecurangan [hakim] yang curang, maka apabila kamu dipanggil berjihad, sambutlah”.
Sedangkan semangat jihad ini amat digeruni oleh orang-orang kafir, khususnya Yahudi dan Kristian. Bekas Menteri Pertahanan Yahudi, Weisman pernah menegaskan tentang jihad Islam sebagai berikut, “Kami ingin mengakhiri Islam yang mengatakan kepada orang Muslim “apabila anda membunuh serang Yahudi, maka anda akan masuk Syurga, dan apabila anda dibunuh oleh orang Yahudi, maka anda pun akan masuk Syurga juga”.
Asy-Syikh As’ad Bayudh Attamin, bekas Imam Masjid Al-Aqsha ketika mengulas tindakan Anwar Sadat menandatangani perjanjian Camp David itu menegaskan, “Anwar Sadat sebagai kepala negara telah memasuki sejarah terhina dalam melakukan pengkhianatan tanpa segan dan rasa malu. Maka amatlah tepat sabda Rasulullah SAW. yang menyatakan, “Alhaya-u-Minal Iman”- “Rasa malu itu dari keimanan”.
Katanya dengan berbuat demikian Anwar Sadat telah murtad yang rela menjadi antek-antek Yahudi dan Nasrani, dan berserah kepada Yahudi bukan kepada Allah.
Tegas beliau lagi, “Dia [Sadat] dengan perjanjian murtadnya yang ditandatanganinya itu telah mengkhianati kaum Mukumin, wanita, lelaki, anak-anak mereka. Mengkhianati semua orang yang menaruh harapan pembebasannya di tangannya, malah ternyata ia melemparkan mereka seluruhnya kepada musuh untuk diperlakukan sekehendak hatinya”.
Kemuncak daripada kemarahan rakyat Mesir itu, pada akhirnya pada tahun 1978 Anwar Sadat telah mati dibunuh, ditembak oleh Khaled Islambouli, seorang anggota tentera ketika menghadiri hari ulangtahun Angkatan Tentera Mesir.
Perjanjian Camp David
Perjanjian Camp David telah dimeteraikan pada tahun 1979 antara Presiden Mesir Anwar Sadat dan Presiden Israil, Menachem Begun. Perjanjian ini dianjurkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Jimmay Carter.
Salah satu daripada butir kandungan itu ialah meminta Israil memulangkan kembali sebahagian dari bumi Sinai yang dirampasnya dalam perang 6 hari pada tahun 1967.
Kebanyakan negara-negara Islam, khususnya negara-negara Teluk mengutuk perjanjian tersebut, kerana mereka tidak percaya Israil akan menunaikan tuntutan itu.
Tapi sangkaan itu telah meleset kerana Israil menunaikan apa yang dituntut itu, iaitu dengan menyerahkan sebahagian tuntutan itu kepada Mesir mengikut Perjanjian Camp David. Ia meliputi 1/3 daripada kawasan utara Sinai. Penyerahan itu dilakukan kepada Mesir pada 24 April 1982.
Tindakan Israil menyerahkan bumi Sinai itu mencetuskan tandatanya yang besar di kalangan masyarakat dunia, khususnya dunia Arab, kerana berbuat demikian bererti menjatuhkan mertabatnya sendiri.
Tapi penyerahan Sinai oleh Israil kepada Mesir tanpa kekuasaan. Tentera Mesir dilarang masuk ke Sinai, tetapi tentera Yahudi tetap berada di sempadan membina pertahanan dan lapangan terbang dengan bantuan Amerika Syarikat yang Kristian. Dengan itu mereka boleh menyerang Mesir bila-bila masa sahaja tanpa apa-apa halangan
Walau bagaimana pun tindakan Isaril itu mengikut penganalisis-penganalisis politik mungkin kerana dengan berbuat demikian tanggungjawab dan tugas Israil dapat dikurangi, dan segala tenaga dan usahanya dapat mereka tumpukan ke kawasan lain yang telah ditawan dan dirampasnya dalam Perang 6 Hari 19967 itu. Lagipun kawasan Sinai itu tidak banyak menguntungkan jika dibandingkan dengan kawasan-kawasan lain yang telah ditawan dan dirampasnya dalam Perang 1967 itu, iaitu Bukit Golam dan Kawasan Tebing Barat Sungai Jordan dan Sinai ialah sebuah padang pasir yang kontang yang tidak mudah untuk dibangungkan.
Sebaliknya dengan termeterainya perjanjian Camp David ini bererti Mesir telah memberi kemenangan besar kepada Yahudi yang telah berjuang berpuluh-puluh tahun lamanya untuk bangkit di tengah-tengah negara Arab yang rata-rata menentang kewujudan sebuah negara Yahudi untuk orang Yahudi.
Dengan Perjanjian Camp David itu bererti:
-Perjanjian itu menyebabkan terhentinya keadaan atau suasana peperangan yang selama ini amat ditakuti oleh Israil, kerana meletak negara itu sentiasa dalam keadaan bimbang dan ragu.
-Perjanjian itu menghilangkan rasa permusuhan yang selama ini wujud antara bangsa dan negara Mesir dengan Yahudi dan Israil yang meletakkan mereka dalam sentiasa teragak-agak dan waspada.
-Perjanjian itu telah menormalkan hubungan baik antara negara Mesir dengan Israil yang melorongkan ke arah terjalinnya hubungan diplomatik, membuka hubungan luas antara kedua-dua negara dalam bidang yang lenbih luas, seperti dalam bidang perdagagan, penerangan dan sebagainya.
Sebaliknya Perjanjian Camp David itu dengan jelaskan menujukkan kelemahan umat Islam, khususnya negara Mesir yang hampir seratus peratus penduduknyas beragama Islam.
Tindakan kerajaan Mesir memeteraikan perjanjian Camp David samalah ertinya dengan tindakan menyerah diri kepada musuh untuk dibuli dan disembelih hidup-hidup
Ia memberi erti umat Islam, khasnya bangsa Mesir, sanggup menerima apa sahaja yang mendatang tanpa mengira baik atau buruk, rugi atau untung, iaitu perbuatan orang-orang yang dungu
Ia menunjukkan umat Islam, khususnya Mesir sanggup menanggung malu dan penghinaan yang berulang-ulang dari musuh-musuh mereka yang memang mempunyai niat yang jahat.
Ia mennunjukan umat Islam, khususnya umat Arab tidak mempunyai ketegasan dalam perjuangannya, dan selalu bertndak berdolak-dalik
Ia menujukkan umat Islam tidak bersatu padu, tapi berpecah-belah antara satu sama lain, kerana ada negara bersedia berbaik dengan Israil, sebalikny ada setenga-setengah pihak menentangnya habis-habisan.
Perjanjian itu juga membawa erti Mesir telah tunduk patuh kepada Yahudi dan Kristian dan bererti beliau bulat-bulat telah menyerahkan bumi Plestine kepada Yahudi.
Dengan perjanjian itu juga membuktikan merosotnya keimanan mereka terhadap Allah S.W.T.
Bagi pehak kerajaan Mesir, perjanjian yang hina itu ditandatangani oleh presidennya, Anwar Sadat.
Mengikut penganalisis-penganalisis politik, Anwar Sadat mengambil tindakan yang malang itu untuk menyelamatkan dirinya dan juga kerjaan pemerintahannya yang telah goyah akibat kalah perang dengan Yahudi pada tahn 1967, maka dengan itu sekali gus untuk menyelamatkan kerajaan Mesir yang merosot imegnya akibat kekakalahan perang yang memilukan itu.
Pada waktu itu keadaan ekonomi Mesir berada dalam kegawatan akibat Semenanjung Sinai dirampas dan diduduki oleh penjenayah Yahudi dalam Perang Enam Hari itu, sedangkan Semenanjung Sinai ialah sebuah wilayah yang kaya dengan minyak yang memberi sumbangan yang besar terhadap ekonomi Mesir. Tapi dengan Mesir memetraikan pejanjian dengan Israil itu maka kerajaan Amerika Syarikat yang bertanggungjawab menaja perjanjian itu telah menghulurkan bantuan ekonomi yang lumayan kepada kerjaan Mesir.
Hossni Mubbarak
Bila Anwar Sadat meninggal, tempatnya telah diganti oleh timbalannya, Hossni Mubarak.
Beliau terus melanjutkan hubungan baik dengan Israil hingga sampai ke hujung pemerintahannya selama 30 tahun. Berbagai-bagai tindakan yang dilakukannya yang berpihak kepada Israil, sehingga sanggup menjadi pelindung kepada negara musuh Islam itu.
Mesir di bawah Hossni Mubarak telah membina tembok yang kukuh di sepanjang Mesir-Gaza bertempat di Rafah untuk melindungi negara haram itu daripada ancaman. Sejajar dengan tembok itu dibina parit yang dipenuhi dengan air yang dialirkan dengan tenaga elektrik yang bertujuan untuk menghalang penduduk Gaza daripada membuat terowong menyeberangi sempadan Mesir. Tujuan Hossni Mubarak ialah untuk menjaga kepentingan Israil.
Presiden Hossni Mubarak mendapat sokongan penuh daripada kerajaan Amerika Syarikat. Ini termasuklah sokongan yang diberikan kepada tentera-tentera Mesir.
Di bawah pemerintahan Presiden Hossni Mubarak kehidupan rakyat Mesir kelihatan kian tertindas. Perkara ini berlaku kerana kekuasaan memerintah tertumpu kepada pemerintah, iaitu presiden, dalam kes ini Presiden Hosni Mubarak. Penumpuan kuasa seperti ini sudah tentu merugi dan membahayakan semua pihak, baik rakyat juga pemerintah.
Kerajaan Mesir telah mengadakan pilihan raya dan hasilnya Hossni Mubarak telah memenangi 99 kerusi yang dipertandingkan. Kemenangan yang diragu oleh dunia yang menganggapnya sebagai pilihan raya tempang dan cacat, kerana belaku penipuan.
Sebelum pilihan raya diadakan rejim Mubarak telah menangkap ribuan orang pemimpin Ikhwan Muslimin untuk menghalang mereka daripada bertanding dalam pilihan raya, kononnya merupakan sebahagian daripada sistem demokrasi.
Revolusi 25 Januari 2011
Kemudian pada 25 Januari 2011 telah meletus revolusi di Mesir, ia bermula dengan ribuan rakyat mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran di seluruh negara itu. Kemudian tunjuk-tunjuk perasaan itu telah merebak ke kedutaan-kedutaan Mesir di London dan Amerika Syarikat telah berlaku.
Ia bermula selepas tercetusnya pemberontakan rakyat Tunisia yang telah berjaya menggulingkan Presidennya yang diktator, Zine el Abidine Ben Ali yang hidup dengan penuh kemewahan. Beliau dan isterinya telah melarikan diri ke luar negara.
Walau bagaimana pun seperti lumrahnya, dalam tunjuk-tunjuk perasaan besar-besaran seperti ini sedikit sebanyak akan menelan korban, baik harta benda dan juga nyawa manusia. Dalam pertempuran antara polis dan penunjukpenunjuk perasaan pada 28 Januari seramai 62 orang telah terkorban.
Dan di akhir revolusi seramai 300 orang didapati telah terkorban, termasuk orang awam dan anggota-anggota polis yang pro Mubarak.
Untuk mengawal keadaan daripada menjadi tidak terkawal Presiden Hossni Mubarak telah mengeluarkan perintah berkurung dari senja hingga ke fajar.
Untuk meredakan tunjuk-tunjuk perasaan itu, Presiden Mesir Hossni Mubbarak telah membuat perubahan kecil dalam pemerintahannya, iaitu melantik Naib Presiden dan dan perdana Menteri baru.
Namun begitu pada 29 Januari telah berlaku pertempuran antara penunjuk-penunjuk perasaan dengan pasukan keselamatan yang pro Hossni Mubarak, menyebabkan seramai 32 orang telah terbunuh.
Kemudian anggota-anggota kabinet Hossni Mubarak meletak jawatan. Mobarak melantik sahabat karibnya, Omar Sulaiman sebagai wakilnya. Tapi rakyat Mesir tidak dapat menerimanya, dan menganggapnya sebagai sandiwara, dan tidak percaya Omar mampu melakukan perubahan dan memenuhi tuntuan rakyat Mesir sekarang yang telah bangkit menentang pemerintahan Hossni Mubarak
Omar adalah bekas pemimpin perisik Mesir yang penting dan sahabat ikrab dengan Presiden Hossni Mubarak, dan merupakan seorang tokoh penting dalam hubungan Mesir dan Israil. Justeru rakyat Mesir tidak dapat menerima beliau, kerana apa yang mereka tuntut ialah perubahan yang lebih besar dari itu lagi, iaitu perubahan pucuk pimpinan negara dan pertukaran rejim pemerintahan yang autokrasi itu.
Kerajaan Hossni Mubarak mengumumkan anggota kabinet yang baru dan kebanyakan dari mereka terdiri dari muka-muka lama juga.
Namun pada 1 Januari 2011 rakyat Mesir terus menunjukan rasa tidak puas hati. Ratusan ribu rakyat Mesir pada hari itu keluar untuk menyertai demonstrasi yang mereka namakan hari “perarakaan jutaan rakyat” yang berlangsung di kota Kaherah dan kota Iskandariah.
Tapi Presiden Hossni Mubarak tetap menolak tuntutan rakyat supaya beliau berundur, malah beliau mengumumkan akan terus memegang jawatannya sehingga tamat tempohnya pada bulan September 2011 nanti.
Pada 2 Februari apa yang dinamakan penyokong-penyokong Hossni Mubarak telah turun padang. Mereka telah menyerbu ke Medan Tahrir di mana penunjuk-penujuk perasaan berkumpul. Maka berlakulah pertempuran yang berkesudahan seramai 3 orang telah terbunuh.
Dalam pertempuran antara kedua-dua pehak seramai beratus-ratus orang telah tercedera dan 8 orang telah terkorban.
Tunjuk-tunjuk perasaan rakyat Mesir diteruskan. Ratusan ribu orang membanjiri Medan Tahrir pada hari yang dipanggil “Hari Berambus” untuk memaksa Hossni Mubarak supaya meletak jawatan.
Medan Tahrir yang membawa erti pembebasan mrupakan wadah penting di mana rakyat Mesir yang dianggap sebagai abtal atau wira meneneruskan perjuangan mereka untuk meruntuh sebuah kerjaan diktator di bawah pimpinan Hossni Mubarak.
Medan Tahrir
Dalam perjuangan untuk mengguling Presiden Hossni Mubarak ini Medan Tahrir [Maidan Tahrir], Kaherah adalah merupakan wadah yang penting di mana rakyat Mesir dari setiap golongan telah bersatu hati berkumpul di medan itu selama-lama berhari-hari mendesak Mubarak berundur. Kira-kira seramai 3 juta orang telah berkumpul di situ dalam satu masa dengan tujuan dan membawa mesej yang sama mendesask Mubarak supaya berundar. Selain mereka juga berkumpul beramai-ramai di bandar Iskandariah [Alexandria].
Selama 18 hari rakyat Mesir berkumpul di situ untuk mempastikan matalamat perjuangan mereka tercapai tanpa menghirau persoalan makan dan minum serta urusan hidup seharian dengan mendedahkan diri mereka kepada berbagai-bagai kemungkinan ancaman terhadap keselamatan diri dan jiwa mereka. Tapi mereka tidak menghraukannya. Di situ juga mereka solat dan berdoa.
Pada 8 Febuari ratusan ribu rakyat Mesir berdemostrasi di jalanraya-jalanraya di Kaherah menyokong tunujuk-tunjuk perasaan memkasa Hossni Mubarak turun dari kekuasaannya.
Kemudian pada 11 Februari lebih sejuta orang rakyat Mesir keluar menyertai penunjuk-penujuk perasaan di seluruh negara bila mendengar pengumuman Mubarak tidak akan berundur sehingga bulan September.
Penduduk-penduduk di seluruh kota besar Mesir telah keluar menyokong tunjuk-tunjuk perasaan itu, ssperti di kota Iskandariah, Mansurah, Damanhur, Suez, Islamiyah, Dumyat, Mahala dan Kafr Sheikh.
Akhirnya dengan izin Allah perjuangan sengit mereka itu telah membuah hasil tanpa pertumpahan darah atau menelan korban yang besar. Hossni Mubarak telah jatuh tersungkur di kaki zaman kejatuhannya akibat menggotori tangannya dengan kekejaman dan kezaliman.
Pada akhirnya, selepas 18 hari tunjuk-tunjuk perasaan secara besar-besaran di seluruh Mesir, maka Presiden Mesir Hosni Mubarak yang berusia 82 tahun terpaksa melutut kepada kehendak rakyat Mesir, dan melepaskan jawatannya sebagai presiden selepas meninggalkan Istana Prresiden di Heliopolis, di pinggir Bandar Kaherah dan buat sementara ini menetap di pusat peranginan Sharm el-Sheikh yang terletak di Laut Merah.
Pengumman perletakan jawatan Presiden Hossni Mubarak itu dibuat oleh Naib Presiden Omar Suleiman menerusi media televisyen pada 11 September 2011.
Buat sementara Mesir diletak di bawah pentabiran ketenteraan yang akan mengendalikan hal whwal negara itu.
Dengan itu bererti Hossni Mubarak adalah pemimpin utama negara-negara Arab yang kedua ditumbangkan oleh rakyat selepas Presiden Tunisia, Zine al-Abidine Ben Ali yang terlebih dahulu tumbang daripada Mubarak akibat kebangkitan rakyatnya.
Sebab-sebab
Salah satu faktor penting yang mendorong rakyat Mesir bangkit memberontak ialah kerana mereka tidak puas hati dengan pucuk peimpian-pemimpin negara mereka dan terakhir di bawah pimpinan Presiden Hossani Mubbarak.
Rakyat Mesir amat marah dengan tindakan Hossni Mubarak terus menyambung hubungan baik dengan negara Israil yang menjadi musuh utama umat Islam itu dan juga menjadi pelindung kepada negara Israil.
Malah rakyat Mesir sebenarnya sudah lama mememdam rasa tidak puas hati terhadap pemerintahannya yang menindas, menekan dan menzalami mereka dengan berbagai-bagai karenah. Mereka dengan sewenang-wenangnya menindas dan membunuh para alim ulama yang tidak mereka senangi
Begitu ramainya para ulama telah dizalami dan dibunuh oleh pemerintah-pemerintah Mesir moden, antaranya Almarhum Syeikh Abdul Qadir Audah, Almarhum Syed Qutb dan lain-lain lagi yang dibunuh di tali gantung.
Di samping itu ada pula ulama-ulama Mesir yang terpaksa meninggalkan negara mereka kerana selalu mendapat ancaman keselamatan daripada pemerintah Mesir, antaranya Syeikh Yusof Qaradhawi yang pernah disumbatkan ke dalam penjara bersama-sama tokoh Ikwan Muslimn di penjara tentera Liman Touroh.
Mereka juga membantah kerana kenaikan harga barang yang telah menysuahkan kehidupan rakyat jelata, membantah pemerintahan kuku besi Mubarak, melakukan penipuan dalam pilihan raya, rasuah sudah tidak terkawal. Melakukan diskriminasi dan kronisme dan menindas dan menekan gerakan-gerakan dakwah, seperti Ikhwanul Muslimin.
Khidupan rakyat Mesir kian terdesak, kehidupan mereka kian tersepit, harga barang melambung naik, cukai naik sedangkan peluang pekerjaan hampir tiada.
Di sebalik semua itu, Hossni Mubarak sendiri merupakan seorang yang kaya raya, di mana hartanya dikatakan bernilai RM213.1 bilion.
Rakyat juga naik marah tersebar deasa-desus anak lelaki bongsunya, Gamal Mubarak telah disediakan untuk menjadi pengganti beliau. Anak beliau itu sejak awal-awal lagi telah terbang melarikan diri meninggalkan tanah airnya Mesir bila melihat kebagkitan rakyat Mesir yang marahkan ayahandanya itu.
Tegasnya kebangkitan itu manifestai daripada ketidakpuasaan hati rakyat terahdap pemerintah yang menafi hak mereka untuk menuntut keadilan menerusi sistem demokrasi.
Walau bagaimana pun kepada sesetengah pehak mereka lebih suka memanggil apa yang berlaku di Mesir itu sebagai Intifada moden yang dicetuskan oleh rakyat Mesir sendiri kerana telah lama mememdam perasaan marah dizalami oleh pemimpin mereka sendiri dengan memberkas, memenjara dan melakukan kekejaman ke atas mereka yang memperjuangkan kebenaran dan Islam.
Kebangkitan rakyat Tunisia dan di Mesir itu telah diikuti oleh neagara-negara Islam yang lain, khususnya negara-negara Arab, sebagaimana rakyat Mesir mencontohi rakyat Tunisia yang terlebih dahulu bertindak menggulingkan pemerintahan mereka yang zalim.
Dengan itu Revolusi Mesir ini tidaklah diinspirasikan oleh pembangkang, seperti Ikhwan Muslimin dan sebagainya, tapi ia langsung digerakkan oleh rakyat yang telah begitu lama tidak puas hati dengan pemimpin-pemimpin mereka.
Oleh sebab Revolusi ini berlaku secara aman tanpa pertumpahan darah sebagaimana biasa dengan revolusi, maka Revolusi Mesir kali ini dianggap “Revolusi Putih”
Golongan-golongan yang mahukan pembaharuan itu membuat beberapa tuntutan kepada pehak berkuasa Mesir, antaranya:
1.Menghapuskan undang-undang darurat dengan segera.
2.Menggantikan anggota-anggota Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang menang secara tipu agar mengadakan satu pilihan raya bagi menyelesaikan masalah yang dipantau oleh sebuah suruhanjaya bebas.
3.Membebaskan semua tahanan politik dengan segera.
4.Mengumumkan pembentukan sebuah kerajaan sementara bukan dari parti pemerintah dan menyerahkan kuasa dengan aman.
5.Membentuk suruhanjaya bebas bagi menyiasat punca sebenar pasukan polis bertempur dengan orang awam.
6.Membentuk suruhanjaya sendiri bagi menjaga kepentingan awam seperti menjaga kesucian masjid, sekolah, hospital dan sebagainya.
Negara Firaun
Sejarah telah menunjukkan salah satu musuh Allah yang paling besar bermaharajalela di Mesir, iaitu Firaun. Ia terlalu kejam dan zalim, Firaun mendakwa dia tuhan, kerana itu bertindak dengan sesuka hati terhadap rakyat yang tidak diukainya.
Akibatnya Allah membenamkan Firaun dan pengikut-pengikutnya di dalam laut setelah Nabi Musa a.s. dan pengikut-pengikutnya selamat melintasi laut yang Allah bekukan itu sepanjang kira-kira 40 kilometer.
Perkara ini telah diceritakan oleh Allah di dalam kitab suci Al-Quran, “Dan [kenangkanlah] ketika Kami belah Laut [Merah] untuk kamu lalui [kerana melarikan diri angkara Firaun], maka kami selamat kamu dan kami tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya sedangkan kamu semua menyaksinya”. Al-Baqarah:50.
Tapi biasanya para pemimpin yang berkuasa tidak melihat kepada sejarah yang lampau, dan tidak ingin belajar dari sejarah bagaimana mudahnya Allah menjatuhkan kerajaan-kerajaan dan pemerintah-pemerintah yang kejam dan zalim, andainya mereka mememerintah dengan mengikut jejak-jejak langkah Firuan dan seumpamanaya.
Ikhwan Muslimin
Dalam zaman pemerintahan feudal di Mesir telah lahir sebuah pertubuhan Islam yang terkenal di Mesir, iatu Ikhwan Muslimin. Ia mempunyai ideologi yang matang dan perjuangan yang tersusun rapi, dan mempunyai pengaruh yang besar bukan sahaja di kalangan umat Arab, tapi juga di seluruh dunia.
Gerakan ini diasaskan oleh seorang pemuda yang namanya terus semerbak harum hingga ke hari ini, beliau tidak lain tidak bukan, ialah Hassan al-Bana. Gerakan ini merupakan kesenisambungan daripada gerakan tajdid yang diasaskan oleh Imam Muhammad Abduh dan Allamah Sayyid Rasyid Redha.
Menurut Prof.Madya Dr.Ahmad Farouk Musa, “Gerakan al-Ikhwan al-Muslimin, suatu gerakan yang membentuk generasi Muslim yang baru, memahami Islam dengan tepat dan bekerja untuk dirinya dan keluarganya serta berjuang menegakkan agama Allah, merealisasikan ajarannya dan mempersatukan umatnya”.
Pucuk pimpinan Ikhwan Muslimin pada masa itu terdiri daripada para usahawan dan ilmuan yang berani dalam memperjuangkan hak dan kebenaran, walaupun mendapat ancaman kekejaman dan kekerasaan oleh pemerintah Mesir di masa itu di bawah pemerintahan Presiden Gammal Abdul Naseer.
Pemerintah Mesir merasa amat cemas dengan perkembangan pesat gerakan Ikhwan Muslimin yang mendapat sambutan yang hebat daripada rakyat Mesir. Mereka mencari jalan apa sahaja yang boleh dengan tujuan untuk memusnahkan Ikhwan Muslimin.
Pada suatu ketika, waktu itu Presiden Gamal Abdul Nasser sedang berpidato, beliau dengan tiba-tiba telah ditembak, tapi tidak mengena, kerana memang telah dirancang supaya tidak kena sasarannya.
“Penjahat” tersebut telah diburu oleh pehak berkuasa Mesir dan akhirnya berjaya “ditangkap” dan dibawa ke mahkamah pengadilan. Dia mengaku dia seorang anggota Ikhwan Muslimin. Pengakuan dusta ini menyebabkan nama gerakan tersebut menjadi tercemar dan menjunam turun di mata rakyat.
Akhirnya “penembak” itu telah diseret ke mahkmah, dan hakim yang membicarakan kes itu telah mendapati dia bersalah dan dijatuhkan hukuman bunuh sampai mati.
Tapi apa yang berlaku selepas itu? Mengikut laporan penjahat yang dihukum bunuh oleh mahkamah Mesir itu didapati berada di Uruguay dan dilaporkan pernah hidup di negara tersebut.
Demikianlah mainan politik..
Pada tahun 2005, Ikhwan Muslimin mempunyai seramai 16 anggota Parlimen Mesir daripada 454 kerusi yang dipertandingkan walaupun gerakan itu telah diharamkan oleh kerajaan Mesir. Dalam satu tunjuk perasaan antikerajaan yang diadakan pada tahun tersebut ramai anggota Ikhwan Muslimin telah diberkas oleh pehak berkuasa Mesir, tapi kebanykan mereka dibebaskan kemudian.
Andainya selepas kejatuhan Hossni Mubarak itu, Ikhwan Muslimin akan muncul sebagai pemerintah, nescaya dasar Mesir akan berubah, khususnya terhadap Israil. Negara Israil itu harus bersiap sedia untuk berperang dengan Mesir. Ikhwan akan mendidik umat Arab akan menjadi lebih komited pada agama dan menganggap perjuangan membebaskan Palestin merupakan satu jihad Islam.
Imam Hasan Al-Bana
Tokoh besar yang bertanggungjawab menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin ialah Imam Hasan Al-Bana. Namanya penuhnya ialah Hasan bin Ahmad ibnu ‘Abd. Al-Rahman al-Banna, namun beliau lebih dikenali dengan panggilan Hasan al-Bana sahaja. Beliau dilahirkan di Mesir pada tahun 1906 [1324 Hijriyah].
Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga yang mementingkan ilmu pengetahuan dan agama. Sejak kecil lagi beliau menerima didikan daripada ayahnya seorang tukang jam yang amat menyintai ilmu pengetahuan.
Hasan al-Bana belajar secara formal di Dar al-‘Ulum, Kaherah dan mendapat kelulusan pada tahun1927. Pada tahun 1928, beliau bertugas sebagai seorang pendidik di Ismailiyah, Mesir. Semasa bertugas di Ismailiyah inilah beliau dan kawan-kawannya menubuhkan Jemaah Islam yang dinamakan Ikhwan al-Muslimin.
Beliau seorang ahli pemidato yang pintar yang mempesonakan orang yang mendengarnya, cekap berhujah, senang didekati oleh pengikut-pengikut, seorang pemimpin yang berkaliber dan pendakwah yang bijaksana.
Tantawi Jauhari ketika berbicara tentang Imam Hasan al-Bana berkata, “Pada pandanganku, Hasan al-Bana lebih hebat daripada Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh. Beliau adalah contoh gabungan ketakwaan dan kepintaran siasah yang menakjubkan. Beliau berhati Sayidina Ali dan berakal Muawiyah. Aku melihat pada beliau sifat-sifat pemimpin yang telah kehilangan dari dunia Islam”.
Pada masa itu Mesir terletak di bawah kuasa penjajah. Ketika berada di bawah cengkaman penjajah British, masyarakat Islam Mesir amatlah menderita kemunduran. Penjajah British melayan mereka dengan amat buruk sekali, dan berusaha menghapuskan Islam hingga ke akar umbinya, dan usaha itu berhasil, menyebabkan umat Islam Mesir tersingkir jauh dari agamanya yang suci dan mulia itu.
Sejak masih kecil lagi, beliau dan kawan-kawannya menubuhkan satu kumpulan amal makruf dan nahi munkar. Ketika berusia 12 tahun beliau dan kawan-kawannya pergi dari rumah ke rumah untuk mengejutkan penghuni-penghuninya supaya bangun solat subuh.
Melalui Ikhwan al-Muslimin, Hasan al-Bana menumpukan segala daya usahanya untuk mengembangkan syiar Islam, walaupun tanpa mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.
Dua hari dalam seminggu, beliau mempunyai progrem yang ketat, iaitu hari Khamis dan Jumaat. Selepas habis waktu persekolahan, beliau terus pergi ke pejabat Ikhwan Muslimin menyelesaikan tugasnya sehingga pukul dua atau tiga, kemudian beliau menaiki kereta api kelas tiga menuju ke seebuah daerah tertentu dan bermalam di situ bersama-sama kawan-kawan seperjuangannya.
Pada awal pagi keesokan harinya beliau bertolak ke daerah lain pula untuk bersembahayang Jumaat. Kemudian beliau sembahayang Asar di daerah yang lain pula. Pada pagi Sabtu keesokan harinya beliau kembali ke Kaherah untuk memulakan tugasnya seperti biasa.
Selain itu beliau juga menghantar pemuda-pemuda-pemuda Ikhwan ke masjid-masjid untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang kejahatan-kejahatan dan keganasan-keganasan yang dilakukan oleh penjajah British terhadap anak-anak jajahannya.
Tujuan kembara beliau ialah untuk menyedarkan masyarakat Islam tentang kefahaman Islam yang sebenarnya dan penghayatan keIslamann. Segala usaha beliau dan kawan-kawannya amat mempengaruhi rakyat Mesir, Dengan itu bererti Ikhwan Muslimin mempunyai pengaruh yang besar terhadap rakyat Mesir pada penghujung Perang Dunia ke-2 [1941-1945]. Cawangan Ikhwan Muslimin telah ditubuhkan di merata-rata tempat.
Buku-buku dan majalah-majalah yang diterbitkan oleh Ikhwan Muslimin bertambah banyak, antaranya majalah Al Manar, Al Nadhir, Ash Shihah, Ad Dakwah, Al Muslimun yang mendapat sambutan yang hangat daripada masyarakat Mesir. Pengaruh Ikhwan telah merentasi sempadan, maka dengan itu cawangan-cawangannya kian banyak di luar negara Mesir.
Hasan al-Bana, seorang tokoh muda ini mempelbagaikan berbagai-bagai cara untuk menyebarkan syiar Islam. Antara media-media dakwah yang selalu digunakannya ialah ceramah-ceramah, usrah, majalah-majalah, akhbar-akhbar dan buku tentang Islam.
Di samping itu beliau juga menggunakan saluran pendidikan. Kerana itu beliau membina banyak sekolah untuk para remaja menuntut ilmu dan memperbanyakkan usrah untuk menyampaikan mesej kepada orang-orang dewasa.
Beliau mengadakan pembaharuan dalam menyampaikan dakwah, iaitu dengan mengadakan ceramah-ceramah di luar masjid, seperti di resturan, di kedai kopi dan sebagainya, iaitu di tempat-tempat yang belum pernah dilakukan oleh pendakwah sebelumnya.
Beliau berdakwah dengan penuh kebijaksanaan, berhimah dan penuh dengan hikmah dalam menyeru dan mengajak manusia kembali kepada Allah, melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya.
Namun begitu, beliau dan kumpulannya itu mendapat tentangan hebat daripada kerajaan beraja Mesir dan juga dari semua musuh-musuh Islam, terutama selepas beliau berjihad menentang Yahudi di Palestin dan ikut memanggul senjata di medan perang.
Dalam Perang Arab-Israil pada tahun 1948, Hasan al-Bana turut memikul senjata berjihad menentang Yahudi yang menduduki dan menjajah Palestin. Malah beliau juga menyeru seluruh umat Islam supaya bangkit dan ikut berjihad di jalan Allah. Tapi bila pasukan jihad itu mara dan hampir dengan Tel Aviv mereka telah dilarang oleh pemerintah Mesir daripada meneruskan perjuangan mereka dan diperintah supaya segera pulang ke Mesir.
Bila sampai ke tanah air mereka Mesir, para mujahid itu bukan sahaja tidak disambut gembira, tapi mereka telah diberkas, diseksa dan dihumbsn kr fslsm penjara oleh pemerintah Mesir yang kejam dan zalim. Malah ada di antara mereka dikurniakan dengan hadiah tali gantung atau peluru kerana berani berjihad menentang Yahudi, iaitu anak haram kepada Amerika Syarikat dan Britain.
Akhirnya tibalah giliran Hasan al-Bana menerima ganjaran daripada musuh-musuh Allah yang zalim dan kejam itu. Beliau telah ditembak mati oleh musuh-musuh Islam pada 12 Febuari 1949 [1368 Hijiriyah]. Beliau telah mati syahid. Pembunuhan beliau merupakan titik hitam ke atas sejarah gerakan Islam, bukan sahaja di Mesir, tapi kepada gerakan Islam di seluruh dunia.
Dengan itu bererti dunia telah kehilangan seorang ulama pelopor yang tegas dan berani yang berjuang keras untuk memnggembalikan Islam ke puncak kegemilangannya setelah berangsur-angsur pudar dan malap selepas kejatuahan Khlaifah Osmaniah Turki
Tempat beliau sebagai pemimpin Ikhwan Muslimin telah diambialih oleh Hasan al-Hudhaibi.
Pembunuhan ke atas beliu merupakan pembunuhan kejam yang dirancang dengan teliti oleh musuh-musuh Islam yang berselindung di sebalik istana, Raja Farouk.
Dua bulan sebelum beliau dibunuh, kerajaan diraja Mesir di bawah Raja Farouk telah mengharamkan gerakan Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Hasan al-Bana iitu. Pengharaman itu dibuat kerana mengikut telunjuk arahan penjajah-penjajah Amerika Syarikat, Pernacis dan Britain. Semua cawangannya yang berjumlah sebanyak 3,000 di seluruh negara telah diarah supaya dibubarkan, dan sekiranya tidak dibubarkan ia dianggap sebagai pertubuhan haram, pelampau dan pengganas.
Al-Syahid Syed Qutb berkata ketika pembunuhan itu berlaku beliau berada di Amerika Syarikat. Menurut beliau rakyat Amerika Syarikat amat gembira mendengar berita pembunuhan ke atas Hasan al-Bana itu. Mereka menyambutnya dengan tepok dan sorak gembira.
Ketika pembunuhan itu berlaku, Hasan al-Bana sedang berjalan sendirian di Jalan Ramsis, Khaerah berhampiran dengan pejabat Jami’yatus Syubbanil Musimun [Persatuan Pemuda Islam]. Kebiasaannya Jalan Ramsis ini sibuk, tapi malam itu keadaannya sunyi dan lengang, kerana kendeaan tidak dibenar melalui jalan itu, kecuali sebuah teksi yang berulang alik mencari “penumpang”. Lampu-lampu jalan telah dipadamkan, kedai-kedai dan resturan telah diarah supaya ditutup pada malam itu.
Beliau menahan teksi tersebut untuk pulang ke rumahnya. Sebaik sashaja teksi tersebut behenti, pemandunya lalu melepaskan tembakan yang bertalu-talu ke arah Hasan al-Bana yang tidak menyangkanya sama sekali.
Dalam keadaan cedera parah Hasan al-Bana dibawa ke Hospital Al-qasrul Aini. Tapi atas perintah Raja Farouk, Hasan al-Bana yang cedera itu tidak diberikan sebarang pertolongan. Beliau ditinggalkan sendirian tanpa dibreikan sebarang pertolongan kecemasan yang sewajarnya, hinggalah beliau menghambuskan nafasnya yang terakhir.
Sewaktu jenazah diusung ke tanah perkuburan, tidak ada orang lelaki yang dibenarkan mengiringi jenazah itu. Kerana itu hanya dua orang lelaki sahaja yang kelihatan mengiringi jenazah, iaitu ayah beliau, Imam Abdul Rahman Al-Bana dan Syeikh Makram Abbid. Ini dengan jelas membuktikan ketakutan pemerintah Mesir kepada anggota-anggota Ikhwan Musliminyang diasaskan oleh Hasan al-Bana.
Beberapa bulan selepas peristiwa berdarah itu, iaitu pada 4 Julai 1949, Raja Farouk telah mengurniakan hadiah istimewa berupa elaun khas kepada konspirator utama yang merancang pembunuhan yang kejam ke atas Hasan al-Bana, iaitu ketua di jabaan siasatan jenayah Kementerian Dalam Negeri, Amir Mohamad Bek Abdul Majid, dan pemnadu serta penculik teksi yang digunakan untuk membunuh Hasan al-Bana itu.
Kematian Hasan al-Bana disambut dengan penuh kegembiraan oleh musuh-musuh Islam bukan sahaja di negara Mesir malah di seluruh dunia menyambutnya dengan gembira. Mereka bertepuk dan bersorak sorai dengan penuh kegembiraan. Tidak cukup dengan pembunuhan ke atas Hasan al-Bana, mereka juga bertindak menekan dan menindas pengikut-pengikut Hasan al-Bana di seluruh negara Mesir. Mereka mengutip anggota-anggota Ikhwan Muslimn sampai ke rumah-rumah mereka, lalu menangkap, menyeksa dan menyumbat mereka ke dalam penjara.
Agen-agen pemerintah menggelidah rumah Hasan al-Bana. Mereka mengadakan kawalan khas ke ats rumah Hasan al-Bana selama dua tahun, dan menghalang sesiapa sahaja yang ingin berkunjung ke rumah itu dan membuat hubungan dengan keluarganya. Perkhidmatan talipon ke rumah itu juga telah dipotong. Sesiapa yang berani melanggar larangan-larangan tersebut akan diberkas dan disumbat ke dalam penjara.
Akhirnya mereka mengeluarkan arahan supaya rumah Hasan al-Bana itu dirobohkan dengan alasan sudah usang dan membahayakan orang ramai, Sedangkan pada waktu tersebut rumah itu masih berada dalam keadaan baik.
Walaupun Raja Farouk telah tidak ada lagi, kerana digulingkan, tapi anggota-anggota Ikhwan Muslimin terus teancam walaupun pemerintahan Mesir telah bertukar tangan, khususnya di sekitar tahun-tahn 1954, 1965 dan 1981.
Para ulama telah diberkas, dipenjara dan diseksa dengan kejamnya. Malah ramai antara mereka yang telah menjalani hukuman gantung sampai mati.
Mereka berharap dengan bertindak sedemikian rupa dapat menundukkan semangat perjuangan umat Islam. Tapi malang kepada mereka, kerana perkara yang sebaliknya yang berlaku, Islam terus berkembang dengan pesatnya hingga ke hari ini, walau pun ditindas dan ditekan sebegitu rupa di sepanjang masa.
Walau pun Hasan al-Bana telah lama meninggal dunia, tapi kesan-kesan yang ditinggalkannya yang berjuang begitu gigih mengembangkan syiar Islam masih boleh dinikmati oleh seluruh umat Islam bukan sahaja di bumi Mesir, tapi juga di seluruh dunia.
Musuh-musuh Islam menyangka dengan pemergian Hasan al-Bana dan penindasan yang berterusan terhadap pengikut-pengikut beliau dapat memadamkan semangat perjuangan untuk menegakkan syiar Islam, tapi perkara yang sebaliknya telah berlaku, di mana pengaruhnya terus berkembang, hingga melewati sempadan, melampaui bumi Mesir, seperti ke Turki dengan kelahiran Refah Partisi, di India, di Pakistan dan di Bangladesh dengan kelahiran Jamaat-E-Islami dan di Malaysia dengan kelahiran Hizbul Muslimin di Gunong Semanggol 1948 yang telah diharamkan oleh penjajah Inggeris, dan kemudian ditubuh pula Parti Islam Se Tanah Melayu [PAS], di Indonesia dengan kelahiran Masyumi, di Palestin dengan kelahiran HAMAS dan seterusnya di negara-begara lain di mana tertubuhnya berbagai-bagai gerakan Islam yang mendapat inspirasi daripada gerakan Ikwan Muslimin yang ditubuhkan oleh Hasan al-Bana itu.
Adalah diharapkan dalam masa yang terdekat ini, bukan sahaja seorang Hasan al-Bana akan lahir, malah seribu orang Hasan al-Bana akan lahir untuk meneruskan perjuangan suci menegakkan pani-panji Islam di persada dunia.
Selain daripada meninggalkan Ikhwan Muslimin untuk diwarisi oleh umat Islam, bukan sahaja di Mesir tapi untuk umat Islam di seluruh dunia, beliau juga meninggalkan beberapa wasiat penting untuk umat Islam, dan di antara wasiat-wasiat itu ialah:
a]Dirikanlah segrea solat ketika anda mendengar azan, betapa pun keadaan pada waktu itu.
b]Bacalah al-Quran atau pelajari tafsirannya atau dengarlah orang lain membacanya, atau zikirkan kepada Allah, dan jangan sama sekali anda menggunakan sebahagian daripda waktu anda untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah.
c]Berbicaralah dalam bahasa Arab yang fasih, kerana hal itu termasuk syiar Islam.
d]Jangan banyak berdebat dalam apa perkara sekali pun, kerana pertengkaran itu tidak akan mendatangkan kebaikan.
e]Jangan banyak tertawa, kerana hati yang berhubungan dengn Allah itu aalah tenang dan mantap.
f]Jangan suka berjenaka, kerana umat yang berjuang tidak mengamal selain kesungguhan.
g]Jangan anda mengeraskan suara anda melebihi daripada yang diperlukan oleh pendengar, kerana perbuatan itu menunjukkan kejahilan dan menyakitkan.
h]Jangan mengumpat orang, jangan mencela organisasi dan jangan berbicara kecuali perbiaran yang baik.
i]Perkenalkan diri anda kepada orang yang anda jumpai, walaupun tidak diminta, kerana dasar dakwah kita adalah cinta dan saling kenal mengenal antara satu sama lain.
J]Kewajipan kita lebih banyak daripada waktu yang ada, oleh itu bantulah orang lain untuk memanfaatkan waktunya. Jika anda mempunyai sesuatu urusan selesaikanlah dalam waktu yang sesingkat-singkatnya.
Selepas pemergiannya itu bermadahlah As-Syahid Sayyid Qutb menerusi hujung penanya, “Dalam masa 25 tahun sahaja dengan kepintarannya dia mampu menghimpun masyarakat yang berbeza-beza dari sudut kejiwaan, akal, emosi, peringkat umur sebagaimana berhimpunnya irama yang berbeza di dalam satu lagu. Adakah ini satu kebetulan pada gelarannya atau ia adalah satu keinginan yang tinggi yang telah tersusun rapi?
“Akhirnya Hasan al-Bana kembali ke pangkuan Ilahi setelah menyempurnakan binaan asasnya. Dia pergi setelah menyaksikan apa yang diingini olehnya, iaitu kerja-kerja baru dalam proses pembinaan dengan memperdalamkan asas binaan dan mengukuhkan dinding-dinding. Sesungguhnya tiadalah seribu khutbah dan seribu risalah kepada as-Syahid yang dapat menyemarakkan semangat dakwah di jiwa-jiwa Ikhwan sebagaimana disemarakkan oleh titisan-titisan darah as-Syahid yang mulia dan senantisa mengalir di makamnya”.
Universiti Al-Azhar
Sebenarnya Universiti Al-Azhar adalah sebahagian daripada Masjid Al-Ahzar yang pernah menjadi pusat berbagai aktiviti umat Islam, termasuk di bidang pendidian.
Ia dibina pada tahun 969 M dan merupakan institusi pendidikan tinggi yang ulung di Mesir. Ia diasaskan oleh Jawhar as-Siqli dalam era pemerintahan Fatimiyah yang bermazhab Syiah.
Tapi Panglima Islam yang ulung, Sultan Solahuddin al-Ayubbi ketika beliau memerintah Mesir telah menukarnya kepada Mazhab Ahlus Sunnah al-Jamaah.
Al-Azhar merupakan pusat pengajian tinggi yang tertua di dunia yang masih beroperasi selepas Universiti al-Qarawiyin di Fes di Maghribi.
Jasanya amat besar kepada umat Islam dan terkenal sebagai pusat pendidikan dan keserjanan yang terekenal di seluruh dunia, khususnya dunia Islam.
Justeru itu seperti lumrahnya, musuh-musuh cuba merosakkan institusi pendidikan yang penting ini, kerana andainya ia rosak, maka rosaklah Islam di kalangan lepasannya yang terdiri dalam berbabagi-bagai bidang keilmuan.
Sehingga hari ini Universiti Al-Azhar telah melahirkan ribuan malah mungkin jutaan cerdik pandai dalam berbagai-bagai bidang di seluruh dunia, baik di Amerika Syarikat, di benua Asia dan juga di benua Afrika.
Antara tokoh-tokoh ulam Islam yang terkemuka di dunia moden ialah
Dr. Abdullah Nasih Ulwan – Syria, Dr.Mustafa as-Siba’ie – Syria. Dr.Muhammad Sa’id Ramadan a-Buti – Syria. Dr.Wahbah az-Zuhaily- Syria. Syeikh Ahmad Yasin, Pengasas Hamas- Palestin Syeikh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi- Mesir, Syeikh Muhammad al-Ghazali- Mesir, Syeikh Mahmud Syaltut, Syeikh al-Azhar- Mesir, Dr.Abdul Halim Mahmud, Syeikh Al-Azhar-Mesir, Syeikh Mustafa alMaraghi, Syeikh al-Azhar- Mesir. Dr. Abdul Qaiyum- Presiden Maldives.
Memerlukan Islam
Ini dengan jelas menunjukkan bahwa Revolusi Mesir yang lalu seperti juga dengan Revolusi Libya telah gagal mencapai matalamat yang sebenarnya, kerana ia tidak bertunjang kepada Islam.
Pemimpin ulung Revolusi Mesir, Gamal Abdul Nasser dalam buku “Falsafah Revolusi”nya menjelaskan revolusi Mesir adalah semata-mata kerana masalah kelas sosial. Dengan itu kata penganalisis politik bererti Revolusi Mesir itu sama dengan Revolusi Rusia atau Revolusi China yang tidak bertuhan. Justeru itu Revolusi Mesir adalah revolusi kebendaan yang dipengaruhi oleh hawa nafsu.
Oleh sebab Revolsi Mesir ini tidak berjiwakan Al-Quran dan Hadis, maka ia tidak mendapat taufik dan hidayah dari Allah S.W.T. Dengan itu tidaklah hairan kalau ia menjadi revolusi yang tidak tenteram, di mana rakyatnya meringkok dalam ketidakadilan.
Sememangnya telah nyata bahawa, tanpa agama yang luhor dan sempurna, dunia hari ini akan terus berada dalam kegelapan dan kemerbahayaan. Golongan-golongan pelampau akan terus bertindak secara membuta tuli yang menyebabkan tercetusnya pertelagahan pendapat dan ideologi yang sengit di kalangan penduduk dunia. Sedangkan untuk mencegah persengketaan, amatlah penting mencabut segala faktor yang boleh mencetuskan persengketaan itu daripada bersarang di minda dan di lubuk hati umat manusia sejagat.
Dengan itu barulah akan wujud kedamaian dan kedamaian sejagat yang sebenarnya. Keamanan dan kedamaian amatlah diperlukan oleh berjuta-juta manusia sejagat, jika dibandingkan dengan manusia jahiliah yang gemar membahagi-bahagikan manusia kepada berbagai-bagai suku dan bangsa yang berbeza-beza yang telah melebarkan jurang perpisahan antara manusia yang menjadi salah satu fakor berlakunya persengketaan.
Jika peperangan yang total berlaku, maka sudah tentu lebih banyak kemusnahan akan berlaku, termasuklah peradabaan yang telah dicapai oleh manusia dengan penuh kesukaran dan menelan masa yang begitu lama akan hancur. Walaupun kemajuan sains dan kebendaan hari ini telah dicapai dengan begitu pantas, tapi kemajuan kerohanian manusia tidak pula meluncur selaju itu, malah terus curut ke belakang dalam dunia kebendaan hari ini.
Justeru timbullah jurang yang luas yang memisahkan kemajuan kebendaan yang begitu pesat dengan keadaan jiwa manusia yang kosong hari ini. Manusia sudah pasti, tidak akan menemui kebahagiaan andainya mereka menghabiskan masa dan daya usahanya untuk mengejar kemajuan kebendaan dan dunia semata-mata, sedangkan kita kehilangan jiwa kita dalam usaha-usaha tersebut. Justeru itu, pencapaian kemajuan kebendaan mestilah diselaraskan dengan kemajuan kerohanian manusia.
Hari ini, kita kita masih hidup dalam dunia yang tercaing-caing dan terkoyak-koyak. Lihat apa yang berlaku di Pakistan, di India, di Kasymir, di Afrika, di Timur Tengah, di Amerika di Eropah, di mana-mana api sengketa masih terus menyala, malah kadang-kadang membakar hangus. Cubalah perhatikan, banyak negara-negara di dunia hari ini berada dalam keadaan tersingkir dan lesu, hidup dalam semangat kebangsaan yang sempit, perbezaan budaya dan ekonomi, dan pemisahan sosial sebagaimana yang berlaku sebelum Perang Dunia ke-2 dahulu. Prasangka agama masih membara, dan biasanya yang menjadi mangsa dan korban ialah golongan minoriti Islam dunia.
Problem ini tidaklah dapat diselesaikan tanpa diketahui apakah perkara yang sebenarnya berlaku di dunia hari ini. Dan problem dunia yang berat ini tidaklah dapat diselesaikan dengan mudah sebagaimana disangkakan oleh kebanyakan orang, seperti menerusi pertukaran seni dan budaya, atau penympaian bantuan ekonomi, atau peminjaman teknologi antara sebuah negara dengan sebuah negara yang lain. Demikian juga ia tidak dapat diselesaikan dengan acara permainan bolasepak antara sebuah negeri dengan sebuah negeri, atau antara sebuah negara dengan sebuah negara di peringkat antarabangsa, tayangan-tayangan video dan filem-filem ataupun menerusi tulisan-tulisan juga tidak berkesan.
Seluruh dunia hari ini terlempar dalam kemelut dan kegelisahan, tergugat oleh kemerosotan perdagangan, pengangguran, kelaparan, jenayah, korupsi dan berbagai-bagai problem lagi yang telah memporakperandakan asas-asas hubungan manusia sesama manusia di seluruh jagat ini. Demikian juga dengan perbezaan warna kulit, keturunan dan agama telah menjadi begitu ketara di sesetengah-setengah negara, sehingga mencetuskan pergeseran kaum yang sengit.
Nampaknya, faktor utama yang menyebabkan kecelaruan ini ialah kerana kita manusia telah kehilangan matlamat hidup yang sebenarnya. Walau bagaimanapun, agama yang benar tidak memisahkan antara kepentingan kerohanian dengan kepentingaan kebendaan. Ertinya kita tidak boleh meninggalkan kepentingan dunia dalam mengejar kepentingan Akhirat. Kerana tujuan akhir kita, bukanlah semata-mata untuk meraih kebendaan, kerana benda-benda hanya merupakan peralatan semata-mata. Tidak lebih dari itu. Sejarah mengajar kita, mengejar dunia secara membuta-tuli, tidak akan dapat memberi kebahagian yang sebenarnya kepada jiwa manusia, apa lagi kalau dalam berbuat demikian mereka memusnahkan nilai-nilai kerohaninnya. Akibatnya jadilah manusia sebagai haiwan yang merangkak di bumi.
Justeru, agama yang luhor bukanlah semata-mata agama yang mengandungi cara-cara beribadat, tapi ianya lebih jauh dari itu, antaranya mempunyai peraturan-peraturan sosio dan ekonomi, peraturan-peraturan nasional dan internasional, dan agama itu pula bukan semata-mata mengajar persamaan taraf di kalangan umat manusia, tapi yang lebih pentingnya ajaran-ajaran itu mestilah diamalkan dalam kehidupan.
Agama yang luhor juga mesti mampu menyelesaikan problem-problem manusia yang simpel secara perseorangan dan juga mampu menyelesaikan problem-problem masyarakat dan bangsa baik dari segi sosio, politik, ekonomi dan sebagainya. Hanya agama seperti ini mampu membentuk sebuah masyarakat sejagat yang ideal tanpa perbezaan darjah dan warna kulit, sedangkan pada asasnya semua manusia dilahirkan sama belaka.
Agama itu mestilah agama yang percayakan keesaan Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Agong, Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tuhan yang memiliki Syurga dan neraka. Syurga untuk orang-orang yang taqwa dan neraka untuk orang-orang yang ingkar. Syurga adalah sebaik-baik tempat untuk dihuni, dan sebaliknya neraka adalah sejahat-jahat tempat. Syurga tidak dapat diraih tanpa usaha dan kerja keras. Ia tidak boleh semata-mata dengan menyebut dan mengulangi-ulangi ayat-ayat tertentu. Tapi ia mesti diusahakan sendiri. Tidak ada perantaraan. Dan segala usaha kita ini akan ditimbang dan dinilai dengan seadil-adilnya di Akhirat nanti oleh Allah S.W.T, untuk menerima hukuman baik atau sebaliknya hukuman jahat.
Dalam agama yang benar ini, kekuasaan yang mutlak hanya terletak di tangan Allah, dan salah satu daripada tujuan utamanya ialah untuk mewujudkan kedamaian ruhani dan jasmani. Dan jalan untuk menuju kedamaian itu semata-mata dengan taqwa kepada Allah sebagaimana diajar oleh semua Nabi-nabi Allah.
Ketiadaan kepercayaan kepada Allah yang Maha Agong, Maha Melihat dan Maha Mendengar adalah merupakan sebab utama berlakunya begitu banyak kekacauan di dunia hari ini. Apa yang hendak diindahkan oleh manusia yang tidak beriman?
Semua ciri-ciri yang unggul ini terdapat dalam Islam. Malah dalam agama Islam itu ada segala-galanya. Ianya bukan agama semata-mata, tapi padanya terkumpul satu cara hidup yang unggul dan sempurna yang dapat menjamin kebahagian manusia di dunia dan di Akhirat. Ia menjadi faktor yang menghidupkan umat manusia di peringkat daerah, nasional dan internasional.
Ibadat dalam Islam membentuk jiwa manusia menjadi makhluk yang taqwa, bukannya merupakan lagu-lagu yang dinyanyikan untuk memuja Allah. Sebagai agama sejagat, dalam Islam tidak ada kedaulatan bangsa, exploitasi ekonomi, tidak ada gila kuasa dalam Islam. Kerana semua kuasa adalah milik Allah, sedangkan manusia Islam hanya sebagai Khalifah yang menjalankan amanat-amanat Allah semata-mata.
Justeru itu sesiapa yang mnenolak hukum Allah bererti ingkar atau derhaka kepada Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya. Dan perbuatan itu merupakan dosa dan setiap dosa akan menerima pembalasan di Akhirat kelak. Menolak perlaksaan sesuatu hukum yang telah disyariatkan kerana bimbang akan tercetusnya pergesiran kaum adalah dangkal dalam kedurhakaan kepada Allah. Justeru sebelum terlambat, marilah kita kembali ke jalan Allah untuk menemui kebahagian dunia dan Akhirat, jalan yang luas terbentang, jelas dan nyata dan jalan yang diredhai Allah.
Kesimpulan:
Orang Islam tidak boleh meninggalkan Islam dalam semua bidang kehidupan, kalau mereka meninggalkannya, lambat bangat masyarakat dan negara itu akan hancur, dan akan berakhir dengan kemusnahan yang akan melibatkan pucuk pimpinan negara yang mengetuai kepimpinan negara sebagaimana berlaku di Mesir.
Kejatuhan Mubarak yang berkuku besi itu menjelaskan kuasa rakyat itu amatah hebat, dan tidak boleh diabaikan.
Rakyat boleh ditindas, ditekan dan ditipu, tapi tidak oleh selama-lamanya, kerana pada akhirnya kebenaran akan terserlah juga.
Kejatuhan pemerintah kuku besi di Mesir mungkin merupakan terbukanya sejarah baru di dunia Arab dan juga negara-negara Asia Barat, dan mengubah dasar luar negara-negara Arab dengan negara-negara Barat, khususnya Amerika Syarikat.
Kita harap kerajaan baru Mesir ini akan merupakan sebuah kerajaan yang mengambil sikap yang pro dan lebih simpatik terhadap Plastein tidak seperti yang sebelumnya yang pro Amerika dan Israil yang melemparkan penduduk Palestine ke dalam lautan penderitaan..
Apa yang berlaku di Mesir ataupun di Tunisia adalah merupakan penjelmaan daripada kebangkitan umat Arab yang telah sekian hidup tertindas di bawah pemerintahan yang sukalar dan dictator dan menuntut sebuah pemerintahan yang adil berasaskan Islam.
Adalah diharapkan Revolusi Putih ini dapat membuka lembaran baru kepada negara Mesir untuk menuju sebuah negara yang adil, aman dan makmur dalam naungan Islam.
Ketika tulisan ini dalam persiapan, saya terbaca sebuah ucapan seorang tokoh di Indonesia yang diterbitkan dalam Aliran “Islam” yang tidak dipastikan bilangan berapa penerbitanya, kerana kulitnya telah tercicir dan masih belum ditemui lagi. Pada penutup ucapan beliau di “Konperesnsi PII Makassar paa tangal 17 September 1953” bapa Naziroeddin Rachmat antara lain menegaskan,:
“Islam itu telah meletak dasar-dasar yang hidup, pokok-pokok yang dinamis bagi keselamatan dunia ini, baik pada masa yang lalu, baik masa sekarang, mahupun untuk masa akan datang. Semuanya bila tiada menurut garis yang telah ditentukan oleh al-Quran itu, akan tak selamatlah dan tak berlangsung hidupnya. Kerajaan-kerajaan Islam yang besar-besar dari zaman Ummayah, Abbasiah dan lain-lain, semuanya timbul dan selamat selama masih menjalani patokan-patokan yang telah dipanjangkan, dan telah tenggelam kerana kerana ada salah satu patokan yang telah ditentukan itu dirubah atau disalahi.
“Begitu pulalah negara kita sekarang ini khususnya, begitu pula dunia umumnya tiada akan selamat dan tiada terjamin kelangsungannya, kalau selama belum mengikuti ajaran-ajaran yang hidup dari petunjuk Islam itu. Hal itu bukan kerana fanatik, atau kerana mahu menyodorkan apa yang di Islam itu juga hendaknya, bukan! Tetapi memang begitulah hakikatnya.
“Sejarah cukup memperlihatkan bukti-bukti atas yang demikian itu. Biar negara Islam sendiri, kalau sudah tiada menuruti ketentuan-ketentuan yang yang telah ditentukan, Negara Isam itu sendiri akan roboh dan ambles, Janji Tuhan tak pernah mungkir. Hal yang demikian itu sama juga halnya dengan berhitung 2x2=4. Dua kali dua kalau tiada empat hasilnya, maka salah. Begitu pula peraturan-peraturan Tuhan itu. Bila tidak dituruti akan mengakibatkan kekecauan dan keonaran.
“Oleh kerana itu, perjuangan kita tetap menuntut supaya dalam Negara kita sekarang ini berlaku hukum-hukum Islam dan pemimpin-pemimpinnya haruslah yang dapat dipertanggungjawabkan jiwanya. Kalau tidak begitu, bila negara belum lagi terlaksana dalalmnya hukum-hukum Allah itu, selama itu ketenteraman jiwa sukar didapatkan dan tiada akan didapatkan. Begitulah ketentuan yang telah digarisakan oleh Tuhan. Hal ini berlaku tidak untuk Indonesia sahaja, tetapi juga bagi seluruh dunia. Baik di Eropah, ataupun di Amerika, mahupun di Asia. Kekacauan-kekacauan yang sekarang di dunia ini, adalah timbul kerana pepegangan yang kukuh itu belum ada, sehingga mengakibatkan timbulnya berbagai-bagai krisis, terutama krisis akhlak sangat benar menjerumuskan dunia kepada kesengsaraan, baik di barat mahupun di timur.
“Sungguh betullah, kelak akan terjadi sebagai janji Tuhan yang termaktub dalam al-Quran, firman-Nya:
“Nanti bakal Kami perlihatkan kepada mereka ayat-ayat dan tanda-tanda serta keterangan-keterangan Kami di segala ufuk dan penjuru dunia dan pada diri mereka sendiripun, sehingga teranglah bagi mereka, bahawa Quran ini adalah hak dan sebenarnya. Tidakkah cukup, bahwa Tuhan itu menengok tiap-tiap sesuatu?”.53.
Untuk mengikuti perkembangan Yahudi di Mesir :
Klik:Meniti Jejak Kejatuhan Yahudi [Part 2]
xxxxxxx
Bisik Pondok Rahmat:
Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.
1 comments:
Alhamdulillah.Terimakasih atas prihatin anda.
Post a Comment